Saturday, June 30, 2012

Perlu hantuk baru terngadah

kenapakaubaca.[?]
"memori kad hati lama,diganti baru "-H.A 


Betul jugak orang kata, konon la. Bila kita balik kerja lewat , orang tak perasan dan bila kita balik kerja awal je,satu ofis memekak ;
"eh kau ni joyah,tahu balik awal je.curi tulang ke?"


tapi tapi tapi dia tak bising pulak bila joyah tu buat overtime. jahat kan manusia?


macam benda baik la. 
Bila masanya kita derma-derma seikhlas hati , orang boleh pulak andaikan bukan bukan."Eleh dia derma tak ikhlas tu.setakat nak menjobo boleh la. nak bagi orang tengok dia derma padahal bukan apa pun.balbalalablabalalba."  sampai macam tu sekali orang punya anggapan?


lagi contoh;


anak lelaki pak daud duduk borak borak dengan anak perempuan si timah dekat sungai kampung bala.
habis satu kampung riuh.kata tak senonoh la duduk berdua duaan la
sekejap.
bukan fahaman yahudi aku nak buat. benar dalam fikiran aku,apatah lagi kita ; bila duduk berdua je dilabel 'khalwat' tapi betul ke?


kenapa la cakap macam tu?


 sampai sekarang,kita dimomok dalam tivi yang selalu buat benda hodoh ni orang orang kampung.Orang orang kampung suka mengata ke?atau itu hanya sekadar fiksyen semata ? orang orang bandar tak mengata?


Aku tak rasa ini soal bandar atau kampung ; the thing is perangai seseorang tu yang terlalu nosy atau busy body atau suka terlebih ambik berat atau dalam pepatah melayu nya jaga tepi kain orang
Jaga tepi kain orang sampai terkutip dosa percuma - dosa fitnah.


Tukar lah melayu.tukarlah perangai jijik kita ni.Patut la ada yang bangga ; dia orang melayu tapi tak mengaku melayu sebab malu dengan perangai cam ni.


siapa bangkang? dia bangan*


tapi aku bangga, aku seorang melayu.


//


Tapi percayalah.kita semua takkan berganjak untuk berubah.Kita kena belajar dari kesilapan barulah terhegeh terngadah nak injak satu langkah. 


'seorang isteri maut dibaham buaya'

lepas dah maut kena baham.barulah nak ambil langkah keselamatan diri. sebelum ni tak fikir keselamatan semua? kan?


'pelajar dirotan insaf kerana merokok'


lihat? kita perlu diturunkan bala. bala yang menjadi petunjuk untuk kita berubah.




aku sebenar jiwa kacau ni.lain nak tulis  lain ditulis.
bye.


:|

Wednesday, June 27, 2012

Istidraj dan Hati

kenapakaubaca.[?]
"hari hari kerja ,sangat kelakar dengan kerja.aku suka :O hee "-H.A


hai pemblog yang ada youtube dekat blog dia tolong buang atau aku tak akan baca. gedikkan kita ni?


sekadar contoh
"oh,cemburu nya.cemburu sangat dengan semua.kenapa dia ada itu ini aku tak ada?kenapa huh?"


Pernah terkeluar tak dialog macam ni dalam kehidupan seharian korang ? kalau hidup aku hari hari pernah terkeluar dialog macam tu kah kah oh pertama sekali aku nak korang betul betul bezakan rezeki dengan istdiraj.why aku suka sangat cakap pasal istidraj sebab semalam entah dari mana mimpi terkeluar perkataan istidraj.so why not aku tulis untuk kali ke dua ? 


first of all ,you all bezakan rezeki dulu. rezeki tu macam perkara-perkara yang mendatangkan satu perasaan rendah diri dan bersyukur dengan segala jua pemberian oleh Allah dan bezakan istidraj pulak.
Istidraj tu cam Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

ya aku tahu, aku pun pernah alami jugak macam tu. Bila duduk dalam bas, orang cina sebelah aku keluarkan sony experia S yang baru besar gedang tu.siapa tak jeles kau , yang kita ni guna telipon cap ayam , boleh call boleh reply sms pun jadi la.itu belum kira yang bila nak reply mesej tetiba henpon mati sebab habis betri. nah sudah.sadis nya kehidupan.

dan lagi 'marah' bila tengok budak kecik pegang ipad, adik sedara bawak dslr balablalablabab semua benda tu 

kalau korang dalam situasi aku korang akan cakap apa?

mungkin ada yang cakap. alah itu rezeki dia.Kita punya turn rezeki belum lagi. rezeki kita ni redha dan terima.kalau nak, kau berusaha la __________ (letak nama sendiri).
mungkin orang tu bersusah payah nak dapat benda tu ,kita senang senang nak mengomel kutip dosa free.

Dan mungkin  ada yang cakap jugak, oh mentang mentang family kaya, boleh cer la.lepas tu nak riak riak pulak.ingat aku lahap ? 

ayat orang cemburu.biasalah HAHAHA

//

macam aku cakap tadi. rezeki dengan istidraj memang berbeza.

on the other side, orang tu sebenarnya mungkin diturunkan istidraj , dia diberi segala kemewahan untuk diuji sejauh mana rasa syukur dia, sujud dia pada tuhan dia - mungkin istidraj ni datang daripada rezeki yang berterusan -- > terus terus dilimpahkan rezeki sampai jadi istidraj.

untuk uji, dia bersyukur atau tidak? dia meriakkan segela pemberian atau tidak ? dia menunjuk atau tidak dan sebagainya.

tapi sayang, istidraj tu tak diredhai-Nya.

eh jangan salah anggap aku tulis tanpa ada satu perasaan pun.maaf mana yang terasa.

//

lupakan kejap pasal istidraj (atau ini ada perkaitan dengan istidraj) -

 putarkan masa kembali.

"bila aku kerja tempat lama,aku teringat dia ada datang jugak jenguk.."

susahnya. nak kena fikir member nak kena fikir keluarga nak kena fikir besties nak kena fikir crush semua nak kena fikir kekasih pfftttt . tapi aku ada satu je. aku cuma fikirkan family je buat masa ni.Tak kisah dah orang nak cakap bukan bukan. peduli setankan la.

I've made a move on ; untuk berbaik kembali tapi aku tak rasa semua nya akan kembali normal tapi selagi kita bisa berdiri atas dasar persahabatan , itu dah kira anugerah terbesar bagi aku. :D

"jom belajar melupakan orang"

silap cikgu sivik ni, tak ajar macamana nak lupakan orang.

marah? 

terserahlah.
:'|

Sunday, June 24, 2012

Taipo

kenapakaubaca.[?]
"kan best kalau kawan secrocs dulu kerja sama sama lagi :'|"-H.A


yaw what's up bro bri semua -.- 
ahh lama gila tak update.mesti korang tak rindu kan? tapi peduli apa aku HAHA alhamdulillah sekarang tengah berkerah keringat mebanting tulang mencari nafkah sesuap nasi , walaupun kerja tak keluar peluh, tak guna banyak tenaga tapi pekerjaan aku bermain dengan emosi. 
Bila customer ramai mula la tak senang duduk dalam hati nak je halau diorang.


"eh keluar la.pergi la masuk kedai lain" -kah kah kah jahat gila.
belum kerja seminggu aku dah jumpa satu customer yang paling kelakar lah.
post ni bukan aku nak cerita sgt pun bed time story jumpa dengan customer.aku dah bebel panjang dah tahun lepas - sila rujuk balik.


kelakar tahu tak, ada seorang makcik ni.tak tahu cakap melayu (obviously dia cina pekat ) - tunjuk kasut yang dia berkenan.sangat. harga dia rm229. aku pun layan la sebab 'customer is always right' (pftttt) , dia tunjuk tunjuk tapi tak cakap sebab tak gheti cakap ; dia tunjuk tag kasut tu '9' .oh aku pun keluarkan la saiz 9. dah senang hati dah dia. dia cakap hold on nanti dia dtg balik - hanya gunakan bahasa isyarat.
sampai sampai dia terus pergi dekat kaunter dan teraburkan duit syiling .memang banyak gila.tergelak gelak aku masa sampai masuk stor. ada kawan aku kirakan sekali, dia bawak tepat tepat rm9. aku dah tergelak besar ; tapi lama lama aku kesian.kesiannya sangat.nak bagi free kang gaji kena potong pulak KIHKIH tapi aku boleh simpati dalam hati je la. - muka dia sedih je sebab baru tahu itu saiz dia. '9' tu bukan rm9 tapi saiz 9. sigh * sedih .


satu je terlintas dalam kepala otak aku.
"mana anak dia?kenapa tak jaga mak ,bagi mak jalan jalan sorang dekat mall?"


#


persetankan.


pernah bahan orang pasal typo tak? aku suka bahan orang .siap menganjing nganjing lagi.
ada satu dekat twitter,konon kecoh pasal jerebu, konon nak aware sangat la pasal jerebu. sekali typo.aduhh pedihnya perasaan dikalbu HAHA.


siti nurhaliza pun typo tau. aku tak tahu tu typo ke apa. jerebu dipanggil jelebu
kawan aku panggil jerebu tu kerubu
dan berita harian tulis caption "jurubu"  siapa yang tak nak bahan? HAHA
tapi sesekali tak elok jugak bahan. 
tadi ada ustazah siti nor bahyah, kenal tak? tak kenal memang tak payah duduk malaysia la.tazkirah dia sedaap di dengar,masuk dihati keluar ditelinga hihi. oh 
mungkin sebab sibuk - sepatutnyan dia nak tulis ada seminar zakat tapi tertulis seminar zakar.
habis satu picture kena bahan . kadang kadang dibahan macam ni tak elok jugak.
terang terang faham lah kan? yang huruf T dengan R memang saling sebelah menyebelah . :D


aku? lagi banyak typo.tapi tak kisah pun kalau dibahan HAHA rasa comel.


tapi esok kerja la.kthnxbyenites.

Saturday, June 23, 2012

Selalu sangat!

kenapakaubaca.[?]

Cc: theotherkhairul


away away away.
cari nafkah sara diri.

Tuesday, June 19, 2012

Apa je yang tak bosan hidup ni ( ! )

kenapakaubaca.[?]
"One day we'll be friend back.Hoping for that"-H.A



Bosan aku dengan soalan klise klise.
Lagi lagi bila balik kampung ,rumah sedara mara terdekat,
“belajar mana  mal?” “ambik course apa mal?” entah kenapa mereka suka jadi nosy sibuk sangat nak jadi paparazzi tahu pasal hidup aku.Mungkin muka aku ada soalan “belajar mana? Study mana? Ambik course apa?” oh lepas ni aku boleh la tampal jawapan siap siap .aku respected graper (penganggur terhormat). Hihi .bukan marah. Cuma rimas.letih nak jawap berulang kali.tak ada soalan lain ke dorang nak tanya ,

“kau nak duit tak mal?” “ada awek tak?lawa tak? Mesti lawa en en en en en en ? sebab kau pun comel” atau cakap. “eh kenapa muka  kau cam member One Direction tu ek?”HAHAHA

Cuba la tanya soalan macam tu.sure aku senyum lebau sampai ke pipi.sejuk sikit perut aku nak makan.


Tapi apa je yang tak bosan sebenarnya,belajar pun bosan,main game pun bosan, online pun bosan,menaip ni pun haaa bosan gila kumpul setem lagi la bosan.kah kah kah. “Hidup untuk bosan dan bosan untuk hidup! “

Persetankan.


//


3 minggu berturut turut aku ikut pergi wedding my cousins – I learnt a lot pasal kahwin.

Hari ni bukan aku nak cakap pasal kahwin.tolong la umur aku walaupun dah boleh jadi bapak orang sekarang tapi niat nak kahwin tu belum ada lagi hihi tapi aku nak kahwin umur 23 HAHA acaner tu ? :3 huhereurhe

Kalau kau atau parent kau atau sesiapa je la nak buat kahwin kahwin ni ,tolong la ambil pusing segala hal – kahwin ni bukan cam main mak mak main pondok pondok kat kampung tu. – leceh.

“bosannya kahwin orang kaya ni,bosan.duduk dalam dewan / hotel dekat meja bulat lepas tu tunggu cam orang bodoh ; kadang kadang lama nak tunggu pengantin makan beradap baru kita boleh makan ; kadang kadang kita tak habis makan lagi dishes dah kena kutip” nah yang paling menyampah kena ikut protokol. Lagi annoying kena dengar pengacara  celoteh cam nak kena simbah air.

Kalau tak guna spoon & fork, orang jeling. HAHA itu paling bingai.
Aku pernah attend dua kali majlis yang ikut protokol ni, sumpah aku tak akan pergi lagi melainkan terdesak.I prefer more makan dekat bawah khemah panas panas; ada karoeke,ada nasi minyak air sirap tawar semua buah oren lauk 5 jenis dan tak payah malu malu kalau nak tambah hikhikhik.
Siapa yang kaya tu suka la.aku tak suka sebab aku tak kaya hihi. Mungkin dah protokol kan? Gasak la.

“impian aku nak kahwin dalam dewan jugak tapi tak ada meja bulat ; meja semua macam biasa, dan semua macam biasa tapi cuma khemah  tukar ke dewan je takut hujan.” Hihi

Lepas tu kau kena tahan.tahan telinga jangan bagi sampai bernanah HAHA
Baru baru ni ( masa tengah berarak nak duduk dekat kerusi silat )  aku berdiri dekat sebelah makcik melatah. Masa tu tengah silat, boleh pulak dia berkaypochi kuihkoci dengan selamba hadap dia cakap “ siapa pengapit dia dia tu? Pengapit dia lagi cantik dari pengantin”

Perkara ni yang pompan pompan semua kena aware.make sure yang pengapit korang mesti buruk dari korang HAR HAR kalau tak jadi la kes macam ni. Gila puaka mulut makcik tu.aku tengok balik muka makcik tu bukan nya cantik pun.sebab dah berkedut maybe.Wallahualam HAHA.
Itu pasal pengapit. Belum lagi bila kumpulan mulut puaka mengata
“eh eh tebalnya make up.macam zaman 60’s”

“tu pelamin ke tempat tikus beranak?” HAHAHA masa tu nak menangis air mata darah sekali pun tak boleh lepas dah kena caci.

eh lelaki baju biru paling kanan tu lagi comel ke? HAHA


Orang bukan jaga perasaan kita pun ; iyalah, bukan tempat dia.cuba kalau dia yang kena.mesti berasap pedih je hati.Bangganya jadi rakyat Malaysia.
Ada banyak lagi,tak caya cuba engkorang pergi wedding wedding sekitar dan duduk bersama mak jemah cik siah kak kiah mek minah semua dengar apa yang diorang borakkan.sure kau dapat tiket HellAsia percuma.dapat tips dosa free lagi HAHA. – itu yang aku buat.ternyata benar.

Bak kata Harith Iskandar, “Malaysians love to state the obvious” – betul la tu? Bila Nampak orang hodoh kata orang hodoh,bila gemuk ejek gemuk,bila pengotor keji eee pengotornya,bila botak panggil botak,bila orang berisi panggil ‘bob’ HAHA. Tak bolei bla.Dah tak boleh ubah dah fi’il macam ni.

Oh yearh Spain masuk quarter final yeyeah ,rasa serba salah nak sokong Portugal ke Spain sebab Portugal ada CR ,Spain ada torres dengan fabregas hew hew :3 ,

Celaka.aku belum tidur ! dah 5.20pg19jun. 

Thursday, June 14, 2012

FriendZone.

kenapakaubaca.[?]
"demam nampak Pocon* semalam.takut kita :("-H.A

RIP


bebudak sekolah (dengan budak U segelintir) mesti frust menonggeng bila Euro 2012 mula macam serba serbi tak kena dengan tarikh yang tersama dengan hari persekolahan diorang .ahh korang duduk rumah.jangan nak lepak mamak sangat la kan. kang kalau tengok mesti selalu buat taik mata dalam kelas , oppss kita terpernah buat pulak dulu masa World cup hruheruer.


malam ni sepatutnya sokong belanda.tapi belanda cam bungkus je.sialan gomez.


*terus off tivi.


kenapa dulu masa world cup kau kemain belanda? Lawan team favourite aku pulak . Brazil <3
hetchu. 


Lupakan kejap.aku bukan minat nak tengok match diorang tiap hari pun, cuma berminat nak tengok semi dengan final je. barulah boleh menjerit melalak jugak MHEURHREU walhal tak tau apa apa pun HAHA.


pedulisetankan.


//


Aku tak tahu sangat apa makna friendzone tu. yang aku faham bila ;


Abu : sudi ke awak jadi girlfy saya ni?
ZitaJonet : hmmmmm. errrr.. hmmmm errr uuuuu hikhikhik
Abu : kenapa awak ? kenapa? kalau ada apa apa bagi la tahu saya?
ZitaJonet : hmm saya rasa elok dulu kita jadi kawan kan?


tuuuuuttttttttt.. perbualan telefon termati. HUHUERHE.


setakat tu je la yang aku faham. betul ke? Mesti perasaan jadi friendzone lagi parah daripada kena permain main kan atau kena dumpkan oleh si kekasih kan? 


yela. mana tak kecewa keluar air mata darah jenis O sekali, dah la menaruh harapan tersangat tinggi lepas tu sesenang je (bahasa pasar) di'rejek'kan oleh perempuan tu.eh kamon la.takkan lelaki rejek kot. geli. tapi ada jugak huehrue.
eh kalau kena permainkan atau kena dump - ditinggalkan terkontang kanting kira ok lagi.atleast kita dah lepas beberapa fasa dalam bercinta - fasa mengayat.


yang ni mengayat pun tak lepas lagi dah kena friendzone. Sure punya malu.malunya.
lagi malu bila kau tengah duduk satu table dengan kawan kawan termasuk crush - lepas tu dok gatal mulut pergi luahkan terang terang - lepas tu dapat respon negatif. pergh itu lagi berasap bai.berasap satu.malu pun ada jugak. mesti kena bahan dengan kawan HAHAHA.


takpe lelaki.kita fikir positif je.
mungkin si dia belum bersedia. 
*jawapan cliche.


kita pun satu. baru kenal tak sampai setengah minit terus mintak jadi kekasih hati gelap balbalab semua  mana la tak kena friendzone.but aku agak yakin perempuan bila tengok lelaki ada rupa poket tebal , dengan pantas terima pelawaan itu. tapi tak la kot? perempuan zaman sekarang baik baik semua dengar cakap mak kan kan kan? HUERHEURHEUR/


"Apa nak buat kalau di-friendzone kan ni?
nak buat apa lagi. Kamon la lelaki.tak payah nak terhegeh hegeh sangat kejar dia sampai dapat.mungkin itu petanda dia bukan jodoh kita - ada banyak lagi bunga kan kan kan. lagipun kita boleh pasang empat.kalau ini tak ok,yang nombor dua ada.kalau tak ok jugak ,nombor 3 dan 4 ada. eh jangan cakap aku mengajar la HAHAHA.Biarkan dia. biarkan je la walaupun dalam hati sedih gila T_T - mungkin dia nak yang terbaik atau tak sedia lagi atau dia ada suka orang lain - setakat kau apa kelas.sepuluh dia boleh pasang.
Kalau aku,kita buat dono je la , pura pura tak berlaku apa apa bagi memastikan relationship sebelum sebelum ni kekal elok.rugi la nak rosakkan.melepas nak tengok si hati manis tu lagi nanti kalau gaduh gaduh hihi.


eh tapi kan perempuan,kalau lelaki dah  mintak ermehrehrmehrmermh tu ,zaman sekarang ni perempuan oatut except je.tak kisah la hodoh ke buruk ke baik ke sopan ke sebab lelaki sekarang dah mengurang tau.kot awak yang kena berkongsi kasih nanti.nak ke? HAHA eh serius ni.
cer tengok tempat awak awak semua belajar sekarang.lelaki macam 30% perempuan cam 70% je.-yang satu  'hala' pun satu hal. 


Takkan perempuan pulak nak mintak ermehrmehrmehrem dekat lelaki kan? mesti yang perempuan malu punya tapi apa salah guna konsep 'pergi mencari timba'. bukan senang nak jumpa. ! 


oh cuba lah tanya diri.mungkin walaupun umur muda muda nak sangat mrhemrhmrhemrh , tapi pilih la yang terbaik.aku tak rasa umur jadi penghalang.umur kau 12 13 14 nak couple? gasak la. janji pandai bahagikan masa belajar dan ber ehmehemhemhe. tak salah.


yang salah diri kita.yang bunuh diri ,yang kecewa sampai result teruk , yang mengandung,yang minum todi yang yang yang yang semua semua tu punca nya dari diri kita yang tak reti reti nak kawal nafsu serakah.


bukan 'sayang' yang dipersalahkan. 
'sayang' tu lumrah.


kawan aku couple,dia dapat pointer tinggi.salah couple ke?


itu semua minda kuno. 

Monday, June 11, 2012

Kata kata orang lama memang berguna.



kenapakaubaca.[?]
"Bila dah jatuh baru rasa kelemahan kita.Kalau belum jatuh lagi,selagi tu la kita nak riak"-H.A


gmbr hiasan*


Fuh menghilang aku dua hari bukan sebab tiada akses internet.bukan sebab aku elope (kahwin lari) HAHA bukan aku merajuk dari dunia sosial bukan itu bukan ini. Mungkin itu dugaan Allah, Tuhan dekat atas sana.Dia bagi aku satu keluarga mungkin dugaan kecil - I have  rushed to the hospital these 2 days sebab ayah masuk hospital . terkejut,terkesima,ter ter ter semua ada lah.dalam hati 

"eh masa untuk dia 'pergi' ke kali ni?" 
bukan nak mendoakan

* kau tipu kalau tak pernah fikir pasal 'mati' bila ada someone masuk hospital.tipu tipu tipu.aku selalu fikir macam tu walaupun seseorang tu masuk sepital pasal kena gigit kuman pun -.-

bukan nak apa , sebab aku takut.aku takut sangat mati tu. 

mati.siapa  je la yang suka. kita yang takut mati,yang selalu ingat kat mati ni la orang orang yang baik baik.mudah mudahan.Tapi alhamdulillah semua baik.syukur.dan sekarang tunggu keluar wad je so tolong tolong doakan wahai pembaca semua. :')

//

dua hari jugak aku jumpa nenek aku.orang nismilan (nogori sembilan panggil nenek tu uwan).I dont know entah apa ribut entah apa hujan kemarau semua, boleh pulak aku borak borak dengan uwan aku dalam sejam setengah macam tu. seronok weh borak dengan orang tua. rasa cam diri ni muda je HAHAHAH. tengok uwan aku tak tahu pulak umur dia berapa ; mungkin dalam 70 an macam tu 80 an macam tu. -.- 
masih boleh berborak tanpa henti ,
cucu tak guna dia ni tahu cakap "ohhhh" "hmmmm" "aah" "betul laa tu" abalbalbalbalbalabl  sebab cucu comel dia ni malu la borak borak dengan perempuan HAHAHAHA. banyak betul dia bagi nasihat.mungkin dah setahun aku tak jumpa dia kot , last masa raya ke apa tah.

ekceli aku sendiri takut dengan nenek aku sebab muka dia cam nak makan orang padahal dalam hati baik gila weh.ada taman. 

tadi dia bagi tahu pasal kahwin.tetiba ja. -_-
dia kata 
"ekau sok sok jangan la dok kawin dongan laki bini orang."
"mulo suko dah lamo lamo sok morano,lopeh tu tinggalkan bini carik yang mudo laei"
"rosak hidup balbalbalalalabla" - macam tu la uwan aku bagi tahu.

dia bagi tahu sebab dalam keluarga besar dia ,dah ada yang berlaku.aku tutup sampai situ je la.tak nak pecah pekung kan? kalau ikutkan cakap orang tua tua memang betul.Kita ni je yang kuaja taknak terima apa tok tok kita cakap,sebab tu hidup selaliu diambang celaka je sentiasa.

she also said about dalam hidup ni jangan la berkira.aku lupa pulak diolog dia.
"den ni tak ponah bokiro doh ,den kirokan nyawo den yoo sobab harto dunia tak boleh masuk kubo.itu semua tuhan punyo."
"den kalau nak sonang den dah sonang dah ,den cuma taknak tunjuk orang jo"
"cukupla den dah porgi mokah,itu jolah harta den."
"den ado tanah,ado kobun,tu semua tuk anak anak den nanti"

betul sangat. betul.tapi dalam hidup kita.dalam modenisasi ni.dalam otak muda mudi sekarang 2012,penuh dengan kekayaan. kadang kadang aku takut jugak kawan kawan panggil aku tak up todate.
"lah kau need for speed pun tak tahu?" aku diamkan aja sebab malu kita ni tak tahu. - tapi aku selalu fikir.yang lama tu lagi baik dari yang baru.sebab yang baru kita tak tahu apa  yang berlaku nanti.
But sekarang,my uwan dah ajar aku macamana cara merendah diri yang betul.tak perlu menunjuk sangat.

dia bagi tahu gak, kot nak berhutang.elok elok
dia cerita,

 "dulu anak anak den hidup sonang.den bagi makan den bagi minam den jago sampai bosa ni pun dah syukur kek (kat) tuhan,dah bosa pandai pandai diorang jaga diri"
"....... dio pinjam dalam seribu dua ribu,dah habis guna bayar bulan bulan ,kok tak mampu bayar seratus sebulan pun jadi. ......."
"manusio ni hati hitam.nampak kek harto dunio sikit torus lupo diri tekau"
-sekarang anak anak dia pun hidup ok jugak.cuma ada segelintir anak anak dia yang gagal urus kewangan.
sebab tu dia cerita kat aku.siapa pesan lagi,"sok sok (esok esok) kau mal,elok elok hidup.jangan salah jalan"

but the memalukan thing bila dia suruh aku si comel yang tak guna cari daun nona sebab nak buat ubat.lama cari ni -.- pusing pusing kat baruh baru la jumpa. lepas petik 2 helai daun tu ,bagi la kat uwan aku.
lepas tunjuk je,mati aku kena maki HAHA salah daun,aku petik daun langsat  .rasa nak bunuh diri je masa tu sebab tak tahu apa apa.

hebatnya orang lama.tahu segala daun. aku pun tahu daun.daun terup MHRUEHRURHUERH


but it's so cool borak borak dengan nenek sendiri.rugi dulu sebab kecik kecik kami semua dok buli buli uwan kami HAHAH. maaf la yer.nanti raya mintak maaf mintak ampun.

dah aku penat.kbye hihi.
 



Friday, June 8, 2012

Long Distance Relationship

kenapakaubaca.[?]
"im tired of trying to get your heart back.sorry"-H.A
















 Long Distance Relationship? (LDR?)


nahh merepek.
merepek bagi sesiapa yang tak pernah jumpa tiba tiba couple
logik bagi siapa yang dah couple tapi terpaksa berjauhan atas pelbagai faktor.


dari dulu aku tak percaya.sebab aku pernah tergolong jugak dalam golongan golongan merepek ni. siapa dulu masih ingat saluran @15 kat Astro tu? ala yang ruangan chat chat komen semua tu HAR HAR HAR mula dari situ - sejak darjah 6 kot aku rasa dah pernah alami LDR ni , tapi serius aku kata itu benda paling bodoh pernah aku buat.


"aku kenal dengan budak ni.nama dia R.duduk area kuala selangor ke rawang aku tak sure ; mms gambar kenal kenal borak borak dan termasuk ke jerangkap LDR ni tapi alhamdulillah tak lama. dalam 1 minggu macam tu" 
 sebab apa, sebab aku masih muda.Eh tak boleh pergi la.


bukan berhenti dekat situ je. dalam tingkatan 1 atau 2,still main chat @15 tu sebab masa tu aku tak ada fb ; internet jauh sekali
dan sekali lagi, tersangkut dekat budak cheras. elok la tu. aku dah form, tersangkut dekat budak darjah 6.


rasa nak gelak je balik.hew hew hew. :3 


//


ah itu cerita lama. lupakan. 


apa yang aku nak cakap LDR ni kalau ikutkan agak payah daripada  SDR atau in relationship yang dekat dekat ni ; yang mampu bersemuka. tapi aku rasa la ; rasanya keromantisan LDR lagi tinggi daripada SDR.
nah kau siapa yang tak rindu bila kita masing masing berjauhan- lagi lagi yang luar negara. ewww.tapi sayang, aku (kita?) belum pernah rasa.-
bayang kan , siapa yang LDR ni tak bersemuka dia punya baby hari hari boleh jadi gila kot. patut la banyak berlaku curang ye tak? HAHAHA


tapi LDR ni cam risky sikit la. sebab dah jauh, baby kita yang kat sana tu mula lah buat perangai setan dajjal segala.depan pijak semut pun tak mati bila belakang pijak gajah pun mati -.- choi, LDR ni kau boleh tau ke tahap kesetiaan baby kau tu? Dah la duduk jauh - dihubungkan dengan YM skype IM BBM benda benda merapu menipu semua tu. 


baby kau boleh tipu, bila kau tengah layan baby kau dekat skype ke ym ke
dia boleh pasang IM lagi satu dengan skandal lain. tak terkujat ke kalau macam tu? bagi aku tak.dah lumrah manusia,lelaki perempuan gatal . sebab tu sebelum couple tu buat ujian kesetiaan. kau buat la apa untuk uji setia dia cam pakai baju selekeh selekeh ke busuk ke tak ikut trend ke, kalau dia stick dekat kau , nampak gayanya itu la jejaka/wanita setiaa awwwwww kalau dia jauh jauhkan diri.mintak lempang kat muka dia. HAHAHA.


dan ada jugak bila LDR ni,makin lama perasaan sayang kat baby kau tu makin kurang. makin menipis makin tak ada nafsu dah sebab bunga bunga kumbang kumbang dekat tempat baru lagi fresh lagi newbie lagi eww ewww cantik hot segala BHAHAHA. ini wajib. tak pernah lagi aku jumpa buaya tolak bangkai - mungkin kalau jumpa itu la buaya paling bodoh pernah aku tahu. "eh pernah dengar kisah buaya makan orang?" itu lagi teruk rasanya.semua nak balun.Faham kan maksud aku? HAHA


ye ye tapi bila LDR ni,kalau dah sayang tu,kita akan jujur habis.sayang habis.setia habis.jadi kepada baby baby yang baru nak melangkah ke LDR tu,jangan khuatir.cuma perlukan kepercayaan each other je. kalau nak LDR tu kekal lama la.hihi.


geli kan aku guna perkataan baby? ewww aku dah muntah darah dah ni HAHAHA geli sangat.sangat.




aku bagi red ligt dekat LDR ni.tak suka. aku nak cari baby aku nanti la masa dekat U. cikgu cikgi kita cakap kalau nak carik ,carik dekat U nanti.banyak.awak pilih je. tak tahu la betul ke tak, mana tahu tipu ke. ah persetankan.


tapi rasa cam nak cuba pulak.sebab cinta satu sekolah (SDR) pun tak kesampaian,mana tahu LDR kesampaian ke? 


hew hew hew :3


kenapa aku gedik hari ni pun tak tahu la.mungkin... eh bye.


"Close together or far apart, you're forever in my heart." 


Wednesday, June 6, 2012

Tipikaliti Kita

kenapakaubaca.[?]
"dah serik jadi perampas.aku bukan perampas lagi dah hihi "-H.A




ada beberapa persoalan yang berlegar dekat fikiran aku ni, yang aku malas nak bagi orang jawab - sebab aku tahu jawapan orang takkan sama dengan aku  


PMAM tu apa? PMAMpus ke? HAHA 
sebelum tu, PMAM tu Pendapat,Malu,Aib dan Marah


"kenapa orang susah sangat nak terima pendapat? dan marah bila kita bagi pendapat yang datang dari dalam diri kita (dengan ikhlas mungkin)?"


Orang yang melenting bila kita bagi pendapat memang haru hidup dia.Anggapan dia,mungkin dunia ni milik dia sorang je rasanya.Aku pun tak faham.mungkin dia tak faham pendapat atau kritikan atau komen itu merupakan satu pernyataan umum berbentuk bukan paksaan dan hanya sekadar ayat ayat yang kadang kadang menyakitkan hati atau mengembangkan hidung.Tapi puak puak jumud ni menyalah ertikan 
antara pendapat atau kerahan.


"Ali kau punya suara sedap.tapi sedap lagi kalau tak nyanyi"

tarik nafas .


"sial kau.kutuk kutuk pulak kan suara aku.sukati aku la nak nyanyi ke tak."


lepas tu Ali touching 100 tahun kah kah kah.


tak dapat terima hakikat atau salah erti?


"Bila situasi kita sendiri yang malu nak mintak duit kita dekat seseorang"
akibat label 'kawan baik', 'saudara rapat' ,'cousin' yang the one and only dekat dunia, label label macam tu mungkin menjadi penghalang untuk kita minta balik duit kita dekat mana mana label yang aku tulis tu. Kenapa ye? aku mengaku.aku jenis yang malu nak mintak balik hak aku kat orang lain.walaupun aku tahu itu hak aku, aku suka lagi diamkan.  aku anggarkan aku dah 'sedekah' kan lebih rm100 kepada kawan kawan sejak sekolah menengah (tanpa sengaja) atas alasan -"weh pinjam duit jap,hari ni aku tak bawak la duit" , kita bayarkan air tin,keropok what so ever (yang konon) dia kata nak bayar balik lepas tu tapi hampeh tak bayar,
Aku bukan lemah.Aku cuma malas. bagi aku, kau dah pinjam,kau pulangkan. kan senang macam tu?


ada sesiapa tak yang aku hutang? tolong komen. dan nyatakan berapa ringgit. (atau apa hutangnya)


"Bila ada keadaan yang memalukan - 'bila ada taik hidung (cair) terkeluar dari hidung melekat dekat sekitar hidung atau pipi', bila zip seluar tak tarik , bila rambut kusut masai macam tak mandi , bila keluar berpakaian selekeh"
Benda ni bukan main main,aku nyatakan based on pengalaman.ada banyak.cuma aku kepilkan sikit je sebab  semuanya berkisarkan atas satu alasan - malu.
Perkara perkara macam ni sememangnya mendatangkan malu kat kita - apa lagi berhadapan kawan yang suka menganjing atau buat kita jadi bahan lawak mereka


"weh zip seluar kau tak tarik!!"
lepas tu heboh dekat satu kelas.


malu si zip tak tarik tu.
itu dah kira pecahkan aib orang. berdosa tau 
aku tak tahu.mana yang betul. nak hebohkan atau pendamkan
heboh kan orang tu yang dapat malu 


atau ;
diamkan orang itu juga malu lama lama nanti sebab dapat tahu sendiri


bagi aku,
bisik ke telinga dia , kata ' weh zip seluar kau tak trik'
dan dia tersipu sipu lalu tarik dan dia pun tak malu, kalau la ada sejuta orang macam ni,kan seronok :')




 "nak marah tapi kerana terlalu hormat tak jadi marah ATAU takut putus persahabatan"
 krisis macam ni selalu jadi dekat bilik yang kita kongsi dengan kawan,atau kakak abang atau sesiapa saja yang kita kongsikan tu. Masalah timbul kalau seseorang tu buat hal.


Macam bukak radio kuat kuat, kita perlukan privasi untuk senyap. tapi takut nak marah. Si A mungkin terasa hati lepas si B marah dan mulalah putus kawan sebagainya.


Macam tak tutup lampu walaupun dah tengah lewat malam , macam bawak kawan kawan,macam hisap rokok dalam bilik dsb. ni semua mengundang celaka. siapa tak marah bro?


aku syorkan kita duduk bilik sewa sendiri atau duduk dengan orang yang sekepala dengan kita.
amacam?


banyak lagi.cuma malas.


//


Im being moody lately,dont know why , or what are the causes.cuma memohon pada Ilahi,tiada apa malapetaka yang ganggu gugat,


nah siapa tak gusar, 
memikirkan hati gusar
tengah malam


ahh mungkin itu perasaan je. Jiwa kacau sekarang. :|




hai budak KMK sem 3, teruskan hidup.cekalkan hati.anda selalu dlm ingatan jerin. :) 

Monday, June 4, 2012

tak payah nak buat 'comeback' sangat la


kenapakaubaca.[?]
"lupakan yang lama.yang lama tu menambahkan duri"-H.A

selamat kembali jerin.Lama benar ditinggalkan, lama benar menyendiri.
Oh aku ada banyak benda nak dibualkan kat sini.
ramai orang kerap tanya
"weh pointer kau berapa pointer kau berapa?"
jawapan bajet artis aku
"no komen"

kadang kadang menganjing sikit.siapa siapa tak tahu menganjing tu apa ; dia macam memuji dalam keji atau puji dalam kutuk la HAHAHA

"aku dapat 2.97 je.teruk gila aku"

  bagi aku ianya normal dengan niat nak gurau gurau je dengan kawan HAHA.
but hari ni aku dah bersedia ; bukan untuk riak. tapi untuk apa aku peram?
terima kasih Ya Allah
Terima kasih Doa ibu bapa aku
Terima kasih usahaku
terimakasih kawan kawan pengulangkaji
Terima kasih para pensyarah KMK
3.83 bukan satu gurauan.itu realiti- yang mana aku hanya expect sekadar 3.0 sebab aku tahu kimia aku buat hanya beberapa soalan je. :| sigh tapi kuasa Allah kan?

terima kasih :')

dan makin terlupa semua topik sekarang - yela mana taknya dalam kepala otak fikir makan online tidor outing makan online tidor outing makan online tidor outing. HEURHEUHE :3

//

"Mana mana yang menaruh hati dekat aku tu,maaf la.seru tak sampai lagi,boleh la cuba lupakan"
sebab aku pun buat benda sama.tak terbukak hati ni lagi.tunggu dekat U.(dengan harapa tinggi ni ) kita belajar sesuatu, yang mana hati perasaan tak boleh dipaksa - kan? yang mana bila hati dengan perasaan ni di sakitkan - kita punya hati dah tertutup. we have to accept that fact.No offence.

tapi tak mustahil semua tu berlaku semula.tapi aku mohon dijauhkan la.

anda semua kawan saya.kawan baik.kawan baik yang disalah ertikan.

//
tapi itulah hidup, bukan?

baru baru ni ada jugak kes touching menouching ; aku tak mahu komen aku tak mahu cakap apa apa. Aku rasa sikap tu dah perlu kita ubah. dah besar panjang semua.we are not kids anymore
 so please stop the annoying perangai dan drama yang mengundang benci rakan rakan semua.

sengaja aku tak nak kerja.aku cukupkan lebih sebulan untuk bersama kawan kawan dan menghadiri kenduri kahwin semua. minggu depan aku akan mula carik kerja. harap sangat. sebab sabtu ahad ni ada function.

tapi itu lah realiti. terimas kasih semua.terima kasih luangkan bazirkan masa untuk baca ! HAHA.
lepas ni mungkin menaip balik sebab duit dah habis untuk berjoli HAHAHA
kbye
model pavi

ke broga kita
wajibsundal
one direction ke?
orang gila yang lambai tu
merekaterbaik !
broga !
doraemon


chowrasta penang