Friday, January 4, 2013

Show Off : rendah diri ke?

kenapakaubaca.[?]
"Be nice to everyone ok "-H.A


“Hidup itu indah kalau kita terokainya lagi”
Jangan simply simply kata “hidup ni bosanlah,hidup ni tak ada makna la, baik mati daripada hidup cenggini”. Eh, mana akidah kau ni?
Just anggap itu ujian.Kan senang? Dapat pahala lagi tu hihi.


//


Nothing much to say. Setakat ni secara ofisial 2 paper dah berlalu.Aku tak tahu apa aku jawab paper English tadi. Ianya memang amat agak tak logik dengan soalan isi tempat kosong atau bahasa omputihnya fill in the blank,30 markah dan the paling tak masuk akal is masa dia sampai 2 jam. Aku pun tak tahu la nak cakap 2jam tu lama sangat ke tak, tapi untuk si pembenci English sejak dari darjah 4 macam aku ni, 2 jam untuk 11 soalan yang 30 mark, itu memang merepek.agak agak la nak bagi soalan pun haha.karangan SPM english yang tulis berjela jela tu pun 1 jam sengah kot ni isi tempat kosong sampai 2 jam. Tak,yang aku nak bising bising ni kenapa? HAHA. Peduli la.

Eh jap.

Korang pernah jumpa tak orang yang macam ni.Dia merendah diri, tapi dalam merendah rendahkan diri dia tu ada satu nada show off yang dia entah sedar atau tak masa dia cakap tu.Mungkin bagi dia,dia sedang merendah diri kot haha tapi bagi si telinga yang mendengar ni,yang tengah naik berbuluu je dengar ni serius sakit hati & menyampah. Eleh macam la aku kita tak pernah buat kan? Ke memang tak sedar eh? Kalau cenggini lepas ni kalau nak riak ke show off ke boleh la buat dalam posisi merendahkan diri dan dalam masa yang sama kita show off. Tak faham?

Macam ni.

“kau hari tu test dapat berapa eh?”
“eh test 1 aku teruk kot,susah gila soalan.”
“yela, berapa la duh?”
“39/40 je.Serius susah.Soalan dia a bit confusing kot”
“-_______-“


Nak anggap macamana? Rendah diri ke apa ke? Kalau betul la nak rendah diri.Better zip kan je mulut daripada cakap markah sebenar atau tukar topic perbualan please haha

Atau perbualan macam ni ,

“baju kau beli kat mana ni,asal lawa gila ni senah.”
“mana ada la cikai je ni”
“mana doh beli?takkan bundle kot?”
“aah,bundle je.bundle kat topshop”
“krik krik krikkkzzzz”

Actually tipu kalau aku kita tak pernah buat macam ni.Mustahil tak pernah riak tak pernah nak menunjuk tak pernah nak berlagak.Sangat mustahil. Takpe,berlagak je selagi boleh tapi jangan sampai benda tu jadi annoying la,sampai jadi buah mulut bahan kutukan segala hihi.kalau dengan aku kau nak kata kau ada rumah kat bulan pun boleh. HAHA. Tapi serius la kena jaga cara cara kau nak show off. Aku anti betul kalau orang show off mcm situasi dekat atas.Nak show off,show off je.takde siapa heran pun, jangan kau heran dah la nanti bila semua malas nak layan. Hihi

//

Next exam. Isnin.pasal etnik etnik dekat Malaysia.Serius shit aku tak suka tajuk ni HAHA.tak pernah belajar dan tak pernah ada buku.Lecturer tak bagi wakaka. Kmalas.kthnkbyenites :D

Thursday, January 3, 2013

Upside down cinta

kenapakaubaca.[?]
"page 3 of 365."-H.A



“Perlu ke awek?”
“Perlu ke pakwe?”

Kalau mengikut umur aku, yakni umur dah masuk ke alam alam tua ni.Jawapannya macam perlu. Baru ‘macam’ belum jadi keperluan atau kemestian lagi. If and only if kau berumur 20 tahun ke bawah,aku rasa tak perlu. Serius. Aku bukan nak cakap yang aku ni cemburu buta,jeles,tak laku or whatever serius tak,peduli apa aku. Tapi jawapannnya tetap tak perlu. Boleh sebenarnya nak ber pacar (cewahh) ,serius nampak sweet , tepuk tangan sikit. Kalau ikut agama ,faham faham la kan kalau ikut budaya, ianya trend. Sampai jadi trending #hashtag dekat twitter HAHA . Tak salah nak curah kasih sayang sama sama tapi jangan sampai langgar pantang larang. Tapi what for ?


Siapa tanggung awak,siapa jaga kau, setakat nak hamburkan ayat manis sweet talker “i miss you, i love you” , tu anak patung Barbie yang tekan picit berbunyi tu pun boleh buat. It is not easy as we say.Awak umur masih mentah.still a kiddo. Ya ya ya , tak suka statement ni, “orang sekarang suka menafikan kebenaran,so sikit pun aku tak hairan”


Lepas ni boleh la aku proposekan konsep bukan couple tapi ala ala couple yang bukan wajib declare as ‘pakwe’ ‘makwe’ Faham tak? Ianya macam kita kawan rapat sampai wujudnya perasaan suka menyukai tapi tak couple. Kah kah. Kan senang macam tu, sama sama riang sama sama suka kalau sakit hati takde lah sampai nak bergaduh, buat drama twiterr fb bagai.duhh ianya sulit duh.kau gaduh dengan dia, bangga pulak nak tayang satu so-sial space. 
Kalau aku serius malu. Yang sampai aku pernah jumpa, siap ber ask.fm , siap tanya ;
“Apa  yang ada dekat kau eh sampai   ______ (nama lelaki)  suka dekat kau?aku tengok kau ni macam perempuan sial je” – semua orang baca beb.


Eh ini bukan fitnahan semata,this is real.i saw it from my mata kepala.Serius shit kenapa perempuan tu kisah sebab si lelaki tu suka pemilik ask.fm tu? Kenapa? Drama is drama. Kena tinggal is kena tinggal.mungkin dia memboringkan kot sebab tu kena tinggal . but the fact is ,yang berlaku dekat atas ni baru umur cecah 15. Coi kalau 15 tahun pokok getah pun belum matang lagi kot HUEHRUER.


Umur baru 15 dah nak bercinta ? kalau fikir kondisi semasa,yeah berlambak orang luar sana yang dah ada couple but bila fikir dengan matang ( serius,sila fikir dengan logik akal) you don’t have to fall in love terlalu muda macam tu. Tolong la fikir PMR, biar orang kata kau kebelakang,kolot semua yang penting kau tak terjebak dengan semua perkara syaitan ni.
Apa? Nak lawan fakta ke? Orang sekarang nak ke terima fakta ? biar aku ceritakan fakta sebenar walaupun korang tak suka fakta ni.

“ % pembelajaran pelajar merudum disebabkan budaya negative seperti jenayah juvana,couple dan.......” this fakta walaupun nampak cliché,nampak jelik tapi kena juga terima bulat bulat,kalau tak nak terima bulat bulat,terima la tiga segi -.-


Eh sebenarnya aku taknak kaitkan benda ni pasal pelajaran,boring la setiap kali nak kaitkan dengan pelajaran. Juvana – pelajaran , bawak henpon ke sekolah – pelajaran ,sukan – pelajaran , boring boring boring. Aku cuma nak kaitkan dengan umur yang muda perlu ke dah mula berkasih sayang? Tapi kalau dah takdir takkan kemana kan? Aww so shweet.This was only my personal opinion.Jangan sentap jangan terasa,aku tak tuju kat sesiapa pun kecuali budak ask.fm tu,pakwe dia dan ex pakwe dia tu kih kih kih.

Cuma aku nak kita berfikir secara betul betul holistic dan rasional, about what im saying just now. Bukan aku yang tentukan hidup kau,bukan mak ayah kau,bukan kawan kawan tapi diri sendiri selain ketetapan qada’ dan qadar kita. Bila umur dah 19 20 tahun ke atas,aku rasa lebih manis nak cari teman kan? HAHA enjoy your masa muda. Zaman 12 tahun hingga 18 tahun tu zaman kegemilangan kot. Nak nak bila dah cecah 2013 ni.

Too muck talk boleh jadi boring.aku berhenti kat sini.:D kthnkbyenites

//

“ahh sekolah dah mula.Its remind me about my school memories. Aku rindu posisi kelas aku,duduk tepi tingkap dan korek hidung guna langsir. Sweet kan?”

Tuesday, January 1, 2013

Puisi '13

kenapakaubaca.[?]
"Selamat tahun baru! Allah's bless."-H.A


lalu bertahun lalu,peluh menitis dikesat sudah,hilangmenitisnya lagi.
jika ada duri dihadap, 

jangan dibiar pedih derita ayuh bangkit melawan badai,agar hidup selalu ceria 

#jika semalam khabar mu burukmohon doa kepada-Nya supaya rahmah berterbangan hinggapsupaya hati tidak pengap.

lalu bertahun lalu,masih menghela nafas yang satu,yang berbeda cuma angka,makin meninggi makin mati.

#lalu bertahun lalu,kita kau semua sama,usah pangkat,mahupun harta, 
bila mati jumpa Pencipta.

jika onak ditempuh semalam jangan gigih melawan lagi sedang masa terus berpaksi, carilah solusi yang datang pasti.

-H.A

#Baru selesai menulis cerpen 5minit. Mengkonkludkan segala yang berlaku.Kita sedar umur makin meningkat makin kita hampiri mati. Jangan lupa tanggungjawab kepada ibubapa,family dan Pencipta.
We can enjoy this life tapi jangan sesekali lupakan syarak.Wallahualam