Saturday, December 31, 2011

Tolong la aku taknak tua bila 2012

kenapakaubaca.[?]
"OMG tahun depan aku tua ! :D"-H.A



Jangan nak klise sangat ,post sebelum tahun baru.lepas tu memekak apa azam apa azam.azam sebelum ni pun tak pernah nak terlaksana HAHA. Oh.2011 penuh makna. Tapi sayang, 2011 tak termampu untuk buat post aku lebih 200+ macam tahun 2010. Mungkin tiada masa , maklum la dah jadi artis kan . dan lagi beberapa jam , nak lagi dramatic tukar ke minit lagi dramatic murahan tukarkan kepada saat.kita akan pergi ke tahun baru. Which means tahun yang membuatkan aku terasa tua. Ewww.dah 19.eww eww rasa janggal tak pernah lagi rasa tua macam ni . *muka poker face. Tua la kita ni.  tapi kenangan itu nostalgic –

Sepanjang 2011 yang penuh duka lara suka :’)
Di januari
  • ·         Pengalaman cari kerja mematangkan kita. Semua kusut masai bila nak carik kerja. Yang dah sampai tahap gila saiko yang tak dapat carik kerja pun ada. Aku kerja.kerja kasut crocs je.itu dah cukup.trimas kak hana , dora ,k.linda ,dan my truly best friends ,khairul ,fana & afiq.
  • ·         Kau tahu apa pengalaman terima gaji hasil dari titik peluh kau? Rasaikan sendiri. Its worth bebeh .
  • ·         Bila budak budak keluar reunion menyundal.-sangat nostalgic.

Bila Februari
  • ·         I wish cuti tahun baru cina tak ada, sebab letih kemain. Penuh orang , penat nak layan kerja gitu gini.
  • ·         We have a family dinner. –itu lagi nostalgic dari yang lain. :’)
  • ·         Pengalaman pakai phone baru. Wuhuuuu. Duit sendiri bukan dari bank rasmi parents kita. Hihi.
  • ·         Tak lupa menyundal dengan  gengkawan,kawan crocs. Habis rm500 dalam sehari. Itu yang tak bestnya HAHAH

Semasa Mac
  • ·         OMG spmsuxx.result.buat aku mati. Result teruk tapi jangan lupa.malam dapat result tu terus menyundal lagi. Itu wajib tak boleh tinggal HAHA.
  • ·         Kalau berpacaran , jangan tunggu lama lama. Rasa putus di tengah jalan . :’( drama 2011

Waktu april
  • ·         Besday aku, seronok.dapat hadiah memacam. Dapat kek dapat suprise dan dapat duit. (gaji -.-) kau tak rasa spesial ke hari jadi kau?
  • ·         Aku rasa masa ni la Dia dating melawat aku. :’)
  • ·         Pergi times square, putrajaya, pavilion dan etc etc bila waktu off day.sangat nostalgic.

Mei menjelma
  • ·         Tiba masa untuk berhenti kerja.rasa sedih.sedih tak dapat lagi pegang duit bundle bundle -.-
  • ·         Paling benci bila kena berhijrah ke kedah -.- hai matriks.mula la hidup tak keruan aku.
  • ·         Baru terasa bila family takde. Rasa lain bila jauh dari family L

Jun datang
  • ·         Nak sangat balik rumah. Esaimen berlambak berlonggok
  • ·         Kuliah laju gila. Bayangkan bila 15 chapter untuk 4 bulan.
  • ·         Dapat rakan tutorial yang sangat kewlzzzzz. J

Bila July
  • ·         Akhirnya aku balik KD.nyeeheee. mula mula memei menyundal dekat sekolah ah dengan budak uitm. Miss that moment
  • ·         Nothing much. Assignments itu wajib.sangat wajib.
  • ·         Struggle untuk UPS. Ujian penilaian semester

Dan Ogos datang
  • ·         Oh UPS  sangat cam ayam. Tak berguna aku ni HAHA
  • ·         Berpuasa di perantauan.itu sangat sedih sebenarnya tapi best
  • ·         Balik !
  • ·         Reunion bersama ayam aktif – 26 orang.- dekta little penang. Ini paling syiok.
  • Masa ni dia ada lagi J
  • ·         Shopping time. –raya kan nak dekat dah? Hihi

Wake me u when September ends
  • ·         Raya .-tahun ni paling nostalgia. Seronok sangat bila dapat berkumpul satu family.
  • ·         UPS result cam cikai. Benci.
  • ·         My mama’s besday dan my kakak. – itu sudah pasti :’)

October la nyah
  • ·         Terpaksa teruska hidup walau tak rela.
  • ·         Birthday bapak aku :’)
  • ·         Crush. Aduh. KMK tolong la aku taknak crush dah. HAHA

November oh!
  • ·         Duh PSPM! Aku rasa cam takleh buat.tapi Alhamdulillah :’)
  • ·         Melaka time. Sumpah seronok sial. Pertama kali drive lebih 2 marhalah secara solo.
  • ·         Meet my adik, Hasya Zaheera. Comelnyaa!

Disember .
  • ·         Cuti panjang. – lepas rindu dekat family.
  • ·         Teruskan semester 2. Dekat penjara ni .sighs :’(
  • ·         Balik krismas. Meyundal lagi. –
  • ·         I miss my friends.wondering they miss me or not?
  • ·         Sekarang, aku tengah menaip – 11.00 pm.

Hai 2012.hai januari 2012, hai 1 januari 2012.kita jumpa esok. Buat baik dengan aku eh.

siapa kufur mesti korang countdown benda ni kan? -.-

menyerah atau pasrah.

kenapakaubaca.[?]
"kerja kerja esaimen menimbun -.- "-H.A



“Redha itu ikhlas.Menyerah itu pasrah”

-penangan Ombak Rindu, selalu sangat . dah klise sangat bila dari novel kita adaptasi dekat tivi dalam movie semua itu klise klise klise lagi lagi bila suka suka je tukar jalan cerita marah penulis buku . pernah tengok Lagenda Budak setanzz? Setanzz siapa yang arah, banyak betul cut cut cut , sampai apa yang nak disampaikan tu tak sampai HAHA.tengok drama gerimis di hati ? aku baca buku dia sedap gila sama la dengan budak setanz, memang syok rasa macam aku je yang pegang watak utama MHERUEHRU tapi apa ke sia* bila masuk movie masuk tivi semua berubah.-dan lepas ni jangan ada pengarah gegedik nak adaptasi itu ini . tapi lain macam Alice in Wonderland. Aku tak baca buku dia so bila tengok movie dia tak rasa cam nak kondem ah .pfftt #tipikal Malaysian.  Dan sekarang ombak rindu ; walaupun banyak kelakar dari sedih , banyak babak babak pendek yang ganggu mata aku , sampai kelip kelip dibuatnya -.- tapi masih menarik. Kondeman pertama dekat fesbuk memang tak Berjaya bila dah sampai diakhir cerita . macam :’)) tapi tetap pfftt ah. – sampaikan kawan aku si farhana fadzil sanggup beli novel setebal alam sebab nak bagi paham lepas dah tengok cerita dia. Apakah ? -.-‘ watthefuu bila separuh dewan penuh dengan perempuan. Nyeh itu la perempuan , saiko taksub sangat dengan perasaan  . dengan cinta pun taksub.takjub ko t (?)




“cinta itu kejam “



i wish maya karin kekal imej macam ni .macam perempuan melayu terakhir.
“cinta itu tak kejam, yang kejam adalah orang yang mempermainkan cinta”


 errrggghhh dah meleleh ni air liur .jiwang karat tangkap leleh eww ewww tolong la keluarkan aku dari parasit kejiwangan ni -.-nak termuntah *vomiting  ok lega dah. – but sometime cinta dengan lelaki memang macam tak seswai bila nak dikepocikan .kenapa sesuai bila dengan perempuan , bila cakap pasal perempuan ,perempuan akan cakap pasal crush dia , pasal adegan SS bertembung crush ,pasal apa yang dia Nampak dengan crush , stalk apa yang crush buat , perempuan perempuan perempuan.haish .untung kita kan lelaki ? – nak lagi , perempuan jugak akan cakap apa yang buruk dekat crush dan apa yang elok dekat crush. Itu lah perempuan. Tak percaya  lettew. Kenyataan ni weh. Cuba cakap pasal cinta , lelaki tak pernah nak kongsi  , lelaki tak macam perempuan. Lelaki tau wiwiit je sebab nak menggatal tu je tak lebih dari gossisipi kuih kepoci macam pompan ; yang mana perempuan akan terbawak bawak crush di dalam mimpi .pffftttt . lelaki akan simpan pendam sampai dia terasa nak mengorat . perempuan takkan nak terima konsep perigi cari timba kot ? mesti la taknak.ego ego ego ish. – eh bye.

“masih mengharapkan harapan” jangan terjatuh dah la.

"aku tak mahu berkongsi kasih , aku tak mahu , aku tak mahu" 
perasaan bermadu. kenapa ada orang tak dapat terima lagi ha?

Friday, December 30, 2011

seeking you.♥

kenapakaubaca.[?]
":) happy for today"-H.A


how many time dalam hati cakap , "aku dah bersedia nak jaga anak orang" - pffft itu hanya imaginasi yang tak pasti tapi rasa tu macam nak tapi kita ni manusia kan sebab tu lagi senang kita skip kejap langkah seterusnya. dulu kecik zaman jahiliah form form dulu mungkin infiniti perasaan ; takde perasaan cuma berkawan dan sekarang dah alam 2012 lagi berapa jam je. lagi ? dah naik dari 18 ke 19 how old i am ok ; aku tak tua lagiiiiiiiiiiii .- tak dinafikan semua perasaan tu ada. //
fcuk


tapi how come aku boleh ingatkan yang lama, dah lama aku lupuskan ( mencuba makin mencuba dan masih mencuba ) dan agh malang sekali tak dapat.malah makin ingat, how come? tolong la pergi jauh. orang tu dah lupakan kau sial.dia dah ada peganti ; dia tak perlukan kau.dia tak perlukan perasaan menagih simpati kau yang kau buang dia dulu.konon nak berlagak ego sial. - i wish. mulanya aku fikir salah dia. dan salah aku jugak bila di fikir balik . tak penyabar dan bengis dan gelojoh. itu katanya. - persetanzkan.


apa yang kita tak boleh buat ? Jodoh ajal maut mati lahir rezeki bukan kita yang tentukan bukan kita yang decide. apa la salahnya kita tunggu kejap. tunggu untuk jodoh ; sambil tunggu untuk mati. kita tak tau tarikh yang exactly kan? apa salah nya kita tunggu. antara dua . mati atau jodoh.

I didn't stop loving you , but you just stopped noticing it.

orang gila memang macam ni.sasau angau semua ada. ni yang payah bila konsep jual mahal makan diri. dulu ada bunga pergi baling , ada lagi pergi rabakkan ada lagi pergi hilangkan dan sekarang hanya jumbang je yang ada. makin sesat .makin malap dan tinggal detik je nak hinggap but dont know where should the kumbang hinggap.- ah aku tahu.sekarang dia gelak besar. tahniah . berjaya buat hati lara ; hati tak keruan. mungkin ni petunjuk kau berjaya tapi mungkin untuk seketika. sebab my felling might be changed after a while. -kata saiko.


Just wanna searching back "some one like you" or may be you. who knows right? 

Tuesday, December 27, 2011

please give your sunshine

kenapakaubaca.[?]
"nomoodzz "-H.A


 malang tak berbau- memang superb la kalau korang memang boleh bau malang tu. kalau boleh dan ditakdirkan boleh membau malang tu.meh aku nak upah korang untuk baukan malang aku . letih rimas dan sedih bila malang asyik asyik hinggap kat tuan empunya diri ni. malang satu cabang dugaan ? buktikan. malang / dugaan aku rasa benda yang berbeza kot. ke sama ? entah la korang boleh refer kamus dewan bahasa edisi ke tigaratusribupuluhmillion balablab -.- ok enoying. aku hanya nak cakap tolong la malang jauhkan diri dari hidupku.bagi la aku hidupd dengan tenang aman sentosa. - malang masa nak balik tu , tertinggal bas - dapat bas buruk bas haram T.T sampai rumah dalam pukul 2 pagi.terlalu malang. dalam 3 malang tu ada satu je yang tak malang. dapat rasa naik teksi limo secara free of cas HAHA. -_- itu je la kot yang aku rasa yang lain semua malang malang malang malanggagagggzgzgzgzzgzzzzzz makin meluat makin benci. -jangan terlalu kufur boleh tak ? dan hari ni , bukan hari ni je malah sabtu ahad tu pun ada yang malang malas nak citer nantikan mulut korang berbuih kebosanan - dan alih alih hari ni lagi malang. bas rosak , masuk kolej pukul 8 dan kad matrik kena tarik petang nanti kena jumpa HEp - zzz T.T menangis air mata darah pun tak akan dapat membantu.

- masa ni la manusia nak ingat tadah tangan , mohon kerahmatan konon -padahal dosa dah berbaldi dekat belakang . tak mustahil bila aura malang ni membalas segala yang kau kejikan selama ni. kita tak panggil dia karma. karma bagi kita pesong ; pesong bagi kita sesat. sekadar tahu takpe. eww eww tolong jauhkan aku dari semua ni. aku dah letih penat . mohon hari mendatang tiada lagi khabar berita durjana airmata .aku rimas semua ni.tolong bagi aku pancaran senyum dan cahaya.tu je k tu je k . :')

ni baru betul malang

Sunday, December 25, 2011

hantu punya budak.

kenapakaubaca.[?]
"penat.esaimen? apa tu?"-H.A


lots of time. banyak masa.sangat .sampai dah tak reti guna. terlalu banyak drama. ada yang kitar semula,ada yang baru . maaf la ,statistik makin menurun, kalau dulu statistik ala ala mariah karei kau takpun justin si bibir sekarang going down down .bukan dah malas nulis, tapi aku cakap tadi.banyak masa, ; dibuang macam tu. macam cinta la kan , pun kena buang macam tu. lebih baik tinggalkan daripada berjaya sekerat jalan.wathefuuu cinta tak sama dengan masa. tapi seakan akan. eh tu je maksud aku.tak lebih tak kurang. zzz aku mengantuk.malam ni perjalan ke kedah pukul 1130mlm. semoga selamat tiba. dan lebih baik sebelum berambus.

The promises of yesterday are the taxes of today.


satu gambar beribu makna.kalau banyak?


meet fana

meet afiq

meeh si budak bajet

meet orang ramai

meet si comel :)

itu je . ada 5 gambar , ada 5000 makna.

Tuesday, December 20, 2011

no time want to overtime

kenapakaubaca.[?]
"perlukan masa "-H.A


hai korang rindu aku ke korang kbye.sumpah takde masa.makin hujung disember makin tak ada masa. nama je buat presentation pasal time management tapi tak gheti gheti nak urus masa.kthnnkbyenites.

"sekarang baru tahu masa tu emas.nyawa."

you see that masa mati berblog aku tu bila line kebawah

Thursday, December 15, 2011

Pasca SPM : nak pergi mana ni ?

kenapakaubaca.[?]
"hati aku tenang sekarang"-H.A



Hai budak pasca SPM,mesti engkorang rasa dah bebas ; dah merdeka kan dari segala buku semua? Rasa cam semua buku dah boleh jual dekat acik kitar semula semua ? Tapi ,tapi realitinya mesti korang ada rasa dilema pasal mana nak tuju lepas SPM.mana yang dah tetap pendirian sejak awal tu nak pergi mana ; sini ke situ .tahniah la sebab dah ada future decision.yang tak ada macamana? Mengelabah ayam kah? Ke dah tau takde masa depan?sekarang zaman orang yang tak minat sangat nak study sebab leceh.ongkata (orang kata) baik kerja bulan bulan dapat rm1000+ daripada nak bayar PTPTN balik 5 tahun nanti,daripada jenuh nak carik duit seminggu seratus untuk makan je ; belum untuk outing itu menyundal sini sana lagi . Aku pernah cakap pasal benda tu masa lepas SPM.apa sangat la study bagai nak rak tapi hampeh tak dapat jugak kerja. Belajar tinggi tinggi ,dapat jawatan apa je. Itu realitinya – realiti yang tak pasti. Yang mungkin berlaku dan mungkin tak berlaku.dan yang ni memang realit – belajar belajar, jamin masa depan wok.
Even cik kiah cik senah dekat kenduri merewang semua -espesiali dekat kenduri kampung engkorang , “anak kau timah belajar mana ?” - itu je orang orang kepoci yang tengah buat kuih koci tu nak tau.dia nak tau kita belajar mana je ; koz apa tu jeww.gedikkan diorang ? Lagi lagi kalau balik raya sure kompom diorang menanya ,”belajar mana? Coz apa? Apa tu? Belajar apa tu?” -kenyataannya yang pakcik pakcik yang dah berumur tu mana tau sesen apa yang kita belajar – kos yang kita ambik tu.what the fuu semua tu. “tempat belajar pun jadi isu” - hell yeah aku cuma nak bagi cadangan apa yang perlu apa yang tak perlu dan pro kontras untuk pilih tempat belajar masa depan.

engkorang tahu tak aku nak pilih diploma atau matrik sampai menangis nangis fikir masa depan , sampai aku isik dua borang full complete (diploma & matrikulasi) siap gambar siap medical check up (untuk diploma) alih alih aku ke matriks.bayangkan susah tak?”



i miss school

Diploma .
  • Ini yang paling popular sekarang ni.orang ambik diploma untuk rileks.belajar sambil relax. (pro)
  • jadual waktu memang heaven gila, sikit nak mampus.ada masa 3jam je sehari dan paling kelakar,ada yang sejam.better dorang bakar je U tu -.- (pro)
  • engkorang boleh pilih sendiri waktu kuliah/ kelas kau dengan senang hati (pro)
  • sumber dana untuk beli hp baru / shoping time / beli ipad sentiasa ada ; PTPTN . MARA(pro)
  • kau boleh tukar kredit transfer.ni aku tak tahu macamana tapi boleh tukar kredit transfer , macam pointer kau tahun ni (diploma) bawa ke depan (ijazah) (pro)
  • bagi tempat yang tengah bandar tu , korang boleh kuatkan iman sebab dugaan banyak sekeliling korang ; karoeke , wayang, menyundal , mall // bagi yang duduk hulu ceruk mana ; kau boleh fokus terus dekat diploma kau (pro)
  • rilex rilex rilex.tersangat rilek sampai dah tak tahu nak buat apa. (pro)
  • banyak bidang yang boleh korang kecebur ; just cakap je, kejuruteraan , sains komputer, pertanian , seni kulineri dan blaballaaal by now kau boleh boleh and rajin rajin kan la diri pergi gooogle semua bidang tu. (pro)
  • assignment yang sikit,kuiz yang sikit dan itu menjadikan para pelajar kita tenang MUAHAHAHAH (pro)
  • wuhuu baju ke kuliah korang boleh pakai sesuka hati je OMG tapi jangan ketat dan mesti sopan (pro)
  • lepas buat diploma, boleh buat degree 2tahun ,semua tempoh masa hanya 5tahun. Sama dengan matrikulasi/asasi dengan syarat ,degree kena sambung dekat tempat yang sama.(pro)
  • cuti yang berbulan lama siap boleh kerja lagi bila dah habis Sem. (pro)
  • Ofkoz masa untuk diploma ni ada kala sampai 8 sem (3tahun) -ni yang orang tak suka ni .lagi lagi sapa yang duk ceruk hujung dunia.(kontra)
  • Engkorang kena bayar balik PTPTN tu-kalau ambik la (kontra)
  • mudah gagal.-kau kalau nafus tinggi ,memang gagal nak kawal diri.macam macam orang dekat U nanti. (kontra)
  • Bila tak cukup pointer lepas Sem Exam, you'll be kicked out untuk mencari asrama luar kolej. Itu yang aku dengar -(kontra)
  • duit.sehari boleh cecah rm20 untuk makan dan soseh soseh itu ini.- bukan dekat U je,mana mana tempat belajar pun (kontra)
  • projek etc etc etc babalaal assignment memang suka sangat sangat dilakukan last minute dari tarikh akhir.sebab apa; student memang malas nak buat awal awal – we live to enjoy first (kontra)
  • nak pergi kuliah ada yang pakai bas,jalan kaki berpeluh macam mandi. (kontra)
  • yuran setiap sem kena bayar.rm400+ aku rasa? (kontra) -ikut Universiti la.
  • susah nak pilih kourse apa sebab banyak sangat -terima je la yang UPU kasi ok.

Asasi dengan Matrikulasi
  • what thee fuu, budak budak matrikulasi /asasi dapat elaun untuk dua sem rm2500 ,4Sem rm5000 – free of cas tak perlu bayar balik ? Mengancam tak? (pro)
  • bilik disediakan kan sampai la kau berambus dari kolej tu . Dia tak akan kick walaupun pointer kau 2.01 , (pro)
  • makanan dekat setiap kafe matrik tersangat murah sebab dah ada subsidi – you ken kira kira ,bila nasi putih + ayam + sayur + benda benda merepek sikit + air horlikck baru rm3 .jimat tang makan. (pro) Asasi punya mahal sikit ,biasalah under Uni kan . (Kontra)
  • Nasihat aku kalau nak masuk matrik ; congak congak la balik result SPM kau , espesiali untuk fizik kimia bio dan admeth , better nak masuk sini biarlah B+ dan keatas. (nasihat pro)
  • aww tahniah,bermula 2011, matrikulasi dah buat tiga modul , modul 1,2 dan 3. -banyak siliburst yang dah dikurangkan . Modul satu untuk bio student, modul dua untuk fizikal student. Modul 3 untuk budak bio yang tak mo ambik fizik. (pro)
  • pergi kelas ; kuliah;tutuorial semua hanya jalan kaki ,tak sampai 10minit (pro)
  • awww you can skip the fuuuu tempoh masa untuk 3 tahun ; habiskan matrik hanya setahun dan jimat dua tahun . Tak ke best tu?(pro)
  • hanya bayar yuran untuk dua sem, Rm450 je. Tak ada bayar lagi dah.
  • belajar dengan efiseien, semua di taja. (bagi matrikulasi ) .Asasi pulak kena ikut kondisi kewangan U tu la HAHA. (pro kon)
  • dia akan kick kau bukan keluar terus dari bilik,terus dari kolej kau tau bila kau dapat pointer bawah 1.00-mungkin merayu boleh (kontra)
  • kalau taknak otak sengsara dengan assignment ,lebih baik jangan masuk sini (kontra)
  • waktu belajar memang padat,kalau ada gap sampai 3 jam tu baik kau buat sujud syukur, belajar dari pukul 8 atau 9 sampai pukul 4 ptg.biasanya ada gap pukul 1-2ptg dan gap satu/dua jam mana mana antara pukul 8-4.ikut modul yang kau ambik la.(kontra)
  • cukup tak ada masa.kena buat jadual waktu untuk buat itu ini.siapa yang pandai bahagikan masa dia boleh hidup kalau tak pandai pun boleh hidup jugak -tapi kabut ah hidup dia (kontra)
  • untuk perempuan , kena baju kurung.always baju kurung ; lelaki jadi ofis boy pakai kemeja dan tie setiap hari .boring life tapi hensem (matrik) Asasi kena pakai baju formal setiap hari tertentu tapi boleh pakai baju biasa -macam diploma (kontra + pro)
  • sijil matrikulasi hanya boleh digunakan pada tahun yang kau beljar tu je ; lepas tu if and only if kau tak dapat IPT pada tahun tu jugak , menangis air mata darah ah kau (kontra)

STPM/tingkatan 6
  • kalau sayang sekolah ; nak tengok junior form 5 hensem hensem awek form 5 lawa lawa you may stick at form 6 (pro)
  • pilihan terakhir kalau la ditakdirkan engkorang tak dapat IPT atau matrik atau Asasi.(pro nak ke kontra)
  • masa yang lama,dekat setahun setengah ; boleh fokus selalu huerheuh (pro)
  • masa belajar sama cam korang belajar sekolah menengah, bila balik pukul 1.30, korang pun boleh balik (pro)
  • eh ingat , form 6 dekat dengan rumah.korang patut bersyukur dapat balik rumah setiap hari tau tak T.T (pro)
  • STPM offers korang sastera dan aliran sains. Siapa yang suka sastera sila pilih dan begitu jugak sains (pro)
  • yuran yang kurang membebankan ; tapi kalau terasa terbeban tu memei aku tak dapat buat apa la kan (pro)
  • jimat duit makan ; transport dan etc etc (pro)
  • di ajar cara didikan di IPT sebelum masuk ke IPT betul betul.cam ni la, kalau korang ada esaimen, cikgu cikgu korang dah tak suap dah.kena usaha sendiri la kan (pro)
  • sijil dia satu dunia kau boleh guna dan canag woo.jangan memain (pro)
  • masa yang agak lama dan boring (kontra)
  • ongkata STPm ni macam susah nak score ? (kontra)
  • memang kau kena hafal itu ini banyak sebab exam dia memang tough. (kontra)
  • ofkoz ada MUET .semua ada muet matrik IPT asasi -(kontra dan pro bagi sapa yang suka BI)
  • sijil tak laku untuk kerja. SPM laku lagi. (kontra)
  • biasanya orang cina yang banyak ambik ni . (pro1Malaysia)

sebenarnya aku cakap based on internet semua dan pengalaman dan kengkawan semua, kalau korang gooogle tempat lain pun ,diorang tulis benda sama so sama je la -.-

#

If and only if korang ada masalah , buat la apa apa yang patut.tanya orang yang dah masuk semua ni. Macama diorang rasa. Bagi aku , korang kena carik apa yang ditawakan dan apa yang korang nak. Macam aku, aku nak cepat so pilih matrik (walaupun dulu takut nak masuk sini ;walaupun dulu anti matrik) -kalau korang nak relax , korang pilih UPU , dan make sure jangan jadi macam aku bila pilih 8 pilihan dekat UPU , terkontang kanting dan kelam kabut. Fikir elok elok apa yang korang nak jadi . Kalau nak buat asasi , pilih asasi , kalau nak cepat dan cita cita nak buat medik atau jadi engineer ,masuk matrik dan kalau nak terus kerja bila dapat sijil dengan bermacam bidang -masuk IPTA/IPTS. Itu jela yang boleh aku cakapkan.so pilih la yang terbaik -.- eh bye aku nak pergi tentukan cita cita aku ni. -.- dari dulu taktau cita cita na jadi apa dah besar nanti. pfftttt

*ada info yang salah dan tak cukup.mohon dipermaafin.

Sunday, December 11, 2011

routine just ruined the day.

kenapakaubaca.[?]
"perut lapar  ni,makin kurus ni HAHA"-H.A


*posting berbaur keluhan sambil berpeluh.


letih dengan rutin. nak eja bahasa inggeris la .routine. nampak baru ada kelas sikit.kelas kau maria. nyah kau.- letih dengan rutin sebenarnya, kalau dulu lenguh dengan rutin bekerja , bagun pagi gosok gigi naik bas jaga kedai , makan ,closing tutup kedai - balik rumah dan bayangkan- benda sama untuk 5 bulan. tak ke booring. tapi wahai hamba Allah sekalian, itu la hidup.kau tak buat tu kau tak hidup nyeh.- tapi sekarang dah terlalu letih - sampai naik fed up , naik muak jelik balblabalabla semua -sekarang dalam kepala ; the one and only thing - home. rumah , parents and family. i kennot ; still kennot to accept the fact that i have to stay far far away from my home.- itu hakikatnya , making a daily routine, a typical routine - only with pen , paperscape , laptop , hanging out cam bodo with friends at the same kawasan , itu je ke? everyday like that.hari hari macam tu. nak keluar tak boleh.macam la kita ni ada buat salah sangat ? macam la bila keluar tak balik balik ; kalau tak balik pun nak pergi mana je dekat sini. mai habaq sat ?. -.- cu citer cu citer.-aku bukan nak kondem itu ini sangat - aku bukan nak kondem pasal susah senang - aku nak kondem pasal a fuuu boooring routines. perlu ke? 

this is not the exactly routines

//


Sem 2 macam banyak heaven dari hell .haha . "eh kelas kensel" - eh bukan kensel hari ni je tapi untuk dua minggu . lekcere pergi umrah. wah itu nikmat -hari ni kelas batal ye, saya mc ni. - kalau cemni la kan memang patut dari kecik dulu aku letak ambition aku as pensyarah. makin tak datang makin masyuk. kelwz. tapi aku ada ambition lain ; so lupakan la kejap.- Sem 2 aku makin bisu ; tak banyak memekak sangat macam sem 1 kalau dalam praktikum. isk nak berubah kan ? nak berubah? berubullshit. - entah ; banyak sangat yang tak kena. orang makin ambil kesempatan. duh kalau nak berjaya boleh tak buat sendiri , nanti kata aku main saka. keyword dia kat sini , kau buat sendiri kau berjaya . life should be simple and easy - kau je yang memekak mekak menyusahkan hidup. pigidah. tak faham , makin tak faham. kalau dah tau lemm , cuba untuk keluar dari kepompong - bukan setakat nak mengomel kata "eh aku ni lemm bodoh , kau ni cekang semua BALBALA " - sampah weh sampah.-paling asas kau buat benda basic , kembali kepada agama yang mungkin dah lama kau tinggalkan - perfom the sembahyang istikarah. (cemni ke eja) , mintak kat tuhan - mana satu yang diri kita mahu , berjaya atau hanyut. itu je? dan tetapkan masa untuk tiba kita berubah. bukannya susah. har hari sembahyang hari hari tadah tangan berdoa kau mintak apa? - kau fikir apa masa kau berdoa ? memang tak tertunai la .tangan buat apa otak entah kemana.hei aku bukan nak bising bising tapi aku tak mampu nk bising dekat luar - Perasaan orang kena jaga .- itu la law ; satu satunya law of life yang freaking bullshit sampai sekarang aku tak mampu nak pecahkan. orang punya perasaan je perlu jaga? macamana pulak dengan aku punya perasaan? - bye la.


"just pray and ask for the way."


- esok ? kembali ke rutin. sampai bila? 


Friday, December 9, 2011

maaf la saya hanya boleh pilih satu je.

kenapakaubaca.[?]
"kenapa la hidup ni susah kan? #repeat 212times"-H.A


Life is simple, it's just not easy "


memang betul hidup memang payah ; ada sampai jenuh bila nak buat decision. apa ke sia* yang susah bebeno nak buat decision ni ? macam kau nak pilih antara nak tidor ke nak mandi untuk pergi kelas? masing masing compulsory - pergi kelas wajib if tak pergi di cop ponteng dan tidur pun satu benda wajib selain makan minum berax online semua jadah ; erti lain tidor la benda paling seronokkkkkkkkkk sebelum duit MHEURHEH. -.- which one nak pilih? atau antara kau nak pilih duit dengan kasih sayang ? orang yang pilih kasih sayang instead of duit itu memang munafik . can kasih sayang buy you a coki coki kat kedai mamak depan sana tu ? boleh ke mengorat pakcik tu , pakcik pakcik aku nak coki coki satu nah ciuman manja satu. flying kiss. muahkh. demmit, mana boleh malah kau akan dapat penampo.itu kalau perempuan yang bagi flying kiss tu, kalau lelaki macamana? mahu hilang bibir laki tu kene hempuk dengan tokey kedai tu.- dan duit is obiosly penting - duit boleh beli macam macam - beli kasih sayang  pun boleh dan opkos boleh beli coki coki. lagi parah bila disuruh pilih which one is your best friend ; situasi macam ni ; kau ada A memang kawan baik sejak sekolah rendah dan kau ada B yang memang kawan baik sejak sekolah menengah , yang mana si A ni dah pindah sekolah (kira dah tak jumpa kau hari hari tapi still kontek by sms ) dan si B ni ambik alih tugas si A. mana satu nak pilih ? sumpah pening kepala kan- dan yang mana kawan lupa member tu memang pilih si B la. "buat apa yang lama, yang lama dah rosak" kan ? taik kerbau semua ni.- dan siapa pilih A memang merana sebab Si A akan buat benda sama dekat sekolah baru dia. - semua ni ada relationship masing masing dan kalau semua tak berlaku , itu bukan la kita panggil kehidupan ; itu kita panggil cliche life.tak terasa teringin nak berubah dan beranjak sikit paradigma hidup tu.aisehmen. - kalau jadi macam ni , kita yang bijak ni kena bijak buat peraturcaraan - kalau tak kita boleh hilang salah satu.tak ke rugi tu? manusia kan suka bolot lebih dari satu tak gitu ? -.-
semua terpulang dekat kau kau kau kau , pilih nak susah ke senang

contoh pertama ; antara duit dengan kasih saying

aku lebih rela pilih duit.macam aku cakap tadi.boleh kasih sayang beli segalanya ? pergh kalau boleh memang aku salute.dan duit walaupun orang nampak siapa yang pilih duit ni macam gila mata duitan , gila harta gila kuasa semua dan kau percikkan balik persoalan semula " eh kalau kau takde duit kau boleh hidup ke ? kau boleh beli itu ini ? kau boleh tekel awek hot yang lalu sebelah kau tadi? boleh boleh ?" - dan siapa yang tak pilih duit tu la orang yang bakal dapat dosa sebab menipu. memang , memang duit bukan segalanya . orang tak ada duit pun boleh hidup dan alahai kau terima je la kenyataan yang duit itu segalanya. menngertikah ? bagi yang suka kasih sayang -mungkin kasih sayang dah boleh kenyangkan perut diorang kot , hari hari kasih sayang hari hari bercinta macam fuuu semua tu ; agaknya mereka kurang life kot duh nak pergi kasih sayang kena ada kereta kena ada minyak dan nak pergi tengok wayang kena ada tiket dan tiket tu kena beli guna apa ? guna kasih sayang ke? alolololololo so sweet. sweet sangat sampai rasa nak lempang.the one berkasih saying yang tak guna duit adalah berkasih saying bawah pokok.tapi sampai bila?

contoh kedua ; antara kawan rapat si A dan si B

kalau la terjadinya situasi macam dekat atas. aku rasa aku tak pilih siapa siapa kot- (kot) konon la ada tertulis dalam buku biodata pass pass - UNDER section kawan baik: -secret-. baik tulis secret , so semua tak terasa hati ;dan kita ada situasi menang menang dekat sini. apa la perasaan kalau kita tulis nama kawan baik sebenar benar lagi benar macam tu ? aku pernah ada pengalaman tau bila aku tulis nama seseorang ni si H bukan nama sebenar , si N tacing dah mula jauhkan diri . tak macam fax ke kalau macam tu ? sebab benda bodoh yang kita tulis dekat buku ; yang belum tentu kawan baik tu semati sehidup dengan kita ? yang belum tentu masa depan kita sama dengan diorang ? dan pasal tu semua kita nak kememeh masam muka semua nya tolong la. tolong la manusia.mana pergi kewarasan semua tu ? dan ingat , semua kawan kita berubah bila naik tahun ke tahun , macam sekarang la tahun lepas aku ada dekat sekolah menengah dan tahun ni dekat matrikulasi. different places different kawan ye tak? dan the paling malang thing is kawan baik aku ada dekat matrikulasi - kira kawan baru la. eh mana kawan baik sekolah menengah ? Answer : sedang dilupakan dan melupakan. life is easy actually.jangan jadikan life tu payah.isk kau ni payah bebeno.

Contoh ketiga ; bila tak sama pendapat

Well benda macam ni selalu sangat berlaku , lagi lagi bila ada satu aktiviti which is outdoor event ,melepak menyundal macam satu event rasmi tapi tak rasmi pun atau dan sebagainya .lagi lagi bila masing masing nak jadi ketua. Bukan senang bila kita semua under kondisi macam ni. Kalau mulut masing masing macam puaka, boleh gaduh dibuatnya. Mana taknya , bila sorang bajet ketua kata suruh pergi sini , yang lain mesti la cakap belakang kata dia tu ketua apa? Ketua plastik barangkali. Siapa lantik dia ketua dan siapa pula nak dia jadi ketua kita semua ? HELL yeah.mungkin masa ni la keputusan memang susah nak dibuat. Serba salah nak ikut kata siapa. Bukan kata kau! HAHA. Kalau nak sound orang tu, might be orang tu kawan kita walaupun tak rapat sangat , dia tetap kawan.dan mengikut friend law , friend’s feelin’ cannot be broken macam tu je. Aduhai.anda dalam dilemma , senang ; konklusinya kau ikut jalan kau aku ikut jalan aku. That’s easy man.masing masing tak ikut cakap masing masing dan paham paham la zaman sekarang ego semua nak tinggi , dan implikasinya mesti korang tak bertegur untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Mungkin la, mungkin kalau korang ni tak pedendam orangnya.

//

Of koz hidup perlukan pengorbanan dan  kau perlukan sikit pengorbanan untuk dapatkan sesuatu.bukan petik jari semua siap. That is bullshit once more time dan jangan percaya dengan kata kata tu. Mana ada boleh datang bergolek macam tu.mesti ada orang sepak atau baling.wallahualam.  kbye


benda ni susah jatuh, tapi senang jatuh. kelin*
"Life is a great big canvas, and you should throw all the paint on it you can.  "

Thursday, December 8, 2011

tu bukan istidraj,tu takdir la doi.

kenapakaubaca.[?]
"makin tak faham hidup kau.nak carik publisiti lettew"-H.A


Lepas meroyan baca blog Mr.K – aku tertarik dengan frasa “istidraj”
-istidraj yang membawa maksud which means ;
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya. - wakil tuhan?ada kene mengena ke?adeh.

Oh cukup la istidraj diberikan kepada golongan yang lupa diri. Ayat mudah – lupa daratan , lupa tuhan lupa fidyah lupa zakat lupa segalanya.Term ni la yang puas aku cari sejak dulu , memang kufur aku tak tahu dan sekarang awww cahaya hidayah datang kat aku finally ; baru terperasan itu pun lepas mengkokak blog beliau. Dan realiti bukan konspirasinya- kita yang tak dapat istidraj mesti ada niat dengki jeles cemburu dekat orang yang dapat istidraj.eh kamon la. Istidraj ; macam nama ala ala hidayah , macam ala ala nur. Memang nur pun dan nama istidraj memang sedap-rasa macama da bersangkut paut dengan pahala..istidraj ni lah nur untuk orang orang yang tergolong dalam kumpulan ni. “Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa. - sekarang nak rasa istidraj ? Aku percaya hampir semua orang yang aku kenal dapat istidraj – ada yang lupa diri terus dan ada yang kembali ke pangkal jalan.dengan fuuu nya baru sekarang aku rasa menyesal bila sebelum seblum ni aku rasa cemburu dekat orang dapat istidraj.sekarang rasa , eh kau ambik la istidraj tu banyak banyak lagi.aku relakan MHAUHA. - dan bagi orang yang tak dapat istidraj tu, which mean,senang kata, orang yang baik,kurang upaya, tak kaya sangat , selalu beribadat tapi sering tak tertunai hajat dan balbalablablaa tak dapat istidraj – jangan la mengeluh mengondem kepada Tuhan. Itu takdir kita ; dan pedulisetannkan orang yang dapat istidraj.Kita tahu kita nak rasa juga macamana istidraj tu tapi mujur kita tak terpilih.-hei ada banyak cabang rezeki yang manusia boleh buat – cuma nak atau taknak je. Kamon la. Bukan istidraj yang tentukan. 
antara istidraj dan rezeki
Tak faham lagi ke apa tu istidraj?-
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong". 
Dan jelas kan? Kbye.
//


Lepas tolak tambah darab bahgi semua ; berkira kira macam akaun kira kira budak budak akaun semua pffttt ( memang aku anti dengan budak akaun ; sejak sekolah menengah ; sejak jadi ex-akaun turning point ke bio nah aku benci akaun ) marah ke?marah la -.- - oh demmit aku tak tau nak rasa apa , perasaan rasa macam kena siat simultaneously rasa syukur. Rasa nak sujud syukur.6/12/2011 tarikh keramat.never expect dapat keputusan yang luar jangkaan- obiously it's out of my range. -korang tahu tahu la range budak pemalas cam aku ni camne kan MHAUHUA. - aku expect dapat 2.9 samting atau samting yang lagi teruk atau samting yang boleh kena tendang dari kolej ni -.- ok ni kufur. Budak yang study last minute , yang suka kopi esaiment orang , yang kopi paste segala kerja komputer , eh banyaknya kutuk diri , moh la kita sama sama kutuk diri sendiri (?) Kita pun 2 x5 je kau pun sama macam aku ni malah lagi teruk kot haha.manusia malas nak buat kerja tapi mulut banyak komplen.-orang macam ni memang ramai. Sangat ramai.eh kurang kerja aku nak berceramah free kat sini just nak cakap ; selalu kita tak percaya pada diri, sekali sekala tu kena la pura pura percaya dan percayakan diri nanti korang dapat result yang beridabomb la kan. Terimakasih YaAllah,lekcerer,parents,gengkawan. 3.77 <3- ailikethisnumber .

Ini bukan istidraj,ini takdir :')

Wednesday, December 7, 2011

pointer

sungguh tak sangka , 3.77 suatu yang mustahil tapi kenyataan.terima kasih Ya Allah :')