Thursday, May 31, 2012

malas 51% - rajin 49%

kenapakaubaca.[?]
"kau tak berjaya buat aku jatuh"-H.A


dah lama sangat tak menulis.
bukan penat


bukan tak suka blog


bukan tak nak kongsi


tapi saya bukan artis.
bajet je artis


HAHA


dah diam.


minggu minggu cuti saya sangat seronok. penuh asam penuh garam
dah puas merantau,dah puas melayan karenah manusia yang masih keanak anak kan, dan dah kenal apa itu erti sahabat yang neutral. :)


"pergi tempat orang jaga jaga,takut kena tulah"


saya rindu blog saya ni, cuma tak berkesempatan nak update selalu


macam saya kata tadi
bukan tak suka blog
bukan tak nak kongsi


mungkin


tahap kemalasan saya 51%- berbanding tahap rajin saya 49% hihi
jumpa lagi.


:)




suka broga tak suka mendaki

Friday, May 25, 2012

Lensa

kenapakaubaca.[?]
"She afraid to face the truth"-H.A



Oh damn. Rindu ke? Rilek la.baru 4 hari belum 4 bulan 4 tahun segala.
Been busy lately.selalu sangat keluar sini sana dan tahu tahu je la.bila keluar kalau tak  habis RM20 paling minima tak sah.Bayang kan kita seminggu ada 5kali keluar menyundal.tak habis seratus macam tu? Dan I wonder where did I get those money.datang dari langit? Hihi tak la ,mesti la sumber bank bergerak ayah mak yang bagi. Aku sekarang kan tengah jadi penganggur kehormat KD.kerja MAS lagi tu.
MAS= Mak Ayah Support

“bila la kau nak kerja ni jerin oi?”

//
Aku sure orang mesti kata aku ni kaki kamera kaki menyundal kaki posing depan lensa oh my haha.entah aku pun tak tahu benda (semangat nak menyundal depan kamera ) datang dari mana.mungkin dah lama sangat tak ada gambar baru,tak ada DP FB baru ,tak ada twitticon baru dengan tanpa syakwasangka kita menyundal depan kamera.Jangan salah anggap.menyundal tu term kami ayam aktif yang maksudnya outing + bergambar + makan blabalbala -.-‘
‘kalau nak tahu aku ni pemalu orangnya,tak suka bergambar’
Oh kadang pun aku pelik kenapa eh ada orang malu nak tangkap gambar? Pffttt Tangkap gambar je pun bukan buat apa apa pun.tak mati pun haha. Tapi mungkin muka dia ada emas kot ,tu yang payah bebeno nak tangkap tu.nyeh muka kau ada emas muka aku berlian.lagi mahal.haha.
Mungkin lepas ni aku nak letak jawatan seketika daripada terus bergambar rasanya.Orang pun dah muak rasanya, bilangan like pun dah makin turun, kalau dulu mampu cecah 1000likes, sekarang nak capai 10likes pun susah HAHAHA.
Sekarang ada hati kea rah nak buat photo editing pulak dengan tangkap gambar
Tapi aku takde DSLR.setakat digital kamera 10MP rasanya tak boleh pergi lagi kot.
*sigh.

Takpe la kita cuba dulu.kalau ok ianya merupakan satu honour kepada aku kalau aku berjaya buat tahap cikai.
Doakan kita ye.

Don’t worry,sebelum aku kerja ni nak tulis banyak banyak.esok esok masa kerja dah tak boleh tulis dah mreuhrurereu

Oh demit.result lagi 4 hari. K

Tuesday, May 22, 2012

Kahwin Lewat : takkan sampai tinggal rangka kau baru nak kahwin


  kenapakaubaca.[?]
"fasa pertama berjalan lancar! thanks! "-H.A 




dah lama kita tak bukak cerita lovey dovey kan? malas la.asyik asyik jiwang berkarat pulak hati ini nanti.


apa kata terus cerita pasal kahwin je? tak payah nak penat letih nak hadapi cinta yang belum tentu entah kemana lagi ya dok? semalam la.apa punya peel tah tetiba dekat twitter syok ,ligat sangat cerita pasal kahwin .dah gatal miang gadang sangat la tu. tu la nafus manusia.nafsu kuda padi kah kah kah


oh ya by the way , kahwin awal merupakan satu yang positif apa , daripada kau bawak couple kau kehulu kehilir tak tentu arah ,baik kahwin je.alang alang 'umur dah boleh buat anak', baik kahwin je senang. tapi yang jadi halangan mesti la duit (wang hantaran + ongkos nak buat kenduri mahu makan juta hikhik). oh tak duit mesti parent.parent tak kasi. tak restu , tak bagi green light lagi, masih sayang anak lagi, tak sanggup nak beri tanggungjawab anak kat lelaki puaka mana tah dan etc etc .


"mak bukan apa leha,mak taknak masa depan kau gelap nanti kahwin dengan rahim tu.dia tu SPM pun tak ada.aa acu cuba kau try wak jali depan rumah kita tu.isteri dia baru mati tu.dia dah la kaya kat kampung ni"


lagi skrip tipikal malaysia


"Leman, mak dengan ayah dah carikan kau isteri ni.Dia duduk kat hujung kampung sana,kau suka ke tak suka majlis ni akan berjalan jugak.heh"


lagi skrip orang orang kaya


"tuan puan yang saya hormati pada malam ini,saya Dato Razali ingin membuat pengumuman, anak saya Tengku Balqis akan berkahwin dengan kerabat di raja celup minggu hadapan"


lagi lagi lagi


"sudi awak kahwin dengan saya?"- di hadapan mak bapak ketika makan malam di rumah kekasih.


tapi aku lagi prefer bercinta lepas kahwin.orang kata tak bahagia ? eh? kenapa? pelase do tell me why HAHA. entah.aku jenis suka cuba yang baru.cuba orang yang jarang buat .alah sekali sekala je pun.bukan hidup kau. hidup aku.which means bercinta lepas kahwin jugak macam membenarkan parent aku carikan untuk aku.awwwww. dah penat cari sendiri selalu tak dapat haha.


eh kenapa aku gatal sangat ni?

sudi kah awak ni?


"ibu nanti kita kahwin kat depan ,dewan S7 depan tu. senang.kita anak last,kena lah buat grand sikit HAHA"- jerin berkata dekat kak bibah.




perempuan zaman sekarang ni kenapa la.tahu la lelaki ramai rempit ramai yang masuk air.itu bukan alasan untuk perempuan tak kahwin dan tup tup tiba tiba bergelar andartu.mungkin mereka lebih gemar title tu daripada kahwin dengan lelaki lelaki rempit. ahh takpe.jodoh lelaki rempit pun dengan perempuan rempit. haha


ah,aku tahu sebab apa diorang tak kahwin lagi,diorang letak wang hantaran tinggi sangat sampai KLCC.mana la kaum adam nak mampu (persetanzkan anak datuk segala) .duit pun cukup kais pagi makan pagi kais petang makan petang,lepas tu ngidam hantaran tinggi. nak bag LV, minyak wangi paris hilton segala kasut nak prada semua. ah mana lelaki mampu. mintak la buah ke sayur ke kek ke,mampu la.ni dah beralih.nak iPad 3 lagi haha. logik ke?


ahh semmua tu marapik. sangat . diorang nak kahwin ke nak jual diri ? 


" Statistik menunjukkan wanita bujang berpendidikan tinggi lebih ramai iaitu 34.7 peratus berbanding lelaki (25.7 peratus).




ala takkan kalau perempuan tu ada degree,ada PhD segala.semua nak kena mahal? mana boleh.kasih sayang tak boleh di beli dengan wang ringgit.tapi aku faham. kita kena setaraf. takkan yang perempuan je yang nak kena tanggung bil bil,makan minum suami + anak, bayar kereta rumah dan lelaki tak membantu


eh kalau camtu kan, aku pun marah. dasar dayus kau. hihi


tapi sanggup ke perempuan berpendidikan tinggi ni kahwin dengan lelaki 3 suku? 


itu lah persoalan yang susah perempuan nak jawab - yang membawa kepada inflasi kadar perkahwinan perempuan high education kepada lelaki low education


oh kakak aku tunggu masa nak kahwin
abang tunggu masa nak bertunang
aku bila?


eh merepek sangat.


bye. 

Saturday, May 19, 2012

what people think we do | what we actually do.

kenapakaubaca.[?]
"Kadang kadang, dengan kehadiran seorang kawan atau teman dalam hidup kita sudah cukup membuat hidup kita gembira dan sempurna. Tak perlu banyak teman tp hanya hadir untuk bersuke.. Masa untuk melihat dan menilai siapa kawan dan teman kita yang sebenar."-ZahidahZailan


Apa yang kita buat dan apa yang orang fikir sebenarnya?


aku beri contoh


contoh 1. 


ada satu pasangan couple.belum nikah lagi.kira sweet gitu lah aww .
kita date yer malam nanti,si pakwe cakap. makwe pun iyakan je ,dah lama tak pergi date ni.dah rindu membuak buak ni. panggilan pun dimatikan, "ok bye sayang jumpa malam ni pukul 8,dekat the garden,mid valley tau"
si pakwe baru balik kerja,maklum la ofis boy ,ikut waktu pejabat - bila balik pukul 5,bukan pukul 5,kena keluar 5.45ptg , ada karenah birokrasi lagi,bos membebel lagi,itu ini itu ini dah pukul 6 lebih ptg.


lupakan


masuk kereta keluar parkir jalan jem .jem jem jem sini trafik light sana trafik light depan ada eksiden, orang berhenti untuk tolong.tolong tengok je.jem. sampai rumah pukul 7.duduk rumah jauh tapi nak date dekat mid valley. 


Apa yang pakwe buat?
pakwe kena rush siap siap semua,mandi tukar baju dan  sok sek sok sek dah pukul 7.45mlm
masuk kereta start enjin nak pergi mid pulak ni, jalan jem -_- sampai mid valley pukul 8.30 malam.


Apa yang makwe fikir?
"eh mana la laki aku ni.dia pergi menjalang dengan perempuan mana ni?"
"dia ada perempuan lain tak? sampai lambat setengah jam ni?"
"entah entah dia tak sayang aku dah,sampai lupa ada date hari ni."
"ehh? mati ke?"




(*rungutan sepanjang setengah jam tunggu*assume makwe tu tunggu tepat pada waktu)




heh .


contoh 2


adegan mak dengan anak. 
Si anak nak keluar. study group katanya. si anak dengan sopan keluar ,salam emak.kata mak , pukul 5 nanti orang balik eh.


Apa yang emak fikir?
wah,anak aku dah berubah sekarang.dulu selalu keluar tak tentu hala sampai lupa nak balik rumah, sekarang dah berubah dah,rajinnya belajar.syukur Ya Tuhan.


Apa yang anak buat?


"eh kau dah tengok ke chow kita weh?" jom wayang petang ni


study group = ruang kaki gossip
"kau tahu tak fasa sanda tu bunting pelamin?"
eh yeke? bunting pelamin ke emheemhehehehme?


Jom la jalan jalan jap windows shopping,dah lama tak pergi mall ni nak tengok apa baju baru sekarang.
Arcade jom,boling ?karoke jom jom jom jom.


*berlalu sambil galas buku.konon je lah.




contoh 3


dalam kelas,ramai betul yang pinjam kita punya barang. pen, buku, duit, exercise yang cikgu bagi pun,ada yang nak pinjam.pinjam pinjam pinjam. 


sampai rimas dah.


Apa yang diorang buat?
"weh pinjam jap pen warna warni kau,nak buat nota biology ni la"
"weh nak pinjam gam jap,gunting sekali tau."


pinjam duit jap.rm 2,esok aku ganti balik. 
esok,tak ganti pun


Apa yang kita fikir?
eee semak la.sekali dua boleh la pinjam
ni dah hari hari kopak la aku.


Apa yang diorang nampak?
"ee baiknya kawan aku sorang ni"
sambil peluk erat erat atau puji melangit.


nyeh.




//


pernah tak jadi macam ni? rasanya tak realisitik kalau engkorang tak pernah alami benda cam ni.


susah jugak bila orang fikir kita lain,kita buat lain.
aku tak suka orang fikir kita negatif bila buat sesuatu. Contoh,
aku ada masalah transportasi.kawan aku ajak keluar.aku cakap takde kereta
dan mula lah kawan aku fikir bukan bukan.
cakap kedekut la, ini la itu lah.
aku harap sangat dia tak fikir buruk , sebab aku dah cuba jujur
kalau tak percaya lepas ni


baik kita hidup menipu je. kan?


aku tak rasa sikap macam ni perlu diteruskan.kita semua buat benda yang sama.
tak,isunya dekat sini
tolong jangan fikir lain dekat someone.


boleh mengundang luka hati ini
ah jiwang pulak. hihi


kbye.




malam ni gomo kelate gomo. 
kelate mesti menang walaupun aku tak support kelantan! :D



.

kurang ajar tapi terpelajar.

kenapakaubaca.[?]
"rindu !"-H.A




'budak sekolah (segelintir) sekarang perangai cam celaka'


kenapa mengapa bagaimana aku boleh terkeluarkan statement ni?


duh.aku rasa budak tu selalu skip kelas sivik.
tadi masa sembahyang jumaat,aku datang lambat dalam 1.30 1.35 macam tu dan kenalah sembahyang bawah sebab atas dah penuh sesak.dan aku kena lah aku sembahyang dengan sebaris budak sekolah menengah.sekolah aku yang dulu pulak tu.aku tak sure form berapa rasanya form 2 kot. the annoying  things happen bila masa rakaat pertama nak rukuk dah ni, diorang (ada 3orang) boleh lagi berbual bual ,borak tapi tengah berdiri macam nak sembahyang tu.itu ok lagi.dua orang baru nak mulakan sembahyang yang sorang buat dunno je siap duduk lagi. yang duduk ni punya lah jahat - dia pergi tukarkan buku (untuk alas dahi bila sujud ) dengan selipar. dalam hati aku berasap ; sambil jeling jeling. lepas tu masa nak sujud pulak, yang disakat tadi terus duduk join sekali yang duduk awal awal dulu, kacau kawan dia yang ketiga pulak.Borak borak gelak gelak masa tengah kiam rakaat kedua.dalam hati aku,"pundek lak ai beruk beruk ni."


sumpah celaka.


kalau perangai lahanat macam tu,lebih baik kau duduk rumah dan berlakon bila dah pukul 2 petang baru keluar rumah pergi sekolah.Tolong la.lebih baik tak payah datang.kau datang buat tambah dosa tak pasal pasal kena soal dekat akhirat nanti.


FAQ (frequently asked question):


Q: kau tengok orang sebelah,means solat kau tak kusyuk la?
A:ahhh lupakan kusyuk ke tak kusyuk.siapa yang tak terganggu bila kanan kau ada orang orang ( beruk sebenarnya) yang buat bising masa kau nak smbhyg?


Q: kenapa kau tak tegur je budak tu?
A. malu. hihi


sama sama la dosa kita.sorang perangai cam beruk ; sorang tak marah budak buat jahat.


eh malas nak menaip.esok sambung.


Monday, May 14, 2012

Haram sangat ke Hari Ibu ni?

kenapakaubaca.[?]
"they know my weaknesses."-H.A


kalau ini hari jadi,ada orang berkenan nak wish paling awal dan wish paling akhir. siapa la yang bertuah (lah sangat tu) yang dapat wish first and last kan? itu harijadi 


kali ni Hari Ibu.which means semalam hari ibu.aku kata aku tak nak jadi yang pertama dan terakhir dan percaya tak aku tak ucap apa apa pun kat ibu aku , melainkan dalam hati.bukan tak nak ucap,bukan lupa hari ibu tu bila.tapi cuma malu je.malu dengan untuk bercakap dengan ibu sendiri. hihi anak yang pelik kita
tapi itu tak bermakna aku tak sayang kan ibu aku tak pedulikan ibu aku .


aku rasa hari hari hari ibu. perlu ke nak buat baik kat ibu hari ni je (semalam) ? jangan jadi anak derhaka ,munafik segala dik non.kita nak buat baik,nak hulur $$,nak tolong ibu,nak tunjuk kasih sayang pada ibu bukan hari ibu je,hari hari kena tunjuk sampai ke mati.


tapi biasalah bila kita semua beriya nak ikut budaya belah sana,senang.apa je orang kita tak ikut ?semua ikut tapi agama sendiri tak ikut.pelik.tapi entahlah 


//


personally bagi aku hari ibu tak haram.kenapa baru nak haram kan? sedangkan dah berpuluh tahun sebelum ni sambut rilex je.apa la salah kita nak buat Mother's Day untuk sekali setahun bagi mereka yang bergelar ibu right? kalau hari pekerja ada,hari guru ada,hari Malaysia ada kenapa hari ibu tak boleh pulak? kenapa tak haramkan hari hari lain? lepas ni timbul pulak hari bapa pulak haram.fuuu semua tu fuuu. baik haramkan je terus hari isnin selasa rabu khamsi jumaat sabtu ahad. HARI jugak tu? pongeh la.


kalau berfikir gunakan kepala lutut memang macam tu.


apa yang kita dah buat sebagai anak untuk ibu kita? 
sayang?peluk?cium? wish? belanja makan? - rasanya lah.rasanya itu semua tak cukup -last wednesday rumah aku ada kenduri,time tu jugak la ada birthday party kawan aku.aku serba salah,nak tolong yang mana ni? dua dua penting.tapi - i decided yang aku akan tolong mak aku ; beli apa apa yang patut, prepare pinggan mangkuk semua dan sebagainya - bukan tak kisahkan kawan tapi ibu lagi penting. kan? jangan nafikan. - aku ambik masa jugak dalam pukul 5 - 7 macam tu untuk ke birthday party tu. simple. malam tu penuh pinggan mangkuk dekat sinki,so pukul 3 pagi tu jugak aku kemas kan.aku kesian tengok ibu aku , mesti penat kan layan kawan kawan dia ? yes aku ambik masa satu jam ,pukul 3 mula pukul 4 pagi baru habis basuh semua - oh rasanya basuh pinggan lagi penat daripada joging ? -_- hikhikhik


lagi - aku ambik angin,tukar angin.tak kisah la apa orang nak cakap. dalam dua hari lepas, aku cuba mengagahkan diri pergi mesin basuh, basuh baju semua.nak rasa macamana basuh baju bertan tan dalam washing machine tu - mak aku suka guna semi auto - masuk baju - masuk air- letak sabun - tunggu 15 minit - drain air keluar - letak air bilas - letak softlan- spin- ambik hanger gantung- ahh basuh baju kerja yang penat.walaupun ada mesin basuh penat jugak tangan ni -_- habis lencun kejap.tak lama lepas tu mak aku datang,tolong hangar jugak.berkali kali dia suruh aku masuk dalam.aku balas,takpe la.biarla sekali sekala nak tolong ni.bukan selalu.selalunya tidur je hihii.


pernah sekali tu masa beli barang kat speed mart,dia tiba tiba bagi aku rm50.aku cakap "untuk apa ni?" dia cakap "simpan je laa" -sambil gelak gelak. aku ambik duit tu letak balik dalam handbag dia.tak sampai hati la.lepas tu lari.dia kena angkat barang sorang sorang HAHA  


I do love mak aku.kalau anak dia ni nak apa,anak dia akan cakap dan mak aku akan cuba dapatkan. :') 
ada malam tu,aku nak seluar skinny sangat. aku ingat seluar skinny tu dalam rm 20 30 macam tu. bila dah sampai Uptown kD,carik punya carik seluar tu harga dia RM90 somthing. perghh aku cakap takpe la ,takya la beli tapi dia belikan jugak . :')


ada banyak cerita nak di kongsi tapi cukup la sikit tu.macam terasa bukak pekung la pulak -.-


untuk sekarang,hargai la ibu anda selagi ada.dia la permata no 1 yang tiada galang gantinya.
what ever dia garang,baik,keji,suka marah marah ke,dia tetap ibu yang dah melahirkan kita semua.


selamat hari ibu,kak bibah.


*how sweet ayah aku belikan mak aku tudung dengan blouse yang sama kaler.pandai jugak bapak aku matchingkan kaler.nak tergelak aku HAHAAHAHAH

Saturday, May 12, 2012

tanpa kita (penonton) filem tempatan bungkus.

kenapakaubaca.[?]
"kita berhak kritik walaupun tahu kita tak sempurna.eh jap,kau sempurna ke?"-H.A


"dah macam takde modal idea dah filem malaysia ni."-unknown


aku orang malaysia bukan nak mengondem sangat cerita atau filem melayu ni.bagus.tahniah.dengar kata finas terima banyak filem masuk panggung.Lembaga Penapisan Filem Negara pun banyak tapis filem filem melayu yang kedepan.tahniah.ada effort untuk buka sikit tempurung tu. eh siapa kata aku kondem ni?
kalau ikutkan.aku penyokong tegar filem melayu.lagi lagi razak mohaideen punya . -.- (ni menganjing ok i jujur ni haha) perasan tak korang, semua filem dia yang dulu dulu ada frasa 'cinta' perasan tak ? perasan tak? aku tak tahu apa kena dengan pengarah ni mungkin dia dah kemaruk cinta agaknya HAHA
kuliah cinta? cinta kolestrol? main main cinta? apa lagi ? dia berhenti guna istilah cinta bila dia mula buat filem duyung.ok filem duyung tu aku salute sikit sebab lain dari yang lain. filem mistik pun sama.seramm jugak ,meremang bulu keti kita ni  -_- dan yang lain,eh tak tengok pfttt


cukup untuk razak mohaideen,kita pergi ke suhaimi baba. ada 4 filem je aku tahu, ponti harum sundal malam 1 dan 2, waris jari hantu, dan hati malaya. aku dengar ada lagi filem dia buat berunsurkan sejarah.mungkin kak cumi (nama glemer) nak buat filem sejarah.tapi totally dengan jujur aku cakap,budak budak tak suka sejarah HAHA. oh bayangkan lecterur dinamika aku buka video sejarah menuntut kemerdekaan,tak sampai 15minit semua mata kuyu berair air ngantuk.parah gila -.- lalu dengan rasa kecil hati (besar sebenarnya sebab dapat balik awal ) dia suruh kita orang dismiss kelas sebab masing masing buat muka.- eh jauh pesong -.-


oh pontianak 1 dan 2 memang seram bak hang. i like kak cumi buat filem ; waris jari hantu dia terpahapa sikit tak seram hemoh hemoh hati malaya tak tengok lagi.ada dulu tayangan free. tapi sejarah kan? daripada sejarah baik kita pergi makan mekdi.kenyang perut suka hati hikhik


beralih pulak ke pengacara no 1 kita buat filem,pak nil.aku rasa 5 6 tahun lepas, filem aku no 1.siapa tengok cerita ni? kelakar memang kelakar bagi sesiapa yang ada unsur humour murahan yang tinggi tapi aku tengok kawan kawan aku masa tingkatan satu dulu,they gave negative response toward that movie.cerita pelik siapa nak tengok.hihi tapi bagi aku ianya kelakar.apa salahnya nak ada unsur hunor yang murah kan dalam diri? tak de siapa boleh halang


dan pergi pula pengarah muda bila pierre andre buat cerita 9 september - cerita dia kewlzzz dan menarik.lucu dan sesuai untuk couple seantero malaysia - lagi siapa ? ahmad idhm buat jangan belakang congkak? lagi box office.masuk pulak mamat khalid,buat cerita kala malam bulang mengambang,i tonton free dekat astro kirana dulu,man laksa, zombi kampung pisang dan latest hantu kak limah balik rumah.semuanya berunsurkan seram kelakar dan kelakar.aku respek mamat kahlid punya cerita .unik dan tersendiri dan menghiburkan satu keluarga.


dan aku tengok KRU je matang sikit; oh matang sebab ada studio sendiri boleh buat CGI sendiri dan cerita cicakman diorang memang boleh pergi jauh ,hikayat merong dan magika. cinta kura kura tak tengok lagi.sedap ke?


belum cakap pasal ombak rindu lagi,lagenda budak setan,belum cakap lagi filem dulu dulu azura gerak khas,kayangan,pisau cukur, sepi,cinta rasuk,bilut,baik punya cilok, semua blablablabalb memang banyak filem melayu.satu perubahan yang bagus, -ada banyak lagi aku nak sebut tapi tak tersebut.


//
 bukan ulasan filem yang aku nak ulaskan ,aku nak pertikaikan kenapa pusing pusing filem melayu akan melekat dengan dengan cinta-seram-kelakar. itu je genre yang ada? kami nak adventure macam hikayat merong -sikit anjakan paradigma dari yang biasa.nak yang lawan sikit , magik, watak yang pelik pelik ke,jahat tapi baik what so ever , ini tidak. filem melayu kita dah dimomokkan dengan fikiran kolot dan kebelakang,bukan kebelakang tapi masih di takuk lama. selalu sangat berkisar pasal cinta , kelakar kitar semula.


cerita tepahapa.rugi duit je.
"i watched adnan sempit 2 semalam,satu babak je aku gelak.bila adnan naik motor dekat eskelator.itu je.yang lain lawak plastik.atau aku yang teruk?" HAHA


aku (kita) bukan tak support filem tempatan, ramai kata berbaloi kita tengok filem melayu kat wayang , tapi bila aku cakap nak beli dvd cetak rompak sikit,download je masing masing alah dengan frasa tu.yes kita kena support filem tempatan ,siapa lagi? tapi kalau filem dia balik balik yang sama siapa tak boring? alih alih nanti ada keluar dkeat astor first,tak pun tunggu je raya ni keluar lah filem tu dari puasa ke 28 sampai raya ke 6.tak caya cuba tengok nanti HAHA.


tapi tapi tapi my teori ada kalanya salah, siapa dah tengok kongsi? KL gangster ? dengan cerita apa tah lagi satu yang jual anak,ada saheizy sam tu entah lupa pulak tajuk, -itu baru segar sikit,baru direvolusikan sikit.tahniah. tak sempat lagi tengok Bunohan dan chow kit. ada yang kata seronok?


nak tengok.tapi bila?




kita tak harapkan langsung filem malaysia sama macam hollywood, kita harapakan filem kita sama dengan dorang bila 2015 nanti tapi kita layak diberikan filem yang terbaik (sebagai seorang penonton supaya rm 10 kita tak membazir keluar poket belakang masuk poket depan ) yang bukan sekadar kosong macam filem keramat,Misteri Jalan Lama dan dua alam 49juta.


"“Pamela Anderson Akan Berlakon Dalam Filem Saya, 2011″ – Dr Rozmey .." 


eh? nak tergelak jap! HAHAH berapa juta tu?


kbye.
cun pu boleh layan :D

Wednesday, May 9, 2012

adventure to pasar malam -.-

kenapakaubaca.[?]
"segalanya,teramat bearti dihatiku,selamanya"-Kriss Dayanti


dah macam memang setahun setengah aku tak jejak pasar malam ,dan tadi baru terjejak.


rasanya lah.bila aku pergi pasar malam 5 tahun lepas
aku akan nampak ,


eh tu 'melayu tu' melayu melayu melayu melayu indone melayu melayu cina india nepal melayu india cinaa melayu melayuu melayu'


dan macam pasar malam tu memang dikhaskan untuk semua sebenarnya tapi yang lebih obvious nampak ada lah rata rata orang melayu sebab barang kat situ murah,selonggok 1rm,kau cakap nak baju apa? pumar,adibas,levys,coch,semua ada. (hihi menganjing kejap)-kau nak cili? hijau merah purple pink semua ada. sayur berikat ikat dah paling terliur bila tengok rangka ayam rm2 sedap terliuq baq hang tapi bila sampai rumah bluwehhhh.tak selera.rasa cam hanyir pulak euww HAHA.


tapi apa yang aku nampak saat pertama kali lepas setahun setengah aku tak pergi pasar malam (bezakan dengan bazar ramadhan dan pasar malam) tadi.pergh dah berubah. makin ramai. waklu makin ramai


eh aku nampak


'bangla nepal myamnar,nepal nepal india eh melayu la ,oh tu cina tu nepal bangla thailand,indon melayu' 


how zaman dah berubah secara drastik lagi membingungkan. anda tak bingung ke? kalau macam ni la aku rela tak jejak pasar malam  nak tengok apa berlaku lagi 5tahun, mungkin rata rata peniaga pun dah bertukar tempat dengan orang asing. tolong dijauhkan,


perkara pertama - aku ambil berat mesti wallet di punggungku.aku takut ya amat dong kalau ada pemeras wallet di pasar malam dong,kalau dulu aku tak risau dong sama sekali ya bisa.kerana hal dulu enggak ada lagi begitu ramai cowok cowoknya cewek cewek nya yang berpeleseran dekat pasar malam sekarang .aku pun tak pasti kalau ada banyak warga asing dari warga kita kat pasar malam korang.ada ke? tapi kalau kat pasar malam KD7 ada ada.pilih ja dong.berlambak.


perkara kedua -aku tutup hidung, bukan kekwat kau,bukan propa tapi Ya Allah busuknya diorang ni.tak mandi ke apa,ke korang balik dari kerja terus serbu pasar malam? kalau ya pun nak jengah pasar malam pergi la mandi dulu doi.nampak sangat muka kememeh tak mandi semua tolong la.kot ye pun.adui.tak faham.aku cakap ni bukan nak kondem nya,tapi kalau engkorang tengok aku yakin dan really sure yang korang akan join the club,turut serta loya 


perkara ketiga - aku akan jalan rapat rapat dengan mak aku atau ekori mak aku dari belakang.sambil jeling jeling handbag dia.bukan aku nak kikis la gila - cuma nak perhatikan dan (tolong semampu) kalau kejadian tak diingini seperti ragut berlaku.aku yakin mesti ada dengan betapa penuhnya warga warga mereka.kalau ramai sangat siapa tak rimas siapa tak lemas? aku yang duduk situ tak sampai 45 minit dah marah marah suruh balik . anak yang keji kita ni? 


//


berbeza wok ,umur 12 tahun pergi pasar malam dengan umur 19 tahun sekarang. 
dulu aku tak heran,kalau jumpa lecak dekat pasar malam tu aku akan pijak dulu - then kena lah membebel dengan cik zaki sebab anak dia bebal pijak lecak.-peduli la aku suka main air HAHA. kalau ada mainan dah lama serbu, aku paling suka kereta.selalu paksa mak aku beli mainan.-rindunya kereta kontrol yang ada wayar ,cuma boleh kedepan dan kebelakang tu je. :')  dan jangan lupa yong tau fuuu bungkus untuk aku sorang je.itu wajib.


but now zaman dah berubah.bukan zaman tapi persekitaran yang berubah.tak sama macam dulu.aku nak persekitaran yang dulu even umur dah meningkat tapi surrounding masih sama. betapa nostalgianya ke pasar malam. perkara yang aku suka lakukan dulu.pergi ke pasar malam.bukan senang,seminggu dua kali. - tunjuk je i want that. air kelapa, beger murah rm1 cecah telor,kueytiaw mee goreng dalm kuali besar nampak cam sedap tapi rasa hampeh-tapi tibai jugak.seronokkn? pity budak zaman sekarang yang alah dengan pasar malam.seronok weh wa cakap lu tak rugi kalau pergi.


tapi,


No wonder la bebudak sekarang lagi gemar duduk kat mall berbanding pasar malam. pasar malam penuh warga asing ye dok? kat mall ada orang highklass je. oh sendiri fikir sendiri ingat.kthnkbyenites.


adik adik,ni pasar malam ye.bukan GSC.

Monday, May 7, 2012

Pasal hantu yang kita tak tahu.

kenapakaubaca.[?]
"you and me together,nothing is better"-Adele



Orang sekarang berlagak.tak percaya hantu la itu la ini lah, padahal benda tu semua memang wujud.sekadar nak lebih jelas kan, hantu jin mahluk mahluk yang pelik semua tu jelmaan syaitan,syaitan dah berjanji akan menyesatkan manusia selagi mampu selepas mereka di tendang dari syurga.so obviously mereka akan menjelmakan diri dengan pelbagai bentuk dan rupa yang sometime mengerikan ; ada yang cantik.itu pun luck masing masing ah, kalau time tu dia benci kau.hodoh la rupanya kalau masa tu dia tengok kau tak busuk ke , dia tukar ke wajah yang awww,kalau hantu perempuan memang cair la sebab cantik sangat HIHI.
Info you must know,bila kita cakap pasal hantu

Tiba tiba satu malam dalam ruang yang sepi ; bawah pokok gelap gelita, kau jalan sorang sorang ; hidung kau mula menusuk bau yang sangat wangi.untuk tipikal Malaysian mereka akan sebut itu bau bunga melur ,mawar wat vere the fuu, bila wangi itu akan menandakan yang mereka akan berada jauh dari kau tapi sedang memerhatikan kau . pernah tiba tiba bau wangi? Tak logic bukan kalau kau keseorangan jalan jalan tiba tiba kau bau perfume paris Hilton? Ajaib bukan? Itu petanda dia.

Dan tiba tiba kau hidu bau busuk sangat.aku bandingkan dengan bau loji ataupun kentut yang memang tengah sakit perut tu nak tercirit tu busuk kan? Malah lagi busuk.aku pernah alami nya.Bila kau hidu macam tu, be prepare.benda tu memang dah ada berhampiran dengan kau ,Cuma dia tak tunjukkan diri lagi,dan sentuh. Pergh takutnya.
Aku baru tengok cerita ala seekers,nama dia WUJUD dengan bermain taboo.keji gila cerita ni.panggil hantu.lagi seram.dia cakap , hantu akan menjelmakan diri mengikut fasa

Fasa1 : bau,bunyi
Fasa2: penampakan
Fasa3:sentuhan
Fasa4:rasukan

Macam tu la teori diorang.aku pun dah lupa sebab seram sangat mungkin (?) haha.

Sepanjang aku ikut family aku untuk buang saka seseorang ni,aku dapati lebih elok kita panggil diorang ustaz la,sebab banyak yang aku jumpa bergelar ustaz selain ada 2 3 dukun yang secara logikmacam tak boleh pakai,hanya sekadar nak duit je lebih, propa cucuk limau semua tapi habuk pun takda.Yang ustaz bagus.diorang gunakan ayat suci AlQuran,air yang dah dibacakan doa doa dan macam biasa limau purut dan garam serta lada hitam,kain putih/kuning. Semua semua ni memang diperlukan tak kira la kau berubat mana. Ada yang guna batang pisang,buluh perindu atau atau macam stick kayu kulit bunga lawang tu aku tak sure sangat.tapi semua semua ni aku pernah nampak.

The dukun yang tak boleh pakai memang macam fuu. Bukan taksub, untuk buang saka ni,kita kena berusaha.sebab saka tu dah ada perjanjian dengan manusia untuk mereka terus kekal dalam badan- owner dia dah bejanji.I don’t know macamana someone ni boleh ada saka-dia tak ambil tapi diturunkan pada dia.mungkin owner dia dah meninggal dunia.- ada yang aku tengok, dia bawak batu besar datang rumah,pakai macam kita normal,seluar slack dan baju melayu but the jampi dukun tu guna sumpah macam tak boleh pakai jauh menyimpang – dalam hati aku mengucap panjang dan bersoal ; kenapa pilih dia? Mana jumpa dia? Ilmu apa dia guna? Ah sesat.

Dia pun pemuja syaitan ada hati nak halau syaitan.mungkin secara teorinya syaitan lawannya syaitan.tapi tak.-itu yang takut,last sekali duku fake ni mahu duit je. Kerja tak jalan.- tapi Alhamdulillah ,saka tu dapat dibuang dengan seorang bidan yang pandai juga ilmu ilmu ni,mengamalkan ayat ayat suci al Quran, tapi sayang dia telah menghadap Ilahi dulu.

Kita tak boleh nafikan benda benda ni semua.sama ada kau akan cakap tahyul,khuratfat itu bergantung pada ilmu masing masing.jangan goyah sangat nak tentukan apa yang aku (akan kita) buat ni sebagai satu yang tersimpang dari agama sebab kita Cuma bertawakal kepada-Nya dengan berusaha mencari orang yang pandai berhubung dengan mahkluk yang lagi satu tu.
pernah tengok waris jari hantu? ala ala saka jugak la
Nak percayakan perubata sains? Sains tak dapat menyangkal teori agama.
Pergi jumpa doctor,doctor akan cakap awak sihat-takde apa apa penyakit dikesan walhal di rumah kita terseksa,perut sentiasa rasa senak,dicucuk jarum,pening pening ,Nampak kelibat.itu bukan sakit sains,itu sakit diluar batasan sains. Fikirkan.

Talking about hantu,aku nak cerita sikit secara ringkas apa yang aku pernah Nampak dalam hidup ni.
-masa umur 5 tahun aku rasa,aku pernah nampak anak patung Barbie yang baring tutup mata, bangun buka mata tu berjalan.mundar mandir.laju dia lari.seram tak ingat baq hang.

-bila main badminton tengah malam,macam pukul1.30 pagi macam tu,aku Nampak kelibat cahaya dekat hutan depan rumah aku.bila masuk rumah, bau busuk mula menusuk hidung.,busuk nak mati.busuk macam air loji.aku rasa dia ikut aku masuk rumah la takutnya kita HAHAH

-main badminton juga tengah malam pukul 12.30 pagi, aku dengan kakak aku ternampak burung besar gila.10 kali saiz burung gagak – bunyi dia tak hingat kuat gila .nyaring. terbang terbang atas kita orang 3 orang-terbang buat bentuk pusingan. Apakah itu?

-I think masa rumah renovate dulu, dalam pukul 3 pagi,aku lapar dan aku buat maggi.dengan kakakk aku tapi apa yang peliknya masa tu suasana sunyi gila tiba tiba ada bunyi “bang” batu besar jatuh dari atas kea tap dapur aku. Logic tak batu jatuh pukul 3pagi? Siapa yang baling batu pagi pagi wei?

-ini masa dekat kampong, masa tengah cerita hantu dengan saudara semua.sebut je pasal hantu “bewe”,(tak tahu aku apa hantu ni ) tapi tiba tiba je elektrik semua termati sendiri.cuak la sekejap.lepas tu semua tidor lepas ayah aku dah betulkan (switch on main switch) elktrik.


-pengalaman bila tiba tiba radio termati sendiri.memang seram.

-pernah Nampak jugak orang kena rasuk depan mata.sumpah tak tahu nak buat apa.malah kena pegang dia sampai ustaz datang.mata dia tersembul pandang pandang kita sambil meracau.masa tu tuhan je yang tahu
Dan ada banyak lagi.

Dah tugas diorang untuk menakut nakutkan kita.jangan la senang sangat tunduk pada mereka dan jangan pulak taksub dekat mereka serta tak payah la takbur sangat cakap dekat dunia ni tak ada hantu.Cuma bila kau kena kacau gunakan dialog ni “pergi.aku tak kacau kau,kau jangan kacau aku” jerit sama ada perlahan atau kuat ,diorang akan hilang. Oh takut la dah meremang ni.kbye