Saturday, April 27, 2013

POLITIK: Antara Fakta & Fitnah #2

kenapakaubaca.[?]
"Kena bahagi bahagikan masa dengan baik lepas ni"-H.A

Ada yang butthurt ke pasal post semalam? rilek la.Itu cuma tulisan tak rasmi dari aku je,nak tahu betul ke tak tanya la pembuat isu wakakaa. Fot those who are missed untuk baca post sebelum ni,klik sini .
Actually aku nak cakap pasal 'macai' malam ni.Tapi malas pulak haha
yela,diri sendiri dah dicop macai kan? what the heck is macai sebenarnya ? aku pun tak tahu (sebenarnya tahu,cuma malas nak debatkan) ,pergi mam dengan semua tu, aku cuma nak sambung beberapa fakta yang terus difikirkan auta oleh sesetengah pihak.



7.Shahrizat Jalil dan 'Lembu'nya


Pernah dengar pasal NFC ? amendatah maksud panjang dia. National Fidlot C tu stand untuk apa tah, yang aku tahu syarikat tu pasal lembu atau daging daging yang dijual ke dalam atau luar negara.Tak pasti pasal tu.
Aku sebenarnya kesian dekat kak ijat kita ni.Dia yang tak ada kena mengena dengan lembu tu,terpaksa dilembukan oleh sesetengah penyokong pakatan rakyat.
Dia bukan pengerusi NFC,tapi dia Menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat .Tak pasal pasal letak jawatan walhal bukan dia yang buat tapi suami dia.
habis Lembu 250juta,kondo kat singapura dijadikan bahan politik sampai tersungkur dia tak bertanding PRU 13 bagi nak bersihkan nama.


Well played Rafizi Ramli.Kalau nak tahu rafizi ramli la yang dedahkan isu ni,Tahniah rafizi ramli.atleast boleh bukak mata rakyat sikit kan?.Takziah jugak rafizi,sebab gian sangat nak dedahkan isu tu,dia telah melanggar perjanjian BAFIA yang mana rafizi telah mengpergunakan seorang pegawai bank untuk mengorek rahsia puak puak NFC.

Kalau dari segi undang undang,salah tetap salah.
yang penting, kak ijat punya suami ,rafizi ramli - perlu dihadapkan ke mahkamah untuk tujuan keadilan.
Kak ijat ? hihi no komen.Aku respek dia sebab letak jawatan walaupun bukan dia yang salah.

8.Gambar ORI vs FAKE.

Yang banyak memulakan istilah istilah photoshop ni aku rasa dari sebelah pakatan.Eh jangan la marah dulu hihi. Belah BN pun ada jugak. So dua dua belah macam tak boleh pakai jugak la. 2x5 je sama dengan je wakakak.


8.1 Bersih
Ini semasa 28 april 2012 tak salah aku.
Percaya ke? padahal masa tu DBKL elok elok kepung dataran.memang tak ada seorang pun lepas masuk tup tup ada gambar penuh dengan crowd. hihi Ini bukan fitnah kot.cuma mahu menguji kepakaran si editor gambar mungkin wakakak :D
Kenapa aku kaitkan bersih?
dah terang terang bersih = NGO = yang berpaksikan pakatan rakyat.

8.2 Tak ikhlas ?
calon BN pru13 , Dr Rozaidah
Ini aku lagi sedih.Orang mati,orang eksiden,orang cabut kaki,orang terlanggar-mereka akan kata fake.berlakon. "Berapa budak ni kena bayar?"

kemon la guys. sekarang dah 2013,mana pergi nilai budaya hormat menghormati?
Padahal calon tu, Dr,mungkin berkemampuan nak bg pertolongan awal walaupun tak ada first aid what so ever.
satu je nak tanya. kenapa double standard?
ceh

8.3 HKR#13
Yang ni aku rasa tak edit.
sebab aku percaya mostly yang datang ni memang bertujuan untuk buat kebangkitan.well done HKR. :)  Aku tabik mereka sebab boleh kumpulkan penyokong dengan ramai - walaupun tiada upah,makanan atau tshirt free (siapa percaya aku rasa kena hantuk kepala kat dinding kot) wkakaka

8.4 Perhimpunan Raksasa
P.R.Umno
Ramai jugak kata yang datang dekat Perhimpunan Raksasa UMNO ni semuanya berbayar,kena upah.
UMNO je la yang kena upah.bagi tshirt free,makanan free,kalau tak ahli takmau join. hihi
nak gelak rasanya.
tapi bila PAS bayar ahli untuk ke besih, dikira apa ? sedekah ?

"Elaun perjalanan ini bukan perkara baru yang perlu dijadikan isu, dalam Bersih 3.0 yang lepas pun setiap peserta mendapat elaun perjalanan, malah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri mengakui membiayai duit poket peserta himpunan dari Kelantan."-Sumber


9. KAPAL SELAM KD tun razak

Aku tak tertarik nak ulas isu scorpene.Pasal berapa budget kapal selam yang kerajaan beli.
Aku tertarik nak ulas kenyataan 

LIM guan Eng yang kata Kapal selam negara tak boleh menyelam? kih kih kih

"Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Lim Guan Eng hari ini diberi peluang untuk menaiki Kapal Selam Scorpene di sini hari ini. Turut serta bersama Lim termasuklah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri beliau iaitu YB. Dr. Mansor Othman dan YB. P.Ramasamy."

Dan dia mengaku kapal selam tu boleh menyelam walaupun dekat belakang still bercakap mengenai kos pembelian 2 kapal selam,komponen yang rosak dan kenapa mengambil masa yang lama untuk bagi dia masuk kapal selam tu.

Untuk makluman,harga kapal selam tu rm3.5 billion (lebih kurang). phewww banyak tu.

Malaysia ada kapal selam? bangganya. !





10. KRONI,NEPOTISME


mereka berkata pasal kroni .
Pakatan Rakyat seringkali menuduh BN ada banyak kroni.
masih tak nampak ? siapa yang ada kroni lagi banyak daripada yang dituduh?
isk isk isk isk isk.

Ada anak Najib Razak ? Isteri? anak buah? sepupu sepapat ? 
Mungkin dalam parti tiada kroni, tapi dalam ekonomi ada kan? siapa tahu .
wallahualam.

##
Aku akan berhenti kat sini. 
Akan cakap mengenai isu lain pulak untuk kita sama sama bukak mata dan minda.
 hihi 
kthnkbyenites :)

Friday, April 26, 2013

POLITIK :Antara fakta dan fitnah

kenapakaubaca.[?]
"wa hanya akan pos pasal politik sampai hari mengundi.Tak suka?Jangan baca hihi.joke joke."-H.A

Korang mesti annoying kan,menjak menjak nak PRU mesti wall home FB engkorang penuh dengan politik saiko kedua dua belah pihak.

Yang pihak belah sini keluarkan cerita ni,cerita khurafat sana,fitnah sini,photoshop sini sana,video ceramah,video kebenaran. Yang pihak belah sana pun hantar benda yang sama.well said,TL twitter aku,home FB aku penuh dengan semua tu,sebab tak sangka rupanya kawan kawan aku minat nak tahu politik semasa dengan meng-like semua cerita parti mereka ,termasuk aku haha
Tapi bagus jugak, engkorang boleh nilai cerita dua dua belah pihak. BN atau PR.

yang mana satu fakta,yang mana satu auta ? hihi.
tapi ada ke orang sekarang percaya fakta ?
#aku dah ulang benda ni untuk kali kedua 

Oh harini jari terasa nak tengok sejauh mana fakta yang memungkinkan orang orang gila internet ni boleh percaya.


1.Flyer : Pakatan Rakyat
admin ni kata dia dapat flyer ni drpd petugas DAP itu sendiri di skudai.
Kalau engkorang yang bukan partisan - which mean atas pagar,yang tak fanatik, korang akan baca,fikir dan gelak dan buangkan flyer tu Kalau engko penyokong BN, kau akan hentam sampai mati. Kalau engko penyokong PR, mostly korang akan kata "ni la dia fitnah jahat Be End"

cuba fikir.

Memang Dap pernah kata " langkah mayat dulu kalau PAS nak jadikan negara ni negara Islam"
Pas pernah kata nak buat hudud,bila DAP marah.PAS membisu.atau menarik balik. Well say ada pulak orang kata ini hasil kerja tangan orang BN, nak sabotaj PR katanya.
Boleh jadi fakta , atau fitnah ? agaknya. hihi
Tapi kalau nak diikutkan,ada suara suara nak bubarkan PDRM,dengan ATM dengan kurangkan pekerja awam.
Benarkah?

2. Tulisan JAWI : Benar atau Di'edit'?



Yang ni aku yakin sangat banner ni dah di-edit.
maksud banner sebenar
"Undilah barisan Nasional, Rakyat didahulukan"
selepas diedit ;
"Undurlah barisan nasional,rakyat dihulukan"
Kalau sekali tengok pun dah tau.Tulisan dalam kotak merah lagi nipis berbanding tulisan biasa tu. hihi kantoi.
aku tak nak menuduh tapi bila fikir dengan waras akal,for sure BN tak akan edit benda benda cenggini atau pihak kilang typo sewaktu membuat banting hihi
Gambar ni telah pun tersebar meluas (dishare) di pihak pakatan rakyat.


3. JustUndi:Poll
hihi
Wuiyoo,Tahniah pakatan atas kemenangan. HAHA tapi aku nak tergelak.maaf cakap.walaupun ada pihak belah sana dengan bangga menayang nayang benda ni,tapi aku rasa ini la undi paling berat sebelah. Tak semua ada smartphone,internet,iphone dan sebagainya. dan tak cecah 3 juta pun. hihi ini bukan fitnah,bukan fakta tapi cuma gambar hihi


4.Cincin 24 Juta Rosmah.

pernah dengar cerita ni ?
Cerita rosmah menabung sejak kecil sampai nak beli cincin RM24juta?
Kesian rosmah.walaupun aku tak suka jugak rosmah,tapi kalau dah fitnah tu,fitnah juga.
Jadi,apa cerita sebenarnya ni ?
Terpulang nak percaya atau tak. Aku cuma ingin mengongsi fakta.
Utusan saman fitnah
ori vs fake
Isu menabung sejak kecil di buat oleh pihak pakatan sendiri dah pakatan sendiri yang mainkan isu tu.Tak semua orang tau sebab mereka akan percaya bulat bulat apa yang media mereka kata.
So betul ke rosmah guna duit rakyat beli cincin rm24juta?
No.
cincin tu hanya untuk pameran je dekat malaysia.Guna atas nama dia

dari RBF online.

"Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM. Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya. Tiada siapa yang tahu. Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar. Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi. 

Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan."

http://www.rbfonline.net/2013/04/cincin-rm-24-juta-menjawab-fitnah.html
cerita selanjutnya disini.Komplete set dengan surat surat penghantaran lagi.
This is baru fakta.
No rakyat money being used.

5.Video Seks Anwar Ibrahim dan Mustapha Ali

Siapa yang dah pernah tengok video video yang aku sebutkan ni?

http://www.youtube.com/watch?v=XC1TYCbnuzM (anwar ibrahim dan mahasiswa)
http://www.youtube.com/watch?v=NUafscn_1UU (Mustapha Ali Setiausaha Agung PAS)

Ramai yang tak percaya.Ramai yang percaya.
kata mereka, ini semua edit,semua boleh buat dan macam macam.
azhar sulaiman kata
"orang orang penerbitan,krew krew media yang berkecimpung dalam arena media dekat dunia penyiaran kata imposible video video tu dibuat sendiri."

ada ke orang buat video?
Selagi tak menafikan dan bersumpah, ramai majoriti rakyat malaysia tak akan percaya.
Aku tak dedahkan aib,cuba berkongsi je hihi.
Hadi presiden PAS lagi cakap boleh dedahkan aib pemimpin kalau dia ada buat salah.
Siapa kita nak sanggah haji Hadi ? kih kih kih



Last but not least.
6. Hukum Hudud dan Solat dikafirkan.

Kalau rajin, klik sini untuk mengetahui apa yang nik aziz kata pasal solat orang selain PAS dapat dosa. Bukan fitnah,tiada dubbing,hanya terkeluar dari multu Dato Nik Aziz sendiri,Mursyidul Am pas.

http://www.facebook.com/photo.php?v=471309506271981


Im never ever heard yang solat selain daripada orang orang PAS akan dapat dosa.
Apa ni?
kerana ada yang berbeza parti politik,semua sewenang wenang boleh keluarkan fatwa. 
Hanya Allah S.w.t je yang boleh tentukan solat kita sah atau tak dan sebagainya.
Patutla ulama sekarang dicerca,maaf la,bukan ulama sejati. tapi ulamak politik.
lain ye.kena ingat.ada beza antara sejati dan politik.

##
aku sedar,akan ada orang yang akan condemn aku lepas ni hanya kerana aku merungkaikan fakta fakta ni satu persatu.Ada banyak lagi isu yang aku nak ulas ,tapi serius ly aku tak larat nak tulis wakakaka. Next time pulak kita berkempen.
Tak salah kan student nak bagi pendapat politik?
AUKU kan dah dipinda. terima kasih Pakatan sebab berjaya push kerajaan masa tu untuk pinda AUKU.
keh keh keh :)

salam dan selamat malam.
kthnkbyenites :)

Wednesday, April 24, 2013

Mahasiswa,PTPTN dan politik.

kenapakaubaca.[?]
"Jangan bermain dengan hak.Padah nanti"-H.A

Well,kita dah memang sememangnya tahu dah, bila cakap pasal politik, semua tak percaya cakap orang ni,cakap orang tu, "eh politik tu kotor,kalah kotor dekat baju aku ni".
Mula la keluar fitnah sini sana,photoshop gambar itu ini, cakap orang ni 'macai' cakap orang tu macai. Apa nak jadi la dengan politik zaman sekarang.Mana minda 2013 weh?
 #

Aku suka fakta.tapi sekarang ramai yang suka auta daripada fakta.Kata mereka,yang auta itulah bukti.
Sejak PRU ke 11 - masa tu tahun 2004, lepas tu PRU12 2008 , dan sekarang PRU13 2013.semua isu yang diorang mainkan baik belah kiri atau kanan,semuanya sama.populis semata.

#
Untuk pru 13 kali ni,aku tertarik nak ulas satu janji Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN jika mereka mendapat mandat PRU 13 kali ni.(selain hapus kan TOL,turunkan harga minyak,dan lelain)



  • Aku pernah guna PTPTN,pernah pakai PTPTN dan Alhamdulillah,sebab PTPTN jugak aku boleh bayar yuran Uni selain daripada duit PaMA haha.Nak mansuhkan PTPTN ? huerheruhre.nak tergelak kejap. Aku assume Pakatan Rakyat mahu menggantikan PTPTN dengan biasiswa sara diri yang mana ianya sama seperti PTPTN, tapi yang lainnya kita tak perlu bayar balik. Macam ni boleh ? atau Pakatan Rakyat nak mansuhkan PTPTN terus dari hidup pelajar dan pelajar guna dana sendiri ? tak mungkin la kot sebab aku ada terbaca dalam satu blog,Pakatan Rakyat akan sara pelajar dari masuk Uni sehingga keluar Uni.Itu fahaman aku.Ok la,aku assume yang pertama tadi.
  • Malas nak cerita pasal penubuhan PTPTN ,siapa yang terlibat dan bila semua tu diwujudkan. cliche nak dibincangkan.Hope korang tahu la.Mansuhkan PTPTN. ok.aku suka,for sure semua suka.Tapi apa yang bakal berlaku di sebalik pemansuhan PTPTN tu?
  • Ikut fakta,kita ada dekat lebih kurang 800000 pelajar IPTA/IPTS ambilan setiap tahun untuk diploma dengan degree dan mungkin 500000  atau 300000 daripada ni peminjam PT atau mungkin lagi kurang (sekadar bagi contoh).Kalau buat perkiraan, (aku ambik 300000 students yang pinjam PT setahun/ambilan baru) 300000 orang x rm3000 (per sem) (amaun sara diri + yuran) = total RM900,000,000 Per sem. x 2 (setahun = 2sem) = RM 1,800,000,000 yang perlu government tanggung.kalau student tu belajar 3 tahun ? kalau 4 tahun ? Mungkin aku ni bukan pakar ekonomi macam Rafizi Ramli tapi bilangan pelajar tentu makin lama makin meningkat, tahun makin meningkat, kos sara hidup for sure meningkat. Itu baru untuk 300000 pelajar. belum 500k studeng lagi. Dan duit apa yang kerajaan nak tanggung ?PETRONAS?TOL PLUS?
  • Baik guna duit tu bayar hutang negara dekat bank dunia ke apa ke dulu.Dan setahu aku,hutang kerajaan kepada bank negara pun baru 500 juta. yang berbilion bilion ringgit tu hutang luar,hutang pihak swasta dan sebagainya.


ini adalah carta hutang luar negara kerajaan persekutuan. saya buat secara ringkas. untuk lebih details nanti saya letak dekat note. mengikut carta ini kita tak pernah pinjam daripada IMF dan hutang luar negara kerajaan persekutuan bawah 20 billion. pada tahun 2012, hutang luar negara kita hanya RM16848 juta..@ 16.8 billion(bundaran paling hampir) sahaja. apa yang ingin saya tunjukkan ialah, malaysia tak pernah meminjam dengan IMF dan hutang luar negara kerajaan persekutuan kecil sahaja. selebihnya adalah hutang sektor swasta. kerajaan persekutuan hanya bayar hutang dia saja dan hutang sektor swasta, mereka yang bayar sendiri. bukan kerajaan tolong bayar. dan kerajaan pinjam bukan untuk suka-suka tetapi untuk membina dan membangunkan ekonomi negara

-Addin-


  • Eh tapi kan, kalau dah hapuskan TOL,dah turunkan harga minyak nanti.Mana Pakatan Rakyat nak dapatkan dana untuk tampung biasiswa sara diri ni semua? Someone boleh tolong jawabkan ? Of course dari cukai cukai yang tinggi. Ye.ada yang akan cakap pakatan rakyat tak akan naik kan cukai balbalablabalab segalanya. Tapi siapa tahu kan? engko tahu ke apa akan jadi masa depan ? whatever cukai,pintu ke ,cukai jalan ke, cukai pendapatan serius shit akan naik untuk cover balik perbelanjaan lepas Pakatan Rakyat turunkan harga minyak dan hapus kan TOL (KALAU terlaksana lah )
  • Pakar-pakar Institut kajian yang dijalankan bersama-sama dengan
    Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD ) , antara 30 negara anggota
    organisasi. Kajian ini dijalankan berdasarkan data dari Bank Dunia
    dan OBSR . Pakar memberi perhatian kepada tiga kriteria : aktiviti cukai
    kawalan sosial , kewangan dan privasi , menulis Puls Biznesu .
    Senarai negara dengan cukai yang paling tinggi adalah seperti berikut:
    1. Itali - 6, 0 mata 2 Turki - . 6, 0 mata 3 Poland - . 5, 9
    perenggan 4 Mexico - . 5, 9 mata 5 Jerman - . 5, 9 mata 6 Belanda.
    - 5, 8 mata 7 Belgium - . 5, 6 mata 8 Hungary - . 5, 6 mata 9.
    Perancis - . 5, 6 mata 10 Greece - 5 , 5 mata adalah yang paling mudah
    cukai tekanan , negara-negara seperti Itali, Turki dan Poland. kurangnya
    dibebankan dengan cukai di Switzerland , Luxembourg, Austria dan Kanada. negara-negara
    dengan indeks yang lebih tinggi dari 5 , 4 ​​mata dianggap sangat mudah untuk cukai
    tekanan.
  • Brazil,Fuji,Greece,Turki  menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar negara dia.Arab pun, tapi tengok la keadaan politik,suasana geografi dan cukai dia.tinggi melangit. Orang malaysia minyak naik doposen pun dah melangok memekak je,boikot itu ini. ini bila cukai naik ? zzzz
  • Pernah tengok slogan "Education is Not For sale", "Hapuskan PTPTN" im sure kerja kerja ni didalangi oleh nama nama dari yahudi.Kalau korang berkesempatan,boleh tonton video ni.Ada tangan yahudi yang digerakkan ke seluruh negara,mostly diwakili pembangkang untuk menyebarkan fahaman menghasut rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada. Pernah tengok logo Parti Sosialis Malaysia? Pernah tengok DEMO BERSIH yang guna logo tangan Genggam tu ? itu semua dijadikan proksi oleh yahudi,bagi menguasa negara yang ada hari ni.Dan  yang paling kesian,budak budak IPTA IPTS yang terpancing dengan Slogan ,propaganda ni. Dah lupa masa kita belaja rsejarah tingkatan 3 dulu ? macamana jepun menggunakan propaganda nak bodoh bodohkan rakyat tanah melayu?
Logo tangan PSM
Logo tangan Bersih
http://www.facebook.com/photo.php?v=636991476318192&set=vb.100000220357952&type=3&theater
Dan ini link video 16min, bagaimana yahudi menghantar agen agen mereka masuk ke Malaysia.
  • Oh aku mengaku segala angka2 yang dikongsi tak setepat mana.Cuma sekadar nak kongsi dan anggaran je.Tapi aku teringin nak rasa Pakatan Rakyat jadi kerajaan lepas pru 13 ni. Nak rasa PTPTN mansuh,TOL mansuh, dan minyak turun. Dengan harapan ianya bukan hanya sekadar janji janji populis yang dah pun berlaku kat selangor sepanjang 5 tahun lepas.*tangan di bahu mata ke atas kihkihkih
Oh betul Mr.K kata,orang sekarang akan undi ikut perasaan.Mana yang paling dibenci,itu tetap akan jadi sesuatu yang tersangat mereka benci.
-Pandangan peribadi penulis.
kthnkbyenites.
InsyaAllah akan ulas lagi topik berkaitan. :)

Wednesday, April 10, 2013

S untuk Syaitonn @ Sahabat?

kenapakaubaca.[?]
"Rasa akward gila sekarang."-H.A


Sekarang baru mengerti. Talian persahabatan yang dibina 5 6 tahun dulu akhirnya boleh terputus macam tu je.Tanpa gunting atau gergaji atau mesin pengisar (tiba tiba aku lupa nak sebut dalam bahasa omputihnya) ; yang sahabat sebenarnya tak kekal lama.

"Dia (kawan) akan muncul tatkala memerlukan sesuatu, boleh jadi akan hilang apabila mahu meminta sesuatu dan samar samar bila mempunyai sesuatu yang baru"-H.A

Jika awak semua faham apa yang tersirat la.

Dan sudah pasti,lepas ni dalam biodata diri,mulai tahun 2013 ni (sepatutnya sejak azali lagi) ; jangan dah gedik gedik nak tulis 'kawan baik' atau ' kawan rapat' atau 'BFF forever' blabalbalbaal yang macam sakai tu.Serius shit dah tak ada makna.Tak ada value dah dalam dunia pascaglobal ni.

Dan aku masih ingat. masa aku darjah 5 ke 6. ada seorang member baik aku. nama dia A**al - beriya bagai nak duduk satu bilik (rumah sewa la ni) bila dah besarl bila dah tempuh alam U ; bila dah mula kerja. yang mana sekarangnya satu hapa , batang hidung dah tak nampak. Biarkan .itu cerita 8 9 tahun lepas.

Lihat sekarang ? ada kala memang tak logik langsung nak compare cerita 8 9 tahun lepas dengan tahun 2013 ni tapi itu lah aku cakap realitinya sekarang banyak berubah. Kawan  sekadar berdasarkan harta dan populariti.Nak cari kawan yang "eh eh muka kau comot la,kat tepi pipi bawah tu.lap sikit" memang payah. Nak jumpa member yang " alaa,aku lupa bawak duit la. pinjam rm10 esok aku ganti" (tapi tak ganti pun) memang banyak.Kalau nak jumpa kawan yang "eh nama kau siapa eh? aku ingat ingat lupa la" (padahal baru tak jumpa 2 tahun) lagi banyak

**
Aku masih tak faham apa takrif terbaru dalam berkawan.


Adakah mereka semua ni benar benar ikhlas,hanya sekadar cukup syarat nak penuhkan kuota kawan atau ?
Well said,aku berkali dah cakap pasal kawan.sebab aku sayang kawan kawan aku, baik yang sekolah menengah atau sekolah rendah.Kalau tak siapa yang nak datang wedding gua nanti ye tak? HAHA
Gua malas fikir.mak gua suruh jangan cari kawan lagi dah. Dia suruh cari girlfriend cepat cepat.tak sabar nak bermenantu lagi katanyaaa hiihi bye

Tuesday, April 9, 2013

Break.

kenapakaubaca.[?]
"Rasa nak kembali dengan blog.boleh kan?hihi"-H.A 


20 Tahun .
Tiada apa yang berbeza.Hanya sekadar angka yang meningkat,makin menghampiri mati
dan masih mencari tujuan hidup.

Setengah sem yang penat.memang penat.Siapa yang gila kuasa pegang jawatan itu ini lagi bertambah penat.
"eh esok saya nak buat kuiz yer."
"jangan lupa minggu depan ada test" - kalau 5 subjek yang cakap macam ni? tak mati ?
"tolong buat ni dan hantar on the spot "

Dah lupakan belajar,wa nak cuti seminggu.dengan penuh aman.tenang dan tiada gangguan.

**

"Jika esok saya mempunyai teman baru,Saya nak awak tahu, yang awak pernah mengajar saya erti apa itu cinta yang ikhlas.Sebab lepas saya kehilangan awak,saya tak rasa cinta selepas ni ikhlas dalam diri saya,sebab saya masih ingatkan awak."

Ah.Ledang sesuatu yang seronok.GoodJob A-Teamians!