Thursday, December 31, 2009

dari hati sebelum fajar menyinsing,
















kenapakaubaca.
"-"-H.A


Oh dan akhirnya dunia 2009 telah pun mencapai usia akhirnya.baru je rasa semalam kan tahun baru 2009.1.1?tup tap tup tap dan akhirnya tiba.ouh ya,kadang kadang best juga kalau kita menyelingkapkan balik kisah sukadukaperitjerih kita sepanjang 2009.orang kata.apa yang dah berlaku tu biarlah berlaku ouh.dan sebenarnya,azam 2009 aku yang aku ingin sangat hajati tu tak termakbul lagi oh.terpaksa lah aku bawa ke depan,kalau dalam bahase ingris nye foward bahahaha.

“awak,suka kita tak?”
“Kenapa awak Tanya?”

Kenangan yang paling manis aku,yang aku ingat tatkala di sekolah kan,masa tarikh 6.4.09.kebanyakaan nye yang kawan kawan aku tau la benda ni kan.masa tu terlalu amat best juga.tak payah cerita.aku da post kan pada awal entry mula mula aku berjinak jinak dengan blog.lagi kenangan manis,waktu raya.tak pernah aku rasakan keajaiban raya pada tahun 2009.hope tahun baru 2010 lagi seronok walaupun SPM macam nak gila mengacau cuti kita kan?kenangan demi kenangan sampai tak dapat aku tulis.terlalu banyak ou <3.berbuka size="5">drama sebabak luser bahasa inggeris kalah no 2,so hai menjadi isu hot,bas merdeka,aniq tak jawab paper bio,zyda dengan gelak besarnya,main uno.best ouh..sya dengan gayanya.teringat di uswah.hazeem dengan perangai nya.irfan adeila,karoeka jamban.tengok wayang.pusing/sesat OU.wafiq beli jam.akif keluar rumah.cerita murah android. blablabalbaa..semuanya mencuit balik kenangan aku.

“ala,tak boleh ke saya nak Tanya je?”...”kot kot awak dah berpunya?”
“yup!saye memang dah berpunya.kenapa?”

Kenangan lagi.kenangan.apakah itu kenangan?memori cinta lama?memori di kepala otak?kenapa kenangan wujud ouh?ianya membuatkan kita pilu takpun resah takpun hiba dan sedih.satu ja cara ,hilang ingatan cara terbaik untuk melupakan segala galanya.moga dijauhi.Dan aku nak ceritakan kat sini pengalaman sedih takut aku ketika aku hamper buta buta selama 2 jam.sungguh takut.masa tu aku baruuu betul betul mengucap,insaf dan takut kepada kuasa Allah.ya Allah.aku terima kalau kau uji aku begini.Tetapi rezeki benar benar di pihak aku.syukur.sungguh takut.biar je aku yang simpan buat pekasam cerita ni kat memori otakku ini.OH kita balik semula pada cerita kenangan kita.boleh anda juga kongsikan kenangan anda?mungkin kenangan saya tak lah sehebat anda kan,sebab saya ni sumpah cakap memang seorang yang kurang bergaul,bersosial,dan agak sombong.mungkin sebab itu kot saya ni lain daripada yang lain.semua yang kenal saya mungkin tahu saya ni jenis macamana kan?lagi satu,kenapa ada streaming kelas?kawan baik aku zyda dah termasuk dalam list streaming tu.memang pelik.dah 4tahun berkawan?kenapa?sungguh tak adil.tapi ini lah dia kenangan pahit yang kite kite ade perasaan ni kena lalui.takpe,mungkin segala galanya ade hikmahye yang tersendiri.

“eh Hadzrin tu gelabah je lebih”
“eh Hadzrin tu asal macam ....?”
“ala kecoh la die tu.tak pernah nak tepati janji”

Kenapa ye orang bila depan mata puji?belakang keji?dah menjadi tabiat dan lumrah manusia ke yer?maaf kawan.sebenarnye aku pun macam tu jugak.tak pernah puas hati dengan orang.kemewahan orang.serba serbi orang.tapi aku tak berani nak tunjuk sebab bak jaga hati orang.maaf.kalau terasa sila komen sebagai ANON yer.tapi kalau anda berani pakai namapun takpe.ok berbalik cerita.agak kurang kenangan pahitnye yang berlaku dalam hidup ni.ala setakat kena katai herdik caci maki gaduh kejap itu dah lali bagi aku.kau nak teruskan tak kisah bukan aku yang kongker diri kau atau anda.aku sedikit pun tak ambil port seinci pun.lantak kau.kau nak dressup hiphop skinny pelik pelik pakai baju seluar ketat atau tudung skirt pendek tube je pakai lagging ke,ko nk makan ape ke,duit ko berlambak ke,nak tunjuk ni ke tunjuk tu ke,sumpah aku tak herann.. aku tak kisah janji dalam hati suci bersih dan murni dan tiada perasaan hasad dengki.irihati.atau jelesi.:)

“ala,kenapa awak tak bagi tahu awal awal ouh?”....”mesty gf awak marah”.
“ala..awak ni,dia bukan tahu pun yang saya keluar dengan awak.saya tak bagi tahu pun”

DAN 2010 menjanjikan diri ini untuk berubah atau pun melihatkan sesuatu yang lain..apa yang lain terserah je dekat diri sendiri.semoga segala yang diAZAM tercapai hendaknya.

“okay.jum kite pergi sana!”
“jom.”
Cerita diatas mungkin ada dalam kehidupan kita.

Aku betul betul rindu 4Aktif2009.!

Tuesday, December 29, 2009

perihal BARU,

kenapakaubaca.
"maafkan aku jika aku.."-H.A

BARU

hari semalam sudah melabuhkan tirai,
hari esok muncul pula dengan cerita cermai,
bulan lalu telah hilang dari harinya,
bulan baru pula yang menjengah kabarnya,
tahun lepas sudah lelah dilalui kita,
tahun baru pula akan pasti menduga kita
.

kalau semalam,
banyak nian kita melalui pelbagai onak dan ranjau,
mungkin esok,lusa,tulat rezeki di belah kita,
kalau semalam
banyak nian masalah menduga kita,
pasti esok,lusa,tulat masalah samar samar hilang
kalau semalam
kita kehilangan sesuatu yang berharga,
tentu esok,lusa,tulat perkara baru yang hadir
kalau semalam
kita selalu menangis teresak esak
yakin esok,lusa,tulat kita bertawa gembira


kalau esok
perkara yang diharapkan tidak menjadi?
pasti kesal luluh hati
kalau esok
daku kehilanganmu?
pasti merana tak sudah diriku
kalau esok
apa apa berlaku pada diri ini?
tak siapa yang akan tahu
kalau esok
tahun BARU yang pasti tiba?
azamkan lah diri mu dengan niat yang satu
.

yang punah,dibaiki,
yang musnah,dipulih
yang tersasar,dibetulkan
yang merana.digembirakan.
yang sedih.ditawakan.
yang mengharap.dikabulkan
yang curang.disetiakan
yang hipokrit.dijujurkan
yang gedik.dikeraskan
yang marah.ditenangkan
yang dungu.diajarkan
yang berkasih.disatukan

segala yang sudah lama terpalit,terlakukan,terbuat tak sudah,termakan.
disandarkan menjadi kenangan.
yang BARU di gapai pasti
2010 menjadi penentu.


nukilan-hadzrin aqmal [H.A]

oh sajak ni aku buat tak sampai setengah jam kot.berguna bagi sesiapa sahaja yang ada terkenemengena dengan ape yang aku alami.cukup den katokan yang 2009 banyak mengajar erti hidup.ailaikkk ahahah..=.=
so kat sini aku nak ucapkan selamat tahun baru 2010 kepada para bloggers yang dikasihi sekalian.

Monday, December 28, 2009

krismas macam raya kita je en?


kenapakaubaca.
"aku tak kesah dah oh ape nak jadi jadi la ok"-H.A



life full with pancaroba -.- oh sebelum tu biar aku merepek dulu ok bahaha.takde lahh tak merepek pung.heheh.so far penat 2 3 hari yang lalu pun tak hilang lagi bercampur campur pulak dengan penat nak memikir hari persekolahan yang akan datang aku rase tinggal 6 hari je lagi kot ohh wtff mesty buhsan dok kelas 5aktif yang baru ni heh..aku nak 4aktif balikkk tolong pulang kan buleh??-.-

oh kamis malam jumaat aku tak tido langsung sampai pagi.pukul 5 pagi,awal2 dah kene mandi sebab nak balik kampung [ini jumaat pagi er] huish dengan baru je nak terlena kat atas katil dah kene kejut kan haisghhh mengucap dan mencaci panjang je la gamaknye pada tempoh itu.hehehe.oh2 lepas siap2 macam biase lah aku tido je sepanjang perjalanan uh.sampai kul 12.30.bangun bangun ''ouhhhhhhh mengantuk lagi la'' then diorang suruh siap2 sebab nak poie PD?pergh muak dangkal dah pegi PD baru je pergi hari tuh.dah peking2 tikar,bakul,air,makanan ape ape semua then kiteorg gerak PD .ahahah malang betul eeeeee...sampai kat PD tah bapak aku masuk celah mana tah jumpe pari* mana tah [sory aku MEMANG rasis]mandi bawak kroni dekat pantai tu.ahha masing2 geliiiiiiiiiiiii awwwuewww dalam kereta bertambah2 hujan pulak tu puihh...jom2 tuka tempat lain lah tempat ahaha.then jalan jalan lagi hmm baru lah jumpe tempat yang seterategik hikhikhik di bawah pokok kelapa kerdil kami bentangkan tikar wahhhhh seronoknyee walaupun agak panas cuaca dan tak hujan dahh.dah makang2 tu aku rase takde mood pulak nak mandi.celup2 kaki je la heheheh basah jugakkk la....ala benda yang paling aku lupe nakkk buat aku tak buat lah huhuhu..ooh ohh then lepas sejam dok PD dan kenyang makan.bapak aku kata nak pergi pengkalan balak,aww lagi best kat sinisebelum tu sempat jugak lah aku menyundal2 kat muzium TUDM,port dickson.takde ape ape pun heh.tujuan aku satu jee,nak MENYUNDAL heeh..menyundal=bergambar gambar la heh.oh lepa sberpenat lelah menyundal barulah gone to pengkalan balak..awww sampai sana pukul 5 macam tu.heh best nye mandi kat situ ombak de kuat laut dia dalam..kat sini aru best mandi sebab takde p**** ke ape ke eheh tenang jee.ouh dekat sejam gak lah...sama jugak macam situasi tadi,bentang tikar beli goreng pisang beli air dan buat tempat tuh macam kami punya hahaha..

oh then kiteorang pulang ke kampung eheh..-.-

esoknya,sabtu ade kenduri lak kat kampung bapak aku,so nating sepesial sebab aku bizy sangat tolong menolong ni hehe..best jugakk wuhooo! then ahadnye pergi gemas ke ea?palong 5 kot sebab ade kenduri pertunangan yang agak selebet,dan aku tak kenal lansung siapa nak bertunang uh.ikut je laa wehh janji perut kenyangg wakakakakak..ok ok aku dah penat menaip.daqri hari tuh aku cadang cadang nak ulang kaji tapi tak buat buat.salah siap ni ye??huahuahuha takpe lah mungkin mase belum tiba.SPM lambat lagi kan?ok ok bon voyage.

Wednesday, December 23, 2009

kenapakaubaca.

"geli layan kau!mualpulak rase hik4"-H.A

**maaf aseela..tak dapt copy ok.papehal enjoy ur life ok!

Monday, December 21, 2009

:(

kenapakaubaca.
"nating..hmm"-H.A


"Macam ni la kawan kan ?"

fine!

Sunday, December 20, 2009

bahahahah ;D

kenapakaubaca.

"setiap blog perlu ade chatbox lah!senang sikit nak kutuk ouh ahha"-H.A


natingnatingnating so anda takperlubaca dan baca dan baca atau komen komen romen oh dah pergi mampus heh -.- semuanya sudah sempurna dah stat minggu depan jadual sudah tight tight..ahah macam aa die ni bisnesmen kan?kalau bisnes man oke jugak lah dapat jugak $$ setiap hari aahuaua..


tadi sehati berdansa sedap gila douhh tabik sepring la 404230x kali kat szzy cantik gila dari isma punya.nak cakap sein haram lah sebab aku tak pernah tau pun dia wujud dalam SB3 uh ahah -.- ouh ye.kalau persembahan joget2 lembap ala ala ballroom uh aku pilih sazzy,kalau joget melayu tuh aku pilih isma & zul.diorang memang best jugak ahahah..dan harap harap yang terkeluar/tersingkir/tertakdapat masuk esok adalah SEINnanan huahuahhauha padan muka!heh :0


malam ni buhsan buhsan je hidup sebab tengok tivi je.lepas je sedara datang aku masuk bilik on9 ahah.then bile diorang balik aku keluar lah tengok tivi.aah [terok kan perangai]ish ish ish..ala jangan cakap orang ohh,anda yang baca pun sama aagagagag..

oh sedihnya tengok cerita 'kalimah syahadah'..eh ni ke tajuk nye/aku rasa tak lah..ala kalau korang tau tajuknye bgtau ok..aku pun lupe pulak padahal baru jew tengok tadi wakakka..

insaf insaf insaf [hipokrit] aku sekejap ! eheheheh

dan tadi tertengok pulak cerita luser!!

awwww kaudanaku bile kita tengok balik betul tajuk die boleh jadi kau DANAku,kauDAnaku lucah lucah ahah acah acah nak tiru high school musical la tuh yer?takpe la aku bagi 2.5/5 bintang ok..hehehe keep it up.yeah kalau android takde bintang lah kan..oh layan jugak la cerita tu walaupun agak buduss sikit hehehehe..

tadi aku terbaca utusan dalam ruangan mega ke sigap tah tadi,baca lah yang akhir2 uh,tengok lah kedudukan top 25 artis hollywood yang populer ouh..kesian kat SYAA sebab jonydep die dah turun no 3 dari no 1 tahun lepas. ahahaha hmmm bradpit pun turun britney kaluar carta,anjelina juling pun dah turun eheheh kesian.orang kata "hidup tak semestnya kadang kadang di atas" kan kan kan?ehh wat do i care this people heh?tak kesah la!bukan diorang kenal aku pun heheheeheh :)

sebut pasal sambutan MAALHIJRAH 1431H,aku tertarik bile baca+lihat+hayati foto2 maal hijrah,wah masih ada yang ingat.semuga sambutan ini menjadi titik noktah perubahan dalam life kite yaw!okraite??

Friday, December 18, 2009

tahunbaru, malaysia pun dapat emas kan?

kenapakaubaca.
"jangan diucap selamat tinggal"-H.A
perghh minit ke 83 bersaat kan 34 camtu camtu la lagi satu penghargaan buat skuad bola sepak bwah 23 kta.puiyohhhhhh!pawer vietnam bukan senang uh nak kalah kan.akhernya tumpas gak kat tangan malaysia.tahniah tahniah ok..aku bangga!malaysia 1-0 vietnam!tabik sepring la weh!harap kekal kan.aku dengar malaysia ade ura2 untuk dimasukkan dalam world cup jugak ahahahahaah..oh2,mana la tahu.MALAYSiA pun negara jugak kan??
yeii!dah masuk hari ke 8belas sepanjang bulan disember ini.macammacam perkara berlaku kat aku.iai iai sihh..haha takde cume nak memperingati diriku ni serta kawan2 yang sama umur tuk mulekan lembaran baru dalam hidup ni ok.bersempena MaalHijrah ini heheeh.moge moge kita menjadi insan yang teguh imannye dan mulia di sisi Pencipta kita ok.aww merepek repek panjang macam mak nenet pulak en.ahah
so,tahun depan spm. macam celakes sebab nak konsentret kat study je lepas ni no more online2 ceh ceh ceh cerita je lebih buat nye haprak.eh tadi aku dah setat setady kot.tapi cam biasa bila nampak buku je terus kroh kroh atas katil wakakaka..tak biasa la setady cuti2 .macam mengnganggu je cuti kite da la cuti ni pendek. oh takde ape lagi dah
menunggu outing je 27/12 heheeh


ohkay sejenak kita renungkan MAALHIJRAH 1431



Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

HIJRAH bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.

Ia berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa
yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Maknanya, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilakukan nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Selepas Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah juga yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26)

Selain Nabi Ibrahim, Nabi Musa juga diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Begitu juga Nabi Noh yang diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimanapun, dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah.

Peristiwa hijrah itu menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Rasulullah SAW iaitu, di Makkah selama 13 tahun dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.

Ia bermakna Rasulullah SAW berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa depan.

Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi SAW dan sahabat yang berhijrah menyahut panggilan dan keimanan.

Hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah.

Mereka juga menyedari tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu.

Mereka menghadapi apa saja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan hati yang teguh. Hijrah Nabi SAW dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah SAW, bagaimana baginda mengutamakan pembinaan masjid pertama di Madinah dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.

Seterusnya, kebijaksanaan baginda mempersaudarakan kaum Muhajirin (sahabat Nabi SAW yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah.

Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.

Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong-royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni dengan umat agama lain.

Hijrah baginda bukan untuk kerehatan, tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia menghayati roh hijrah ini untuk diguna pakai dalam konteks semasa iaitu membina semula kegemilangan tamadun Islam.

Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan slogan indah atau retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji Islam ke persada dunia.

Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah SAW menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu yang saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan itu akhirnya dapat disatukan.

Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, wajar umat Islam mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitikberatkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Justeru, Islam dari awal lagi menganjurkan umat Islam supaya bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah adalah milik semua makhluk diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu kaum atau bangsa tertentu.

Malah, semuanya diberikan hak dan keistimewaan sama rata untuk bersama mendiami alam ini di samping memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya kerana Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107)


Thursday, December 17, 2009

senyum kembali,

kenapakaubaca.
"ape sedih sedih ni tak rock la beb :'("-H.A
wahh tahniah akhirnya paklong dan maklong aku selamat juga tiba dari kota suci mekah.semoga haji yang ditunaikan oleh mereka merupakan salah satu haji yang mabrur ok..aku pun teringin benar nak pergi ke kota mekah.tapi dek kerana perangai aku mungkin aku tak dapat pergi kot hehehheeh.so cuti cuti wa rasa wa banyak lagi tensyen daripada wa suka,ataupun daripada wa nangis,wa seram,wa merajuk,wa marah,wa ceria semua tu kurang sekali.kerana ada je moment moment sakit hati,hampir muncul tiap tiap hari.takpe lah kan bukan rezeki aku.yehaa -.- ko ingat aku ni ape?lemah kah?ahahah see the kaki la weh.takde aku tak semudah itu untuk cair dengan perempuan.ahah mungkin kau boleh membuatkan aku cair dengan sikap kau atau ape ke,tapi kau tak leh mencairkan hati aku yang keras ni eheheheh.. takpe takpe sekarang bukan masa aku untuk berdondang dengdang aww syg la u la i euwww getis getis je ahahahah i syg u bee i taleh hidup tanpe u bee pergi mampuss sama dia.tak de maruah ke?heheh
aduhai bile la nset sony aku nak elok balik ni.ni la die suwei nak mampus bagi orang pinjam heh. -.- dah pinjam rosak pulak tuh.terpaksa tunggu repair.nasib ade 2 phone boleh la gune untuk kecemasan kan.takde la aku rindu doh henpon tuh.gamba dia cantik..kemere die jelass senang sikit aku nak menyundalnyundal [tangkap gamba] ahahahah bajet poyo cerita letop kiri kanan heh. oh first time aku mencarut life is suckin' ahahahhah ok ok papai tunggu untuk lain hari untuk aku merepek lagi okey teerimas sebab sudi baca blog aku yang cantik ni ahahaha..

**ehhhhhhhhhhhhhh!!sumpah dohh aku da kembalik ceria!aww best la!dah dah takmo sedih + tensyen ouh nanty cepat tua dan kulit berkedut,
love naif-benci untuk mencintaimu

Tuesday, December 15, 2009

bahahaha :)

kenapakaubaca.
"wehhhhhhh ahah xdepela"-H.A

yuhuuuu.weh aku teringin nak saksikan seberapa lama kau boleh bertahan ouh.cerita hu ha hu ha kat myspace boleh cer la/ihiihihi ok setat dari sekarang.now - until clash!! ahahah
oh,rase rasa nye cukupla setakat situ saja kawan ku.takpayah la kita nak memekak lagi,nak beriuh rendah lagi.nanti masing masing terasa.kata aku ni kepoh la.jahat la ni la tu la mcm tut la so just do ur bisnes ok.byee selamat tinggal
ucapan yang paling berat nak aku katakan ialah babai huhu :(
sentiasa mengingati mu!
[boleh layan tak jiwang aku ni?kes geli geliman?wkakakaakak]
takyah komen doe..mmbzir mse korg jee heeeee!




KAN AKU CAKAP!!DAH CLASH!!

Monday, December 14, 2009

poll+ong

kenapakaubaca.
"alahh.tak dapat buat tulisan kale2 dah"-?H.A

dicuri daripada zyda,hikhikhik

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. hadzrin
2. emal
3. bit@adik

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE : (currently)
1. 6/4
2. 12/10,30/9
3. -

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. edit pic
2. check ms3.
3. berangan nak jadi kaya

THREE WAYS TO BE HAPPY EVEN IF YOU'RE STUCK AT HOME:
1. online
2. dota@another games
3. cakap sorang sorang dengan diri

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1.hendpone lagi :)
2. duit
3. senaskah AlQuran yang telah ditulis maksudnyee

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. masak masak masak
2. mnyanyi dalam bilik air
3. onlining
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. negeri 9
2. korea
3. mekah <3

THREE FAVORITE DRINKS:
1. air sirapp emm nyummy
2. milo ais
3. air duit hahaha

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG: (other than the usual wallet, keys and HP)
1. minyak wangi kecik
2. ic
3. earphone+gelang

THREE FAVORITE COLORS:
1. hitam + pink
2. biru laut + pink
3. hitam +merah

TOP THREE HANGOUTS:
1. ou la kot ngn kawan2
2. tesco ngn kakak
3. cneleisure

TOP THREE YOU LOVE SO MUCH:
1. keluarga lah!
2. F <3
3. kawan2 ku!

TOP THREE WHOM YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
no answer

TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. henpon
2. duit
3. baju+seluar

TOP THREE THAT MAKES YOU HAPPY LATELY:
1. memekak dalam kelas
2. tengok couple clashh yeah best kot
3. keluar dengan ibu n ayah heeee

TOP THREE TAGLINES:
1. sengg! [sengal]
2. nak mampuss!
3. cemerkap

TOP THREE REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. sebab teringin
2. ngengadA
3. tgk zydanye cam best jee :)

ok2 tataa

Saturday, December 12, 2009

terlebih cuka,

kenapakaubaca.
"masa yang lalu akan terus berlalu"-H.A

aduyaii ni mesti aku ade probs ni kalau aku tulis tulis kat blog ni.hehehe..tadi.ade crisis la pulak..walau tak sehebat csi ke,ironmen ke,spa Q ke tapi krisis aku tetap krisis aku.tak kesah la die besa ke kecik ke kau pedulik hape heh?ahaha oh takde lah.aku tulis ni pun sebab aku nak jelas kan ape yang aku patut jelas kan.
kepada anda,aku bukan nak merampas awek kau ok.aku kawan dengan awek kau pun sebelum anda berkapel.tapi kalau itu meresahkan kalian.aku minta maaf,heehe chill je.jangan risau.aku takkan merosakkan hubungan engkaurang..dan aku tak minat pun nak melakukan sedemikian rupa.rasa hina kot.heheh..so just 0-0 k.
Yang kau [orang lain xde kne ngene ngn cerita kat atas] ni pulak bajet hot la aku nak layan 24/7?haa?ingat kau cantik?kau nka kutuk aku?silakan jangan segan silu?tapi sila dulu tarbiahkan diri anda supaya menjadi perempuan solehah islam sejati sebelum mahu mencari kelemahan orang lain..ahahahah.sekian.itu jer,
permintaan menulis blog semakin mengurang kerana tuan punya tangan ini terlalu malas untuk menaip panjang panjang.ahhaha so tunggu 2010 punya list blog pulak.
heheh

Thursday, December 3, 2009

rindu la doi

kenapakaubaca.
"aw dia wanita terhebat"-H.A

oh papadom best sial.mula mula aku kutuk la.eish loser gila cerita melayu bla bla bla rupenye cerita tuh membuatkan aku sampai mengalir air mata deih dan seronok dan curious je nak tahu jalan cerita nya.unik dan weirdo best sgt <3> diwujudkan tau ahaxs merepek meraban tengah tengah malam itulah tabiat aku.woh.balik kampung mase aidiladha tuh macam best je kan.biasa la da nama pun qurban mesty la kita tumbangkan lembu kan?dah tu lauk dia mesti kari daging tak pun masak lemak cili api daging tak pun rendang daging tak pun daging masak merah bla bla bla aku rasa raya kali ni begitu bermakna. mungkinn.. argh jangan la fikir bukn bukan think positif yaww.ouh cuma nak intai intai balik kenangan di kampung rindu saat di kampung :) dah dah mata dah kuyuu so salam mengakhiri rumus.!