Friday, August 17, 2012

Iftar & Aidilfitri.

kenapakaubaca.[?]
"Salam Aidilfitri geng ! "-H.A

untuk ke 19-th ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
minta maaf luar dalam,halalkan makan minum dan ampunkan segala salah silap.
Hati hati dijalan raya.
Salam aidilfitri.





Iftar bersama kawan.Thanks for the great night. :)

Wednesday, August 15, 2012

Anonymous.

kenapakaubaca.[?]
"jangan risau.aku dah lupakan kau,walaupun bukan 100%,mungkin yang selebihnya aku ingat kau lagi sebab apa yang kau dah buat kat aku.thnks"-H.A

Dah terlalu klise kalau aku nak cakap pasal raya. sudah cukup sudah 2 tahun aku  letak entri panjang berjela pasal raya. dan ye,alhamdulillah. raya sebelum sebelum ni belum mengecewakan aku.
Oh harapan untuk raya kali ni ?

Semoga semua dapat kumpul sama sama,dapat berkepoci malam raya, dapat main bunga api malam raya dan pagi raya bermaafan.

tu je raya.simple tapi seronok.

tak perlu baju raya lip lap lip lap,tak perlu nak brand sangat,tak perlu nak masak itu masak ini tapi orang tak datang.kan membazir tu. (?)

rasa tak sabar nak raya ditambah rasa menyampah nak masuk uni.cam lanccccau.






*pause raya*

Pernah korang hadap dengan orang yang kedekut tapi tak tahu malu?

Rasa sakit hati kan? gila annoying budak ni.

"eh kau aku dah bagi kau pinjam garam dulu kan timah? oh time aku nak pinjam je kau pulak kedekut taik hidung masin nak mampus.apa kes?"


Yela bila dia nak pinjam barang kita,kita bagi je , tanpa soal banyak banyak cam detektif konan tu. 
tapi,
bila time kita nak pinjam dia punya barangg,perghhhhhh
banyak betul alasan.
sumpah rasa macam tak fair tak aci ,berat sebelah
limau masam sebelah betul lah ! pui.

Actually orang orang macam ni sebenarnya memang masalah.
nasib baik la aku jenis yang tak suka pinjam barang barang melainkan terdesaaakk ssesangat, masa tu baru la tak malu terhegeh hegeh pergi buat muka simpati minta pinjam HAHAHA.

masa tu baru aku tahu erti pinjam.

//

oh bdw aku tengah marah sekarang.sangat.

marah dengan orang yang bagi banyaaaaaaaaaaakk alasan , walaupun ada beberapa alternatif untuk selesaikan


pergi mati la.

*stop*

Monday, August 13, 2012

Ada apa semalam?

kenapakaubaca.[?]
"lupakan je semua tu"-H.A


Sometime,benda yang tak dijangka tu sangat seronok. Aku tak jangka, keluar 3 orang kali ni amat seronok. Tak perlu 20 orang,tak perlu gurauan kasar,tak perlu pergi arcade,boling sini sana.

hanya windows shopping,dalam wallet tak lebih rm100 dan hanay 4 orang. Boleh bergelak sakan.
memang ini yang aku mahukan- sebelum menjerkah ke alam universiti. 

sengaja.

aku perlukan memori.

** rewind  ,^*%&^*jhgsdjsa^*(*&(uadi  (bunyi rewind)
//eh dulu aku sebut rewind tu revaine. HAHA bodoh tak ? bodoh kan?

Lepas gian berkaroeke jamban 5 lagu. Tahniah jerin.kau masih ada suara. lagu wajib rolling in the deep, selamat malam sayang , tanpa-6ixthsense, lagu khadijah ibrahim - ku pendam sebuah duka dan mengapa-nicky astria. 5 lagu yang penuh makna dan mendalam.Bukan sengaja aku nyanyi

biar pun di bulan ramadhan.
biar pun tekak haus
tapi.
segalanya ada makna.


"Bercinta sudah lama,Berkasih dan bermesra,Sedang enak membuai rasa,Perpisahan tercipta
Mengapa sementara,Cerahnya cinta kita,Mendung tiba tiada ku pinta,Gelapnya suasana
Walaupun hatiku,Amat berat melepasmu,Dan rintangan mendatang sayang,Terpaksa kuleraikan
Seandainya,Kita harungi jua,Kelak punah semua sayang,Mimpi yang kau harapkan" - 

//

Tapi kenapa.dalam mencari tempat berbuka,kenapa masuk restoran tu.kenapa kenapa kenapa? kenapa hari ini?
aku fikir dia ada di tempat belajarnya.
tak sangka tiba tiba ada sejarah dalam restoran tu.
oh (mungkin) kebetulan semua tu.

//

dan akhirnya Nandos dipilih.thanks guys.
nasib baik tak terserempak lagi HAHA.

esok kita gempur KL pula .
bye.

Thursday, August 9, 2012

Birokrasi Sombong.

kenapakaubaca.[?]
"menyampah la layan orang yang good good ni"-H.A


"eh eh minah,kau ni sombong nya.., tau la cantik kan?"

"kau ni sombong nak mampus sial,kau tak payah nak bajet hot sangat la kan" - aku tak faham, kenapa orang nak marah pasal kita sombong.

dah diam .

ada banyak rupanya perilaku orang sombong ni. Aku rasa sombong tu hak eksklusif masing masing.personally character. Boleh tolong jangan ambil kisah dengan sombong tu please? 

satu. 


kalau kau tau dia sombong,tapi masih melayan lepas tu kecewa,aku rasa itu bukan salah si sombong tu ; aku rasa itu salah kau.masih terhegeh hegeh nak layan si sombong tu.

serius aku tak suka orang macam tu , tak pernah buat macam tu rasanya seumur hidup ni.
buat apa layan? rugi masa rugi tenaga.

bukan tak pernah,aku pernah rasa jugak jadi mangsa kesombongan orang lain,tapi wat lek sudah.tak payah nak kisah sangat .(itu pun kalau kau jenis yang tak kisah macam aku lah kan? kih kih )
Pernah jugak aku mengayat perempuan. eh aku ada jugak perasaan tau , ingat tak ada ke ? -.-
macam biasalah,perempuan tu sombong.sangat. so apa boleh aku buat? hidup je la macam biasa HAHA.
-kutuk perempuan tu (mcm kat atas tu) - hati puas - dan berlalu pergi.

macam orang kata la, kau sombong sangat pun tak guna. nanti bila hidup jadi kera sumbang, baru tahu nak cari orang lain balik,berbaik baik sebab hidup dah takde sesiapa.

mengeluh*

dua.

Bila kita punya best friend tiba tiba sombong. apakah? tak rasa macam kiamat dunia ?
mungkin atas nama kawan baik / best friend forever / kawan beberapa abad / kawan tepuk tampar / kita dah terbiasa buat rutin dengan kawan baik - bila jumpa - lepak - borak kosong sampai takde topik - menyundal wayang - balablaalbalbababalbla tiba tiba satu hari dia diam - makin sepi dan hilangkan diri.

pos surat tanya khabar memang tak la.
sepatah sms , sepatah dia reply
call jauh sekali.
nak 3G takde coverage.

buntu dah.

mengeluh*

seriusly,kalau aku jadi korang.aku akan balas balik apa yang dia buat.
dia senyap,kita senyap la jugak
dia text sepatah,kita text sepatah. 

kan senang? dua dua sakit hati dua dua menang.
buat apa nak mengharap lagi, the cliche words yang akan berputar putar

"people changes"

kepala ho dia people changes. kalau otak tak kata "weh kau kena berubah" ,kau tak akan sesekali berubah.

susah aku nak jumpa orang macam ni.

//

dah la,esok kerja.bye

salam ramadhan ke 20 , 21. 

*eh post ni bukan untuk sesiapa.Mohon tak perlu terasa.

When our ear hears the raya songs.

kenapakaubaca.[?]
"berdoa untuk malam lailatul qadar."-H.A



Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya

Nyanyian Saloma-selamat hari raya

Hari Sabtu jam tiga!
Tak sabar nak berjumpa
Dengan semua teman lama!

Kukirim hadiah kota!
Kukirim khabar desa!
Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Tetapi kita masih kita!

Riangnya
Bertemu lagi
Bagaikan bunga api di hati!
Pabila
Bersua kembali
Bagaikan langit memekar
Berwarna-warni!

Kau mesti ke rumahku!

Sepertinya selalu!

Mata pasti tak pejam
Bercerita sepanjang malam

Dulu kisah remaja
Kini kisah dewasa
Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Setahun sekali berjumpa!

Riangnya
Bertemu lagi
Bagaikan bunga api di hati!
Pabila
Bersua kembali
Bagaikan langit memekar
Berwarna-warni!

Riangnya
Bertemu lagi
Bagaikan bunga api di hati!
Pabila
Bersua kembali
Bagaikan langit memekar
Berwarna-warni!

lagu bunga api di hati.-nyanyi fara fauzana,aleeya,stacy dan errrr siapa lagi tah


//

teka la.aku duduk dalam kedai, putar la berapa ribu kali pun lagu raya, tak akan boring.berbanding lagu tipikal omputih yang sekali dengar best dua kali dengar best sikit tiga kali dengar dah stop empat kali dgr terus delete -.-. serius, lagu raya lagi lagi yang lama punya version sangat la mengundang nostalgik.tak boring wa cakap lu.

jangan tipu, setiap kali bila lagu raya terpasang,mulut kau mesti nyanyi sekali.jangan nak tipu la. itu semua lagu lama lama yang kau hafal tu kan? kan kan? HAHA lagu lagu baru ? apa tu? serius langsung tak pernah dengar.Macam lagu anugerah aidilfitri , lagi siti.

"di sini hari ini,lebaran yang di nanti....."

"sesuci, di hening subuh...."

takpun,
"berdendang mari berdendang..berdengdang di seluruh alam.."

itu baru siti. ada banyak lagi lagu lagu nostalgia.macam sanisah huri ,sharipah aini, dj dave ,p.ramlee. kadang kadang aku nampak budak budak sekarang pandang enteng je semua.kenapa la? cuba la hayati sikit. takkan itu pun nak lupa?

Raya setahun sekali bro. tolong. (eh aku pulak yang eksaited huerheruhe)

aku ambik bait bait lirik lagu kat atas tadi,

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri - lagu lama


Kukirim hadiah kota!
Kukirim khabar desa!
Aku di sini (oh oh)
Engkau di sana (oh)
Tetapi kita masih kita!
-lagu baru


kita boleh nampak betapa kosongnya lirik lagu sekarang compared to the lagu lama.Bukan kita tak nak support.Bukan begitu ya dong, tapi kalau nak dengar lagu biarlah ada isi sikit liriknya.bukan oh oh oh je banyak. Apa yang saloma nyanyi tu semua betul. semua yang berlaku pada pagi raya

- orang miskin orang kaya pakai baju baru. - we melawat rumah atok opah mak sedara semua - kita nmpk pemandangan balik kampung penuh pelita , raya pertama dalam kereta semua pakai baju melayu,baju kurung- dan ofkoz tua muda semua gembira. -

apa yang lagu baru buat;

ku kirim hadiah kota ? apa tu?

ku kirim khabar desa . ok ni boleh terima

aku disini ? apa tu? no point

engkau di sana. -_-

tetapi kita masih kitaa . lagi la apa pun tak boleh.

//

bukan bidang aku untuk komplain. bukan kuasa aku.aku tiada hak.
tapi cukup aku simpulkan. tak payah la cipta lagu baru lagi.

bye,




Tuesday, August 7, 2012

Letting Go.

kenapakaubaca.[?]
"aku sombong.dan aku terasa .:)"-H.A
:|

yo waddap kepada semua yang comel comel macam aku tu.puasa penuh ? ke tak puasa? ke puasa on off on off? persetankan la.sebab dosa sendiri yang tanggung kan? I tak tanggung HAHA.

"letting  go will make her happy."

sejauh mana dia happy , dan sejauh mana kita happy [?]. tipu.dua dua tipu.
dua dua sebenarnya tak happy.dua dua sedang berlakon ,senyum dekat luar dalam hati parah berdarah.

Ya,adakala kau kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Ahh aku maksudkan macam ni.
kau dapat gaji hasil titik peluh , nak barang.dan kau korbankan duit.
macam tu la.
gaji -> samsung S3 -> rm2000 -> duit hilang barang dapat.
as simple as ABC.

sama jugak dengan perasaan. biarkan dia pergi (mungkin) boleh membuatkan masing masing jadi better. Konon.

"oh mungkin dia sengsara hidup dengan aku sekarang, mana mungkin boleh hidup sama kalau muka pun tak mahu pandang."

jadi,kita biarkan dia pergi . dengan harapan perasaan jadi baik,momen momen buruk jadi mimpi manis. 
itu pun kalau dia hargai apa kita buat.
*sigh

kecewa,sedih blablabla, biarkan perasaan tu berlalu. Kita berkorban dan will get the result.
tapi aku sedang berkorban sekarang.
harap harap pengorbanan aku terhasil.
apa pengorbanan aku ?

"letting her go..

from my mind"

//

menghitung hari hari terakhir kerja. HUERHRUE oh ada satu je masalah.
masalah masalah melayu islam yang lupa daratan. waktu nak berbuka lagi 5 minit,masih bertandang masuk kedai pilih kasut. Wadefak semua. kalau sorang sorang aku tak kisah, kau nak mengeteh berapa banyak kasut pun tak apa,ni bawa segerombolan family - anak anak. 
Tolong. bawa mereka berbuka walau kau tak puasa. Hormat ramadhan.

teruk perangai macam dajjal. fuh.

//

*salam nuzul Quran 
dan
selamat berbaskin robbin percuma,8 ogos ,8pm-10pm. (dimana mana BR kawasan anda)

Saturday, August 4, 2012

I can't make you love me

kenapakaubaca.[?]
"tak sabar nak bersara"-H.A


kita tak boleh paksa orang. atas apa yang kita mahu,
 kita paksa orang lain buatkan untuk kita.
kita tak boleh arah orang , atas apa yang kita inginkan.
kita bukan pengarah
kita bukan boss besar
dan kita bukan sesiapa


I guess,sama la juga perasaan. aku tak boleh nak suruh kau suka aku.
"weh suka la aku please please please" tak boleh.nampak murah nampak terdesak nampak desperado.


Tapi adakala ada hint yang aku beri untuk kau balas balik hint aku.
mungkin kau ada dua option
satu kau sedar aku beri hint tapi kau pura pura tak nampak supaya untuk aku terus bagi hint
atau
dua kau sedar tapi hati kau memang tak boleh dah menerima hint aku.


awak yang mana?


yes.memang betul dah ludah takkan aku nak jilat balik.
tapi saya baru tersedar apa itu cinta.
apa nya itu perasaan jatuh hati
dan apa itu perasaan sayang.


mungkin dulu masih mentah
masih liat dan ego menerima semua ni.
kini segala menjadi lumrah hidup.


kita hidup untuk disayangi bukan?


eh,tapi berlandaskan syarak la. kan?


ok la mata dah kuyu.esok kerja.
minggu depan berhenti.yeay!.