"seronok nampak?"-H.A
muka paling enoooyingg |
aku tak syorkan korang baca kalau panjang sangat ;
sambil mengomplen aku tulis panjang dan aku dilabel ‘jerin SS’ HAHA sukati
la.ni diari public kamus hidup aku kih kih takde duit nak beli buku diari
Hidup ni memang busy.Kalau busy tu hidup,mesti dia tak nak guna nama ‘busy’ sebagai nama dia sebab memang busy la cerita dia -.-‘ Oh,selain daripada korek hidung dopopatjam,aku kena basuh baju,jemur baju perah baju (ni tipu,mesin yang buat) – eh kalau nak tahu,semalam pertama kali aku guna mesin basuh ; sejak dari zaman matrik sampai sini,sampai la semalam, pertama kali guna mesin basuh tu.sebab dia murah rm1 baq ang HAHA dulu rm3.
Tapi apa yang dungu sangat mesin tu basuh
sampai 50minit. -.- dia sengaja nak bagi baju baju aku rosak ke apa? Last last
mesin tu yang rosak aku kerjakan sebab aku nak cepat spin.
“balik
ni nak suruh ayah beli roller blade la.senang sikit berjalan.tak haus kasut
aku” –H.A
Aku syor kan lepas ni mana mana kontraktor
kalau nak buat mana mana universitas ,ratakan dulu tanah biar 90’ darjah –
permukaan tanah tu. UTM berbukit bukau weh.rasanya kalau tak turun petang jog
pun takpe,sebab segala perjalanan ke fakulti ke kelas tutorial ke kafe whatever
kejadah semua dah cukup buat diri ni sihat ; sebab setiap minit peluh mengalir.
Aku yang berat 55kg ni pun dah turun dekat
2kg, rasa rasa yang 80kg tu boleh turun jadi 50kg tak dalam masa 4 tahun kat
sini? Kih kih gurau je ,no hurt feeling.
Eh persetankan semua tu.
//
Ada 3 perkara yang aku tak suka selain
menunggu daripada rambut siap digunting.Itu memang the most terrible
thing,membazir masa je nak tunggu.Masa itu emas kau tahu?
Apa yang pertama?
Bangun awal.
Semua tak suka bangun awal aku rasa.tapi
tahu pulak tidur lambat ? tidur bagai nak rak lambat gila,konon nak habiskan
assignment (padahal propa gila –layan movie layan korea main dota main pes main
segalanya sampai )pukul 1.30 pukul 2 pagi, lepas tu memekak komplen pagi pagi
“aku
ngantuk la,aku ngantukkkk.tak cukup tidur.uhuk uhuk
“-sambil menggesek mata dengan buat mimic muka yang manja .
Aku rasa golongan ni patut dicurah asid
H2NO4 haha biar lawa sikit muka. (eh gurau je sebab aku pun buat benda terkeji
ni) hihi and the most important thing, perkataan paling menyampah nak dengar
bila pagi ;
“menyesalnya
tidur lewat semalam.” Kalau tidur awal,pagi ni
mesti segar je mata , niat nak pergi kelas tu rasa suci je HAHAHAHAHAHAAHAHA.
Apa yang kedua?
Perempuan (bertudung) yang mencarut
Aku tak peduli langsung bila perempuan free
hair nak mencarut, sukati dia la mencarut aku peduli apa sebab dosa pahala dia
yang tanggung,Aku tak ada kena mengena kan? Selagi dia waras dia boleh
fikir.rasanya HAHAHA. Eh perlukah aku bezakan free hair dengan bertudung ?
Rasanya perlu kot.
The cliché perpective
daripada orang ramai. Perempuan bertudung itu lembut ayu suci
blabalbalbalabaalbalbaa ok stop. (mampus aku kena tiaw dengan dorang lepas ni
sebab tulis posting yang menaikkan kemarahan)
Bila kau tengok perempuan mencarut,nak buat
bini pun tak ada hati dah.geli hati ni nak melamar haha.”adui fuck betul la” “apa macam sial ni?” “bangangg...” ini baru kategori mencarut kelas ketiga. Ada kelas pertama kelas kedua carutan
carutan yang memang tak syok betul kalau dengar. Lelaki takpe la.ada excuses
HAHA.
“pengkid
dikira perempuan kan?aku rasa la.”
Mohon
jangan carut lagi.Pesanan Khidmat Komuniti
Apa yang ketiga?
Rakan tak beri komitmen dalam kumpulan.
Sejak masuk sini.boleh dikatakan semua
lecturer secara sebulat suara suruh
bentuk kumpulan.Aku dah risau dah.Risau dapat team member yang kaki
malas nak berkerjasama.Bukan nak cakap bagus; besar,bajet aku ni rajin apa ke
tak. Tapi ni lumrah, aku cakap bedasarkan fakta. Eh kau yang marah tu, mesti
kau malas nak cooperate dengan kumpulan kan? HAHAHAHAHA.
Eh malas nak tulis.nanti la
Nak siap siap pergi jogging pulak.
Maaf la.terpanjang pulak entri.dulu cita
cita nak jadi setiausaha PM.
Sekarang tengok dah macam takde masa depan
je so biarlah.
Kthnkbyenites.
alia adalah kawan yang menyakit hatikan,but aku suka diorang HAHA |
No comments:
Post a Comment