Wednesday, January 30, 2013

TransCameron.

kenapakaubaca.[?]
"pengalaman hiking yang tak boleh dibeli dengan duit walaupun kita bayar yuran program HAHA"-H.A

Baru balik rumah dah kena keluar rumah balik untuk program kolej, TransCameron.Serius shit aku tak duduk rumah sejak ahad 21/1 sampai semalam selasa 29/1.Lama gila, macam lupa daratan lupa diri pun ada,buat macam rumah tu macam hotel je.Anak derhaka betul.Bdw aku rindu nak duduk rumah balik haha.

//

Aku ni bukan suka sangat nak hiking hiking ni, buat apa hiking? buat peluh je,buat kaki letih je ,hek eleh kenapa kau nak susah susahkan diri kau bawah beg besar gedabak ,dopopatjam nak digalas pfffttt tolong la.HAHA tapi itu first expectation aku,sebenar benarnya lagi benarnya seronok weh.pedulikan hari pertama hari kedua aku bawak beg kecik,apa orang panggil, tas tangan ; bilamana semua orang bawak beg besar besar haha. ramai yang dengki dengan aku tau?

"eh jerin punya beg ni boleh cari gaduh ni ," kih kih kih

siapa sangka we can hike 5 mountain in 3 days something like that? and 3 of the 5 mountain we hiked are listed in most top highest mountain in malaysia. Perghh. kau tak bangga ke mat ? kau tak bangga ke jerin ?
seriusly aku tak pernah tahu ketinggian gunung tu berapa berapa,tak ada masa nak ambik tahu haha
tapi apa yang aku tahu,masa aku mendaki tu aku tak mau kena tinggal kat belakang. takut mat ! HAHAHA

im so not to write long long story.dah basi dah cliche dah boring
//

HARI PERTAMA
lokasi Gunung  bukit Perdah Gunung bukit Jasar

Bila dah sampai puncak,semua dengan sombongnya mengeluarkan statement berani mati ;
"hek eleh ,ini ke perdah? ini ke jasar?"
"gila macam kau naik bukit doh" HAHAHA
Serius bukan nak berlagak,tapi Zzzzzz ,rasa mengantuk naik gunung tu. Tapi bila dah naik tu,hutan dia agak kasar sikit dengan kulit den ni ha.dah la sejuk.apa apa pun hari pertama kita berjaya naik 2 gunung, ambik masa dalam 3 jam 4jam jugak la untuk  naik 2 gunung ni. eh 3 jam aku sama macam masa tidur aku T_T






HAR KEDUA
Gunung Berembun

Baca nama gunung tu je dah boleh tahu , "eh gunung tu ada embun ke?"
ok tak lawak, semua gunung berembun kot tapi asal nama gunung ni berembun hang pi tanya orang lain.Gunung kali ni agak mencabar daripada naik 2 bukit semalam. HAHA. Serius shit,track dah la panjang,menaik menurun menaik menurun. Kalau la cuaca panas,dah boleh terbakar lemak lemak fatty acid aku 100 Kg ni.tapi nasib la sejuk,so macam takde makna la kalau kita berpeluh,sebab peluh yang keluar tu rasa nyaman gila and bila tengok tengok , "eh dah kering ke? " MHRUEHRURHEREUH
Track kat sini lalu denai,lalu pokok tumbang,kena tunduk masuk pokok,beg tersangkut,kena panjat tanah licin perghh yang ni mencabar gila ! dah la aku bawak sweater putih. memang berjambul jambul la kotornya.
Tapi bila dah sampai puncak , serius best gila walaupun view dia macam nak tak nak je nampak kih kih



puncak berembun !
HARI KETIGA
Gunung Berincang Gunung Irau

Nak daki gunung ni ada kontrobesi sikit. "Mana nak cari guider ni weh ?" "dah la mahal ,se-guider rm 300" huehreu. But nothing imposible,akhirnya kitaorang dapat guider.dah la dapat guider, sporting gila pulak tu.Serius shittt 2 gunung ni aku mungkin akan fikir beribu kali kalau nak naik lagi lepas ni.perghh aku cakap kau,memang mencabar gila gila mental,kepenatan,keberatan beg,fizikal kena kuat. Entah kenapa dalam hutan tu aku baru terfikir
"eh kenapa aku ikut ni ? HAHA"
"kalau tak sekarang mesti aku ada kat rumah tengah goyang kaki,atau tengok wayang dalam mall atau atau atau tidur tak bangun bangun " Zzzz

serius.Antara kau nak jalan terus, atau nak patah balik yang memakan jarak lebih kurang sama.
ahhh, teruskan je la. Dah la masa nak naik tu set set kitaorang tinggal belakang,sebab ada yang injured la,tak larat la,kena teman lagi lagi yang perempuan takut jadi apa apa. dan akhirnya sampai puncak jugak after lebih 6 jam 7 jam . Gila.
kasut kalau tak kena lumpur sampai ke betis, hang memang manjaaaa baq ang HAHA.
kami telah berjaya menjadi petani moden atas gunung tu.Habis kotor.













puncak Irau !
//

Soksek soksek TransCameron :

  • Aku tak tahu kenapa hari pertama tu boleh sesat barat.padahal we use the same way.Masa nak balik tu,dengan semuanya berpecah,yang tahu jalan ,jalan dulu, yang belakang belakang ni tertinggal, lepas tu buat jalan sendiri.Gila scary masa tu. Aku ingat lagi jama masa tu dekat dekat 6.40petang, nak mnjengah maghrib dah,tetiba masuk jalan hutan winterfall apatah nama hutan tu,tapi serius sekali imbas hutan tu macam pekan hantu.Bayangkan ,dengan nak papah orang pengsan lagi,dengan jalan kaki jauh gila,tak tahu jalan mana yang betul,akirnya kita jumpa jalan yang macam ragu ragu nak jalan walaupun jalan dia agak betul.Yeah dan sekarang masing masing macam kena sakat,ada yang pengsan bila nampak benda tu,ada yang kena panggil nama,ada yang dengar bunyi mengilai. what the most scary thing is, bila makcik tu cakap, "Ya Allah,kenapa kamu semua ada kat dalam hutan?cepat keluar." -cerita imbas muka oleh ujang. You know what it means right? seram kan.
  • Duduk dekat cameron it totally sejuk nak mati,tahap daging sejuk beku la.The most tak tahan bila nak mandi  la sial ! HAHAHAHA sejuk dia macam mencucuk cucuk paru paru ni.Rasa macam jantung dengan paru paru ni kecut gila.Sebab tu kitaorang mandi hanya sekali sehari je.Itu pun ikut mood HAHA.
  • Sampai sampai cameron, semua nak keluar dari bas. dengan harapan (bas yang ada ekon tadi sejuk nak mati tu) kitaorang dapat keluar ambik udara panas kat luar. Tapi bila bas dah berhenti dan semua turun, rasa kan udara luar lagi sejuk dari dalam bas HAHAH bodohnya kita.tak terfikir pulak cameron sesejuk ni.Eh sebenarnya tak sangka Malasyia ada suhu macam ni HAHA
  • I love the situasi when masak memasak.Masak memasak guna stove,kuali,sudip,makan apa yang ada depan mata,lepas makan basuh,masak dengan kumpulan, even event ni untuk have fun,tapi ianya mengajar kita untuk lebih independent, tinggikan lagi semangat kekawanan,rapatkan lagi hubungan ngan member member yang paling penting, we know whatever the things that we dont know before this. serius korang semua hebat :')
  • You go girl.aku suka tengok semangat syafiqah dengan kak yong . This 2 orang memang nampak macam buat hal.sorang pengsan sorang lagi lambat gila nak mati kat belakang HAHA (marah ke?) tapi 2 2 orang ni ada semangat naik gunung yang tinggi. at leaste walaupun pengsan pengsan,injured, korang mampu naik 5 gunung sama macam kitaorang yang sihat ni. tahniah :')
  • Masa nak naik gunung berembun,sampai satu fasa,kena mendaki je.mendaki dalam  sudut 85 degree.dengan lecaknya,dengan basahnya,denga licinnya. Korang tahu apa dalam kepala otak aku? Mati.
  • Aku tak rasa yang kita semua ni penat mendaki kan? aku rasa kita ni penat nak snap pictures. lagi lagi siapa yang gila kamera tu HAHA setiap 5 minit perjalanan atau bila nampak view view yang cantik,kitaorang mesti akan berhenti untuk tangkap gambar, the masa bertambah lagi bila orang yang jauh tertinggal belakang berlari lari nak masuk interprame jugak HAHAH kelakar la sial! sebab tu kena take time. tak kisah la , janji ada gambar dalam hutan. kau ado?
  • ingatkan berembun je yang payah nak mati,my kesilapan.ada lagi gunung yang payah .Berincang dengan irau.Ya Allah.aku tak tahu nak describe macamana tapi ianya betul betul  mencabar otak,minda,fizikal dan mental.Dengan kena pijak akar2 kayu,batu batu,lalu lumpur,tunduk,baring,luka luka,salah pijak,masuk lumpur.tu memang tak boleh lupa semuanya.When lepas ni kalau ada apa apa perkatan Iarau, aku akan consider untuk fikir 34534 kali nak join ke tak nak HAHAHA.
  • Siapa yang suka nature,suka view,korang memang berbaloi naik puncak puncak ni .jujur aku cakap aku bukan nya tak suka view,tapi aku seorang yang tak ambik peduli pun semua tu. cukup la untuk cakap " wooooo lawanya" lepas tu diam HAHA. But bila sampai atas Irau,rasa kita ni dalam macam filem alice in wonderland, macam dlm lord of the ring.serius serius. kiri kanan kau penuh pokok dengan lumut dari atas smpi bawah,dengan corak corak akar dia. Rasa takjub dengan pencipta. :') Paling best bila kita semua boleh duduk atas Awan wuhuuuuu
  • Kasut kalau tak kotor kena lumpur akibat membajak memang tak sah. Apa yang aku risau masa nak naik irau tu,hujan gunung lama gila. dah la cuaca sejuka tahp 15 degree,ditambah dengan trek yang penuh lecak.dah macam petani moden ! wujuuu aku kotor dari atas sampai bawah. sama jugak dengan yang lain HAHA kan?
  • Tahniah ujang sebab berjaya turun dengan kain pelikat.Tahniah amira kerana memenangi anugerah jatuh bangun terbanyak WAKAKAKA
Aku rasa ada banyak lagi nak disoksek soksek. cukup la kot.penat nak taip mat ! HAHA thanks ateam.thank nazrin ujang syafinaz,ustaz,ikhwan,ayam,hairul,low,helmi,ja'a,syahir,qahar,amran,aini,amira,syira,lin,azella dan semuanya wei. Kita memang hebat ekceli. 5 gunugn dalam 3 hari ?
Boleh masuk genuiss world record ! 
ok tipu je hihi kthnkbye salam.


Tuesday, January 15, 2013

Politix

kenapakaubaca.[?]
-sekadar pandangan peribadi.


Entah la apa nak jadi dengan politik Negara masa ni.Sorang nak tuntut keadilan,sorang lagi nak kan hak asasi,hak seks, hak royalti,hak pendidikan,hak rakyat.“bila kita mulakan sesuatu dengan percakapan,belum pasti kita akan buat apa yang kita cakap di awalnya”.Ada banyak bukti.Tak guna aku nak tunjuk fakta di sini,sebab sekarang fakta macam dah jadi sebaliknya bagi orang globalisasi kini.Bagi mereka, apa yang internet putarkan itu betul,benar tepat dan apa yang kotak segi empat tayangkan semua buruk,puaka celaka segalanya.Ya aku mengaku.aku pun menjak menjak ni tak percaya TV,tapi aku cari penjelasan di internet pasal pihak kanan dan di pihak kiri. Mana yang boleh pakai aku ambik,mana yang tak boleh pakai aku gelak . kih kih kih.

“cuba kalau aku cakap,internet tu tayang berita fitnah.Sure punya aku kena tibai.sebab apa,sebab bagi mereka,semua yang mereka canangkan tu betul.” Ok boleh berhenti dah. Aku pun tak faham.

Kenapa perlu double-standard ?

Menafikan kebenaran dan membenarkan yang batil.
Why not semua orang bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.Ok sekarang lupakan kau ni penyokong tegar mana. Kiri atau kanan lupakan sekejap. Kita fikir rasional.

“kenapa ada manifesto?” “kenapa perlu tunaikan manifesto?” 
I bet korang semua pakar dalam hal ni.
Bila manifesto ditunaikan, si polan ni akan kata nak bodek rakyat,pengundi whatsoever. Habis tu tak perlu tunaikan? Jangan taksub sangat boleh bila berpolitik?
Bila government bagi smartphone,ramai yang pertikai.bila bagi BRIM,semua ambik walaupun mengutuk,balbalalablbabaa. Semua negatif.
Bila opposition bagi air percuma,semua pakai.Elok la tu.Syukur Alhamdulillah sampai ada yang  puji melangit.

Semua ni dah termasuk dalam manifesto kan?

Wajib dilaksanakan.

Kalau aku nak listkan pros-conts untuk government dengan opposition memang tak habis page ni.Just aku cuma nak kita semua lebih tolerate bila bahas pasal politik.

“Tak gunakan kau menang kan yang salah.Salah tetap salah”yang ni dah biasa sangat kita nampak.Well,kita takkan menang bila berjumpa dengan orang macam ni. Kau guna peluru berpandu baru dia senyap sikit wakakaak.

Jangan Obses sampai melangit.bawak bawak mengucap sikit.

// fuuhh

Kita hidup demokrasi,menang kalah pun cara demokrasi.Aku rasa sistem pilihanraya Malaysia antara yang top sekali keintegritiaannya.Berbanding Indonesia,Filipina dan etcetc (*aku pasti,bila aku bandingkan Malaysia dgn Negara Negara ni,mesti akan ada mulut puaka yg akan mempertikaikan.STFU).Nanti masa tu pilih la,not by showing off the crowd.Yang penting undi itu rahsia :D

// barangkali ini statement terpaling playsafe yang boleh aku tulis.Tak mau la obses sangat.
*tarik nafas

Kawan aku pernah cakap dulu,

“politik tu antara yang terjijik sekali kat dunia ni”

Now,baru la aku nampak percaturan dia. Di sebalik slogan slogan ‘rakyat’ digunakan,di sebalik frasa frasa annoying terhambur, there’s someone controls our politic nowadays.
Aku cuma takut,perlembagaan akan diturunkan.Komunisme dijulang semula.Siapa sangka kan?
Sedangkan mati kita,kita pun tak tahu.
Masa tu.baru lah frasa ‘takkan melayu hilang di dunia’ terkubur di bumi sendiri.Wallahualam.

Tuesday, January 8, 2013

Sememangnya Obvious.

kenapakaubaca.[?]
"Takutnya pointer drop sem 1 ni."-H.A



Macam Harith Iskandar cakap dalam Lawak Ke Der cakap, “Malaysian always state the obvious.Kalau nampak orang tu gemuk kita panggil ‘hei gemukkk’ kalau nampak orang tu botak kita panggil ‘hei botakk’”. Macam biasa la.Dulu dekat sekolah ramai perempuan kena ejek pendek la,buruk la muka pecah la,sebab kita selalu katai apa yang kita nampak.Takkan la nak cakap pasal yang kita tak nampak pulakkan ? nampak beno nipunya tu. Hihi.

Dan paling obvious sekali bila kita pergi masuk shopping mall,masuk la kedai kedai baju whatsoever macam padini,renoma,guess dan jangan lupa brand giant(MUHRHERHERHEH)  balabalbalba semua dan mulut puaka kita mesti tak lari daripada nak mengomplen itu ini.cakap pasal baju tu buruk la,design kolot zaman 1990s la segalanya fuuu bagi kita.Tapi bagi baju tu,peduli apa dia. Kalau dia boleh cakap dah lama dia menyumpah kau, “mulut banyak,belinya tak nak” haha.Itu belum lagi cakap pasal kita pergi makan dekat gerai ke restoran ke cafe ke, bila tang makanan dia tak sedap,sekali lagi mulut jadi juri. Dah biasakan? Tak boleh lari kan? Dan itula kenyataan yang sebenar.tak boleh dalih lagi dah. Bukan apa,kita mengomplen pun sebab nak yang terbaik kan untuk diri sendiri. Well aku pun sama,hidup penuh mengomplen itu ini tapi kita semua tak boleh nak semuanya perfect.Nothing perfect in this world.So redha je la apa yang dapat -.-


//

“kita berdoa untuk semua.Tak kira siapa,asal dia islam kita doa.every single doa is counted kot.”
#PrayForPantaiTimur

//

Argh masuk kali ni dah berapa kali jatuh hati.Dasar hati ni tak pernah setia.HAHA eh bukan tak setia la,itu kita panggil tak de rezeki.Kalau ayat sedapkan hati, mungkin aku belum ditakdirkan untuk berjumpa dengan yang betul betul perfect lagi kot hihiih kalau ayat sebenarnya dah memang diri tak laku kot T_T. Well,aku ni sebenarnya very the pemalu person,siapa yang dah kenal aku,tahu kot tapi siapa yang tak kenal aku,yang mengata kata sombong la,bajet la mamat ni tolong jelas eh HAHA. Serius aku tak tahu macamana nak start the first step. “eh bukan perempuan ke mulakan dulu?, kalau beratur ke apa apa ke tahu pulak lady’s first?.Kenapa tak dalam bercinta?” Perempuan ni manja sangat kenapa? Tak tahu ke aku dah jatuh hati,so kau tahu tahu je laa HAHAHAH. Tak payah la susah susah nak bagi hint berjuta kali lagi. If you see aku berbaik baik dengan someone,kutuk kutuk ke,gurau gurau ke, ada makna semua tu. Jangan la pura pura haha tapi yang menjadi masalahnya,aku ni sangat pemalu nak bagitau semua tu. Tak payah bagi tahu boleh?

Patutla selama lama ni tak menjadi.sampai bila la nak malu ni . haih.

“Nak bagi coklat/kad/ bear as a sign untuk approach si dia?”

tolong la. Baik beli topap untuk diri sendiri untuk beli internet HAHA.Aku tak semurah hati tu kih kih. Cukup la aku bagi cuma dengan keikhlasan hati WAKAKAKAKA.

“perempuan memang suka lelaki mulakan dulu eh?”

“perempuan memang percaya dengan konsep lelaki yang mulakan dulu eh?”

“perempuan memang nak diperhatikan eh ?”

“perempuan memang anggap kalau ‘si perempuan yang mulakan langkah dulu’ it will be a totally loser for her eh ?”

“atau perempuan takut bila ‘mulakan’ dulu,their request will be rejected eh? Lelaki tak takut ke semua tu?”

Dan

“what woman want actually?”  hihi.

Oh nampaknya aku perlukan beberapa orang anonymous (berharap perempuan) untuk menjawab persoalan diatas hihi.
kepsen please ?

Friday, January 4, 2013

Show Off : rendah diri ke?

kenapakaubaca.[?]
"Be nice to everyone ok "-H.A


“Hidup itu indah kalau kita terokainya lagi”
Jangan simply simply kata “hidup ni bosanlah,hidup ni tak ada makna la, baik mati daripada hidup cenggini”. Eh, mana akidah kau ni?
Just anggap itu ujian.Kan senang? Dapat pahala lagi tu hihi.


//


Nothing much to say. Setakat ni secara ofisial 2 paper dah berlalu.Aku tak tahu apa aku jawab paper English tadi. Ianya memang amat agak tak logik dengan soalan isi tempat kosong atau bahasa omputihnya fill in the blank,30 markah dan the paling tak masuk akal is masa dia sampai 2 jam. Aku pun tak tahu la nak cakap 2jam tu lama sangat ke tak, tapi untuk si pembenci English sejak dari darjah 4 macam aku ni, 2 jam untuk 11 soalan yang 30 mark, itu memang merepek.agak agak la nak bagi soalan pun haha.karangan SPM english yang tulis berjela jela tu pun 1 jam sengah kot ni isi tempat kosong sampai 2 jam. Tak,yang aku nak bising bising ni kenapa? HAHA. Peduli la.

Eh jap.

Korang pernah jumpa tak orang yang macam ni.Dia merendah diri, tapi dalam merendah rendahkan diri dia tu ada satu nada show off yang dia entah sedar atau tak masa dia cakap tu.Mungkin bagi dia,dia sedang merendah diri kot haha tapi bagi si telinga yang mendengar ni,yang tengah naik berbuluu je dengar ni serius sakit hati & menyampah. Eleh macam la aku kita tak pernah buat kan? Ke memang tak sedar eh? Kalau cenggini lepas ni kalau nak riak ke show off ke boleh la buat dalam posisi merendahkan diri dan dalam masa yang sama kita show off. Tak faham?

Macam ni.

“kau hari tu test dapat berapa eh?”
“eh test 1 aku teruk kot,susah gila soalan.”
“yela, berapa la duh?”
“39/40 je.Serius susah.Soalan dia a bit confusing kot”
“-_______-“


Nak anggap macamana? Rendah diri ke apa ke? Kalau betul la nak rendah diri.Better zip kan je mulut daripada cakap markah sebenar atau tukar topic perbualan please haha

Atau perbualan macam ni ,

“baju kau beli kat mana ni,asal lawa gila ni senah.”
“mana ada la cikai je ni”
“mana doh beli?takkan bundle kot?”
“aah,bundle je.bundle kat topshop”
“krik krik krikkkzzzz”

Actually tipu kalau aku kita tak pernah buat macam ni.Mustahil tak pernah riak tak pernah nak menunjuk tak pernah nak berlagak.Sangat mustahil. Takpe,berlagak je selagi boleh tapi jangan sampai benda tu jadi annoying la,sampai jadi buah mulut bahan kutukan segala hihi.kalau dengan aku kau nak kata kau ada rumah kat bulan pun boleh. HAHA. Tapi serius la kena jaga cara cara kau nak show off. Aku anti betul kalau orang show off mcm situasi dekat atas.Nak show off,show off je.takde siapa heran pun, jangan kau heran dah la nanti bila semua malas nak layan. Hihi

//

Next exam. Isnin.pasal etnik etnik dekat Malaysia.Serius shit aku tak suka tajuk ni HAHA.tak pernah belajar dan tak pernah ada buku.Lecturer tak bagi wakaka. Kmalas.kthnkbyenites :D

Thursday, January 3, 2013

Upside down cinta

kenapakaubaca.[?]
"page 3 of 365."-H.A



Perlu ke awek?
Perlu ke pakwe?

Kalau mengikut umur aku, yakni umur dah masuk ke alam alam tua ni.Jawapannya macam perlu. Baru ‘macam’ belum jadi keperluan atau kemestian lagi. If and only if kau berumur 20 tahun ke bawah,aku rasa tak perlu. Serius. Aku bukan nak cakap yang aku ni cemburu buta,jeles,tak laku or whatever serius tak,peduli apa aku. Tapi jawapannnya tetap tak perlu. Boleh sebenarnya nak ber pacar (cewahh) ,serius nampak sweet , tepuk tangan sikit. Kalau ikut agama ,faham faham la kan kalau ikut budaya, ianya trend. Sampai jadi trending #hashtag dekat twitter HAHA . Tak salah nak curah kasih sayang sama sama tapi jangan sampai langgar pantang larang. Tapi what for ?


Siapa tanggung awak,siapa jaga kau, setakat nak hamburkan ayat manis sweet talker i miss you, i love you” , tu anak patung Barbie yang tekan picit berbunyi tu pun boleh buat. It is not easy as we say.Awak umur masih mentah.still a kiddo. Ya ya ya , tak suka statement ni, “orang sekarang suka menafikan kebenaran,so sikit pun aku tak hairan”


Lepas ni boleh la aku proposekan konsep bukan couple tapi ala ala couple yang bukan wajib declare as ‘pakwe’ ‘makwe’ Faham tak? Ianya macam kita kawan rapat sampai wujudnya perasaan suka menyukai tapi tak couple. Kah kah. Kan senang macam tu, sama sama riang sama sama suka kalau sakit hati takde lah sampai nak bergaduh, buat drama twiterr fb bagai.duhh ianya sulit duh.kau gaduh dengan dia, bangga pulak nak tayang satu so-sial space. 
Kalau aku serius malu. Yang sampai aku pernah jumpa, siap ber ask.fm , siap tanya ;
“Apa  yang ada dekat kau eh sampai   ______ (nama lelaki)  suka dekat kau?aku tengok kau ni macam perempuan sial je” – semua orang baca beb.


Eh ini bukan fitnahan semata,this is real.i saw it from my mata kepala.Serius shit kenapa perempuan tu kisah sebab si lelaki tu suka pemilik ask.fm tu? Kenapa? Drama is drama. Kena tinggal is kena tinggal.mungkin dia memboringkan kot sebab tu kena tinggal . but the fact is ,yang berlaku dekat atas ni baru umur cecah 15. Coi kalau 15 tahun pokok getah pun belum matang lagi kot HUEHRUER.


Umur baru 15 dah nak bercinta ? kalau fikir kondisi semasa,yeah berlambak orang luar sana yang dah ada couple but bila fikir dengan matang ( serius,sila fikir dengan logik akal) you don’t have to fall in love terlalu muda macam tu. Tolong la fikir PMR, biar orang kata kau kebelakang,kolot semua yang penting kau tak terjebak dengan semua perkara syaitan ni.
Apa? Nak lawan fakta ke? Orang sekarang nak ke terima fakta ? biar aku ceritakan fakta sebenar walaupun korang tak suka fakta ni.

“ % pembelajaran pelajar merudum disebabkan budaya negative seperti jenayah juvana,couple dan.......” this fakta walaupun nampak cliché,nampak jelik tapi kena juga terima bulat bulat,kalau tak nak terima bulat bulat,terima la tiga segi -.-


Eh sebenarnya aku taknak kaitkan benda ni pasal pelajaran,boring la setiap kali nak kaitkan dengan pelajaran. Juvana – pelajaran , bawak henpon ke sekolah – pelajaran ,sukan – pelajaran , boring boring boring. Aku cuma nak kaitkan dengan umur yang muda perlu ke dah mula berkasih sayang? Tapi kalau dah takdir takkan kemana kan? Aww so shweet.This was only my personal opinion.Jangan sentap jangan terasa,aku tak tuju kat sesiapa pun kecuali budak ask.fm tu,pakwe dia dan ex pakwe dia tu kih kih kih.

Cuma aku nak kita berfikir secara betul betul holistic dan rasional, about what im saying just now. Bukan aku yang tentukan hidup kau,bukan mak ayah kau,bukan kawan kawan tapi diri sendiri selain ketetapan qada’ dan qadar kita. Bila umur dah 19 20 tahun ke atas,aku rasa lebih manis nak cari teman kan? HAHA enjoy your masa muda. Zaman 12 tahun hingga 18 tahun tu zaman kegemilangan kot. Nak nak bila dah cecah 2013 ni.

Too muck talk boleh jadi boring.aku berhenti kat sini.:D kthnkbyenites

//

“ahh sekolah dah mula.Its remind me about my school memories. Aku rindu posisi kelas aku,duduk tepi tingkap dan korek hidung guna langsir. Sweet kan?”

Tuesday, January 1, 2013

Puisi '13

kenapakaubaca.[?]
"Selamat tahun baru! Allah's bless."-H.A


lalu bertahun lalu,peluh menitis dikesat sudah,hilangmenitisnya lagi.
jika ada duri dihadap, 

jangan dibiar pedih derita ayuh bangkit melawan badai,agar hidup selalu ceria 

#jika semalam khabar mu burukmohon doa kepada-Nya supaya rahmah berterbangan hinggapsupaya hati tidak pengap.

lalu bertahun lalu,masih menghela nafas yang satu,yang berbeda cuma angka,makin meninggi makin mati.

#lalu bertahun lalu,kita kau semua sama,usah pangkat,mahupun harta, 
bila mati jumpa Pencipta.

jika onak ditempuh semalam jangan gigih melawan lagi sedang masa terus berpaksi, carilah solusi yang datang pasti.

-H.A

#Baru selesai menulis cerpen 5minit. Mengkonkludkan segala yang berlaku.Kita sedar umur makin meningkat makin kita hampiri mati. Jangan lupa tanggungjawab kepada ibubapa,family dan Pencipta.
We can enjoy this life tapi jangan sesekali lupakan syarak.Wallahualam

There was an error in this gadget