Showing posts with label forever alone. Show all posts
Showing posts with label forever alone. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Perlu hantuk baru terngadah

kenapakaubaca.[?]
"memori kad hati lama,diganti baru "-H.A 


Betul jugak orang kata, konon la. Bila kita balik kerja lewat , orang tak perasan dan bila kita balik kerja awal je,satu ofis memekak ;
"eh kau ni joyah,tahu balik awal je.curi tulang ke?"


tapi tapi tapi dia tak bising pulak bila joyah tu buat overtime. jahat kan manusia?


macam benda baik la. 
Bila masanya kita derma-derma seikhlas hati , orang boleh pulak andaikan bukan bukan."Eleh dia derma tak ikhlas tu.setakat nak menjobo boleh la. nak bagi orang tengok dia derma padahal bukan apa pun.balbalalablabalalba."  sampai macam tu sekali orang punya anggapan?


lagi contoh;


anak lelaki pak daud duduk borak borak dengan anak perempuan si timah dekat sungai kampung bala.
habis satu kampung riuh.kata tak senonoh la duduk berdua duaan la
sekejap.
bukan fahaman yahudi aku nak buat. benar dalam fikiran aku,apatah lagi kita ; bila duduk berdua je dilabel 'khalwat' tapi betul ke?


kenapa la cakap macam tu?


 sampai sekarang,kita dimomok dalam tivi yang selalu buat benda hodoh ni orang orang kampung.Orang orang kampung suka mengata ke?atau itu hanya sekadar fiksyen semata ? orang orang bandar tak mengata?


Aku tak rasa ini soal bandar atau kampung ; the thing is perangai seseorang tu yang terlalu nosy atau busy body atau suka terlebih ambik berat atau dalam pepatah melayu nya jaga tepi kain orang
Jaga tepi kain orang sampai terkutip dosa percuma - dosa fitnah.


Tukar lah melayu.tukarlah perangai jijik kita ni.Patut la ada yang bangga ; dia orang melayu tapi tak mengaku melayu sebab malu dengan perangai cam ni.


siapa bangkang? dia bangan*


tapi aku bangga, aku seorang melayu.


//


Tapi percayalah.kita semua takkan berganjak untuk berubah.Kita kena belajar dari kesilapan barulah terhegeh terngadah nak injak satu langkah. 


'seorang isteri maut dibaham buaya'

lepas dah maut kena baham.barulah nak ambil langkah keselamatan diri. sebelum ni tak fikir keselamatan semua? kan?


'pelajar dirotan insaf kerana merokok'


lihat? kita perlu diturunkan bala. bala yang menjadi petunjuk untuk kita berubah.




aku sebenar jiwa kacau ni.lain nak tulis  lain ditulis.
bye.


:|

Thursday, June 14, 2012

FriendZone.

kenapakaubaca.[?]
"demam nampak Pocon* semalam.takut kita :("-H.A

RIP


bebudak sekolah (dengan budak U segelintir) mesti frust menonggeng bila Euro 2012 mula macam serba serbi tak kena dengan tarikh yang tersama dengan hari persekolahan diorang .ahh korang duduk rumah.jangan nak lepak mamak sangat la kan. kang kalau tengok mesti selalu buat taik mata dalam kelas , oppss kita terpernah buat pulak dulu masa World cup hruheruer.


malam ni sepatutnya sokong belanda.tapi belanda cam bungkus je.sialan gomez.


*terus off tivi.


kenapa dulu masa world cup kau kemain belanda? Lawan team favourite aku pulak . Brazil <3
hetchu. 


Lupakan kejap.aku bukan minat nak tengok match diorang tiap hari pun, cuma berminat nak tengok semi dengan final je. barulah boleh menjerit melalak jugak MHEURHREU walhal tak tau apa apa pun HAHA.


pedulisetankan.


//


Aku tak tahu sangat apa makna friendzone tu. yang aku faham bila ;


Abu : sudi ke awak jadi girlfy saya ni?
ZitaJonet : hmmmmm. errrr.. hmmmm errr uuuuu hikhikhik
Abu : kenapa awak ? kenapa? kalau ada apa apa bagi la tahu saya?
ZitaJonet : hmm saya rasa elok dulu kita jadi kawan kan?


tuuuuuttttttttt.. perbualan telefon termati. HUHUERHE.


setakat tu je la yang aku faham. betul ke? Mesti perasaan jadi friendzone lagi parah daripada kena permain main kan atau kena dumpkan oleh si kekasih kan? 


yela. mana tak kecewa keluar air mata darah jenis O sekali, dah la menaruh harapan tersangat tinggi lepas tu sesenang je (bahasa pasar) di'rejek'kan oleh perempuan tu.eh kamon la.takkan lelaki rejek kot. geli. tapi ada jugak huehrue.
eh kalau kena permainkan atau kena dump - ditinggalkan terkontang kanting kira ok lagi.atleast kita dah lepas beberapa fasa dalam bercinta - fasa mengayat.


yang ni mengayat pun tak lepas lagi dah kena friendzone. Sure punya malu.malunya.
lagi malu bila kau tengah duduk satu table dengan kawan kawan termasuk crush - lepas tu dok gatal mulut pergi luahkan terang terang - lepas tu dapat respon negatif. pergh itu lagi berasap bai.berasap satu.malu pun ada jugak. mesti kena bahan dengan kawan HAHAHA.


takpe lelaki.kita fikir positif je.
mungkin si dia belum bersedia. 
*jawapan cliche.


kita pun satu. baru kenal tak sampai setengah minit terus mintak jadi kekasih hati gelap balbalab semua  mana la tak kena friendzone.but aku agak yakin perempuan bila tengok lelaki ada rupa poket tebal , dengan pantas terima pelawaan itu. tapi tak la kot? perempuan zaman sekarang baik baik semua dengar cakap mak kan kan kan? HUERHEURHEUR/


"Apa nak buat kalau di-friendzone kan ni?
nak buat apa lagi. Kamon la lelaki.tak payah nak terhegeh hegeh sangat kejar dia sampai dapat.mungkin itu petanda dia bukan jodoh kita - ada banyak lagi bunga kan kan kan. lagipun kita boleh pasang empat.kalau ini tak ok,yang nombor dua ada.kalau tak ok jugak ,nombor 3 dan 4 ada. eh jangan cakap aku mengajar la HAHAHA.Biarkan dia. biarkan je la walaupun dalam hati sedih gila T_T - mungkin dia nak yang terbaik atau tak sedia lagi atau dia ada suka orang lain - setakat kau apa kelas.sepuluh dia boleh pasang.
Kalau aku,kita buat dono je la , pura pura tak berlaku apa apa bagi memastikan relationship sebelum sebelum ni kekal elok.rugi la nak rosakkan.melepas nak tengok si hati manis tu lagi nanti kalau gaduh gaduh hihi.


eh tapi kan perempuan,kalau lelaki dah  mintak ermehrehrmehrmermh tu ,zaman sekarang ni perempuan oatut except je.tak kisah la hodoh ke buruk ke baik ke sopan ke sebab lelaki sekarang dah mengurang tau.kot awak yang kena berkongsi kasih nanti.nak ke? HAHA eh serius ni.
cer tengok tempat awak awak semua belajar sekarang.lelaki macam 30% perempuan cam 70% je.-yang satu  'hala' pun satu hal. 


Takkan perempuan pulak nak mintak ermehrmehrmehrem dekat lelaki kan? mesti yang perempuan malu punya tapi apa salah guna konsep 'pergi mencari timba'. bukan senang nak jumpa. ! 


oh cuba lah tanya diri.mungkin walaupun umur muda muda nak sangat mrhemrhmrhemrh , tapi pilih la yang terbaik.aku tak rasa umur jadi penghalang.umur kau 12 13 14 nak couple? gasak la. janji pandai bahagikan masa belajar dan ber ehmehemhemhe. tak salah.


yang salah diri kita.yang bunuh diri ,yang kecewa sampai result teruk , yang mengandung,yang minum todi yang yang yang yang semua semua tu punca nya dari diri kita yang tak reti reti nak kawal nafsu serakah.


bukan 'sayang' yang dipersalahkan. 
'sayang' tu lumrah.


kawan aku couple,dia dapat pointer tinggi.salah couple ke?


itu semua minda kuno. 

Friday, June 8, 2012

Long Distance Relationship

kenapakaubaca.[?]
"im tired of trying to get your heart back.sorry"-H.A
















 Long Distance Relationship? (LDR?)


nahh merepek.
merepek bagi sesiapa yang tak pernah jumpa tiba tiba couple
logik bagi siapa yang dah couple tapi terpaksa berjauhan atas pelbagai faktor.


dari dulu aku tak percaya.sebab aku pernah tergolong jugak dalam golongan golongan merepek ni. siapa dulu masih ingat saluran @15 kat Astro tu? ala yang ruangan chat chat komen semua tu HAR HAR HAR mula dari situ - sejak darjah 6 kot aku rasa dah pernah alami LDR ni , tapi serius aku kata itu benda paling bodoh pernah aku buat.


"aku kenal dengan budak ni.nama dia R.duduk area kuala selangor ke rawang aku tak sure ; mms gambar kenal kenal borak borak dan termasuk ke jerangkap LDR ni tapi alhamdulillah tak lama. dalam 1 minggu macam tu" 
 sebab apa, sebab aku masih muda.Eh tak boleh pergi la.


bukan berhenti dekat situ je. dalam tingkatan 1 atau 2,still main chat @15 tu sebab masa tu aku tak ada fb ; internet jauh sekali
dan sekali lagi, tersangkut dekat budak cheras. elok la tu. aku dah form, tersangkut dekat budak darjah 6.


rasa nak gelak je balik.hew hew hew. :3 


//


ah itu cerita lama. lupakan. 


apa yang aku nak cakap LDR ni kalau ikutkan agak payah daripada  SDR atau in relationship yang dekat dekat ni ; yang mampu bersemuka. tapi aku rasa la ; rasanya keromantisan LDR lagi tinggi daripada SDR.
nah kau siapa yang tak rindu bila kita masing masing berjauhan- lagi lagi yang luar negara. ewww.tapi sayang, aku (kita?) belum pernah rasa.-
bayang kan , siapa yang LDR ni tak bersemuka dia punya baby hari hari boleh jadi gila kot. patut la banyak berlaku curang ye tak? HAHAHA


tapi LDR ni cam risky sikit la. sebab dah jauh, baby kita yang kat sana tu mula lah buat perangai setan dajjal segala.depan pijak semut pun tak mati bila belakang pijak gajah pun mati -.- choi, LDR ni kau boleh tau ke tahap kesetiaan baby kau tu? Dah la duduk jauh - dihubungkan dengan YM skype IM BBM benda benda merapu menipu semua tu. 


baby kau boleh tipu, bila kau tengah layan baby kau dekat skype ke ym ke
dia boleh pasang IM lagi satu dengan skandal lain. tak terkujat ke kalau macam tu? bagi aku tak.dah lumrah manusia,lelaki perempuan gatal . sebab tu sebelum couple tu buat ujian kesetiaan. kau buat la apa untuk uji setia dia cam pakai baju selekeh selekeh ke busuk ke tak ikut trend ke, kalau dia stick dekat kau , nampak gayanya itu la jejaka/wanita setiaa awwwwww kalau dia jauh jauhkan diri.mintak lempang kat muka dia. HAHAHA.


dan ada jugak bila LDR ni,makin lama perasaan sayang kat baby kau tu makin kurang. makin menipis makin tak ada nafsu dah sebab bunga bunga kumbang kumbang dekat tempat baru lagi fresh lagi newbie lagi eww ewww cantik hot segala BHAHAHA. ini wajib. tak pernah lagi aku jumpa buaya tolak bangkai - mungkin kalau jumpa itu la buaya paling bodoh pernah aku tahu. "eh pernah dengar kisah buaya makan orang?" itu lagi teruk rasanya.semua nak balun.Faham kan maksud aku? HAHA


ye ye tapi bila LDR ni,kalau dah sayang tu,kita akan jujur habis.sayang habis.setia habis.jadi kepada baby baby yang baru nak melangkah ke LDR tu,jangan khuatir.cuma perlukan kepercayaan each other je. kalau nak LDR tu kekal lama la.hihi.


geli kan aku guna perkataan baby? ewww aku dah muntah darah dah ni HAHAHA geli sangat.sangat.




aku bagi red ligt dekat LDR ni.tak suka. aku nak cari baby aku nanti la masa dekat U. cikgu cikgi kita cakap kalau nak carik ,carik dekat U nanti.banyak.awak pilih je. tak tahu la betul ke tak, mana tahu tipu ke. ah persetankan.


tapi rasa cam nak cuba pulak.sebab cinta satu sekolah (SDR) pun tak kesampaian,mana tahu LDR kesampaian ke? 


hew hew hew :3


kenapa aku gedik hari ni pun tak tahu la.mungkin... eh bye.


"Close together or far apart, you're forever in my heart." 


Thursday, March 1, 2012

Its my happy ending.

kenapakaubaca.[?]
"balik time !:D"-H.A


I wish,I have some interesting moments that I can share with my anak cucu :') #sigh.


dan hidup ini hanya sekali dan why not hanya sekali ni lah kita perlu gembirakan hati sekali seumur hidup ; even dah bergembira banyak kali pun kau assume je kau baru pertama kali gembira seumur hidup.Aku tak pernah suka dengan orang yang hidup dia kuat marah ewww , dengan suka nak serius je memanjang kepala hotak dia nak serius serius dengan aku ; yang tak gheti nak ceria kan diri sendiri ; yang tak boleh nak bergurau ; etcetcetc tolong ; aku lemas dengan semua ni. "entah bila tah aku nak serius?" oh kau boleh tengok aku serius bila aku betul betul marah. duh bila kau tengok aku marah marah lepas tu gelak gelak balik cam orang gila; tu aku tak marah sebenarnya.tu aku gegedik gedik je HAHAH.kata manja en?
Nah yang betul betul aku marah bila aku serius ; sampai 3 4 5 6 hari berikutnya kurang bercakap dan sebagainya.bagi aku itulah masa aku yang paling serius tapi duh,kau boleh tolong bilangkan untuk aku.berapa kali je aku serius? HAHAAHAH. tak kose ai.


hah yang ni serius.serius gila kot.


aku serius. sangat tak suka bila orang lain ; even kawan sendiri yang nak kontrol life aku,hati aku dan lbalalaba so wahtever semua semua yang pasal mengontrol ni la.tolong la sibuk sibukan diri kontrol diri kau sendiri sebab diri sendiri pun still sasau ada hati nak kontrol orang.even mak ayah aku pun aku tak suka dia kontrol aku ; kecik kecik dulu boleh la kot hihih.sekarang masing masing dah besar kan? dah ada tanggungjawab sendiri kan? tak salah nak kawal diri sendiri. The most yang paling sakit hati thing is when orang yang akrab dengan kita mula dah berubah.I dont know why this shit happened tolong la.aku nak kau yang dulu ; taknak yang gediksial cam sekarang ni.aku pun tak gedik camtu.saiko.-.-


haa bila satu tak kena ; semua tak kena la tu yang dari suka kawan kawan terus tak nak kawan dah.sebab dia yang mulakan dulu.and now I have to be the hypocryte person ever in life. HAHA. untuk semata tak mo kasi hati kawan bengkak. sekali lagi , tolong la.


"aku suka kau, hadzrin" - nasuha 
-oh nasuha.nak tahu mula mula aku kenal kau sumpah aku tak suka kau.sekarang aku cam oh kalau kau takde dalam kelas sem 2 ni tak riuh kelas. dengan kau je aku boleh riuh riuh HAHAAHHA. 


tapi aku reply 


"aku benci kau nasuha" dan mulalah perang mulut kami berdua- eh kami semua HAHAH. 


dan satu mac muncul.sekali lagi aku berharap.Mac,be good to me ok.
february dah good kat aku dah hihi.kthnbyenites.




*blog aku akan jadi sawang labah labah sampai 26/4. / diupdate berkala kala .
miss ya guys.thank untuk memenatjulingkan mata anda membaca ceritakarut semua ni hihih :D

tengah text awek.awek=mak
kan forever alone kita ni? hihi