Showing posts with label what people think we do | what we actually do. Show all posts
Showing posts with label what people think we do | what we actually do. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Skrip Ulang.

kenapakaubaca.[?]
"jangan baca cerita mengarut ni.please :?"-H.A

It have been a very long long long sampai sepuluh juta kali aku tak berblog. Rindu mat ! Cam biasa selain daripada populariti blog dah turun,aku memang dah jarang takde masa nak menaip ni semua.Ahh teringat zaman kegemilangan menaip yakni aku menulis lebih 200entri per tahun tapi semakin menurun makin menurun dan turun mungkin berpossibility jadi negative number lepas ni. (Ok hambarzzz) No wonder la i dapat A+ untuk karangan SPM i (tetiba), jeles much ?

yang peliknya kenapa aku boleh berada kat depan keyboard ni aku tak tahu. mungkin aku ada banyak masa ? mungkin aku dah habis test kuiz dan segala anak haram tu semua, mungkin busy jual shawl,mungkin busy lepak sini sana dengan kawan uni, mungkin aktiviti kelab membantutkan untuk aku berblog, atau (cam biasa) mungkin aku nak lepaskan perasaan atau yang paling primer sekali mungkin aku suka tidoqqq kroh kroh kroh haha

cam biasa, selagi aku tak berblog tu, selagi tu aku banyak kutip pengalaman sini sana. Aku jenguk jenguk insta chef wan yang mana the most inspires words datang dari mulut dia.Serius korang kena follow dia.Bak kata chef wan , "persetankan (ayat sendiri) apa orang nak cakap pasal diri kau.The only one who know about you is yourself."Orang lain tak tahu.Orang lain cuma mahu sekadar menangguk di air yang keroh, kalau kau down,dia akan buat kau down lagi.perit.Kalau kau  susah,diorang akan pura pura tak nampak untuk tolong and the worst is dia akan menyusahkan kau lagi.

dan kau balas la,
"sorry,aku tak perlukan pertolongan kau.I can stand it by my own" --- aku nasihatkan engko cakap ni dalam hati je la HAHA kang mahunya perang dunia ketiga meletus. wakaka.

eh aku cuma selalu sebut dalam hati dan alhamdulillah, dapat hidup sampai harini dengan kudrat sendiri.

eh marah ke ?

eh dah biasa kena ke ?

eh

eh.

tapi tak nafikan ada orang yang double triple lagi baik, terima kasih sebab banyak tolong aku.
Bukan aku nak differentiate  sesiapa ,  contohnya 
kau ni jahat,tak pernah tolong aku. so aku labelkan kau jahat selamanya, sampai benci tengok muka.
kau ni baiknya, so aku labelkan kau ni baik sangat.
bukan.bukan macam tu.
ianya bukan pasal jahat, bukan pasal baik. tapi pasal attitude.
Lagi cam sampah pada yang hikpokrit dopopatjam tak habis habis bila depan lembut lidah bila belakang macam puaka. kalau nak merapek pasal ni mungkin tak akan habis. stop.

##

sumeraisation.


  • kita boleh break dengan kawan sekelip mata je.Kawan yang dulu kita benci kini dah rapat,yang kita sayang harini esok kita benci.Berlambak.salah satunya yang berperangai lahanat macam tu adalah aku. Eh engkorang taknak mengaku jugak ke ?
  • Matlamat menghalalkan cara.Paling pantang bagi aku yang ni la. Bila turn aku buat,dia kritik.kata itu salah,ini salah, "buat apa buat cam tu " dan so on. Tapi bila dia buat benda yang sama aku buat, dia tak cakap apa apa, buat muka tembok seposen macam hanjingZzzz .rasanya aku tak perlu nasihatkan dia kot, dia boleh nasihtkan diri dia.
  • #Pray4MH370#pascaMH370::Aku fikir, mulut rakyat malaysia yang menghamburkan segala tohmahan yang tak betul dalam krisis ni perlu di tutup dengan pelocok jamban tu.kata ini hijack la,ini drama sebab kes mahkamah anwar la,malaysia tak gheti handle kes ni la,terbang dekat laut china selatan kenapa jumpa kat laut hindi,atleast kalau tak nak bagi support,you can just shut the fuck up.Diam duduk elok elok hadap gadjet masing masing.Ni tak,hadap gadjet dengan bangganya nak jadi keyboard warrior.Kamon la,support la negara kita tanpa libatkan politik.ini isu antarabangsa.Sampai jumpanya kotak hitam baru kita ada jawapan. Ye betul, ada banyak teori teori yang berkaitan, tapi takkan ita nak percaya semua bulat bulat kan? dan sampai sekarang jawapan kepada soalan "terbang dekat laut china selatan kenapa jumpa kat laut hindi" masih belum dapat dijawab unless kotak hitam dijumpai.
#pray4MH370.
Salam takziah dan kthnkbyenites
.

Saturday, May 19, 2012

what people think we do | what we actually do.

kenapakaubaca.[?]
"Kadang kadang, dengan kehadiran seorang kawan atau teman dalam hidup kita sudah cukup membuat hidup kita gembira dan sempurna. Tak perlu banyak teman tp hanya hadir untuk bersuke.. Masa untuk melihat dan menilai siapa kawan dan teman kita yang sebenar."-ZahidahZailan


Apa yang kita buat dan apa yang orang fikir sebenarnya?


aku beri contoh


contoh 1. 


ada satu pasangan couple.belum nikah lagi.kira sweet gitu lah aww .
kita date yer malam nanti,si pakwe cakap. makwe pun iyakan je ,dah lama tak pergi date ni.dah rindu membuak buak ni. panggilan pun dimatikan, "ok bye sayang jumpa malam ni pukul 8,dekat the garden,mid valley tau"
si pakwe baru balik kerja,maklum la ofis boy ,ikut waktu pejabat - bila balik pukul 5,bukan pukul 5,kena keluar 5.45ptg , ada karenah birokrasi lagi,bos membebel lagi,itu ini itu ini dah pukul 6 lebih ptg.


lupakan


masuk kereta keluar parkir jalan jem .jem jem jem sini trafik light sana trafik light depan ada eksiden, orang berhenti untuk tolong.tolong tengok je.jem. sampai rumah pukul 7.duduk rumah jauh tapi nak date dekat mid valley. 


Apa yang pakwe buat?
pakwe kena rush siap siap semua,mandi tukar baju dan  sok sek sok sek dah pukul 7.45mlm
masuk kereta start enjin nak pergi mid pulak ni, jalan jem -_- sampai mid valley pukul 8.30 malam.


Apa yang makwe fikir?
"eh mana la laki aku ni.dia pergi menjalang dengan perempuan mana ni?"
"dia ada perempuan lain tak? sampai lambat setengah jam ni?"
"entah entah dia tak sayang aku dah,sampai lupa ada date hari ni."
"ehh? mati ke?"




(*rungutan sepanjang setengah jam tunggu*assume makwe tu tunggu tepat pada waktu)




heh .


contoh 2


adegan mak dengan anak. 
Si anak nak keluar. study group katanya. si anak dengan sopan keluar ,salam emak.kata mak , pukul 5 nanti orang balik eh.


Apa yang emak fikir?
wah,anak aku dah berubah sekarang.dulu selalu keluar tak tentu hala sampai lupa nak balik rumah, sekarang dah berubah dah,rajinnya belajar.syukur Ya Tuhan.


Apa yang anak buat?


"eh kau dah tengok ke chow kita weh?" jom wayang petang ni


study group = ruang kaki gossip
"kau tahu tak fasa sanda tu bunting pelamin?"
eh yeke? bunting pelamin ke emheemhehehehme?


Jom la jalan jalan jap windows shopping,dah lama tak pergi mall ni nak tengok apa baju baru sekarang.
Arcade jom,boling ?karoke jom jom jom jom.


*berlalu sambil galas buku.konon je lah.




contoh 3


dalam kelas,ramai betul yang pinjam kita punya barang. pen, buku, duit, exercise yang cikgu bagi pun,ada yang nak pinjam.pinjam pinjam pinjam. 


sampai rimas dah.


Apa yang diorang buat?
"weh pinjam jap pen warna warni kau,nak buat nota biology ni la"
"weh nak pinjam gam jap,gunting sekali tau."


pinjam duit jap.rm 2,esok aku ganti balik. 
esok,tak ganti pun


Apa yang kita fikir?
eee semak la.sekali dua boleh la pinjam
ni dah hari hari kopak la aku.


Apa yang diorang nampak?
"ee baiknya kawan aku sorang ni"
sambil peluk erat erat atau puji melangit.


nyeh.




//


pernah tak jadi macam ni? rasanya tak realisitik kalau engkorang tak pernah alami benda cam ni.


susah jugak bila orang fikir kita lain,kita buat lain.
aku tak suka orang fikir kita negatif bila buat sesuatu. Contoh,
aku ada masalah transportasi.kawan aku ajak keluar.aku cakap takde kereta
dan mula lah kawan aku fikir bukan bukan.
cakap kedekut la, ini la itu lah.
aku harap sangat dia tak fikir buruk , sebab aku dah cuba jujur
kalau tak percaya lepas ni


baik kita hidup menipu je. kan?


aku tak rasa sikap macam ni perlu diteruskan.kita semua buat benda yang sama.
tak,isunya dekat sini
tolong jangan fikir lain dekat someone.


boleh mengundang luka hati ini
ah jiwang pulak. hihi


kbye.




malam ni gomo kelate gomo. 
kelate mesti menang walaupun aku tak support kelantan! :D



.