Monday, July 30, 2012

Selagi Pintu Rezeki Belum Tertutup,Selagi tu Manusia alpa.

.
kenapakaubaca.[?]
"selamat kembali jerin :)"-H.A


tengah ambik kain, lap lap blog dah berhabuk. lama sangat menyepi. busy busy busy benci hidup sekarang. hidup untuk kerja dan kerja untuk hidup ada banyak benda nak tulis tapi persetankan la ; simpan buat pekasam , alasan klise sebab dah lupa pun nak taip apa haha. 


"pernah kita bersyukur dengan apa yang kita ada ? pernah pernah ? tak pernah kan?"


semalam borak borak sampai lupa dunia dengan kakak abang aku, cakap pasal masa depan. pongeh gila. macam tau tau je dapat kerja gempak ,berbekalkan (konon) degree yang taraf lakunya macam sampah lagi 10 tahun akan datang ; konon borak gaji rm5k 6k sebulan - ahh nampak sangat tak bersyukur. itu semua angan angan je dulu. tak salah kan berangan? 
but seriusly,ada dua je posibility.
berjaya
atau tidak ?


Oh aku rasa kalau kita berusaha,doa tawakal segala whatever the fuu, tak mustahil kita boleh dapat apa yang kita impikan. gaji 5k 6k semua, hidup bersama keluarga bahagia , ada rumah sendiri,kereta sendiri dan harta sendiri. Itu kalau kita berjaya ah. kalau . kalau je.
dan 


kalau kita leka dengan hal dunia. kita tersekat , dan mati tengah jalan.
tahu kan apa akibat ? pergi la guna pakcik gooogle.search .


*berhenti.


//


pasca tak bersyukur.


"aku serius jeles dengan mak datin (ekceli bukan datin pun) yang datang crocs beli 11 pasang kasut , yang total harga dia rm2300+ "


cemburu sangat. Rm2300 sangat besar. sangat. kalau dicongak kira pakai sempua pun, itu gaji 2 bulan aku -.- dan makcik tu guna rm2300 dalam sejam je. 
dari situ mula la keluhan aku. 
kenapa dia kaya?
kenapa dia boleh habiskan rm2300 macam tu je?
kenapa dia itu?
kenapa dia ini?
kenapa kenapa kenapa? 
dan diam.


dah lupakan.


*berhenti 
//


dan sampai masa, bila aku tengok blog mazidul akmal sidik - pasal pengemis kemboja
tengok pengemis tu takde kaki - minta sedekah . cari sesuap nasi ; rezeki segala.
masa tu baru terfikir, alangkah bernasib baiknya hidup aku. Bukan nak menyindir, bukan nak memerli bukan nak mengkeji ; tapi just bersyukur dengan hidup ni . 
alhamdulillah.
Ya Rahman Ya Rahim.

**
lately selalu ada news tentang insan yang pulang ke rahmatullah
mula mula Arif Aiman,lepas tu ayah kawan aku, Encik Zuhairee dan sekarang rakan sewaktu tingkat 1-3 , Nazrul azhar.
Doakan roh roh mereka dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

**
dan yang hidup itu pasti mati.
dan yang di atas itu pasti ke bawah
kthnkbyenites

Tuesday, July 17, 2012

"eh camne nak tahu lelaki tu caring?"

kenapakaubaca.[?]
"demam + pening."-H.A


Eh pelik kan? selalunya kalau perempuan bergaduh (marah) mesti tarik muka bila jumpa , kutuk kutuk sama diorang, lama pulak tu, sampai makan tahun HAHA ; ahh konon bergaduh teruk la.
padahal bergaduh rebut lolipop je.


cuba kalau lelaki. gaduh pasal game. kalah fifa kalah pes dota segala gaduh gurau gurau. sweet kan lelaki? HAHA. tak perlu tarik muka tak perlu masam muka kutuk kutuk each other .
jiwa sensitif betul kaum hawa ni.
Tapi..

ada jugak benda yang buat lelaki masam muka ; kecewa ; sedih ; haa bila seseorang yang dia minat tak beri respons positif kat diri dia.Masa tu la dia rasa dunia ni macam nak tercabut,mandi  tak basah rambut , makan tak lapar lapar , dan selalu moody kalah perempuan. oh ya. angau lagi satu.




"kenapa perempuan tak faham sign sign yang kami dah tunjukkan?"




ada kajian tau,lelaki yang berterus terang nyatakan "aku suka kau aaa weh" - lelaki type macam tu sebenarnya tak la jiwang mana.dia reti guna mulut je. "i love you"  "i miss you honey" - semua tu like a bitc* .sebenarnya dia tak caring pun. take note wahai perempuan yang baru nak terjebak dunia lalai.


eh camne nak tahu lelaki tu caring?


oh lelaki tu yang selalu ambil berat pasal kau. tapi kau tak tahu.
contohnya


lelaki A ni tanya dengan kawan perempuan B iaitu C.
lelaki A: eh,B sihat tak hari ni C.
Perempuan C: B sihat je. tapi dia busy sikit hari ni.dia ada assingment nak siapkan
Lelaki A: oh ye ke? korang nak buat kat mana?
........... the end.


*nampak sangat A suka B dalam diam.


lagi satu bila lelaki tu suka sangat menyakat orang dia suka tu. Tapi akibat mungkin dah terlalu rapat, mungkin tutur - kau - aku membantut kan usaha untuk dia luahkan perasaan dia kat perempuan tu.
ahhhhh. tapi aku lagi suka bila couple guna kau-aku. nampak lagi sweet hihi.




 hmm dan macam aku la. Aku masih rindu perempuan itu.namun egois dalam diri tak benarkan aku bercakap.


"Just 'cause I said it, it don't mean that I meant it
People say crazy things"






aku ambil berat sangat , stalk kau hampir setiap hari. tapi sayangnya kau tak tahu.
takpelah.biar aku sorang je yang tahu.
eh bye.


Sunday, July 15, 2012

Selamat Bermain Elektrik.

kenapakaubaca.[?]
"always thinking of you."-H.A


Siapa cakap kita tak boleh marah kawan? herdik kawan ? 'sound' kawan ?


kalau kawan tu salah apalah salahnya kan ? peduli kan status "dia kawan lama saya,tak berani nak tegur" atau " nasib baik la kau kawan aku dan aku cuma nak jaga hati kau je " ah ? sampai bila mahu munafik ; berpura padahal hati rasa pedih.terisish dan diaibkan. Im really wonder zaman sekarang status kawan baik tu hanya menular dekat bibir dan ghaib dalam hati.OH dunia akhir zaman.


"aku pelik,aku dah la susah selalu je tak bernasib baik, then kau nak dengki kat aku lagi? apa salah aku?"


kau ada semua. kau ada harta.duit? jangan cakap.berkepok kepok dalam poket.kau nak awek,pakwe, semua ada.tinggal untuk petik jari je tapi kenapa masih bersikap hodoh macam tu? Orang tamak selalu rugi. cer kita ubah sikit. orang dengki selalu rugi. HAHA.


kalau aku,aku cakap tak suka kat satu benda yang kita tak suka buat.
macam aku tak suka orang lambat janji atau lambat bila berjanji.


"weh aku datang rumah kau pukul 3 petang.make sure kau dah siap ada kat gate tau!"
"oh ok"


bila sampai . baru nak mandi. KAH KAH.
aku peduli apa.aku terus jalan ke sekolah. (mohon sesiapa jangan tersentap) HAHA.
tapi satu je aku pemalu.


malu nak mintak hutang.kawan kita pinjam dan aku malu nak mintak.
aku pun pelik.kenapa aku yang perlu malu? padahal si penghutang la yang patut malu -.- tapi soal kawan. HALAL ah.Lupakan ah.


//


"tu la kau jerin gatal sangat letak pilihan no 1 UPU tu"


arghhhh bencinya. satu je aku benci.kenapa dapat U yang jauh? kenapa tak pilihan kedua? UPM serdang why why why ? now i kennot go back home everyweek.


apa apa pun.alhamdulillah.


hai budak sarjana muda kejuruteraan elektrik univerisiti teknologi malaysia.
selamat bermain elektrik.bai.

Wednesday, July 11, 2012

pesimistik

kenapakaubaca.[?]
"alangkah bahagia kalau.."-H.A


sikap pesimistik masih mebara.tak tahu kenapa.malah makin tak tahu bersyukur - kadang sampai  mengeluh.kenapa semua ni berlaku?


dan satu jawapan nya.
ini dugaan.
dugaan hidup sampai ke mati.itu janji-Nya.


//


"suka pada ex ibarat jilat ludah semula?"


oh, we'll see. :)


kbye.


so much wanna write but better keep it secret.

Thursday, July 5, 2012

Tolong Jangan Jadi Seperti Dia.

kenapakaubaca.[?]
"aku tergelak je bila orang mengata aku.taksenang hidup betul."-H.A




Aku kelakarlah dengan perangai manusia. kadang kadang dengan dunia.
dalam hidup aku, penuh perkataan 'why why why why whyyyy' kenapa benda itu ini terjadi (?)
Kelakar dengan watak watak yang dulu ibarat maksum ; sekalian alam tak boleh.itu tak boleh ini tak boleh. itu haram dan ini halal. Lagak macam ustaz. tapi sayang. sekadar ustaz celup.
maaf cakap,aku tak pandang semua tu.


oh dulu zaman sekolah aku jahil sikit.terlalu bebas.sekarang pun bebas jugak tapi still lelaki baik; lelaki melayu kedua terakhir kalau engko nak tahu - persetankan kejap.


It was like aku suka sangat berkawan.Berkawan dengan lelaki perempuan tanpa diskriminasi. Of koz there is a mulut puaka yang tak sudah sudah berlakon warak yang nauzubillah hikpokritnya. Tapi sekarang, bila aku punggah balik memori lama dan sekarang, dia pulak dah berubah. mana sifat waraknya? tergoda duniawi kah?


*sekadar contoh.mohon jangan terasa.


Kita tak boleh percayakan karma.haram ; tapi kita ada Qada dan Qadar kan ? percaya & beriman kepadanya.


sekadar putaran hidup, kita hidup jangan mengumpat atau berlagak bagus nanti tulah datang kat kita balik.


i have a friend, yang dulu kata couple itu haram ,jijik berdosa. oh god.masa tu aku dalam tingkatan tingkatan.- kenapa dangkal sangat.
ok masa tu zaman jahilliah muka buruk semua mesti ada nawaitu sikit untuk couple kan? kata cinta monyet kan? - mesti la aku nak couple jugak - dan berjaya (tapi untuk sehari je) - 'break' pun sebab lepas ditarbiyahkan (salah satu faktor) dan aku rimas bila couple.aku rimas bila dikongkong.


aku nak bebas.


tapi sekarang, lihatlah tuhan maha adil maha kaya. walaupun makan tahun tapi dah terbukti.
mana dosa mana pahala mana halal mana haram nya?
aku single dia kini dah couple. tet.


aku tak kisah dia nak couple ke apa kahwin ke nikah ke peduli setankan semua tu tapi aku nak highlight kan jangan terlajak kata ,kalau terlajak perahu boleh undur. kan?
tahniah untuk dia. semoga berbahgia.




dan ada lagi satu.


I do love people yang mengambil berat pasal aku,yang cemburu pasal aku yang concern pasal aku ( yang ni sumpah perasan pulak ) - tapi kalau terlebih cemburu pun tak elok.
Alasan klise - cemburu tandanya sayang. kepala dia tandanya sayang.
cemburu itu annoying = membawa kepada kesedihan.


aku sedih,bila aku jadi jujur ,ada yang salah anggap. kata aku penipu,curang itu ini.When the people believe rumours than the facts,it will ruin your day.
sama lah sini. Punya lah aku berjuang - setia dan menunggu. tapi. rumorkan. khabar angin
entah betul tidak,kita akan percaya.


sedih hidup aku ni.


Biarlah.aku teringin nak berubah.
nak jadi lelaki merdeka. - belum tiba masa untuk aku dikongkong oleh perempuan yang belum sahih bergelar isteri




aku tahu kejujuran tu pahit.dah lama aku pendam kejujuran ,cuma terbiasa lontarkan kepalsuan untuk menjaga hati.


hai kejejujuran.selamat bertemu walaupun ada yang tak suka awak,sebab awak pahit kadang kalanya


//


ada sindrom korea dah melanda aku. AHHHHHHHH rasa happy je tengok.serius aku nak layan cerita korea lepas ni. :D #nw my girl.


perangai gila gila dia memang taste aku,
hei yoo rin,mana aku nak jumpa gadis perangai macam kau? gila gila tahu tak.seronok sangat :D

ahh.aku tetap akan layan cerita korea seterusnya. 

fall in love dah. :')
There was an error in this gadget