Friday, December 9, 2011

maaf la saya hanya boleh pilih satu je.

kenapakaubaca.[?]
"kenapa la hidup ni susah kan? #repeat 212times"-H.A


Life is simple, it's just not easy "


memang betul hidup memang payah ; ada sampai jenuh bila nak buat decision. apa ke sia* yang susah bebeno nak buat decision ni ? macam kau nak pilih antara nak tidor ke nak mandi untuk pergi kelas? masing masing compulsory - pergi kelas wajib if tak pergi di cop ponteng dan tidur pun satu benda wajib selain makan minum berax online semua jadah ; erti lain tidor la benda paling seronokkkkkkkkkk sebelum duit MHEURHEH. -.- which one nak pilih? atau antara kau nak pilih duit dengan kasih sayang ? orang yang pilih kasih sayang instead of duit itu memang munafik . can kasih sayang buy you a coki coki kat kedai mamak depan sana tu ? boleh ke mengorat pakcik tu , pakcik pakcik aku nak coki coki satu nah ciuman manja satu. flying kiss. muahkh. demmit, mana boleh malah kau akan dapat penampo.itu kalau perempuan yang bagi flying kiss tu, kalau lelaki macamana? mahu hilang bibir laki tu kene hempuk dengan tokey kedai tu.- dan duit is obiosly penting - duit boleh beli macam macam - beli kasih sayang  pun boleh dan opkos boleh beli coki coki. lagi parah bila disuruh pilih which one is your best friend ; situasi macam ni ; kau ada A memang kawan baik sejak sekolah rendah dan kau ada B yang memang kawan baik sejak sekolah menengah , yang mana si A ni dah pindah sekolah (kira dah tak jumpa kau hari hari tapi still kontek by sms ) dan si B ni ambik alih tugas si A. mana satu nak pilih ? sumpah pening kepala kan- dan yang mana kawan lupa member tu memang pilih si B la. "buat apa yang lama, yang lama dah rosak" kan ? taik kerbau semua ni.- dan siapa pilih A memang merana sebab Si A akan buat benda sama dekat sekolah baru dia. - semua ni ada relationship masing masing dan kalau semua tak berlaku , itu bukan la kita panggil kehidupan ; itu kita panggil cliche life.tak terasa teringin nak berubah dan beranjak sikit paradigma hidup tu.aisehmen. - kalau jadi macam ni , kita yang bijak ni kena bijak buat peraturcaraan - kalau tak kita boleh hilang salah satu.tak ke rugi tu? manusia kan suka bolot lebih dari satu tak gitu ? -.-
semua terpulang dekat kau kau kau kau , pilih nak susah ke senang

contoh pertama ; antara duit dengan kasih saying

aku lebih rela pilih duit.macam aku cakap tadi.boleh kasih sayang beli segalanya ? pergh kalau boleh memang aku salute.dan duit walaupun orang nampak siapa yang pilih duit ni macam gila mata duitan , gila harta gila kuasa semua dan kau percikkan balik persoalan semula " eh kalau kau takde duit kau boleh hidup ke ? kau boleh beli itu ini ? kau boleh tekel awek hot yang lalu sebelah kau tadi? boleh boleh ?" - dan siapa yang tak pilih duit tu la orang yang bakal dapat dosa sebab menipu. memang , memang duit bukan segalanya . orang tak ada duit pun boleh hidup dan alahai kau terima je la kenyataan yang duit itu segalanya. menngertikah ? bagi yang suka kasih sayang -mungkin kasih sayang dah boleh kenyangkan perut diorang kot , hari hari kasih sayang hari hari bercinta macam fuuu semua tu ; agaknya mereka kurang life kot duh nak pergi kasih sayang kena ada kereta kena ada minyak dan nak pergi tengok wayang kena ada tiket dan tiket tu kena beli guna apa ? guna kasih sayang ke? alolololololo so sweet. sweet sangat sampai rasa nak lempang.the one berkasih saying yang tak guna duit adalah berkasih saying bawah pokok.tapi sampai bila?

contoh kedua ; antara kawan rapat si A dan si B

kalau la terjadinya situasi macam dekat atas. aku rasa aku tak pilih siapa siapa kot- (kot) konon la ada tertulis dalam buku biodata pass pass - UNDER section kawan baik: -secret-. baik tulis secret , so semua tak terasa hati ;dan kita ada situasi menang menang dekat sini. apa la perasaan kalau kita tulis nama kawan baik sebenar benar lagi benar macam tu ? aku pernah ada pengalaman tau bila aku tulis nama seseorang ni si H bukan nama sebenar , si N tacing dah mula jauhkan diri . tak macam fax ke kalau macam tu ? sebab benda bodoh yang kita tulis dekat buku ; yang belum tentu kawan baik tu semati sehidup dengan kita ? yang belum tentu masa depan kita sama dengan diorang ? dan pasal tu semua kita nak kememeh masam muka semua nya tolong la. tolong la manusia.mana pergi kewarasan semua tu ? dan ingat , semua kawan kita berubah bila naik tahun ke tahun , macam sekarang la tahun lepas aku ada dekat sekolah menengah dan tahun ni dekat matrikulasi. different places different kawan ye tak? dan the paling malang thing is kawan baik aku ada dekat matrikulasi - kira kawan baru la. eh mana kawan baik sekolah menengah ? Answer : sedang dilupakan dan melupakan. life is easy actually.jangan jadikan life tu payah.isk kau ni payah bebeno.

Contoh ketiga ; bila tak sama pendapat

Well benda macam ni selalu sangat berlaku , lagi lagi bila ada satu aktiviti which is outdoor event ,melepak menyundal macam satu event rasmi tapi tak rasmi pun atau dan sebagainya .lagi lagi bila masing masing nak jadi ketua. Bukan senang bila kita semua under kondisi macam ni. Kalau mulut masing masing macam puaka, boleh gaduh dibuatnya. Mana taknya , bila sorang bajet ketua kata suruh pergi sini , yang lain mesti la cakap belakang kata dia tu ketua apa? Ketua plastik barangkali. Siapa lantik dia ketua dan siapa pula nak dia jadi ketua kita semua ? HELL yeah.mungkin masa ni la keputusan memang susah nak dibuat. Serba salah nak ikut kata siapa. Bukan kata kau! HAHA. Kalau nak sound orang tu, might be orang tu kawan kita walaupun tak rapat sangat , dia tetap kawan.dan mengikut friend law , friend’s feelin’ cannot be broken macam tu je. Aduhai.anda dalam dilemma , senang ; konklusinya kau ikut jalan kau aku ikut jalan aku. That’s easy man.masing masing tak ikut cakap masing masing dan paham paham la zaman sekarang ego semua nak tinggi , dan implikasinya mesti korang tak bertegur untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Mungkin la, mungkin kalau korang ni tak pedendam orangnya.

//

Of koz hidup perlukan pengorbanan dan  kau perlukan sikit pengorbanan untuk dapatkan sesuatu.bukan petik jari semua siap. That is bullshit once more time dan jangan percaya dengan kata kata tu. Mana ada boleh datang bergolek macam tu.mesti ada orang sepak atau baling.wallahualam.  kbye


benda ni susah jatuh, tapi senang jatuh. kelin*
"Life is a great big canvas, and you should throw all the paint on it you can.  "

No comments: