Saturday, August 27, 2011

ligat berligan

[kenapakaubaca?]
"makin nak dekat raya, makin banyak nak fikir , makin banyak nak kene setelkan :| "-H.A
masih ligat mencari identiti diri ;
ligat juga otak berfikir .
ah berkeluh .
lagi pening dan 'clumsy'
bila kau kata Z dan
aku kata A. - nyeh
"itu semua dunia je weyhh." - kita kejar akhirat.
sejak bila munafik ?
//
sejak kau gelarkan.


trimas.

semua simpan otak jadi tepu lepas tu marah marah

Friday, August 26, 2011

berkat tak berkat

kenapakaubaca.[?]
"forget the past ; seeks for tomorrow"-H.A


bangunlah anakku , pakai baju baru
kawan mu semua telahpun menunggu,
dapatkan ayahanda,sujud di kakinya -
bila takbir bergema


tulisan berunsur bebas , no hurt feeling.. --


disebalik kehidupan yang penuh kerikil kerikil tajam , Allah masih mengharap hambanya supaya terus bersabar tak kira apa juga berlaku. hidup kalau dikhianati ; disakitkanhati ; ditikam belakang ; memang perit. rasa macam nak putuskan roh dengan jasad ; diselarikan dengan akal yang waras. kadang kadang niat itu tak jadi ; hanya cukup untuk terpacul dalam benak hidup . "kenapa aku perlu hidup? kalau asyik terus menerus macam ni ?" sampai bila mereka mahu faham perasaan orang lain ? sampai bila? - kalau nak ikutkan , memang kita perlu kiamat sekarang ni. - tapi kenyataan nya , signifikasi kiamat lebih haru lebih menakutkan -. bila mana misunderstanding gender berlarutan ; lebih banyak maksiat berlaku ; kes buang anak  ; bila mana kejadian kejadian bencana alam yang banyak berlaku. - itu semua apa weh? itu semua sign sign yang masih manusia bodoh buta tak nampak , even penulis sendiri. - aku tertanya tanya ; tuhan bagi kita cash pahala, tapi tak cash untuk setiap kesalahan yang kita buat selagi belum kritikal ? - kenapa?
- Dia mahu kita ambil masa yang Dia bagi , yang dia tetapkan untuk kita semua berubah . maksud aku dekat sini ambil masa untuk fikirkan kembali apa kesalahan itu gini yang dah dibuat - bukan menonong tiada hala tuju ; masih buat benda sama , togok arak sini sana , pegang kulit tanpa selindung ada internet bapak dajjal bukak web bukan bukan dunia penuh teknolgi canggih sampai jadi ikutan dan sebagainya . - terima kasih la sebab kutuk dalam hati ; aku tak kisah sebab aku tahu aku pun sekufur dengan anda juga HERUHREU - tiba tiba semua ni terlintas. //






jikalau ditakdir kita pergi mati menghadap ilahi hari ni ; itu pun kalau tergolong dalam golongan golongan menghadap Ilahi , jika tak ? kita ke mana? jumpa pintu neraka yang selama ni kita permain kan ? "eh kau ahli neraka , asal kau datang sini?sumpah semak!" - perbualan acapkali duniawi. - tak takut ke ? sumpah aku baru rasa erti takut bila aku cakap macam ni , aku takut aku tak sempat ucap khalimah terakhir - takut tak sempat mohon maaf dengan ibu bapa , keluarga dan orang yang sakit hati dengan aku ; takut tak dapat penuhkan solat -walaupun solat aku sekarang penuh lubang lubang - takut .takut dan takut. tapi bila nafsu dan setanz even ni bulan ramadhan dah kuasai ; seakan akan benda benda yang aku sebutkan tadi menjadi tiris .hambar dan hilang dalam kesamaran . kenapa lemah sangat iman ni ? -.- 




//          


 mungkin orang zaman sekarang kalau dibagi nasihat sekawah besar mana pun ; takkan lut masuk telinga , takkan kebah budaya macam ni sampai la satu hari nanti matahari terbit di barat . pada masa tu ; tikar sejadah nak dipunggah dalam lemari ;a-lQuran entah letak mana even mungkin ada yang dah lupa nama tuhan . masyaAllah. tapi maaf untuk kata . semua tu sudah terlambat , lambat , lambat weh. air mata darah sekali tak dapat bantu ; ini sama jugak kondisi bila dalam hidup kita sekarang ; siapa tahu , sedang kita leka bercanda ria , kita rebah menghadap tanah secara tiba tiba dan pergi untuk selamanya ; siapa sangka jugak bila leka bermandi manda kita lemas tak tahu hujung pangkal ; kita mati kecelakaan ? siapa duga ? siapa sangka semua ni ? Jika diizin-Nya untuk menghirup udara bumi-Nya lagi Alhamdullilah dan jika tidak ? bekalan apa yang kita mahu iring bersama . ? kebaikan ? kebaikan entah ikhlas atau tak .-- manusia semua sama je , baik berlebai atau tak baik bertudung atau tak . 


sedar atau tak sebanyak mana kata kata menakutkan ini dilontar - orang diluar lebih gemar melabelkan "eh apahal kau munafik tulis macam ni ?" - "tak payah nak hipkrit sangat la kan" tapi jujur ikhlas semua ni datang dari hati.entah rasa tak sedap hati. mohon malapetaka untuk kita semua dijauh.Amin.


suka aku dengan fahaman ni ,
"siapa kau untuk tentukan berkat tak berkat, berkat tak berkat tu kerja Allah. bukan kau" -norkhiriah-antara garisan

Thursday, August 25, 2011

lu manyak langsi la

kenapakaubaca.[?]
"thanks :)"-H.A
sekali lagi tajuk post , gambar dengan posting takde kenemengene -.-

gila ! HAHAHA

hati suka mulut tak banyak bicara . yang banyak bicara cuma getusan hati yang tak pernah berhenti. tolong la aku nak guna ayat jiwang jiwang. aku bukan lelaki jiwang angau sasau semua heee aku ialah adalah aku bukan kau .ngertik? - buat buat yang belum tahu lagi , aku seorang yang selekeh tak pernah nak kemas ; janji asal siap ;  terburu buru ; suka jadi middle man selesaikan masalah orang lain padahal masalah sendiri tak pernah selesai dan suka menyendiri . cukup la. kang lagi banyak lagi pelik perkatan yang keluar kang HEUREUH - 


//
"OMG aku tak tangkap lagi gambar merdeka untuk pertandingannnn nanti. esahezral kuld yu be my model ?" model merdeka nanti kalau menang kita share hadiah sesama tau ; biarpun ai duduk changlun u duduk puncak tapi pos laju ada KEHKEHEKEH. - ah baru tenang bila semua dah kembali ke asal . pasal kau kawan baik [bukan awak], terserah la ; ikut suka kau la nak pilih yang mana . aku punya hati sentiasa terbuka weh :) - maklum la senang untuk memaafkan dan senang untuk melupakan semua tapi cepat marah. nyeh. semalam layan kabhie kushi kabhie gham ; hari tu layan mohabbatein memang tak boleh resist ; dua dua cerita ni ending dia pasti buat aku menangis. sumpah aku dapat rasakan bila semua semua menangis, aku turut menangis. nasib baik aku layan sorang pagi pagi buat HUERHURUERH takde siapa tengok so kemachoan aku masih terserlah kan? WAHAHA. - "aku tak boleh tengok orang orang tua lagi lagi perempuan menangis ," sedih la sial . dalam hati ada taman la kan? hihihi  - lagi bila aku tengok budak budak yang mintak derma ;pakai compang camping itu pun aku tak boleh tengok ; tengok orang cacat minta derma ; acik jual tisu pakai rayban pun aku akan tetap berasa simpati. kalau ikutkan aku nak tolong je derma sedekah apa yang patut- tapi aku ni ikut mood kalau baik aku tolong kalau jahat ; aku doakan mereka dapat hidup dengan baik. wallahualam. :)
//
"aku hormat keputusan kau weh ! ^^, jangan risau. mungkin belum sampai masa dia lagi kan ? " - 


tadi merasa jugak meniaga dekat bazar untuk hari ni je ; letih memang letih tapi puas tau . baru la tahu penat kerja kerja orang pasar ni ; eh orang bazar cari duit tapi bila tengok duit masuukkk je dalam bekas duit , nak je aku membazar jugak jual diri HAHAHA laku ke? -.-' tapi penat lainkali kalau nak jumpa artis membazar datang la eh jangan segan segan . "kita tahu beli je ,tak tahu perasaan orang yang jaga bazar" - eh kastemer retail shop dengan kastemer bazar lain sikit. masing masing ada pe'el sendiri ada yang gedik lemah saiko gila mengada keji semua ada dan yang paling keji adalah kastemer yang mana? lu pikir la sendiri. // OMG esaimen bertmbun ; entah sampai dah lupa siliburst sampai dah lupa chapter kot bila aku nak buat ni weeeeehhh keji gila aku. esok dah sehari suntuk busy , jumaat lagi -.- sabtu ahad lagi memang tak sentuh la kan buku aku . /


-bila kita nak jaga sesuatu tu , ada je yang mengambilnya. hmm itu kehidupan? still tak faham dengan konsep hidup. :| kthtnkbyenites 

enoying la sial tadi rindu balik baru tengok HAHAHA

Tuesday, August 23, 2011

semua dah beli baju raya ke?? HIHIHIHI

semua dah beli baju raya ke?? HIHIHIHI

Answer here

kartasis -

kenapakaubaca.[?]
"kawan - lawan "-H.A


tajuk post dengan cerita dengan gambar semua takde kene mengene k sekian


Kini aku... Pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu
Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi... 

-erra fazira, pasrah


i guess no more jiwang karat jiwang plywood meliwood semua no more no more sudah terghantuk baru terngadah sudah makan baru sakit perut , ni peribahasa alaf baru ni rugi semua tak ikut, apa menda? semua nenek moyang nenek moyang je nak reka reka bahasa bila pulak turn kita nak alih bahasa ; dari bahasa baku ke bahasa pasar ke bahasa rosak BM? MHRUEHREURHUREHUEH let say ;


"berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" - "bewat shama dipiwkul, riwnan shama dijinjing" -.-
nak lagi annoying bila kau suruh orang yang bersuara manja lagi gedik tolong sebutkan EUHREU


"ibarat mencurah garam ke laut" - "mace bale gare ke lawut" - pftttttttt apa benda la sial aku repek ni ? -.-' ni implikasi aku tengok tv tutor spm la ni ; revise back my zaman zaman kegemilangan SPM sebelum zaman kejatuhan era kurun ke 26 yakni waktu semasa ambik result SPM 23mac pfft sumpah ; "eh dekat kalendar rumah aku takde tau tarikh tu" ajaib kan? kena makan anai anai kot .entah la. tak tau pulak anai ani suka kertas , ingat kayu je. doi kertas tu diperbuat dari apa? plastik sintetik silikon ke? lemah kau jerin.
//


waiting for money to go menyoping . rindu tahun lepas turun jalan TAR tengah tengahari buat masuk sogo , masuk cambel masuk BB , merayau semua kita pilih mak keluar duit , tunjuk tu -> pegang plastik -> pura pura taktau -> mak yang bayar kan HAHA keji punya anak. Tahun lepas nasib dah besar tau , tak bukak puasa pun for the first time bermula tingkata 5 aku puasa penuh. BODOH dan hodoh kan perangai? HAHA  alamatnya banyak sangat aku kena bayar denda fidyah fitrah segalasemuanya . -.- tu la kecik kecik baik baik besar besar jadi kufur . "eh aku bukan baru baligh tingkatan 5 ke ?" - hari ni esok rehat , mula rabu sampai khamis masa untuk menyunnnnnda* :D jom kawe belanja? budak budak U semua sokmo menyombong, abe ajok keluar diorang kato semua ado kuliah. pade kew? HIHIHIHIH  *evil laughhhhahahaahah *


sometimes, I feel calm when I'be around with my family.kadang kadang , kawan tu menyakitkan hati. sakit sangat sampai menyampah . tak kisah la orang nak menyampah aku ke apa . tapiiiii kenyataan yang tak dapat disangkal , family is important than friends. atau dua dua tu seimbang ? -.- what say you? eh malam malam merepek. kthnkbyenites 


//
aku boleh je buat orang sakit hati . tapi itu macam bukan style aku je ? 

rafizi jerin di pusat sumber KMK

Sunday, August 21, 2011

haibridisation

kenapakaubaca.[?]
" dah la lupakan je la "-H.A


dua kerja dalam satu hari ; yesterday im at JB today im kat KD oh so phatetic lepas ni aku nak invent stering yang auto-drive auto cruse kejadah semua supaya tidor manusia cukup 8hours per day. // sumpah penat ; rasa penat macam rasa nak buang sampah dekat tepi rumah ; yang kena jalan kira langkah adalah lebih 30 langkah lepas tu patah balik , penat kan? persetanzkan semua tu. yang penting puas.


RGEWHDWJDHJDHSJK << bunyi rewind .kalau ommelayu sebut revain atau revained atau putar kan balik zzz eh annoying nya -.-'


#1. thank for the day fana , afiq untuk the pertama kali buka puasa bersama kawan kawan ; omg korang rasmikan HAHAH  -.- lepas jenuh berjalan ronda sakan macam anak ayam - pergi manhattan , pergi italianies tah camne tah eje , pergi marche , pergi garden , pergi itu ini dengan muka seposen dengan harapan - meja tak penuh , tetapi amat trpaling malang sekali bila semua kedai tulis benda yang sama - "reservation for buka puasa is full " -.- pffffffttt lepas tu lepas tu entah kufur nikmat apa tah yang turun - tiba tiba entah mata fana ke mata afiq yang nampak [walaupun aku takde dekat tempat kejadian] tony romas pfttt . dan itu je  yang tak fully booked ; itu je satu satu restoran yang kurang orang .HAHA memang terpaksa la kan walau dalam wallet penuh rama rama .-.-' mana nak cekau duit ni ? takpe kita ada mesin atm ; keluar je kan duit sebab duit dalam atm tu kan tumbuh balik -pandang sebelah ada atm mesin . ? gapo nak pergi sebelah , orang punya bank rakyat ; tak main la cimb meibank ambank semua tak main la. orang patriotik la sikit HAHAHAHA.bila tengok anak anak yatim terima sumbangan dekat e@curve aku baru ingat - ok enoying aku baru tahu zami ismail hantu kak limah balik rumah sudah pergi . Al-fatihah. .//


have fun that day terimas.
afiq tak payah nak gay sangat dengan aku AHAHAH


JANGAN mimpi aku nak pegang blakberi


fana the kuih koci kepoci HAHAHA



#2 . pergi JB macam pergi subang je . -.- pergi balik hari lagi lama duduk dalam kereta daripada duduk bertapak pijak bumi JB -.- OMG .tapi dah terpaksa kan ? best jugak jalan jalan sebagai akibat dah lama terceruk dekat kedah eh malas sangat nak cerita . nanti la.sumpah aku memanggg takde mood sekarang. haih.

#3. tadi bukak puasa dengan keluarga :')) .selamat ulang tahun perkahwinan ibu ayah ke -30. amin.

khtnkbyenites. . :[

<3
p/s: malas nak fikir semua dah , malas nak ulang benda sama walaupun dengan air mata lagi. sukahati korang la.

Friday, August 19, 2011

basghaya

kenapakaubaca.[?]
 "im home :)"-H.A
 
No wonder la kilang kilang maggi tak kisah brand apa masih utuh -.- sebab akibat budak budak IPTA matriks duk layan bebena makan maggi ; dia tak tau maggi penuh MSG [ yang dari dulu pandai sebut tapi tak tau apa maksud sebenar MSG ] HAUAUAH eh tuan blog cakap diri sendiri ke? -.- mana taknya , dari mula duduk sini sampai semalam , lebih kurang 10 peket x 5 dah habis kene bedal. Maggi lagi sedap dari mekdii bluwehhhh ; jeles sebenar nya ni dah lama tak merasa mekdi nnyum nyum last makan mekdi hanya lebih sebulan lepas. apa ? sebulan lepas? Kalau dulu mungkin probability posibblity setiap selang 3 hari boleh menjengah ke tempat syaitan munafikunji tu ; sekarang tidak lagi ; kos nak pergi ke mekdi terdekat iaitu alor star mengalahkan kos nak beli satu berger mc chicken so lupakan -.- lebih baik menabung jaminan masa depan hak tui la. HEURHRE - so jumaat ?nyehehehe lepas ngidam orang tua tua panggil

ruangan emosaiko ;

aku buat semua ni semua bersebab – kalau tak bersebab kenapa la aku gedik gedik buat semua tu; yes aku sememang tahu aku ni bukan siapa siapa ; takde hak nak arah kau semua ; bukan ketua kau bukan tuhan kau tapi kenapa? Kuee namaste? Kenapa laa ? Tu je aku persoalkan.kenapa? - fullstop jangan banyak songeh nak tanya itu ini .” - kita mudah lagi percaya dekat rumours daripada percaya dekat cerita sebenar . Kenapa eh ? kenapa percayakan rumours eh ? tak tau ke perasaan dengan rumours yang terpacul dari mulut puaka adalah satu perkara yang berbeza? bagai langit dengan bumi ? tak perasan ke ? ke atau memang dah takde perasaan ? Bukan aku nak menegakkan benang yang basah ; nak perjudikan siapa betul siapa salah siapa kuat siapa lemah bukan macam tu ; tapi ini ada hubung kait soal maruah ; harga diri ( ok enoying ustaz jerin dah membebel ) dan macam macam lagi la. Sebenarnya dari dulu aku sabar dengan kawan kawan aku yang bagitahu rumours tak betul ; yang cerita lebih kuah dari nasi tapi diorang tak tahu hakikat sebenar ; dan anggapan dorang hanyalah gurauan semata , tak lebih dari fitnahan ; yang rasanya aku. dan siapalah yang ada otak ke atau takde otak nak fikir; percaya je bulat bulat cakap peng-rumours .tolong la. Diorang tahu ke hati aku cakap apa? Aku malas nak cakap banyak ; sebab aku tahu Allah wujudkan hati untuk kita tentukan mana nawaitu itu condong – ke baik atau buruk ? Dan Allah juga ciptakan akal , nak bagi kita perbezakan yang mana kenyataan dan yang mana virtual. - makin tak faham sumpah tak faham. Jangan sampai aku benci dekat mana mana orang dah la tu je ; kalau aku benci samala jugak macam pepatah ' takkan jilat ludah balik' kamon la. - tengok perangai pun dah benci apatah lagi muka -.-'

susah jugak orang yang tak reti nak faham perasaan sendiri,” -kalau macam tu jangan nak ada mimpi untuk memahami perasaan orang lain.paling benci la. kau marah ? macam aku peduli sebab macam la kau pernah pedulikan perasaan aku err maksud aku kita HUAHAUHA. Kan? So adil la kosong-kosong kau buat aku ,aku buat kau.

If do you think you're making the right decision , taking the right pathway , just proceed with your choices. Dont think about the others.I glad to see you happy ; not for me , but yours”-H.A

#bukan nak soksek soksek tak tentu pasal tapi argh persetanzkan la

akhirnya jenuh aku kira sejak 16 hari lalu , sekarang dah sampai masa keramat 18/8/11 aww masa untuk balik ; ingat asal usul kat rumah WAHAHA OMG bas aku pukul 5.30 ptg hanya tuhan je yang tahu perasaan orang orang merantau – yang rumah lebih 3 marhalah bukan rumah yang tak sampai suku ela. OH kd waiting my back . :D tehehehneeeee kthnkbyenites.

#layan lagu sitinordiana syura – selamat hari raya .WUHUU.
single.single.sedunia. 3S. Jom sertai.aku dah sertai.
u ada tv lcd 2 ayan muvie bas raya

moh kelik

Tuesday, August 16, 2011

k3s2p5 ini bukan chemical bonding

kenapakaubaca.[?]
"makin melupa dan dilupa."-H.A


Oh mai god seronok gila . tak nak merepek saiko ada banyak benda kepala otak aku nak fikir ; -.- kbye. thank K3S2P5 :)


:')

HAHA the gays

Sunday, August 14, 2011

partiaL-ove

kenapakaubaca.[?]
"cita cita saja tak menjamin kebahgian hidup.hmm "-H.A





agaknya hidup kau ni jerin belum cukup pengalaman rasa nya , tu yang selalu kecundang tengah jalan” , orang dah sampai jamaica kau baru sampai johor -.- nak kata lembap bebal sengal kang terasa tacing , pergi menyendiri MHREUHRU -.- kadang kadang manusia macam tu . Ada kala faham ada kala tak faham , ada jugak kadang kadang mengada macam budak merah pura pura gedik tak faham.saiko beat betul la . Hish. Aku lagi tak tahu apa dah jadi kat diri aku . Ada ke orang tak faham diri jerin oih?

#LEBIH >50% orang tak faham kemahuan diri.

Orang tak faham orang lain tu nanti kita perdebatkan ; sekarang masa untuk berbicara mengenai orang yang tak tahu / faham kemahuan sendiri ni bukan bebal , tapi lagi teruk dengan golongan bebalism sebab memang cengih kememeh segalanya la. Let say kita ada satu benda ; benda yang yang kita perlu kan sangat sangat tapi orang tu si A bukan nama sebenar tak minat tak suka dan tak teringin and tak terniat pun nak ada. Contoh duit la. Memang nak dapat duit kena kerja tapi mana tahu dapat free free ke MHRUEHRUH terjumpa sekepok tengah jalan ke siapa taknak ? Time ni jugak takpayah la nak bermunafikun baik baik macam zzzz -.- malas nak keji – sama ada ambik atau biarkan je duit tu. Contoh la hari ni khamis , esok jumaat ; kalau jumpa tu kau assume je la esoknya tu jumaat ke tiga -dah tiga kali jumaat boleh la masuk poket NYAHAHA. That's pasal duit aku rasa semua perlukan duit sape taknak duit tu tergolong la dalam golongan Beba___ [ kau yang cakap aku tak tahu ] NYEHEYEH. -dulu aku selalu berdebat dengan kakak aku pasal duit tu tak boleh beli kebahagiaan ngahhh - “angah, kau ni mata duitan la, kau tau duit tu tak boleh beli kebahagian hidup .” - dia balas “ kau bahagia ke dengan takde duit? Kau boleh beli apa? Meh tunjuk aku kau boleh ke beli gula gula kat kedia mamak depan tu dengan bulu kau ?” - aku terdiam tapi dalam hati gelak. Sebagai manusia yang malas nak lawan lawan ni , aku iyokan aja . Starting from that , aku fikir ; apa jadi kalau kita takde duit ? Kau dapat hidup macam sekarang ni ? Dapat bayar itu ini segala jadah semua ? Dapat pakai henpon kay kay mewah ada 3g semua ? Dapat ke? Mungkin barangkali kita tak rasa sebab semua yang kita pakai tu mungkin belum lagi secara ofisial duit kita. Bila dah sampai masa baru tahu langit tu tinggi ke rendah-nak keluarkan pitih beli itu susu lampin beras lauk zz atau delivery mekdi KIHKIHKIH . Semua perlu duit bro. Tapi aku masih berdegil ; duit tak boleh beli kebahagian dengan cinta .maksud aku cinta yang betul betul pure la. Bukan cinta materialisitik ni. . Oh sebut pasal cinta , ada juga orang yang berasa was was dengan cinta ;♥ ada sesetengah orang dah bahagia, kahwin sampai berpuluh tahun dan mati anak cucu ; ada yang mati sama sama pun sama how romantic kalau aku pun dapat macam tu :') itu cinta orang dulu , cinta orang sekarang tak sama dengan cinta orang dulu .


Let me compare compare ; yang dulu dengan sekarang.

# aku ambik contoh bapak dengan mak aku ; orang nogori dah peruntukkan orangyang sama suku sesuku dalam adat perpatih tak boleh kahwin sama -.- which means kalau berasal dari pagar ruyung entah apa benda semua tu tak boleh kawin ; alasan nanti zuriat tak berkembang balbalbalabla petua syirik orang dulu dulu kamon la sekarang nak 2020 la -ok sambung balik. -orang dulu dulu mak bapak mak ayah aku entah guna teknik kerah perintah kot ; diorang tak macam kita zaman sekarang yang gatal tangan nak dating kememeh ; yang belum tentu bahagia dunia akhirat . Datuk nenek aku kenen kenen kan mereka semua tup tup kekal bahagia sampai hari ni :) itu la lainnya cinta orang dulu. - walaupun raya terasa boring sebab tak dapat nak merewang jauh ke utara selatan ; etlis diorang balik raya tak la bergaduh huha huha sini sana sebab kampung diorang hanya tak sampai 8km je -.-' ; best la tapi anak anak dia la yang boring nanti tak dapat jalan jauh HAHAHA.

# yes aku teringiiiiiin sangat nak terlibat secara langsung dalam cinta cinta hendo kini tapi aku malu . Belum masa yang sesuai lagi walaupun aku dah malukan diri aku baru baru ni. Rasa hmmmm entah tak tahu nak cakap macamana. -.- tuhan belum buka pintu hati atau qadar dan qadak belum tentukan lagi ; atau belum tertulis aku dengan si polan polan ni tapi dalam kontras brigness dia aku suka tengok orang lain yang baru nak bercinta ♥ , yang baru nak rasa bunga bunga terarosa di angkasa semua , yang nak dekat dekat tersungkur tapi aww so sweet hero datang acah macho pujuk bagai dan bahgia balik dan tengok orang yang dah tersungkur :'( takziah la cerita dia. Tapi yang aku heran alam semesta bila orang yang baru clash tiba tiba kuasa jahat puteri bunian sesat mana tah yang datang ; -.- lepas clash , baru clash ni !! < ayat penegasan tiba tiba dah ada peganti . Lagi ujub itu baru tafar budak budak remaja form form kamon la.mana korang cekau ilmu ilmu semua tu ? Meh turunkan pada hamba ? NYAHAHAH. -.- # ada masa bila awal perkenalan dulu ; time time zaman jahiliah myspace tom tu ; aku komen la dengan awek orang yang pada dasarnya aku tak tahu dan teringin nak tekel masa tu tiba tiba “ si polan is under relationship with si sial ” time tu hati fedup gila la kan. Kau ni apahal perampas awek aku ni ? [eceh padahal nak cakap awek pun takut ] HAHA so tu cerita lama jangan nak diungkit ; then aku cabar diri aku siap aku ada blog pasal mereka dan blog aku , aku tulis “bila korang nak clash ni ?” dan aku tulis kat blog aku jugak time tu “ aku agak lagi sebulan dua korang clash la kot” malangnya aku salah -.- dan wow mereka bertahan lebih setahun dan putus ditengah jalan. Kan ? Lain nya cinta dulu dan sekarang.


senyum sokmo

awak percaya cinta jarak jauh ? Atau cinta jarak usia ?” - dulu percaya sekarang susah MEHRHRMEHMH . Semuanya boleh terjadi dekat kita . Aku tak nak la ambik risiko. Jujur aku nak orang yang aku suka tu umur dia lebih rendah dari aku setahun ke dua tahun ke balbalaa ; tapi kalau dah tertakdir umur lagi tinggi dari aku nak buat macamana la kan ?

-kita balik semula kat orang yang tak faham kemahuan diri .biar aku definisikan orang yang tak faham diri ; orang yang sukar membuat sesuatu keputusan tak kira saat genting , saat tenang , orang yang sentiasa rasa ragu ragu dalam pemilihan konsep diri dan masa depan balablabalba apa kau merepek ni setanzz ? -.- entah aku kalau tengah emo ni macam ni la kepala penuh neuron yang serabut .so semua neuron berlanggar langgar sampai merempuh neuron yang aku nak taipkan ni . Tapi korang paham kan? Paham paham sendiri la dan kategorikan diri korang yang mana satu supaya tak jadi ragu ragu macam aku . Aku cuma nak cakap yang aku tengah ragu ragu sekarang ni ; erti lain aku la orang yang sukar nak cari kemahuan diri tu . Itu je konklusi cerita kat atas ni AHUEHUEHUA .

//

kecuali kau gila
can you guess apa yang berlaku lagi 4 hari ? Hihihi :D selamatkan perjalanan pergi dan balik aku Ya Allah. Hope segala rancangan jalan lancar la bebeh . “awal awal lagi dah pasang plan nak buat itu ini” sumpah tak sabarrrr MHEURHEU shoping? Eh kamon la jum la sekali meh teman aku . Weh kawan , tunggu kita berbuka 20hb ni dah lama tak jumpa lebih 3 bulan ? weh ayamzzkobis semua rindu kot tolong la tolong la jangan jual mahal tak datang reunion 3 bulan ni 27hb nanti tolong la rajinkan la diri datang ohgay . Dah diam sekarang pukul 2.30 pagi aku masih pokpek pokpek tulis blog ; mesti roomate berbulu je aku bukak lampu. NGEHE ah tapi pedulisetanzzkan . Err esok kuliah ? Kthnkbyenites.


# sebenarnya aku nak tulis lagi tapi takpelah nanti aku merepek pasal orang yang tak faham diri kita pulak -.-' k chaw dulu blah kthnkbyenites. :]

bertambah happy :')

Saturday, August 13, 2011

.

kenapakaubaca.[?]
"-"-H.A


When the world says, "Give up,"
Hope whispers, "Try it one more time."

Thursday, August 11, 2011

ramadhan dulu kau ada sedekah tak ?

kenapakaubaca.[?]
" biarkan je weh dia berlalu "-H.A


bacalah dengan music bekground melankolik weh :/



dengarlah, lagu ini .cinta kita di pantai merdeka”♫ -tropika pfftttt .

kita seorang lelaki , harus kuat harus tabah kalau segala macam dugaan musibah melanda dan kita masih akan tetap pasti dengan ego . Ego x ego = lelaki /// konklusi ; lelaki = ego. Itu equation yang tak pernah ada dalam siliburst matematik kat sekolah mana mana tapi hanya ada dalam kamus diari hidup lelaki -.-.

kalau la kawan aku sanggup tunggu lebih kurang 50+hari untuk menerima jawapan daripada seorang perempuan yang dia suka yakni sekarang dah jadi awek dia pun sekarang , aku tak sanggup even 5 hari . Macam aku cakap tadi , lelaki kan ego . Nah kau walau dalam hati masih mengharap. “dia lelaki ke eh ?” WHAHA tapi aku tabik dekat dia. Aku sebagai si cocok berjaya juga buat orang bahagia :'0 tapi diri sendiri tak pernah bahagia. Kan aku cakap dulu , dulu dulu lagi aku pernah cakap ; aku tak boleh masuk dalam kancah mengada ngada ni . tunggu ; mungkin jodoh cinta pertemuan semua dekat U , sekarang dekat matriks ,mana ada lagi -.-' ; even long distance love pun takkan menjadi .ngeh . Percaya la kata kata manis semua bait bait cinta puihhh itu semua dusta itu semua setanz yang cakap. Eh marah la ni kan.

kata kata “lain padang lain belalang” macam tak semenggah jika nak dimetaforakan ; “lain padang lain bunga” - mungkin sesuai NGEHEHEH :'/ sekadar gelak tapi dalam hati masih sedih. “tu la kau dulu buat orang sekarang kau balik yang rasa” foineeeeee eh tak heran pun sebenarnya . apalah fungsi hidup sebenarnya ; hanya untuk riang ketawa canda bukan untuk sedih :'( tapi manusia memang tak dapat lawan hakikat walau nak sembunyikan sedalam mana ; kalau orang tak tahu , yang di Atas tahu . - eh dah malas la. dah malas dengan semua ni. dulu pandai cakap orang , sekarang sendiri alami kan ? tahniah la teruskan usaha , semoga kita jumpa dilain hari kalau ada rezeki.-

'terasa sakit lagi .' - tapi biar kan je la. .
Sambil layan lagu agnes monica matahariku.
kalau nak hati sakit hisap a rokok wei apo susah
Renungan tazkirah sebentar bersama jerin.



terasa sejuk hati bersedekah di bulan ramadhan” lebih bersedekah , lebih banyak rahmat dan ganjaran- mungkin ini ujian segala petanda .wallahualam- ada pensyarah aku cerita masa dia nak pergi masjid untuk solat isya' dan tarawikh , 2keping syiling rm 1 [ zaman dulu en guna duit siling ] dia terjatuh masa nak turun tangga ke masjid dan hilang ; lepas je selesai semua dia balik , dan tiba tiba ada orang hulurkan dia angpau raya and dalam nya ada rm50 ; betapa untung hidup dia ; lepas tu dia pergi pulak atm acah acah macam kita zaman sekarang la nak cocok duit ; dan dah rezeki dia, ada jugak pakcik bagi angpau yang lain , dalam dia ada rm50 lagi.so dia ada rm100 , hanya hilang rm2 dapat rm98 balik. Untungkan bulan ramdhan? Mulia kan ramdhan? Dan sungguh baik hati Allah itu.wallahualam. -Dan aku nak ucap alhamdullilah dan berasa syukur sangat .amin amin ya rabbal alamin :)
MORAL dia ; kalau barang hilang tu redha je , niatkan bersedekah. Gerenti dibayar balik.

OMG OMG lagi 4 hari jadual tiket bas keluar nyehehehe lagi 7 hari aku terpacul di KD. Semoga selamat pergi dan pulang ^_^


//
betapa ironi bila bulan puasa ni aku makin menggemuk -.-' aku dapat rasakan pipi aku naik selebar seinci , pinggang aku dulu ramping kini dah gedeber ? what is gedeber? o.O OMG aku dah gemuk sikit dari 52KG naik 53KG OMG :( dah diam kbye


-pertama kali dalam bulan puasa baru hari ni aku tertidur dari pukul 5.00 sampai pukul 7.20 , lagi 10 min nak berbuka. -.- teruk la aku. Nasib belum makruh MURHERHUURHEUR

Wednesday, August 10, 2011

when jerin speak

kenapakaubaca.[?]
"u will know if u try to be me "-H.A


rasa macam nak berjeringgeris sebentar ;


nyah kau tau kan jari aku ada 10 je so aku takboleh nak huha huha tulis blog hari hari dan kau pun tau nyah otak aku ada satu ? sampai saat ni aku rasa semua aku dah tulis melainkan masa depan punya cerita yang hanya Allah saja yang tahu . when ramadhan is kaming , beri beri [very very ] lot of nostalgic moment that have been imaginated on my eyes. -.-' persetanzkan bahasa tunggang langgang this is how i gonna speak on my MUET soon MUHAUHAUHAU tak sabar nak kasi examiner pengsan ,terbeliak bijik mata cam saiko lepas tu dah sah sah aku dapat highest mark dalam speaking.damn sangat perasan. // peduli setan kan la 


"tak sangka aku dapat kawan tutorial and praktikum yang masuk kepala kecuali ada sikit sikit serba serbi kobis" -masih mewarisi S - bukan nama sebenar  , masih ,mewarisi tempat duduk kelompok kelompok hujung kelas 5aktif2010 NGAHAHA bila kita bukan anak watan sesebuah negeri , rasa macam nak ikut sebut praktikkan apa yang anak watan sesebuah negeri tu buat. the more lama i stay kedah , the more knowledge i tahu yu know ; ini belum ada kereta sendiri lagi nak menyelinap seluruh kedah ;mana nak pergi padang besar, mana jalan nak pergi bukit kayu hitam la ; mana nak pergi arau dan yang paling ujub aku tak jumpa pun lagi budak budak UITM arau walaupun duduk jarak tak sampai sehasta NYEH -.- memain je ada dalam 20km kot dari sini ke sinun. - berbalik smeula kat cerita ; this i new know [ni baru aku tahu] from mouth mouth of the student here that story morry about the kedah punya bahasa yang writer dont know sesen , about the culture about the heritage persis as si tenggang home kaming. talking about home i wonder when will the time is kome? kamon la cepat la sikit time fly fly. i is never sabar anymore becoz im the veri the sedih. konklusi : meh la cakap english jangan slang kelantan sudah. eh racist ke? countris ke ? k bye. no mood.



the journey was a loyal teacher,
who was never tardy
in explaning cultures and variousness.
look i am just like you.
still malay,
sensitive to what
i believe is good,
and more ready to understand - si tenggang

dah gila ?sawan bye lapar la
and you talking talking rubbish about me , u say i ni liar , no sincere not faithfully not handsome just wanna play play with me :( and know u look urself la in the mirror ; same like me. pffttt feel like want to throw the sand to your pace [face] . sobsobsobsobsobsss. run away. zzzzz kthnkbyeniotes

Tuesday, August 9, 2011

pfaking.

kenapakaubaca.[?]
"grrr"-.- "-H.A


kalau sekira jikakalau sementelah aku boleh mencarut dekat depan muka kau . itu la moment paling indah dalam hidup aku. serius. buat masa ni aku benci , menyampah ya amat sampai tak tahu nak cakap apa . permisi.blah.

Saturday, August 6, 2011

deiri ramdhan

kenapakaubaca.[?]
" <3 "-H.A



Sedar tak sedar dah masuk puasa ke -6 harini kita menahan diri dari segala hantu setan. Opss hantu setan dah kono ikat ; maksud den kek [kat] sini hantu setanz nafsu diri yang mebuak buak lagi lagi bila bab beli beli makanan ni . Sebenarnya banyak kenangan sebelum ni yang berkisar pasal ramadhan ; aku ingat lagi aku berniaga tolong jual roti boom; murtabak segala walaupun hanya untuk 2 jam tapi dapat jugak merasa beb. Jual air dekat bazar air memangterpaling laku ah sebab mata orang berpuasa bila nampak air mesti dia nak beli ,apatah dia ingat dalam kepala otak pasal air tu aku pun tak tau -.- ; berkomplot jual mercun dekat bazar walau sorok sorok wakakaka. ; dan yang paling penting aku la orang yang tolong hantar kuih mak aku dekat kedai orang ; so tahun ni semua semua memang harapan ah aku nak buat lagi. So rindu. Pui. Nak berkongsi rasa kufur tak ? Masa aku menaip ni orang lain dok sibuk menunaikan terawih :[ maaf la hari ni tak dapat join. Penat sesangat lepas menyundal ke bazar pekan changlun. HEURHERU sampai lepas makan tadi pukul 8 aku terus tidor sampai 9.45 :((( sedih semua tertinggal.
#yang paling sedih sekali esok dah start segala kuliah tutorial semua :(sobsosososbossos mana cuti study week aku pergi weh ? Watdenerakaaaa betul la.-.-' we talk talk about bazar. Sebenarnya aku dah cakap kot masa post tahun lepas ah -.- tapi pedulisetanzkan yang lepas ke yang apa ke ni blog aku so sukahati baby ok WAHAHA.

#KALAU nak pergi bazar jangan berangan bawak duit RM5
this is my early expectation ; dengan semangat berkoba nak ke bazar dari cmart seberang “weh aku nak spend rm5 je kot pergi bazar ni tak nak ah jadi setanz membazri beli banyak banyak tapi tak makan , ingat kaya ke ?” -then bila sampai je , nah kau kat situ la ayam percik terbakar bakar , kat sini nasi ayam berempah , kat sana sate penuh asap, kat hujung tu taufu fa, kat sini mee goreng buah kuih apa jenis kuih kuih yang tak terfikir ada pun ada, kuih sama yang nama lain lain pun berlambak apa jadah semua tu ? But pada dasarnya iman aku kuat lagi mungkin setanz lagi satu dah hasut tu yang terbeli banyak tadi -.-' then mula mula pergi beli nasik tomato ok fine , patah balik pergi beli air kelapa lepas tu gedik gedik jalan lagi nampak pulak kuih 7 rm2 beli , mana boleh tak beli ;alasan , dekat KL kuih 3 rm1.2posen tak ke banyak differences tu ? MRHEURHEHRE
apahal semua bazar jual benda sama je ?” “baju baju bundle kasut bundel sluar bundel takde ke? Buat laa macam uptownss sikit gurhhh -.-” konklusi :hilang rm9
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

padah kalau jarak kolej dengan bazar nak dekat 1KM ; memang merungut la menyumpah tahap karma dalam hati sebab waktu balik tadi takde teksi nak tolong hantarkan -.- masing masing busy mengkedarah nak beli anak bini makan kot . Pergi rasa macam VIP naik teksi berekon ; nah kau bila tang balik tu berpeluh peluh macam masuk oven -.- dah la barang dekat tangan penuh gila nak mams letih pulak -.- jalan pulak sempit berlaga laga bontot dengan irfan akif semua WAHAHA lepas ni taubat tak pergi dah kalau pergi mesti pastikan ada teksi atau pergi awal. Ala yang sedihnya matriks tak boleh pergi bazar hari hari pun -.- nak pergi bila hari sabtu je , atau cuti umum. Sedih kan ? Ok dah tau jawapan dah.memanggg sedih. Nak buat camno ; terpaksa tunggu lagi 8 bulan baru dapat keluar dari sini. Aku tak rasa lama NYEHEHE sebab sedar tak sedar sekarang pun dah bulan 8 ; dah 4 bulan aku kat sini sumpah tak terasa -.-' makin banyak terasa hati adalah weh .

Memang karma gila , setahun lepas , pada bulan islam yang sama ; aku terasa hati .sangat . Bukan ter dah tapi sangat. Sekarang , bulan islam yang sama jugak ; aku pun terasa hati jugak. Bala ke tulah ni aku tak tahu la .

Meh ke lari topik kejap -.-

Sebenarnya kan ? Orang berubah bukan ikut peredaran waktu , so kata kata klisey “as time change, people's change” balablaalba kejadah semua tu semua palsu hanya nak memperbodoh bodohi kita lain la budak tadika -.- entah budak tadika pun tau makna disebalik semua tu. Bagi aku la orang berubah sebab faktor atas alasan kondisi dan persekitaran baru , kawan lama tu dah bosan meluat bila kita tengok , dah tak tau nak borak apa dengan si lama dan nak buat apa dengan si kawan lama pun tak tahu -.- ni semua kita yang buat ke? Kita ke kau ke aku ? Wakaka wallahualam . Tak payah nak nafikan sangat la kan benda ni semua kita buat sekarang .termasuk aku. Mungkin aku duduk sini , aku lupa kawan lama aku ,kawan sekelas aku time form form darjah darjah dulu.siapa tahu weh ? Aku tak rasa.yang rasa hanyala yang terasa diri tu ditinggallupakan disakit hatikan ablablaba semua kan?NYEHEHE kenapa aku rasa jugak ni weh ? Aku pun sama ke ditinggalkasakithatikan semua tu ? Buuuushit -.- peduli apa aku. Zzzzzz

# hati tak akan puas kalau kita tak cakap perkara yang sebenar kat seseorang tu ; malahan lagi geram sampai nak membonoh [bukan bomoh -.-] bila dah lepaskan atau luahkan baru kita puas dan jangan berpuas hati dulu sebab keputusan luahan hati tu kita belum tahu negatif ke positif terhadap si luahan. -.- eh korang paham tak ni ? Kalau tak paham buat buat ah paham okay . Maaf la bahasa kompleks sangat ; maklum la kat matriks tak belaja BM sesen.

#I Eva Longoria. Entah walau dia dah berumur sikit aku tetap suka dia. Muka dia kot ada taste-s aku :) tapi malang dia dah kawin zzzzzz pergi jahanam.

berbalik cerita kat atas ; konklusinya istilah best friend for eva tak akan pernah wujud la kan ? entah tapi aku suka tengok macamana friendship dalam cerita 3idiots sooooo :') kan best kalau macam tu ? pergi la tengok dah la kelakar nak mampus nasib tak mampus lagi tapi penuh jugak dengan motivasi doh.bagus bagus .ok aku dah mula merepek , kthnkbyenites.

damn kuliah nak start lagi beberapassss jam je . hish benci la. puasa ni .batalkan je la . Nak balik rumah.12days togo .nyereyheyrehreyh -.-'

Friday, August 5, 2011

bukan bom je berani mati -.-

kenapakaubaca.[?]
"yeay jom kita enjoy :) "-H.A



OMG alhamdulillah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat :] atlast habis jugak UPS aku ; entah apa apa aku tibai jawapan semua hentam kromo dan tadaaa 'masa sudah sampai' habis jugak tadi . -.-' habis habis jugak lepas raya result keluar jom potong leher kerat jari semua.jangan dia hantar result sampai ke rumah dah WAHAHA kalau tak memang mati kita. Persetanzzkan UPS kimiapisixbiscienccomp semua .mari kita ke mood raya raya raya .# nyeh belum sampai lagi masa nak mood raya kot;
semua still sibuk berbazar ; semua still masih tekun bertarawikh dan ;semua masih taat melakukan perkara sunat . Aku je yang kufur naktukar mood ; siap dalam pendrive penuh dengan lagu raya dari A- Z NYEHEHE entah kenapa tiba tiba tahun ni tereksaited pulak padahal memang dah tahu boring cam tahun tahun lepaskan . karma

//

awak tahu ini benda berani mati yang saya pernah buat , awak la yang kali pertama dan tak pernah ada lagi perempuan yang dapat pengakuan berani mati tu tahu tak ?selalunya asyik dapat je pengakuan berani mati HAHAHAAH. Harap sangat perngakuan berani mati tu yang pertama dan terakhir.” - tak suka banyak banyak ni nanti susah nak pilih WHAHAAHA -.- ok enoying. Ahhh malas nak ingat semula , flashback apa jadah semua .benda tu memalukan kot . Rasa cam nak tergelak sorang cam orang gila ; rasa cam nak sepuk kau [yang tengah baca ni ] pun ada ; rasa macam errrrrr entah la tapi dah berlalu dah pun . Hihihi thanks la tau sebab faham dan memahami. Sumpah jenuh fikir apa implikasi apa kesan apa sebab aku buat dan semua tu tak penting dah sebab aku dah jumpa satu solusi yang mungkin menguraikan segala persoalan. Satu soalan je , “nak ke tak nak ?” - apa yang nak apa yang tak nak ? Lu pikir la sendiri :D

# oredi against-ing my principe ; “ibarat perigi mencari timba” - first time kalah :(
sorry takgheti nak jiwangjiwangss sangat.

zzzzzzz cerita basi # .persetankanz cerita dia atas.


nyeh


OMG semua balik rumah minggu ni ? Aku tinggal sorang dalam bilik kalau malam malam nanti ada makcik jual nasik lemak ke macamana ? OMG OMG macamana kalau ada cik ponti ponti ke tumpang duk katil sebelah ?” -.- I have to pikir jauh sebab aku pun duduk dekat bandar pulak kan
-___- dibelenggu ladang kelapa sawit semua anything can happen HAHAHA harap sangat dijauhkan diperjarakkan sampai 10inci . -konklusi : bala sebab duduk jauh sangat / atau bala sebab kementrian bagi aku matriks yang jauh bebeno.

ARGHHHHH exam dah habis bulan madu dah habis - *bulan madu= cuti study week 9hari ; padahal exam ada 4 subjek je , itu pun sejam sejam pagi petang dua subjek setiap hari , kalah cuti study week PSPM nanti. -.- terpaksa siapkan balik esaimen ,tutorial semua aisemennnnnnnnn. Dammit semua ni nak kena siapkan dalam minggu ni jugak ; demmit nak kena review balik chapter yang tak masuk ujian mungkin dah lupa ; dah campak mana mana tah sebab minggu lepas hanya fokus dekat chapter yang masuk ujian je -.- habisla aku .
NYEH -.- minggu depan jugak la sibuk dengan hafazan semua nasib 2 surah lazim je ; minggu depan jugak la sibuk dengan jual jual coklat nak kutip dana projek apatah puasa puasa ni ; minggu depan jugak kena jadi fasi bagi taklimat pasal medical -.- pffttttt apa semua ni ? Baru nak bina rumah dah kena badai -kan dah runtuh . Eh tapi yang paling penting , miracle will happen in 13days more WKAKAAK.cuba teka cuba teka atau bahasa mudah ; simplest languages : cuteke cuteke? NGEHEHEHEEH -.-' -menunggu kepulangku .HAHA
banyak gila nak tanya engkorang ; Macamana puasa korang ? Macamana perasaan duduk jauh jauh [yang dekat dengan rumah tu tak payah nak kerek kerek sangat ] ; mak masak / beli apa first day puasa ? Dah batal belum puasa? Dah terminum air kumur gosok gigi tak ? Dah pernah termakan kertas akibat koyak kan helaian kertas lepas tu masuk mulut ke belum [ macam aku je pernah buat -.- ] ? ; dah mandi lama lama ke belum ? Dah mandi banyak kali ke belum walaupun sebelum ni mandi macam kambing sekejap gila tiba tiba ramadhan baru tahu beristinjak ? . nyeh itu semua aku ke pernah buat ? Eh tak tau tak tau lalalalla -.-”

eh kthnkbyenites.

suka sangat buang tebiat

Tuesday, August 2, 2011

let it go bebeh

kenapakaubaca.[?]
"dah agak mesti jadi camni :[ "-H.A


tulis semalam post baru harini :(


OMG so kufur hakikat esok nak exam aku masih bersantai santai tulis blog ; eh ramai apa penceramah penceramah bebas makan duit free cakap , otak tak akan menerima input kalau dalam keadaan terdesak apa lagi , tertekan , dalam kadar yang pantas blablaala itu semua teoritikal mengarut pfffffftt aku boleh je masuk last minute tapi tak la se-efficiency study dari awal kan ?
NGEH NGEH .

#soalan pertama :
macamana puasa kau dekat perantauan ?”

  • pffffffttt tak rasa sangat sebab bangun awal , bangun masa sebelum matahari gelincir HAHA so tak batal lagi lah kan ? Sahur pun aku sahur awal siap sedia taknak bangun sahur waktu subuh ; tadi aku sahur pukul 3 pagi . Paling sedih la sahur kali ni bertemankan lagu raya sepoi sepoi berkumandang :[ ; sambil masak air ; sambil pecah pecahkan renyuk renyukan maggi ; sambil letak gula dalam teh o ; sambil cawan lagi satu buat milo dan ambik sudu bukak tin biskut . Sumpah nak nagis kalau ikutkan boleh banjir satu KMK WAHAHAHAH tapi I am kewllzzz semua persetanzkan semua tu. Mana nasi ? Pertama kali sahur tak makan nasi.

perut dah besar, tangki stomach pun dah besar ; tu yang tak terasa lapar tu” ngeh -.-'

#soalan terakhir :
nak lagi tak puasa kat tempat lain ?”
    Jawapan ikhlas : tak nak. Tak nak tak biasa langsung tunggu la nanti nanti kalau aku dah biasa hidup sorang ke apa ke tolong la bagi aku balik rumah ; nak jugak rasa ayam masak kicap masak sambal semua semua mak aku buat ; masak lomak sambal belacan hmm nyumnyum sumpah sedap .

    Jawapan kufur : err boleh la.kalau ada peluang kat luar negara pun best -.-' boleh tau tradisi orang lain semua balbalblalaal boleh rasa macamana susahnya nak cari sesuap nasi ablabalalala the end. Malas nak jadi kufur lagi dah.

Jawapan aku tetap ke jawapan ikhlas.


#konklusi : aku nak balik . -.- keji kan ?

Gonna be more happier person after this. :) ♥


#oh esok bahasa inggeris dengan kimia ? Jeringgeris oh jeringgeris , I need your help right now . BAHAHAHA . Kimia ? Apa tu ? Have we learnt it before this? WAKAKA redha. The one and only word. kthnkbyenites


bila hati kata ya
turutkan saja.
Pedulikan kata “ikut hati mati”
kita tahu apa kata hati kita.