Showing posts with label ego. Show all posts
Showing posts with label ego. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Selagi Pintu Rezeki Belum Tertutup,Selagi tu Manusia alpa.

.
kenapakaubaca.[?]
"selamat kembali jerin :)"-H.A


tengah ambik kain, lap lap blog dah berhabuk. lama sangat menyepi. busy busy busy benci hidup sekarang. hidup untuk kerja dan kerja untuk hidup ada banyak benda nak tulis tapi persetankan la ; simpan buat pekasam , alasan klise sebab dah lupa pun nak taip apa haha. 


"pernah kita bersyukur dengan apa yang kita ada ? pernah pernah ? tak pernah kan?"


semalam borak borak sampai lupa dunia dengan kakak abang aku, cakap pasal masa depan. pongeh gila. macam tau tau je dapat kerja gempak ,berbekalkan (konon) degree yang taraf lakunya macam sampah lagi 10 tahun akan datang ; konon borak gaji rm5k 6k sebulan - ahh nampak sangat tak bersyukur. itu semua angan angan je dulu. tak salah kan berangan? 
but seriusly,ada dua je posibility.
berjaya
atau tidak ?


Oh aku rasa kalau kita berusaha,doa tawakal segala whatever the fuu, tak mustahil kita boleh dapat apa yang kita impikan. gaji 5k 6k semua, hidup bersama keluarga bahagia , ada rumah sendiri,kereta sendiri dan harta sendiri. Itu kalau kita berjaya ah. kalau . kalau je.
dan 


kalau kita leka dengan hal dunia. kita tersekat , dan mati tengah jalan.
tahu kan apa akibat ? pergi la guna pakcik gooogle.search .


*berhenti.


//


pasca tak bersyukur.


"aku serius jeles dengan mak datin (ekceli bukan datin pun) yang datang crocs beli 11 pasang kasut , yang total harga dia rm2300+ "


cemburu sangat. Rm2300 sangat besar. sangat. kalau dicongak kira pakai sempua pun, itu gaji 2 bulan aku -.- dan makcik tu guna rm2300 dalam sejam je. 
dari situ mula la keluhan aku. 
kenapa dia kaya?
kenapa dia boleh habiskan rm2300 macam tu je?
kenapa dia itu?
kenapa dia ini?
kenapa kenapa kenapa? 
dan diam.


dah lupakan.


*berhenti 
//


dan sampai masa, bila aku tengok blog mazidul akmal sidik - pasal pengemis kemboja
tengok pengemis tu takde kaki - minta sedekah . cari sesuap nasi ; rezeki segala.
masa tu baru terfikir, alangkah bernasib baiknya hidup aku. Bukan nak menyindir, bukan nak memerli bukan nak mengkeji ; tapi just bersyukur dengan hidup ni . 
alhamdulillah.
Ya Rahman Ya Rahim.

**
lately selalu ada news tentang insan yang pulang ke rahmatullah
mula mula Arif Aiman,lepas tu ayah kawan aku, Encik Zuhairee dan sekarang rakan sewaktu tingkat 1-3 , Nazrul azhar.
Doakan roh roh mereka dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

**
dan yang hidup itu pasti mati.
dan yang di atas itu pasti ke bawah
kthnkbyenites

Wednesday, June 6, 2012

Tipikaliti Kita

kenapakaubaca.[?]
"dah serik jadi perampas.aku bukan perampas lagi dah hihi "-H.A




ada beberapa persoalan yang berlegar dekat fikiran aku ni, yang aku malas nak bagi orang jawab - sebab aku tahu jawapan orang takkan sama dengan aku  


PMAM tu apa? PMAMpus ke? HAHA 
sebelum tu, PMAM tu Pendapat,Malu,Aib dan Marah


"kenapa orang susah sangat nak terima pendapat? dan marah bila kita bagi pendapat yang datang dari dalam diri kita (dengan ikhlas mungkin)?"


Orang yang melenting bila kita bagi pendapat memang haru hidup dia.Anggapan dia,mungkin dunia ni milik dia sorang je rasanya.Aku pun tak faham.mungkin dia tak faham pendapat atau kritikan atau komen itu merupakan satu pernyataan umum berbentuk bukan paksaan dan hanya sekadar ayat ayat yang kadang kadang menyakitkan hati atau mengembangkan hidung.Tapi puak puak jumud ni menyalah ertikan 
antara pendapat atau kerahan.


"Ali kau punya suara sedap.tapi sedap lagi kalau tak nyanyi"

tarik nafas .


"sial kau.kutuk kutuk pulak kan suara aku.sukati aku la nak nyanyi ke tak."


lepas tu Ali touching 100 tahun kah kah kah.


tak dapat terima hakikat atau salah erti?


"Bila situasi kita sendiri yang malu nak mintak duit kita dekat seseorang"
akibat label 'kawan baik', 'saudara rapat' ,'cousin' yang the one and only dekat dunia, label label macam tu mungkin menjadi penghalang untuk kita minta balik duit kita dekat mana mana label yang aku tulis tu. Kenapa ye? aku mengaku.aku jenis yang malu nak mintak balik hak aku kat orang lain.walaupun aku tahu itu hak aku, aku suka lagi diamkan.  aku anggarkan aku dah 'sedekah' kan lebih rm100 kepada kawan kawan sejak sekolah menengah (tanpa sengaja) atas alasan -"weh pinjam duit jap,hari ni aku tak bawak la duit" , kita bayarkan air tin,keropok what so ever (yang konon) dia kata nak bayar balik lepas tu tapi hampeh tak bayar,
Aku bukan lemah.Aku cuma malas. bagi aku, kau dah pinjam,kau pulangkan. kan senang macam tu?


ada sesiapa tak yang aku hutang? tolong komen. dan nyatakan berapa ringgit. (atau apa hutangnya)


"Bila ada keadaan yang memalukan - 'bila ada taik hidung (cair) terkeluar dari hidung melekat dekat sekitar hidung atau pipi', bila zip seluar tak tarik , bila rambut kusut masai macam tak mandi , bila keluar berpakaian selekeh"
Benda ni bukan main main,aku nyatakan based on pengalaman.ada banyak.cuma aku kepilkan sikit je sebab  semuanya berkisarkan atas satu alasan - malu.
Perkara perkara macam ni sememangnya mendatangkan malu kat kita - apa lagi berhadapan kawan yang suka menganjing atau buat kita jadi bahan lawak mereka


"weh zip seluar kau tak tarik!!"
lepas tu heboh dekat satu kelas.


malu si zip tak tarik tu.
itu dah kira pecahkan aib orang. berdosa tau 
aku tak tahu.mana yang betul. nak hebohkan atau pendamkan
heboh kan orang tu yang dapat malu 


atau ;
diamkan orang itu juga malu lama lama nanti sebab dapat tahu sendiri


bagi aku,
bisik ke telinga dia , kata ' weh zip seluar kau tak trik'
dan dia tersipu sipu lalu tarik dan dia pun tak malu, kalau la ada sejuta orang macam ni,kan seronok :')




 "nak marah tapi kerana terlalu hormat tak jadi marah ATAU takut putus persahabatan"
 krisis macam ni selalu jadi dekat bilik yang kita kongsi dengan kawan,atau kakak abang atau sesiapa saja yang kita kongsikan tu. Masalah timbul kalau seseorang tu buat hal.


Macam bukak radio kuat kuat, kita perlukan privasi untuk senyap. tapi takut nak marah. Si A mungkin terasa hati lepas si B marah dan mulalah putus kawan sebagainya.


Macam tak tutup lampu walaupun dah tengah lewat malam , macam bawak kawan kawan,macam hisap rokok dalam bilik dsb. ni semua mengundang celaka. siapa tak marah bro?


aku syorkan kita duduk bilik sewa sendiri atau duduk dengan orang yang sekepala dengan kita.
amacam?


banyak lagi.cuma malas.


//


Im being moody lately,dont know why , or what are the causes.cuma memohon pada Ilahi,tiada apa malapetaka yang ganggu gugat,


nah siapa tak gusar, 
memikirkan hati gusar
tengah malam


ahh mungkin itu perasaan je. Jiwa kacau sekarang. :|




hai budak KMK sem 3, teruskan hidup.cekalkan hati.anda selalu dlm ingatan jerin. :) 

Saturday, May 5, 2012

"Patut ke tak tolak cinta orang yang suke kita"

kenapakaubaca.[?]
"mereka menuduh macam macam, tapi kita yang rasa dan hanya Tuhan je yang tahu kebenarannya"-H.A



ah hajat aku nak tulis pasal perasaan orang yang bersalah disisihkan :patut ke tak ,terpaksa ditangguh kan dulu.everytime nak posting mesti ada kaitan dengan cinta ,love story dan seangkatan dengannya.mungkin ini makanan puak puak hendo sekarang [?] tak duit ,mesti cinta,mesti nak lovey dovey,mesti nak kaitkan dengan sebarang jenis perasaan yang bersangkut paut dengan cinta.eh rimas la. kau tak rimas ke weh ?




cerita benar.


memang benar. sampai menjajah perasaan ini.serba salah dibuatnya macam biasa , bila cinta tak berjaya ; yang perempuan akan salahkan lelaki dan lelaki salahkan perempuan.ahhhh selalunya begitu , rimas. tapi seronok bila  gaduh gaduh secara manja macam tu.paling kurang kita tahu kita berada di pihak mana,apa konsikuensinya dan macamana nak adapt secara total dalam kehidupan sekarang.


dan semalam.we have an unofficial debate, pasal crush .tapi entah siapa tah makhluk tiba tiba tukar topik cakap pasal "Patut ke tak tolak cinta orang yang suke kita".

memang masing masing bagi komen berapi.tambah sikit petrol maka meletup la para para komentar. 

dan aku selitkan apa yang para komentar ni ulas.

Affan Safuan: Patut tolak cinta tu kalu kita xready (xmtg) n mmg xda hati kat dia,, nie la alasan aku dok bg~ hehe
Siti Anirah Azuri :Tolak cara baik...Jangan sampai dia jatuh longkang...Kahkahkah

Fatin Najwa pape pun,peringatan la kat korang...kite ni nak menolak biar dgn cara baik..jangan nak bg alasan bukan2..kalau xde feel..cakap je..xde feel..ade jodoh InsyaAllah..tak kemana..kan senang..=)

Siti Anirah Azuri: Konklusinya~~~ MASING2 ADA JODOH cuma tak tau sapa dia...Kemungkinan kita akan berjumpa dengan orang yang salah dulu....Sengaja Allah buat macam tuh untuk uji kita setakat mana kuatnya kita menghadapi dugaan dari-Nya...Apa pun, aku ucapkan semoga kamu semua ketemu jodoh yang SOLEH dan SOLEHAH...Jodoh yang akan membawa kamu semua kebaikan hidup didunia dan akhirat....wink3...soryy...ceramah subuh sikit... hehe:)

Urmiey Arefellqah: konklusinya...kalau ade JODOH...tak ke mane.....

Siti Anirah Azuri :Hargailah orang yang syg kita... Kalau tak suka pon, jangan sakitkan aty dia....Boleh jadi kawan kan?? Jangan sampai org tuh pergi, baru rasa kehilangan.... -_- hehe


everyone have their own perspective.same goes to me. bagi aku, bila nak tolak tu.aku perlu fikirkan situasi menang menang yang mana pihak sebelah sini senang dan pihak sebelah sana lenang.so aku akan jadi senang lenang tak payah fikir benda alah ni semua. -_- ok tak lawak persetanzkan.


this is not about siapa salah siapa kalah siapa yang sial.kita bermain dengan perasaan .bahkan bermain dengan perasaan orang yang tak tahu kita suka dia. kita tak boleh salahkan dia sebab dia tak tahu.sebab kita tak confess.lain la kalau dah confess dan dia tahu kita suka  kalau dia reject (itupun kalau secara kurang ajar) kau boleh cari gaduh atau upah lawyer je terus we see in court.hihi tapi ni bukan.


berbalik semula, aku terus menerus pura pura tak tahu -sebab malas nak ambil pusing.taknak ambik risiko mempermainkan perasaan orang tapi itulah orang- selalu fikir lain dan terus spin spin dan spin.


sometimes, bagi orang , menolak atau erti lain reject seseorang tu bukan bermakna dia tak suka ,benci atau segala fuu. ada macam macam alasan untuk diorang reject. salah satunya tak bersedia, dan nak fokus study, dia baru clash,give her/his some time untuk heal kan semula perasaan mereka dan blablablabla. tapi ada yang tak faham jugak.


aku pernah confess , secara tersirat ,tapi orang yang aku confess tu kata dia nak study,parents dia suruh fokus study. tapi pada masa tu , apa je aku boleh buat ? aku cuma boleh hormat keputusan dia. taknak tak bermaksud taknak selamanya.dia nak tapi dihalang oleh niat orang tuanya. HAHA ala ala macam tu la. aku biarkan dan alhamdulillah.kita masih rapat - sebagai kawan je. tet.




dan ada banyak version lagi in fact.pandai pandai la punggah. pusing pusing dunia ni,ke situ juga kita. would you mind to share it people? hee.




kthnkbyenites.
 You should just continue being friends with her/he. There's nothing you can do about it, since she/he set her mindset to be single for the moment. Don't make you and her/his relationship awkward than it is. She/He just wants to be friend, and being friends you both will be. 
Tambah kapsyen

Saturday, July 23, 2011

plastik.

kenapakaubaca.[?]
"aku harap kau rasa sakitnya"-H.A

no pica sebab intenet lembap gila cam siput

realiti mengundang fantasi ? atau fantasi mengundang realiti.? sampai ke mati memang tak ah nak berlaku . susah tau hidup ni. [ asik mengomplen je , mana hidup nak berkat ] exceli hidup tak susah , kita je make it hard even sengaja gedik nak jadikan dia lagi susah. padahal senang .
"just flow with the wind "  --- satu yang susah pasal hidup orang selalu deskripsi pasal "susahnya hidup tanpa kawan ". susah ke weh ? mana satu kau pilih hidup dengan kawan atau tak ; ok biar aku bagi kau beberapa kondisi.

>> Bila mana kita selalu ingat kawan tu la segalanya ; dialah yang caring pasal kita , dia jugak yang ambik berat dia lah itu dia kawan lepak dia kawan outing dan bila sampai satu saat dia dah ada kawan baru , dia tetap akan lupakan kita . ini realiti bukan fantasi . -.-'

>> Bila mana seorang kawan penuh dengan egoisme, penuh dengan nista di hati - kita jadi tak keruan . "eh aku nak benci kau ke aku nak pura pura benci kau tapi aku perlu kawan dengan kau " ; atau "aku memang patut jauhkan diri dari kau" - susah nak faham orang atau suruh orang nak faham kita. sekali lagi , just flow with the wind.

"Ego tinggi tak dapat hidup bro." -


- engkorang nampak aku sombong ke? WAHAHAH aku bukan sombong doh , aku cuma malas nak layan. sebab errr malas la ! wakakaka.

>> Bila mana distance relationship menjadi masalah ; sorang belajar dekat hulu , sorang belajar dekat hilir , komunikasi makin kurang ; persahabatan jadi renggang ; berlaku insiden bodoh-sombong ; berlaku perak- memerak [ sebut nada macaman nada se-erti berlagak ; bukan negeri perak] " aku ada ni , kau ada ke ? alih alih semua sakit hati tak bertegur sapa.

>> Bila mana semua nak upload gambar gambar konon happening dekat laman so-sial , konon happening depan gambar , cuba play kondisi di sebalik gambar , contoh ; kita senyum dalam gambar . plastik- senyum hanya sekadar dekat gambar statik ; lepas gambar dicaptured , hati jadi tak menentu weh. that's what we called manusia.

#deskripsi melankolik tak monoreh atas ni ada banyak lagi sebenar nak tulis.tapi cukup la dulu kang tak pasal pasal aku kena simbah asid. "nasib dekat kedah tak ada acid man" :]

konklusi -: aku pernah hidup penuh dengan kawan tapi aku tak pernah nak ada kawan yang terakrab . sebab aku tahu , kawan akrab mungkin lama lama boleh jadi musuh  (macam sekarang ) ; mungkin boleh jadi 'hangat hangat arang membara' ; mungkin jugak boleh kekal sampai mati. -
bukan nak kufur tapi aku rasa aku lagi bahagia hidup tanpa kawan akrab. :') nak kawan jom. taknak kawan sudah nama kau pak dolah ***** kau sebelah. HAHAHAHA

//

"maybe , i'm not suite to be with you. please  seeks someone that better than me." - kata kata sakit hati. MHRUHUERHHEREU nak wat cane. life kan ? cuba baca balik dari atas. Hidup ni susah kan ? ok enoying , aku ada lagi seminggu untuk study sebab 2 minggu lagi akan ada ujian penentu masa depan kelam aku . o.O siapa kisah ? kthnkbyenites.


"hoping that we can be like before"
- ramai benar yang akan terasa dengan kenyataan. tak pe.terasa je. jangan makan dalam sangat,bukan untuk kau pun. :) eh bye budak UiTM, korang punya U dah panggil panggil tu MUAHAHAHAAHAH eh kbye