Monday, December 31, 2012

Turning 20

kenapakaubaca.[?]
" Sekali tipu,selamanya aku takkan percaya lagi. "-H.A


It’s really cliché bila cakap pasal new year. Bila cakap pasal new year, mesti cakap pasal azam Zzzz.
“Apa azam 2013 korang ek?” – Tanya dengan nada serius dan mimik muka mintak penampo.


Kau tahu,azam 2009 2010 aku pun tak tercapai ini pulak nak azam 2013 kah kah.  But seriously azam 2013 aku bukan nak jadi insan baik berguna  semua tu balbalalab boring. Now azam aku nk beli camera Samsung galaxy.Korang kena ushar kamera ni.Superb gila.macam best sebab dia portable,android,boleh online merata tempat,boleh main game boleh snap gambar bila bila bagi sesiapa yang jakun nak bergambar tu. Ekceli dia macam  memang kamera yang macam DSLR tapi cuma versi kompak. Kenapa aku yang eksaited melebih ni? benda bukan mampu beli pun HAHA.Tak aku cuma nak korang beli sebab aku nak tengok je.


I’m so gila gadjet tapi kebanyakkan gadjet yang diidami hanyalah sekadar dalam mimpi :’(. Mungkin lepas ni azam pun dalam mimpi je la HAHA peduli la.

//


“Hai 2013, aku 2012. Saja je la kan nak coretkan surat untuk kau.Supaya kau boleh buat lebih baik dari aku.

2012 memang penuh dramatic melancolisme hyperbolic hypertonic segala gala semua ada.2012 have taugh jerin to be more matured,more independent, gaining in self confidence dan yang paling tak pernah berubah ,still forever alone.Yang paling tak boleh belah nya,kawan jerin yang anti couple dulu dulu (masa zaman tak laku) , sekarang dah berpunya.fuuuu.kenapa kawan dia tinggalkan jerin? HAHA.Sebenarnya banyak lagi bittersweet 2012 sampai tak terlist.OH untuk jerin,tahniah la untuk keputusan matrikulasi,terima kasih untuk segala penyundalan bersama kawan kawan – KL,ikano,ou,TS,mekdi KD,Ayob,Curve- ini semua rumah kedua ketiga kita hihi.Thank because berbuka puasa bersama with the ayams, with the crocs-an . Terima kasih Crocs bagi kerja- Gaji sebulan boleh habis sehari bila duit ada di tangan jerin;melayan kastemer tak reti bahasa ,Tahniah sebab shortlisted dalam temuduga whatever semua tu, dan sekarang tak sangka boleh jadi salah seorang pemegang biasiswa,The epic raya 2012 ; seronok walau pakai baju melayu pinjam. Tahniah sebab mampu beli kasut baju seluar baru, Tahniah sebab kena bayar PTPTN semula nanti,Terima kasih UTM sebab offer further study, terima kasih     # A-team bagi experience daki bukit,berkayak dan yang penting jawatan untuk 2013 HAHAH. Terimakasih #KLM bagi peluang buat kerja amal dekat zoo,rumah orang orang tua :’) Thank you to praktikum K2P5 matrikulasi sem2  2011/2012.1SKEE1 UTM skudai,Korang memang awesome. Takziah sebab lupa member.Takziah sebab putus kawan hanya kerana alasan bodoh.Tahniah sebab awak pernah hadir di hati jerin seketika.Takziah untuk projek elektrik yang bertimbun- last minute projek + assignment yang menggunung.dan last but not least. Takziah untuk menghadapi final exam rabu ni kih kih kih.
Eh tapi rabu ni dah masuk tahun awak la, cik 2013.Biarlah.
-sincerely,
2012.”




Sunday, December 30, 2012

Pra New Year

kenapakaubaca.[?]
" Mungkin nak memblog semula,lepas lama dah tinggalkan."-H.A


Macamana nak mulakan eh? Aku dah tinggalkan benda alah ni lama dah sampai rasa kekok nak menaip. HAHA.But persetanzkan, Tak peduli tak kisah ini blog aku siapa pulak yang kisah. Nak dekat lebih 2 bulan aku tak buat posting,tiada dalam sejarah negara atau dunia kot-.-Tak pernah aku sebizi ni. duduk Uni ni memang mengundang bala kecelakaan. Bermain dengan masa,bermain dengan perasaan errr lagi apa?

Sekali lagi fasa hidup baru – 2013 will come soon. Masih tiada ‘anjakan paradigma’, masih sama, masih utuh di takuk lama.masih tiada girlpren,masih jerin yang dulu.yang ubah Cuma angka umur – dari belasan tahun ke puluhan tahun. Lepas ni dah tak dapat gelaran adik atau baby atau adik comel lagi MUAHAHAH sebab umur dah meningkat secara drastiknya.

“adik,tolong akak boleh ?”

Apa ni adik adik ? Aku dah 20 tahun ok. Ekceli secara ofisial 20 pada bulan 4 nanti , so buat masa sekarang nak enjoy umur 19 tahun. Masih belasan tahun. Who cares right?
Dah masuk alam puluhan ni, mula nak fikir eh bila nak kahwin, bila nak grad, bayar bil itu ini, ada komitmen itu ini err lagi apa? HAHA cerita macam aku ni PM pulak. -.- zzzzZzz ( i is ekceli don’t 
know what to write becoz im left this blog is very the lama,sampai tak gheti nak cakap apa dah.)


//


#UTM


It such a wonderful moment duduk alam U ni. ramai kata boring bohsan sangat sebab kelas tak banyak ( sarcastic je ni) ,banyak projek projek merepek merepek nak kena submit last minute, nak siapkan assignment itu ini.Memang letih.But bagi aku,benda benda tu semua mengajar kita untuk jadi lebih independent terhadap segalanya. Without any help from your family,parents, friends, all the things you have to do it by your own. Kalau malas, there’s no result.Tak ada hasil. Kita Cuma datang sini habis kan duit PT,duit scholar, result pun K.O. So far so good. Hidup dekat Uni tak la sekejam matrikulasi cuma subjek subjek dia sumpah macam puaka.Aku rasa kalau si Puaka tu belajar subjek subjek puaka dekat Uni ni,sure si Puaka tu jadi celaka. -.- MRHEURHEUE.

Oh ya,cinta Universiti. Aku percaya.
Saya percaya ada cinta di universiti. Betul cakap cikgu addmath aku tingkatan 4. Hihi.
Cuma belum sampai masa nak luahkan.Mungkin sifat malu tu masih menebal.Zzzzz.
Eh bye.
Oh btw,aku perlu untuk touch up blog ni.Azam baru la katakan? 


we are ateamian.

Thursday, November 15, 2012

sekarang. tiada masa.

kenapakaubaca.[?]

"it have been a long time....long time......."-H.A
bila nafsu dah mengganas,mungkin masa tu mula aku menggelupur untuk menaip.
sekarang. tiada masa.

Tuesday, October 30, 2012

Salah Faham

kenapakaubaca.[?]
"orang dah beri kita merasa."-H.A

Aku tak suka salah faham.Salah faham yang buatkan diri aku rasa bersalah sangat ; yang orang taknak dengar penjelasan dari aku.; yang mana ada yang anggap penjelasan itu satu alasan rekaan semata.

But people nowadays seem likely to hear the rumours rather than to seek the actual facts.

Aku tak kisah.tapi mohon dengar dulu sebelum konklud kan sesuatu keputusan.

Ni bukan soal menang kalah betul salah.ini soal perasaan.

Bila perasaan disalah erti. Baik lelaki ,perempuan. Semua tersentap beb.

Tapi bila nasi dah jadi bubur,

Bila terlajak kata ,terlajak perahu boleh undur

Bila benda yang selalu berulang

Bila bermain dengan perasaan,

Itu semua bukan perkara main main (bagi aku)

Tapi oleh sebab frasa ‘kawan’ , lebih baik aku lupakan sengketa. Bila awak dah cool down nanti, jangan lupa nombor saya . sms Tanya khabar dan jangan sesekali bangkitkan isu ini sebab saya sayang anda sebagai rakan karib yang tiada galang gantinya. 

Tiada lebih,tiada kurang.


“mohon sesiapa duduk di tempat aku, bila kawan baik bermasa muka,aku jadi orang tengah dan terpaksa bahagikan bahagikan ‘kekawanan’ antara kiri dan kanan”

MOHON semua kembali seperti dulu
Melainkan ego masing masing masih di atas puncak membara.
Kbye.

Tuesday, October 23, 2012

Cerita Hati

kenapakaubaca.[?]
"mogok"-H.A

hari demi hari
ditinggal kerna ego
yang tinggi,
 aku cuma pemenuh layar ini
cuma sekadar
pelakon di bumi
yang penuh sandiwara,

sandiwara tercipta
bila hati kata "mahu"
tapi mulut menafinya
ah plastik,

Apakah ini pengakhirannya
tatkala keduanya
ber-remuk hati
hanya pasrah yang
menanti

sambil menunggu 
                                                               silih berganti.

Saturday, October 20, 2012

Perempuan dan JPA

kenapakaubaca.[?]
"jarang nak guna gambar bila post,sebab sukahati la"-H.A

JPA
Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Allah.
ada nampak macam plastik tak ? tak kan? Eurheuhrerhrue.

Setelah berbulan tunggu,setelah berkali kali tertunda sampai orang maki maki sistem portal JPA,akhirnya JPA tu la yang bagi senyum lebar kat kita.Thank you  JPA ,thank you Ya Allah bagi peluang merasa duit biasiswa.Akhirnya berguna jugak aku hidup.benda yang aku tak pernah impikan sebelum ni terpacak depan mata.

But somehow mesti ada orang cakap ,
“alah biasiswa je pun,bukannya apa pun.Kau tak payah nak poyo sangat la kan bagitau satu dunia yg kau dapat biasiswa”

Cik adik,biasiswa tu memang la “bukannya apa pun” but atleast dengan biasiswa tu,dapat tampung makan minum hidup kau selain nak tampung galaxy note, ipad laptop baru segala HAHAHAHA.

Ah persetankan semua tu. Lepas tengok keputusan JPA ; dan bila tengok “Berjaya” ;


Ada 3 perkara yang betul betul terlintas dalam fikiran

Pertama kali for sure aku fikir parent aku,mesti diorang dapat hidup senang lenang tak payah fikir fikir masalah nak tanggung aku ; anak dia yang comel ni oh my.Tak payah la lagi aku menyusahkan hidup dorang dengan asyik asyik mintak duit “ayah bank in sepuluh ribu” “ayah bank in seratus ribu dalam bank tau”  *segala transaksi dalam rupiah. You can see how tak guna are me. Mungkin kalau ada rezeki,biar aku pulak yang bank in dekat diorang hueheurhurrheuhre. Baik kan?

Yang keduanya,Ohhhh, tak payah susah susah aku fikir pasal PTPTN lagi dah.Memang niat sebelum ni nak ambik PTPTN sebab muka aku memang tak layak nak jadi pemegang biasiswa – PTPTN pun aku apply, dah masuk pun duit,dah terguna pun duit buat joli. So that tinggal nak bayar balik je la ,dlm rm4k kot .banyak nya -.- haiiihhhh.

Ketiganya,biasiswa ni pun bagi aku tensi jugak sebab bila dah dapat scholar secara automatis kita kena jadi munafik untuk study hard untuk kekal kan pointer HAHAH tapi ada rumours bagitau ,pointer 2.00 keatas pun selamat lagi JPA tak tarik, so biarkan je la. Tak maksud aku ,kena study bila time study dan main bila time main. Kan senang macam tu? Life must be easy right? Kenapa nak susahkan.

Tapi buat yang tak dapat tu, this is very  cliché words so ever ;

Sabar je la eh.aku pun ada mohon 2 biasiswa, TNB dengan JPA.TNB tak dapat JPA yang melekat.Ada banyak biasiswa lain cuma kena rajin je nak isi form dan sabar menunggu keputusannya.Selalunya budak budak JPA ni makin sasau,makin melencong bila dapat duit sekelepok banyak jatuh dari langit.
Lupakan pasal JPA
itu semua duniawi

//

PEREMPUAN

“perempuan kalau marah memang marah betul dan akan ingat sampai mati eh?”

Wahai kaum hawa, betul eh pernyataan kat atas?

Kenapa marah sampai nak ingat ingat sampai mati ? KAH KAH KAH. Oh tak,aku rasa aku dah buat salah kot satu ketika dulu , sampai sekarang masih tak elok walaupun berpura pura ok bila berhadapan emrhermrhhrme. Entah la.Kenapa nak berdendam pun aku tak tahu.Mahal sangat kot perasaan dia.Memang tak la untuk aku berlutut minta maaf bagi coklat segala,nak call ke tulis surat rasmi mohon maaf .itu semua propa dalam tivi je ; full of drama swasta. Sekali aku dah cakap minta maaf tu,kira itu la maaf pertama dan terakhir.aku dah buat tanggungjawab aku dan kau (sepatutnya) buat tanggungjawab kau untuk memaafkan 
orang lain.

“maaf la ego aku tinggi mencecah langit”

Aku suka guna konsep “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, buat sombong dibalas sombong,lupa dibalas lupa,dendam dibalas dendam,sakit hati dibalas sakit hati”

Baru adil kan hidup? 
kalau tak suka mohon senyap.

Daripada aku tensi dengan perempuan lebih baik berlibur dengan JPA hihii (jangan marah.gurau je)
Oh penat.kthnkbyenites

“will stop from thinking about you and pretend you never exist in my world. goodbye old friend.”
Sincerely,
Jerin.

Wednesday, October 17, 2012

How come orang minta tolong kita tak tolong?

kenapakaubaca.[?]
"oh itu pilihan dia.I follow"-H.A

Ianya sangat tipikal,alah bisa tegal biasa dalam kalangan melayu ; sampai naik loya bila ada ada perkataan “minta tolong”


“minta tolong” dikategorikan sebagai 


Satu,yang menyusahkan
dan  
Dua,yang ikhlas. 

Dah memang lumrah alam.Manusia nak benda yang terpaling sungguh mudah sekali walaupun dah ada pelbagai kemudahan.


Let say, manusia ada tangga, nak eskelator .tak puas lagi, nak lift pula.

Ibarat beri betis nak paha.


*pause untuk mengeluh*


Pernah rasa bila kita nak minta tolong (memang urgent) ,orang lain boleh pulak buat buat tak endah ; buat tak pandang ; buat tak Nampak ; dan rosakkan mood kita?


Aku kecewa jumpa dengan orang orang macam ni.macam s*al.Aku tak mintak wang ringgit ; aku tak mintak harta ; tak minta kasut baju tali pinggang what ever segala fuuu ; aku dah ada semua tu.yang aku minta cuma sekeringat jasa atau budi atau pertolongan.


But somehow orang orang sekarang dah definisikan “minta tolong “ tu suatu yang akan menyusahkan diri.dia macam kalau tolong ; diluah mati bapak,ditelan mati mak.


“eh dia minta tolong ni,mesti dia nak pinjam duit,atau suruh pergi beli guna duit aku dulu ke?”


Sampai macam tu segala mind orang kita.Very the katak bawah tempurung. Bila la mentaliti macam ni berubah.atau diubah.


Tapi prinsip aku,selagi aku boleh tolong,aku tolong tanpa balasan.Perlu ke berkira?


//
persetankan persetankan persetankan semua tu. Lepas ni boleh dah takrifkan dalam dewan kamus bahasa definisi "minta tolong"
iaitu ;
"sesuatu perlakuan tak ikhlas lebih lebih lagi selepas zaman millenium"


**

Nak balik raya haji.Tak sabar nak tunggu hari selasa hikhikhik \
kbye

Tuesday, October 9, 2012

Windows Shopping di Gunung Datuk.

kenapakaubaca.[?]
"woo dia tu playgirl rupanya."-H.A


Naik gunung Datuk memang cari bala dengan sukarela. Apa aku nak konklud kan eh?

Penat + Letih + kaki letih + satu badan kuyup dengan peluh + dan akhir sekali, puas hati bila dapat tawan puncak.

I am not like to write long long ,very the long then it will turn boring.so I write write the short short one ok.
Meh sok sek sok sek.
    ini la adventure team
  • ·         Seronok gila sampai kelu bila dapat naik gunung sambil menyanyi.Bukan apa,sengaja nak hilang kan boring asyik asyik dengar unggas,cengkerik dan whatever segala binatang kat atas tu,better aku nyanyi,senyap sikit diorang HAHA.takla,saja nak bagi hilangkan sycho rasa penat letih.Kalau kau nyanyi rasa cepat je sampai.
this is the tangga yang tinggi tu.dalam gmbar memang la nampak rendah

  • ·         Aku rasa tangga paling tinggi aku pernah jejak dalam hidup aku ni, adalah tangga bomba dekat betul betul atas batu puncak dia ni.Seriauu gila, better kalau korang naik lepas ni,siap siap la tulis wasiat,letak nama aku sebagai waris kih kih kih

  • ·         Selalu ingat asap ; padahal kabus tak berhenti2 flow dekat udara sejak pukul 11 malam sampai 2 3 pagi I think. Bayangkan angin kalah taufan Katrina – pokok dia menyeramkan .bayang kan bayangkaaannn la gila.

  • ·         Sebelum panjat gunung tak pernah pulak bawak beg besar gedabak kat belakang -.- berat weh.dengan aku yang bijak ni bawak air botol 5 liter tu. Sampai la puncak.tapi Alhamdulillah,aku Berjaya sampai dengan membawa botol 5 liter walaupun air tak penuh .HAHA eh kira berat la jugak tu.

  • ·         Lepas ni kalau engkorang ada hajat nak panjat gunung ke apa ke panjat bukit ke ; fikir la doplohpat kali atau lupakan je terus HAHA tapi bila dah sampai atas.segala penat hilang.serius >.<

  • ·         The most awesome part is when masak memasak bersama team member.Oh korang kewl gila.thank siapa yang team aku tu, fafa,zarif,aqil,yat ,ja’a. And ada dua orang aku lupa nama HAHA.  Nasi keras pun tibai,lauk lauk masuk belalang pun tibai,sudu kongsi kongsi,pinggan kongsi kongsi, sumpah terharu doh.

  • ·         Pergh yang paling malang bila tengah nyenyak tidur pukul 3 pagi,boleh pulak hujan gunung turun.Sejuk dia memang boleh mati beku kat atas tu.semua kelam kabut baru nak pasang khemah – lepas pasang semua duduk macam ayam dalam khemah – sampai hujan berhenti. Tapi aku peduli apa,basah tak basah aku ngantuk aku baring jugak HAHA bangun bangun tengok baju kotor. Pergh.

  • ·         Jangan mengada ngada nak mandi atas gunung.There’s no water source kat atas tu. Nak pergi water source kena redah belantara selama 30 minit.sampai aku yang gedik nak ikut carik air ni,terjatuh kat lubang ; smpi paras peha.berdarah la siot.sakit.so kitaorang semua tak mandi 1 hari setengah HAHA.

  • ·         Pertama kali main layang layang atas puncak gunung. Idea siapa tu? Brilliant gila. Angin diaaaa..nyaman gila.


Tak nak cakap banyak.nak rasa naik gunung pergi la sendiri.lepas ni aku nak daki bukit depan rumah je la.walaupun tak tinggi,tapi tak la menggayatkan aku kih kih kih.

//

Persetankan kejap pasal gunung tu.

Ayah aku pernah bagi tahu dulu,
“rezeki orang tu hak diorang,biarkan diorang.kita dah ada hidup macam ni pun kira bersyukur.”  - tak salah aku dia bagi tau masa aku zaman tingakatan tingkatan kot.

Benda ni mengingatkan aku untuk menurunkan sifat ego dalam diri ; bongkak, takbur.
Lagi rela orang perlekehkan kita walaupun dia tak tahu cerita sebenar.
Lepas ni nak cuba rendah diri je.
Mana tahu ada keajaiban berlaku ke apa kan?
Who knows? Kthnkbyenites.
semua muka eksaited je sebelum naik


pemandangan dari puncak

depan aku tu sebenarnya gaung baq ang.

reunion KMK

Tuesday, October 2, 2012

Apa yang kau suka buat aku tak suka?

kenapakaubaca.[?]
"seronok nampak?"-H.A



muka paling enoooyingg

aku tak syorkan korang baca kalau panjang sangat ; sambil mengomplen aku tulis panjang dan aku dilabel ‘jerin SS’ HAHA sukati la.ni diari public kamus hidup aku kih kih takde duit nak beli buku diari


Hidup ni memang busy.Kalau busy tu hidup,mesti dia tak nak guna nama ‘busy’ sebagai nama dia sebab memang busy la cerita dia -.-‘  Oh,selain daripada korek hidung dopopatjam,aku kena basuh baju,jemur baju perah baju (ni tipu,mesin yang buat) – eh kalau nak tahu,semalam pertama kali aku guna mesin basuh ; sejak dari zaman matrik sampai sini,sampai la semalam, pertama kali guna mesin basuh tu.sebab dia murah rm1 baq ang HAHA dulu rm3.
Tapi apa yang dungu sangat mesin tu basuh sampai 50minit. -.- dia sengaja nak bagi baju baju aku rosak ke apa? Last last mesin tu yang rosak aku kerjakan sebab aku nak cepat spin.

“balik ni nak suruh ayah beli roller blade la.senang sikit berjalan.tak haus kasut aku” –H.A


Aku syor kan lepas ni mana mana kontraktor kalau nak buat mana mana universitas ,ratakan dulu tanah biar 90’ darjah – permukaan tanah tu. UTM berbukit bukau weh.rasanya kalau tak turun petang jog pun takpe,sebab segala perjalanan ke fakulti ke kelas tutorial ke kafe whatever kejadah semua dah cukup buat diri ni sihat ; sebab setiap minit peluh mengalir.
Aku yang berat 55kg ni pun dah turun dekat 2kg, rasa rasa yang 80kg tu boleh turun jadi 50kg tak dalam masa 4 tahun kat sini? Kih kih gurau je ,no hurt feeling.
Eh persetankan semua tu.

//
Ada 3 perkara yang aku tak suka selain menunggu daripada rambut siap digunting.Itu memang the most terrible thing,membazir masa je nak tunggu.Masa itu emas kau tahu?
Apa yang pertama?

Bangun awal.

Semua tak suka bangun awal aku rasa.tapi tahu pulak tidur lambat ? tidur bagai nak rak lambat gila,konon nak habiskan assignment (padahal propa gila –layan movie layan korea main dota main pes main segalanya sampai )pukul 1.30 pukul 2 pagi, lepas tu memekak komplen pagi pagi
“aku ngantuk la,aku ngantukkkk.tak cukup tidur.uhuk uhuk “-sambil menggesek mata dengan buat mimic muka yang manja .

Aku rasa golongan ni patut dicurah asid H2NO4 haha biar lawa sikit muka. (eh gurau je sebab aku pun buat benda terkeji ni) hihi and the most important thing, perkataan paling menyampah nak dengar bila pagi ;
“menyesalnya tidur lewat semalam.” Kalau tidur awal,pagi ni mesti segar je mata , niat nak pergi kelas tu rasa suci je HAHAHAHAHAHAAHAHA.

Apa yang kedua?

Perempuan (bertudung) yang mencarut

Aku tak peduli langsung bila perempuan free hair nak mencarut, sukati dia la mencarut aku peduli apa sebab dosa pahala dia yang tanggung,Aku tak ada kena mengena kan? Selagi dia waras dia boleh fikir.rasanya HAHAHA. Eh perlukah aku bezakan free hair dengan bertudung ?
Rasanya perlu kot. 

The cliché perpective daripada orang ramai. Perempuan bertudung itu lembut ayu suci blabalbalbalabaalbalbaa ok stop. (mampus aku kena tiaw dengan dorang lepas ni sebab tulis posting yang menaikkan kemarahan)

Bila kau tengok perempuan mencarut,nak buat bini pun tak ada hati dah.geli hati ni nak melamar haha.”adui fuck betul la” “apa macam sial ni?” “bangangg...”  ini baru kategori mencarut kelas  ketiga. Ada kelas pertama kelas kedua carutan carutan yang memang tak syok betul kalau dengar. Lelaki takpe la.ada excuses HAHA.

“pengkid dikira perempuan kan?aku rasa la.”
Mohon jangan carut lagi.Pesanan Khidmat Komuniti

Apa yang ketiga?

Rakan tak beri komitmen dalam kumpulan.

Sejak masuk sini.boleh dikatakan semua lecturer secara sebulat suara suruh  bentuk kumpulan.Aku dah risau dah.Risau dapat team member yang kaki malas nak berkerjasama.Bukan nak cakap bagus; besar,bajet aku ni rajin apa ke tak. Tapi ni lumrah, aku cakap bedasarkan fakta. Eh kau yang marah tu, mesti kau malas nak cooperate dengan kumpulan kan? HAHAHAHAHA.

Eh malas nak tulis.nanti la
Nak siap siap pergi jogging pulak.
Maaf la.terpanjang pulak entri.dulu cita cita nak jadi setiausaha PM.
Sekarang tengok dah macam takde masa depan je so biarlah.
Kthnkbyenites.
alia adalah kawan yang menyakit hatikan,but aku suka diorang HAHA