Showing posts with label dua watak berbeza. Show all posts
Showing posts with label dua watak berbeza. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Apa yang kau suka buat aku tak suka?

kenapakaubaca.[?]
"seronok nampak?"-H.A



muka paling enoooyingg

aku tak syorkan korang baca kalau panjang sangat ; sambil mengomplen aku tulis panjang dan aku dilabel ‘jerin SS’ HAHA sukati la.ni diari public kamus hidup aku kih kih takde duit nak beli buku diari


Hidup ni memang busy.Kalau busy tu hidup,mesti dia tak nak guna nama ‘busy’ sebagai nama dia sebab memang busy la cerita dia -.-‘  Oh,selain daripada korek hidung dopopatjam,aku kena basuh baju,jemur baju perah baju (ni tipu,mesin yang buat) – eh kalau nak tahu,semalam pertama kali aku guna mesin basuh ; sejak dari zaman matrik sampai sini,sampai la semalam, pertama kali guna mesin basuh tu.sebab dia murah rm1 baq ang HAHA dulu rm3.
Tapi apa yang dungu sangat mesin tu basuh sampai 50minit. -.- dia sengaja nak bagi baju baju aku rosak ke apa? Last last mesin tu yang rosak aku kerjakan sebab aku nak cepat spin.

“balik ni nak suruh ayah beli roller blade la.senang sikit berjalan.tak haus kasut aku” –H.A


Aku syor kan lepas ni mana mana kontraktor kalau nak buat mana mana universitas ,ratakan dulu tanah biar 90’ darjah – permukaan tanah tu. UTM berbukit bukau weh.rasanya kalau tak turun petang jog pun takpe,sebab segala perjalanan ke fakulti ke kelas tutorial ke kafe whatever kejadah semua dah cukup buat diri ni sihat ; sebab setiap minit peluh mengalir.
Aku yang berat 55kg ni pun dah turun dekat 2kg, rasa rasa yang 80kg tu boleh turun jadi 50kg tak dalam masa 4 tahun kat sini? Kih kih gurau je ,no hurt feeling.
Eh persetankan semua tu.

//
Ada 3 perkara yang aku tak suka selain menunggu daripada rambut siap digunting.Itu memang the most terrible thing,membazir masa je nak tunggu.Masa itu emas kau tahu?
Apa yang pertama?

Bangun awal.

Semua tak suka bangun awal aku rasa.tapi tahu pulak tidur lambat ? tidur bagai nak rak lambat gila,konon nak habiskan assignment (padahal propa gila –layan movie layan korea main dota main pes main segalanya sampai )pukul 1.30 pukul 2 pagi, lepas tu memekak komplen pagi pagi
“aku ngantuk la,aku ngantukkkk.tak cukup tidur.uhuk uhuk “-sambil menggesek mata dengan buat mimic muka yang manja .

Aku rasa golongan ni patut dicurah asid H2NO4 haha biar lawa sikit muka. (eh gurau je sebab aku pun buat benda terkeji ni) hihi and the most important thing, perkataan paling menyampah nak dengar bila pagi ;
“menyesalnya tidur lewat semalam.” Kalau tidur awal,pagi ni mesti segar je mata , niat nak pergi kelas tu rasa suci je HAHAHAHAHAHAAHAHA.

Apa yang kedua?

Perempuan (bertudung) yang mencarut

Aku tak peduli langsung bila perempuan free hair nak mencarut, sukati dia la mencarut aku peduli apa sebab dosa pahala dia yang tanggung,Aku tak ada kena mengena kan? Selagi dia waras dia boleh fikir.rasanya HAHAHA. Eh perlukah aku bezakan free hair dengan bertudung ?
Rasanya perlu kot. 

The cliché perpective daripada orang ramai. Perempuan bertudung itu lembut ayu suci blabalbalbalabaalbalbaa ok stop. (mampus aku kena tiaw dengan dorang lepas ni sebab tulis posting yang menaikkan kemarahan)

Bila kau tengok perempuan mencarut,nak buat bini pun tak ada hati dah.geli hati ni nak melamar haha.”adui fuck betul la” “apa macam sial ni?” “bangangg...”  ini baru kategori mencarut kelas  ketiga. Ada kelas pertama kelas kedua carutan carutan yang memang tak syok betul kalau dengar. Lelaki takpe la.ada excuses HAHA.

“pengkid dikira perempuan kan?aku rasa la.”
Mohon jangan carut lagi.Pesanan Khidmat Komuniti

Apa yang ketiga?

Rakan tak beri komitmen dalam kumpulan.

Sejak masuk sini.boleh dikatakan semua lecturer secara sebulat suara suruh  bentuk kumpulan.Aku dah risau dah.Risau dapat team member yang kaki malas nak berkerjasama.Bukan nak cakap bagus; besar,bajet aku ni rajin apa ke tak. Tapi ni lumrah, aku cakap bedasarkan fakta. Eh kau yang marah tu, mesti kau malas nak cooperate dengan kumpulan kan? HAHAHAHAHA.

Eh malas nak tulis.nanti la
Nak siap siap pergi jogging pulak.
Maaf la.terpanjang pulak entri.dulu cita cita nak jadi setiausaha PM.
Sekarang tengok dah macam takde masa depan je so biarlah.
Kthnkbyenites.
alia adalah kawan yang menyakit hatikan,but aku suka diorang HAHA

Thursday, May 3, 2012

Antara Dua Watak dan Perspektif

kenapakaubaca.[?]
"i miss you too wahai 400KM"-H.A




BAB 2: Antara dua watak


"orang malaysia kaya dengan tohmahan" - sikit sikit nak tohmah


apa yang aku maksudkan ni? perkataan tohmah tu memang cam kurang ajar sikit - agak keras - terjurus macam nak menuduh tapi tak sebenarnya.


pernah tak? (tipu tak pernah) orang datang kedai makan eh tak butik la.butik handbag,jenama kalah paris hilton, kita letak gucci la.walaupun murah jugak atau coach atau dan sebagainya.Kita nampak sorang ni masuk dengan husband - dan secara otomatis dalam hati - atau bagi yang laser jeles nak mati tu - akan terpacul dari mulut."wah kaya nya pompan tu,suami mesti loaded tu poket tebal dopopatjam" - tohmahan pertama -hasil daripada pemakaian si wanita tadi- ala makdatin , pakai beg jenama Jimmy Choo (eh?) silap maafkan aku HAHA pakai kasut tinggi 10 ela.dan bergaya ala mak datin. tohmahan kedua.- perempuan tu bela anak ikan tak?-no.bukan isu dekat atas yang aku nak ulas kan. aku nka cakap mengenai dua personaliti yang berbeza dalam norma manusia semua.It is a boring punya tajuk ; klise dan lumrah tapi kalau kita tak kupas tak bukak kita takkan tahu mana langit itu dijunjung - are we still in malasie? or neraka buatan manusia? itu yang kita tatau tu.


it was like banyak kali aku dengar ,lihat tengok rasa,sendiri rasa - yang kita selalu assume orang based on their appearance,luaran,gaya,lifestyle,gerak gerik,gesture badan and what so ever the fuuuu tapi yang sebenarnya kita tak tahu apa yang realiti serea realitnya kan?


"oh dia guna jam casio" - dan paling cikai pun jam casio yang original memang lebih ratus ratus -tak pasti sebab aku bukan peminat casio -erti lain aku bukan minat nak beli jam mahal mahal hanya sekadar letak kat tangan.oh pedulikan itu. dan bila dengar casio - oh mahal tu - oh kayanya dia.dan selalunya begitu


manusia tak pernah nak senang dengan kesenangan orang lain.aku pasti dan teramat pasti
apa yang tersimpul dari pelihat akan kata -wah dia kaya. but secara betullnya,kita tahu yang jam seakan akan casio tu kita boleh cari berlambak kat pasar pasar malam berdekatan.tak hairan sangat.itu belum rolex lagi,belum tissot lagi - nah kau kalau semua tu? aku tak tahu apa perspektif kebanyakan orang klise kat luar sana ? (termasuk aku kah? -.- jam bukan penentu segalanya)


orang malaysia ni senang; tak ambil pusing dan sentiasa menurut.mana yang cuba menongkah arus tu,tahniah sebab berani buat perubahan.paling tidak pun untuk diri bukan utnuk orang :') - Kita selalu berfikiran terbalik-berpaksi khayalan daripada nak menelaah isu sebenar.


kita tengok, orang pakai kereta besar,henpon canggih,kasut baju berjenama,makan di high class restaurant dan dengan senang lenangnya kita assume dia hidup senang. senang yang bukan kais pagi makan pagi dan petang makan petang hihi. tak.memang tak perludinafikan most of orang orang macam ni hanya goyang punai dekat rumah -senang dan ada juga orang yang suka buat drama.
drama  semuanya tapi dihimpit dengan pelbagai masalah.ONE of them ofcozzz kewangan semua.orang kata biar papa asal bergaya ye tak?-they think pandu kereta gah - free of cas? atas jalan tak perlu bayar cukai kepala fuu dia?bayar ansuran bulanan cecah ribuan ringgit just only for the car?itu belum rumah ? air api dan segalanya indah water - yang sebenarnya kebanyakkan malaysian tak concern pasal semua ni. satu frasa yang mebghalang manusia nak hayati frasa ni adalah bergaya.


hidup untuk bergaya dan bergaya untuk hidup.


persetanzkan segala $$ hutang dan implikasi yang mendatang.yang penting puas dan dapat feedback dari orang.


dan terbalik.upside-down


ada gaya jugak eh? HAHA
mereka lihat (sebagai contoh) orang yang pakai lusuh,kereta kecil dan sebagainya seorang orang yang lekeh,no money,takde harta, bagai melukut ditepi gantang- frasa kais pagi makan pagi sentiasa meniti dekat bibir si puaka,dan makin orang cemburu dengan mereka ni.dah la hidup kononnya susah,masih lagi ada yang mendengki.ahh zaman sekarang bukan rekaaan,ilmu mistik santau memang dah jadi lumrah untuk tunjukkan kedengkian mereka, even dengan orang 'susah'.tapi tak ke diorang fikir,yang si susah ni mungkin pandai; mereka buat percaturan saham,punyai tanah lot dikampung kampung, simpan emas dan whatever kejadah yang bersangkut paut dengannya.mungkin mereka tak mahu menunjuk


lebih baik tak menunjuk daripada menunjuk tapi keliling pinggang ada wake up call suruh bayar segala bil hutang dsb.


kalau la wallet berkepok kepok HAHA
"aku ada cousin,yang bapaknya lawyar ke hakim tah-memegang jawatan tinggi di institusi kehakiman negara- but tersangat la low profile.sangat.baik.walaupun punyai segala,tapi dia tak tunjuk.respek gila cam ni oi"


Tapi whatever happen,kita ada akal ? kita perlu guna dengan baik.itu je sebenarnya. hihi


next topik,aku teringin sangat nak borakkan pasal perlu ke kita sisihkan orang yang bersalah?orang yang betul betul bersalah dalam satu satu hal yang mampu mengeruhkan keadaan beberapa pihak?ehehe kalau aku rajin la.




*sekali lagi.ini hanya pendapat peribadi.tak payah nak terasa sangat la kan :D