Showing posts with label apa ada dengan cinta. Show all posts
Showing posts with label apa ada dengan cinta. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Yang Tersayang : Kronologi sepi

kenapakaubaca.[?]
"aku syak,untuk menulis blog,memerlukan mood yang baik.Haha.Kalau aku tak tulis blog tu,maknanya mood aku tak ok lettew keh keh "-H.A

Tajuk posting bunyi macam jiwang karat je.Apa ni? hew hew dah 20 tahun kan? Jerin dah besar kan? HAHA

Bila sentuh pasal orang yang pernah aku sayang which means erti lain 'suka','jatuh cinta' 'tersuka' 'terjatuh hati' dan ter ter ter, ada banyak cerita di sebalik yang tersayang aku tu. Sejak dari darjah 4 woo aku dah terkecimpung dalam pencarian yang tersayang ni dan misi seterusnya saya terus bergiat aktif dalam mencari yang tersayang sampai la tingkatan 5, tidak di matrik dan universitas..But unfortunately nasib tak menyebelahi aku bila semua yang tersayang yang aku cuba untuk nak sayang,semua pura pura tak sayang pulak. Aisehmen.Leceh la kalau cenggini haha.

#
Aku masih tuntut kata kata cikgu add math aku dulu.Masa tingkatan 5 tu dia cakap,

"kamu semua tak payah la nak couple couple bagai nak rak dekat sekolah ni,tunggu je masuk U nanti.sure ada ,siap kahwin lagi tu "

Baik cikgu,saya dah masuk tahun 1,umur dah 20,semester kedua dan saya masih menanti your words cikgu haha.Mungkin ini bala bila aku menyertai kelab 3S (Single Single Sedunia) kot atau diri sendiri bajet nilai juta juta; jual mahal nak mampos.

Kronologi pertama bermula darjah 4.
Dia cantik, ayu, manis,bertudung (cewahhh) haha tapi tapi tapi yang paling gua panas hati ni bila ada orang lain suka dia. bukan sorang,bukan duaorang tapi 3 orang serentak suka dia. Wa dah la takde muka,nafsu pun tak tinggi lagi masa tu. Perempuan tu sampai pening kepala nak pilih mana satu laki dia suka.
The story end bila perempuan tu pindah haha
3 orang lelaki tadi termasuk aku melopong tak tentu hala.Cuma aku tak meroyan lebih la,yang lain meroyan.
Darjah 4 ni woi. Gatal piangnyaaa.Baru sekolah rendah.

Kronologi kedua seterusnya di tingkatan 3.
Eh maklum la,pengerusi Pengawas pusat sumber (jeling jeling diri) ni hot la jugak walaupun hakikatnya buruk tapi peduli apa.Atleast ada orang minat tau. Kau ada? HAHA joke.Mula mula main jeling jeling mata masa dalam meeting,tak sangka cayaqqqq (cair) pulak baq angg. Tak sangka aku.baru kenyit mata,belum sepak lagi wakaka.So drama berlaku,borak borak.kacau kacau masa dekat kaunter.Ada satu hari aku terkejut sebab dia mintak cou... ? coupun? -_- Gua reject. Maaf la,aku ada prinsip jugak walaupun aku junjung prinsip bagai perigi mencari timba.Adakah aku sedang mempermainkan emosi perempuan?Tidak kan? hihi

Kronologi ketiga di tingkatan 4
Haahh! budak kelas aliran Arab jadi pilihan.Selalu lalu depan kelas dia bila time tengahari nak masuk kelas,dengan harapan dia jeling i balik you haha. Memang harapan terkena. dah selalu sangat buat macam tu sampai mual,kitaorang pun tegur tegur dan borak borak biasa.
Aku ni pelik,habit aku pelik sangat.Aku suka bagi orang harapan, dan bila harapan muncul depan mata,aku akan rosakkan harapan tu. Faham tak maksud aku?
ala kira heartbreaker la ni. Senang cerita haha. Melepas lagi.Bodoh piang punya jerin.

Kronologi keempat di tingkatan 5
Siapa cakap umur jadi penghalang? tak kisah la you nak bercinta dengan umur angka berapa pun.
Tingkatan 5 punya cinta monyet pun tak jadi. Semuanya ada drama. HAHA Kelakar bila ingat balik. :'P
Akan aku simpan semua kisah ini.

Tutup ketat ketat,jangan bagi masuk angin.

#
sial

Lepas 4 tragedi tu,aku berhenti berharap.Dei bukan aku dah tak suka perempuan,berhenti berharap untuk taknak sakitkan hati sendiri.I've move on,masuk alam matrikulasi jadi forever alone, dan sampai sekarang.
Well,lebih baik jaga hati korang daripada sakitkan hati sendiri ye tak? Atleast kau gembira sensorang walaupun menderita bila tengok kawan engkorang dah couple kan? HAHA.

the cliche words ever ;
"mungkin jodoh dan takdir kita belum sampai"

eh aku ada jugak try test menackle nackle awek awek sini,cuma tak nak teruskan,takut jadi heartbreaker buat kali ke 5 lagi.

Betul,aku takut berpijak bumi nyata. Sifat malu aku masih menguasai diri aku.
Oh shit.
Oh bye la.Gua nak pergi usyar usyar awek jap malam malam ni .

#


Persetankan tu semua.Bila aku sedih,aku suka tengok video ni
buat korang lupa semua sedih korang. HAHA try tengok.

Friday, September 28, 2012

"Carilah calon dekat U nantii"

kenapakaubaca.[?]
"hati awak dah keras macam batu,saya tak boleh tolong."-H.A


Dekat sekolah

“kita nak kekang budaya kapel kapel kat sekolah ni ... balbalablablabalab”- pengetua SMK________


Dialog cliché.

Dalam kelas.

“kamu berdua couple ke?siap duduk sebelah sebelah bagai.Syuh,pergi ubah tempat duduk tu”- Guru tingkatan sewaktu dalam kelas

Lagi dialog cliché

“kalau kamu nak berkapel bagai,nak berkasih sayang,tunggu la masuk U nanti. Kat sana punyalaaaaa banyak perempuan lagi cantik cantik, dekat sekolah ni bukannya cantik pun,lupakan laa.” – Puan L


Dekat Uni,
*krik krik krik* bunyi cengkerik.
No one will control,care or anything  to you.Merdeka kan? Bukan bangsa merdeka KAH KAH itu haram.

//


Mana? Aku dah sampai U ni ; mana mana perempuan cantik tu? Kalau tak silap cerita “cari la calon kat U” macam aku dah dengar sejak dari darjah 4 rasanya. – dialog tu macam dikitar semula saban tahun – sampai naik jelik bila telinga dengar .-.- Menyesal pulak tak cari calon dekat sekolah – at least boleh la jaga someone walaupun dalam jarak jauh. Lagi romantic you. HAHAHA. Siapa ni aku nak persalahkan ni? Pengetua ? cikgu kelas? Whatever the thing  is salahkan nafsu dulu.
But seriously,susah nak cari perempuan. Dalam tutorial sekarang,ada 22 si gagah perkasa dan 8 si bunga .ratio lelaki : perempuan Cuma 11:4 -.- takkan nak kongsi kot?
Nak pergi fakulti pendidikan (yang mostly penuh dengan perempuan) punya lah jauh – sampai ber-ela ela. Takkan semata nak menapak jauh dari fakulti elektrik – dengan peluh peluh ketiak basah dahi berkilat segala , ewww jatuh standard lalu depan awek KAH KAH KAH.terus kena reject.

Tapi mungkin aku menapak bumi johor ni baru sebulan. Masih lama perjalanan.
Lepas ni arghhh,sampai mati aku tak percaya cerita “cari la calon dekat U” melainkan ada drama swasta ;

lalu sebelah perempuan ,tetiba pen perempuan tu jatuh atau buku atau kertas kajang atau atau atau dan aku tolong ambilkan. OH demit.so sweet wakaka. Dah la jangan berangan.


//

arif,irfan,akif,me,hazim :D
Rindu pulak zaman matrikulasi, dapat duduk dengan irfan &  akif. Sini i’m forever alone. :’|

Friday, February 24, 2012

kita lebih takutkan siapa sebenarnya?

kenapakaubaca.[?]
"serius shit aku tak boleh nak lebih lebih takut takut kita semua kecewa.kbye"-H.A


I just attended the forum 'ada apa dengan cinta' versi dakwah punya- so the expectation nya berbeza sikit.bukan nak dipertokokbandingkan ; ya memang.bila cakap pasal cinta kita akan terus terfikir golongan muda mudi.-tidak orang tua-orang yang dah berkahwin or whatsoever tetapi mesti ingat budak budak zaman sekarang.-termasuk aku ah tu haha.-dan aku bayangkan forumer tu budak budak yang perpengatahuan pasal cinta ; sebab tu ramai budak perempuan berduyun duyun ke dewan tapi aku terlepas pandang.forum tu diadakan sebahagian daripada aktiviti bulan anti-couple.


pergi sekejap je.dalam sejam macam tu.sebab klise.klise klise.hambar - benda sama.nasyid-band -gitar drum- penyanyi nasyid suara sama - lagu sama. dan etcetcetc... cuba buat cara lain sikit ; supaya dapat tarik lebih ramai studnt


// aku tak dapat tangkap apa penceramah tu cakap tapi dia ada cakap.cinta utama kita adalah cinta pada Allah Yang Esa.itu memang wajib untuk kita. the whatsoever cinta yang fuu fuu selain itu adalah mengarut.


aku suka soalan kedua. adakah cinta tu memang satu fitrah di antara lelaki dan perempuan atau hanya menurut nafsu semata?


 most probably the forum be held mungkin sebab dah ramai sangat budak couple kat KMK.aku ulang.kat kolej matrik ni.-kolej ni kalau nak tau macam sekolah sikit.jadi faham faham la sendiri.Aku tak ada kuasa nak deny couple couple ni ; lumrah kan? perasaan kan?jangan main main dengan perasaan.aku pun tak ada kuasa nak tentukan halal haram ; yang sememangnya couple tu membawa ke zina dah zina itu haram dan what ever aku cakap cakap ni ; aku pun tak terlepas buat semua tu.bukan aku sorang malah kita kan? eh eh tak ngaku pulak HAHAHA. jadi konklusi fikir fikir la sendiri.jangan sampai melarat dah la tau.


**


'aku tak tahu kenapa down sangat hari ni'


kuatkan semangat aku Ya Rahman,Ya Rahim
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”


Ya Allah.Ampunkan dosa dosa dan murahkan lah rezeki
ibubapaku
ahli keluarga
diriku
sahabat sahabat ku
sanak saudaraku
muslimin dan muslimat


amin ya rabbal alamin.




tapikan manusia selalu melawan fitrah.haram jadi halal ; halal jadi haram.bukan nak berlakon baik tapi itu realiti.sama la kita.aku pun buat jugak macam tu.jadi tolong jangan tuding menuding.