Friday, June 8, 2012

Long Distance Relationship

kenapakaubaca.[?]
"im tired of trying to get your heart back.sorry"-H.A
















 Long Distance Relationship? (LDR?)


nahh merepek.
merepek bagi sesiapa yang tak pernah jumpa tiba tiba couple
logik bagi siapa yang dah couple tapi terpaksa berjauhan atas pelbagai faktor.


dari dulu aku tak percaya.sebab aku pernah tergolong jugak dalam golongan golongan merepek ni. siapa dulu masih ingat saluran @15 kat Astro tu? ala yang ruangan chat chat komen semua tu HAR HAR HAR mula dari situ - sejak darjah 6 kot aku rasa dah pernah alami LDR ni , tapi serius aku kata itu benda paling bodoh pernah aku buat.


"aku kenal dengan budak ni.nama dia R.duduk area kuala selangor ke rawang aku tak sure ; mms gambar kenal kenal borak borak dan termasuk ke jerangkap LDR ni tapi alhamdulillah tak lama. dalam 1 minggu macam tu" 
 sebab apa, sebab aku masih muda.Eh tak boleh pergi la.


bukan berhenti dekat situ je. dalam tingkatan 1 atau 2,still main chat @15 tu sebab masa tu aku tak ada fb ; internet jauh sekali
dan sekali lagi, tersangkut dekat budak cheras. elok la tu. aku dah form, tersangkut dekat budak darjah 6.


rasa nak gelak je balik.hew hew hew. :3 


//


ah itu cerita lama. lupakan. 


apa yang aku nak cakap LDR ni kalau ikutkan agak payah daripada  SDR atau in relationship yang dekat dekat ni ; yang mampu bersemuka. tapi aku rasa la ; rasanya keromantisan LDR lagi tinggi daripada SDR.
nah kau siapa yang tak rindu bila kita masing masing berjauhan- lagi lagi yang luar negara. ewww.tapi sayang, aku (kita?) belum pernah rasa.-
bayang kan , siapa yang LDR ni tak bersemuka dia punya baby hari hari boleh jadi gila kot. patut la banyak berlaku curang ye tak? HAHAHA


tapi LDR ni cam risky sikit la. sebab dah jauh, baby kita yang kat sana tu mula lah buat perangai setan dajjal segala.depan pijak semut pun tak mati bila belakang pijak gajah pun mati -.- choi, LDR ni kau boleh tau ke tahap kesetiaan baby kau tu? Dah la duduk jauh - dihubungkan dengan YM skype IM BBM benda benda merapu menipu semua tu. 


baby kau boleh tipu, bila kau tengah layan baby kau dekat skype ke ym ke
dia boleh pasang IM lagi satu dengan skandal lain. tak terkujat ke kalau macam tu? bagi aku tak.dah lumrah manusia,lelaki perempuan gatal . sebab tu sebelum couple tu buat ujian kesetiaan. kau buat la apa untuk uji setia dia cam pakai baju selekeh selekeh ke busuk ke tak ikut trend ke, kalau dia stick dekat kau , nampak gayanya itu la jejaka/wanita setiaa awwwwww kalau dia jauh jauhkan diri.mintak lempang kat muka dia. HAHAHA.


dan ada jugak bila LDR ni,makin lama perasaan sayang kat baby kau tu makin kurang. makin menipis makin tak ada nafsu dah sebab bunga bunga kumbang kumbang dekat tempat baru lagi fresh lagi newbie lagi eww ewww cantik hot segala BHAHAHA. ini wajib. tak pernah lagi aku jumpa buaya tolak bangkai - mungkin kalau jumpa itu la buaya paling bodoh pernah aku tahu. "eh pernah dengar kisah buaya makan orang?" itu lagi teruk rasanya.semua nak balun.Faham kan maksud aku? HAHA


ye ye tapi bila LDR ni,kalau dah sayang tu,kita akan jujur habis.sayang habis.setia habis.jadi kepada baby baby yang baru nak melangkah ke LDR tu,jangan khuatir.cuma perlukan kepercayaan each other je. kalau nak LDR tu kekal lama la.hihi.


geli kan aku guna perkataan baby? ewww aku dah muntah darah dah ni HAHAHA geli sangat.sangat.




aku bagi red ligt dekat LDR ni.tak suka. aku nak cari baby aku nanti la masa dekat U. cikgu cikgi kita cakap kalau nak carik ,carik dekat U nanti.banyak.awak pilih je. tak tahu la betul ke tak, mana tahu tipu ke. ah persetankan.


tapi rasa cam nak cuba pulak.sebab cinta satu sekolah (SDR) pun tak kesampaian,mana tahu LDR kesampaian ke? 


hew hew hew :3


kenapa aku gedik hari ni pun tak tahu la.mungkin... eh bye.


"Close together or far apart, you're forever in my heart." 


Wednesday, June 6, 2012

Tipikaliti Kita

kenapakaubaca.[?]
"dah serik jadi perampas.aku bukan perampas lagi dah hihi "-H.A




ada beberapa persoalan yang berlegar dekat fikiran aku ni, yang aku malas nak bagi orang jawab - sebab aku tahu jawapan orang takkan sama dengan aku  


PMAM tu apa? PMAMpus ke? HAHA 
sebelum tu, PMAM tu Pendapat,Malu,Aib dan Marah


"kenapa orang susah sangat nak terima pendapat? dan marah bila kita bagi pendapat yang datang dari dalam diri kita (dengan ikhlas mungkin)?"


Orang yang melenting bila kita bagi pendapat memang haru hidup dia.Anggapan dia,mungkin dunia ni milik dia sorang je rasanya.Aku pun tak faham.mungkin dia tak faham pendapat atau kritikan atau komen itu merupakan satu pernyataan umum berbentuk bukan paksaan dan hanya sekadar ayat ayat yang kadang kadang menyakitkan hati atau mengembangkan hidung.Tapi puak puak jumud ni menyalah ertikan 
antara pendapat atau kerahan.


"Ali kau punya suara sedap.tapi sedap lagi kalau tak nyanyi"

tarik nafas .


"sial kau.kutuk kutuk pulak kan suara aku.sukati aku la nak nyanyi ke tak."


lepas tu Ali touching 100 tahun kah kah kah.


tak dapat terima hakikat atau salah erti?


"Bila situasi kita sendiri yang malu nak mintak duit kita dekat seseorang"
akibat label 'kawan baik', 'saudara rapat' ,'cousin' yang the one and only dekat dunia, label label macam tu mungkin menjadi penghalang untuk kita minta balik duit kita dekat mana mana label yang aku tulis tu. Kenapa ye? aku mengaku.aku jenis yang malu nak mintak balik hak aku kat orang lain.walaupun aku tahu itu hak aku, aku suka lagi diamkan.  aku anggarkan aku dah 'sedekah' kan lebih rm100 kepada kawan kawan sejak sekolah menengah (tanpa sengaja) atas alasan -"weh pinjam duit jap,hari ni aku tak bawak la duit" , kita bayarkan air tin,keropok what so ever (yang konon) dia kata nak bayar balik lepas tu tapi hampeh tak bayar,
Aku bukan lemah.Aku cuma malas. bagi aku, kau dah pinjam,kau pulangkan. kan senang macam tu?


ada sesiapa tak yang aku hutang? tolong komen. dan nyatakan berapa ringgit. (atau apa hutangnya)


"Bila ada keadaan yang memalukan - 'bila ada taik hidung (cair) terkeluar dari hidung melekat dekat sekitar hidung atau pipi', bila zip seluar tak tarik , bila rambut kusut masai macam tak mandi , bila keluar berpakaian selekeh"
Benda ni bukan main main,aku nyatakan based on pengalaman.ada banyak.cuma aku kepilkan sikit je sebab  semuanya berkisarkan atas satu alasan - malu.
Perkara perkara macam ni sememangnya mendatangkan malu kat kita - apa lagi berhadapan kawan yang suka menganjing atau buat kita jadi bahan lawak mereka


"weh zip seluar kau tak tarik!!"
lepas tu heboh dekat satu kelas.


malu si zip tak tarik tu.
itu dah kira pecahkan aib orang. berdosa tau 
aku tak tahu.mana yang betul. nak hebohkan atau pendamkan
heboh kan orang tu yang dapat malu 


atau ;
diamkan orang itu juga malu lama lama nanti sebab dapat tahu sendiri


bagi aku,
bisik ke telinga dia , kata ' weh zip seluar kau tak trik'
dan dia tersipu sipu lalu tarik dan dia pun tak malu, kalau la ada sejuta orang macam ni,kan seronok :')




 "nak marah tapi kerana terlalu hormat tak jadi marah ATAU takut putus persahabatan"
 krisis macam ni selalu jadi dekat bilik yang kita kongsi dengan kawan,atau kakak abang atau sesiapa saja yang kita kongsikan tu. Masalah timbul kalau seseorang tu buat hal.


Macam bukak radio kuat kuat, kita perlukan privasi untuk senyap. tapi takut nak marah. Si A mungkin terasa hati lepas si B marah dan mulalah putus kawan sebagainya.


Macam tak tutup lampu walaupun dah tengah lewat malam , macam bawak kawan kawan,macam hisap rokok dalam bilik dsb. ni semua mengundang celaka. siapa tak marah bro?


aku syorkan kita duduk bilik sewa sendiri atau duduk dengan orang yang sekepala dengan kita.
amacam?


banyak lagi.cuma malas.


//


Im being moody lately,dont know why , or what are the causes.cuma memohon pada Ilahi,tiada apa malapetaka yang ganggu gugat,


nah siapa tak gusar, 
memikirkan hati gusar
tengah malam


ahh mungkin itu perasaan je. Jiwa kacau sekarang. :|




hai budak KMK sem 3, teruskan hidup.cekalkan hati.anda selalu dlm ingatan jerin. :) 

Monday, June 4, 2012

tak payah nak buat 'comeback' sangat la


kenapakaubaca.[?]
"lupakan yang lama.yang lama tu menambahkan duri"-H.A

selamat kembali jerin.Lama benar ditinggalkan, lama benar menyendiri.
Oh aku ada banyak benda nak dibualkan kat sini.
ramai orang kerap tanya
"weh pointer kau berapa pointer kau berapa?"
jawapan bajet artis aku
"no komen"

kadang kadang menganjing sikit.siapa siapa tak tahu menganjing tu apa ; dia macam memuji dalam keji atau puji dalam kutuk la HAHAHA

"aku dapat 2.97 je.teruk gila aku"

  bagi aku ianya normal dengan niat nak gurau gurau je dengan kawan HAHA.
but hari ni aku dah bersedia ; bukan untuk riak. tapi untuk apa aku peram?
terima kasih Ya Allah
Terima kasih Doa ibu bapa aku
Terima kasih usahaku
terimakasih kawan kawan pengulangkaji
Terima kasih para pensyarah KMK
3.83 bukan satu gurauan.itu realiti- yang mana aku hanya expect sekadar 3.0 sebab aku tahu kimia aku buat hanya beberapa soalan je. :| sigh tapi kuasa Allah kan?

terima kasih :')

dan makin terlupa semua topik sekarang - yela mana taknya dalam kepala otak fikir makan online tidor outing makan online tidor outing makan online tidor outing. HEURHEUHE :3

//

"Mana mana yang menaruh hati dekat aku tu,maaf la.seru tak sampai lagi,boleh la cuba lupakan"
sebab aku pun buat benda sama.tak terbukak hati ni lagi.tunggu dekat U.(dengan harapa tinggi ni ) kita belajar sesuatu, yang mana hati perasaan tak boleh dipaksa - kan? yang mana bila hati dengan perasaan ni di sakitkan - kita punya hati dah tertutup. we have to accept that fact.No offence.

tapi tak mustahil semua tu berlaku semula.tapi aku mohon dijauhkan la.

anda semua kawan saya.kawan baik.kawan baik yang disalah ertikan.

//
tapi itulah hidup, bukan?

baru baru ni ada jugak kes touching menouching ; aku tak mahu komen aku tak mahu cakap apa apa. Aku rasa sikap tu dah perlu kita ubah. dah besar panjang semua.we are not kids anymore
 so please stop the annoying perangai dan drama yang mengundang benci rakan rakan semua.

sengaja aku tak nak kerja.aku cukupkan lebih sebulan untuk bersama kawan kawan dan menghadiri kenduri kahwin semua. minggu depan aku akan mula carik kerja. harap sangat. sebab sabtu ahad ni ada function.

tapi itu lah realiti. terimas kasih semua.terima kasih luangkan bazirkan masa untuk baca ! HAHA.
lepas ni mungkin menaip balik sebab duit dah habis untuk berjoli HAHAHA
kbye
model pavi

ke broga kita
wajibsundal
one direction ke?
orang gila yang lambai tu
merekaterbaik !
broga !
doraemon


chowrasta penang