Thursday, December 15, 2011

Pasca SPM : nak pergi mana ni ?

kenapakaubaca.[?]
"hati aku tenang sekarang"-H.A



Hai budak pasca SPM,mesti engkorang rasa dah bebas ; dah merdeka kan dari segala buku semua? Rasa cam semua buku dah boleh jual dekat acik kitar semula semua ? Tapi ,tapi realitinya mesti korang ada rasa dilema pasal mana nak tuju lepas SPM.mana yang dah tetap pendirian sejak awal tu nak pergi mana ; sini ke situ .tahniah la sebab dah ada future decision.yang tak ada macamana? Mengelabah ayam kah? Ke dah tau takde masa depan?sekarang zaman orang yang tak minat sangat nak study sebab leceh.ongkata (orang kata) baik kerja bulan bulan dapat rm1000+ daripada nak bayar PTPTN balik 5 tahun nanti,daripada jenuh nak carik duit seminggu seratus untuk makan je ; belum untuk outing itu menyundal sini sana lagi . Aku pernah cakap pasal benda tu masa lepas SPM.apa sangat la study bagai nak rak tapi hampeh tak dapat jugak kerja. Belajar tinggi tinggi ,dapat jawatan apa je. Itu realitinya – realiti yang tak pasti. Yang mungkin berlaku dan mungkin tak berlaku.dan yang ni memang realit – belajar belajar, jamin masa depan wok.
Even cik kiah cik senah dekat kenduri merewang semua -espesiali dekat kenduri kampung engkorang , “anak kau timah belajar mana ?” - itu je orang orang kepoci yang tengah buat kuih koci tu nak tau.dia nak tau kita belajar mana je ; koz apa tu jeww.gedikkan diorang ? Lagi lagi kalau balik raya sure kompom diorang menanya ,”belajar mana? Coz apa? Apa tu? Belajar apa tu?” -kenyataannya yang pakcik pakcik yang dah berumur tu mana tau sesen apa yang kita belajar – kos yang kita ambik tu.what the fuu semua tu. “tempat belajar pun jadi isu” - hell yeah aku cuma nak bagi cadangan apa yang perlu apa yang tak perlu dan pro kontras untuk pilih tempat belajar masa depan.

engkorang tahu tak aku nak pilih diploma atau matrik sampai menangis nangis fikir masa depan , sampai aku isik dua borang full complete (diploma & matrikulasi) siap gambar siap medical check up (untuk diploma) alih alih aku ke matriks.bayangkan susah tak?”



i miss school

Diploma .
  • Ini yang paling popular sekarang ni.orang ambik diploma untuk rileks.belajar sambil relax. (pro)
  • jadual waktu memang heaven gila, sikit nak mampus.ada masa 3jam je sehari dan paling kelakar,ada yang sejam.better dorang bakar je U tu -.- (pro)
  • engkorang boleh pilih sendiri waktu kuliah/ kelas kau dengan senang hati (pro)
  • sumber dana untuk beli hp baru / shoping time / beli ipad sentiasa ada ; PTPTN . MARA(pro)
  • kau boleh tukar kredit transfer.ni aku tak tahu macamana tapi boleh tukar kredit transfer , macam pointer kau tahun ni (diploma) bawa ke depan (ijazah) (pro)
  • bagi tempat yang tengah bandar tu , korang boleh kuatkan iman sebab dugaan banyak sekeliling korang ; karoeke , wayang, menyundal , mall // bagi yang duduk hulu ceruk mana ; kau boleh fokus terus dekat diploma kau (pro)
  • rilex rilex rilex.tersangat rilek sampai dah tak tahu nak buat apa. (pro)
  • banyak bidang yang boleh korang kecebur ; just cakap je, kejuruteraan , sains komputer, pertanian , seni kulineri dan blaballaaal by now kau boleh boleh and rajin rajin kan la diri pergi gooogle semua bidang tu. (pro)
  • assignment yang sikit,kuiz yang sikit dan itu menjadikan para pelajar kita tenang MUAHAHAHAH (pro)
  • wuhuu baju ke kuliah korang boleh pakai sesuka hati je OMG tapi jangan ketat dan mesti sopan (pro)
  • lepas buat diploma, boleh buat degree 2tahun ,semua tempoh masa hanya 5tahun. Sama dengan matrikulasi/asasi dengan syarat ,degree kena sambung dekat tempat yang sama.(pro)
  • cuti yang berbulan lama siap boleh kerja lagi bila dah habis Sem. (pro)
  • Ofkoz masa untuk diploma ni ada kala sampai 8 sem (3tahun) -ni yang orang tak suka ni .lagi lagi sapa yang duk ceruk hujung dunia.(kontra)
  • Engkorang kena bayar balik PTPTN tu-kalau ambik la (kontra)
  • mudah gagal.-kau kalau nafus tinggi ,memang gagal nak kawal diri.macam macam orang dekat U nanti. (kontra)
  • Bila tak cukup pointer lepas Sem Exam, you'll be kicked out untuk mencari asrama luar kolej. Itu yang aku dengar -(kontra)
  • duit.sehari boleh cecah rm20 untuk makan dan soseh soseh itu ini.- bukan dekat U je,mana mana tempat belajar pun (kontra)
  • projek etc etc etc babalaal assignment memang suka sangat sangat dilakukan last minute dari tarikh akhir.sebab apa; student memang malas nak buat awal awal – we live to enjoy first (kontra)
  • nak pergi kuliah ada yang pakai bas,jalan kaki berpeluh macam mandi. (kontra)
  • yuran setiap sem kena bayar.rm400+ aku rasa? (kontra) -ikut Universiti la.
  • susah nak pilih kourse apa sebab banyak sangat -terima je la yang UPU kasi ok.

Asasi dengan Matrikulasi
  • what thee fuu, budak budak matrikulasi /asasi dapat elaun untuk dua sem rm2500 ,4Sem rm5000 – free of cas tak perlu bayar balik ? Mengancam tak? (pro)
  • bilik disediakan kan sampai la kau berambus dari kolej tu . Dia tak akan kick walaupun pointer kau 2.01 , (pro)
  • makanan dekat setiap kafe matrik tersangat murah sebab dah ada subsidi – you ken kira kira ,bila nasi putih + ayam + sayur + benda benda merepek sikit + air horlikck baru rm3 .jimat tang makan. (pro) Asasi punya mahal sikit ,biasalah under Uni kan . (Kontra)
  • Nasihat aku kalau nak masuk matrik ; congak congak la balik result SPM kau , espesiali untuk fizik kimia bio dan admeth , better nak masuk sini biarlah B+ dan keatas. (nasihat pro)
  • aww tahniah,bermula 2011, matrikulasi dah buat tiga modul , modul 1,2 dan 3. -banyak siliburst yang dah dikurangkan . Modul satu untuk bio student, modul dua untuk fizikal student. Modul 3 untuk budak bio yang tak mo ambik fizik. (pro)
  • pergi kelas ; kuliah;tutuorial semua hanya jalan kaki ,tak sampai 10minit (pro)
  • awww you can skip the fuuuu tempoh masa untuk 3 tahun ; habiskan matrik hanya setahun dan jimat dua tahun . Tak ke best tu?(pro)
  • hanya bayar yuran untuk dua sem, Rm450 je. Tak ada bayar lagi dah.
  • belajar dengan efiseien, semua di taja. (bagi matrikulasi ) .Asasi pulak kena ikut kondisi kewangan U tu la HAHA. (pro kon)
  • dia akan kick kau bukan keluar terus dari bilik,terus dari kolej kau tau bila kau dapat pointer bawah 1.00-mungkin merayu boleh (kontra)
  • kalau taknak otak sengsara dengan assignment ,lebih baik jangan masuk sini (kontra)
  • waktu belajar memang padat,kalau ada gap sampai 3 jam tu baik kau buat sujud syukur, belajar dari pukul 8 atau 9 sampai pukul 4 ptg.biasanya ada gap pukul 1-2ptg dan gap satu/dua jam mana mana antara pukul 8-4.ikut modul yang kau ambik la.(kontra)
  • cukup tak ada masa.kena buat jadual waktu untuk buat itu ini.siapa yang pandai bahagikan masa dia boleh hidup kalau tak pandai pun boleh hidup jugak -tapi kabut ah hidup dia (kontra)
  • untuk perempuan , kena baju kurung.always baju kurung ; lelaki jadi ofis boy pakai kemeja dan tie setiap hari .boring life tapi hensem (matrik) Asasi kena pakai baju formal setiap hari tertentu tapi boleh pakai baju biasa -macam diploma (kontra + pro)
  • sijil matrikulasi hanya boleh digunakan pada tahun yang kau beljar tu je ; lepas tu if and only if kau tak dapat IPT pada tahun tu jugak , menangis air mata darah ah kau (kontra)

STPM/tingkatan 6
  • kalau sayang sekolah ; nak tengok junior form 5 hensem hensem awek form 5 lawa lawa you may stick at form 6 (pro)
  • pilihan terakhir kalau la ditakdirkan engkorang tak dapat IPT atau matrik atau Asasi.(pro nak ke kontra)
  • masa yang lama,dekat setahun setengah ; boleh fokus selalu huerheuh (pro)
  • masa belajar sama cam korang belajar sekolah menengah, bila balik pukul 1.30, korang pun boleh balik (pro)
  • eh ingat , form 6 dekat dengan rumah.korang patut bersyukur dapat balik rumah setiap hari tau tak T.T (pro)
  • STPM offers korang sastera dan aliran sains. Siapa yang suka sastera sila pilih dan begitu jugak sains (pro)
  • yuran yang kurang membebankan ; tapi kalau terasa terbeban tu memei aku tak dapat buat apa la kan (pro)
  • jimat duit makan ; transport dan etc etc (pro)
  • di ajar cara didikan di IPT sebelum masuk ke IPT betul betul.cam ni la, kalau korang ada esaimen, cikgu cikgu korang dah tak suap dah.kena usaha sendiri la kan (pro)
  • sijil dia satu dunia kau boleh guna dan canag woo.jangan memain (pro)
  • masa yang agak lama dan boring (kontra)
  • ongkata STPm ni macam susah nak score ? (kontra)
  • memang kau kena hafal itu ini banyak sebab exam dia memang tough. (kontra)
  • ofkoz ada MUET .semua ada muet matrik IPT asasi -(kontra dan pro bagi sapa yang suka BI)
  • sijil tak laku untuk kerja. SPM laku lagi. (kontra)
  • biasanya orang cina yang banyak ambik ni . (pro1Malaysia)

sebenarnya aku cakap based on internet semua dan pengalaman dan kengkawan semua, kalau korang gooogle tempat lain pun ,diorang tulis benda sama so sama je la -.-

#

If and only if korang ada masalah , buat la apa apa yang patut.tanya orang yang dah masuk semua ni. Macama diorang rasa. Bagi aku , korang kena carik apa yang ditawakan dan apa yang korang nak. Macam aku, aku nak cepat so pilih matrik (walaupun dulu takut nak masuk sini ;walaupun dulu anti matrik) -kalau korang nak relax , korang pilih UPU , dan make sure jangan jadi macam aku bila pilih 8 pilihan dekat UPU , terkontang kanting dan kelam kabut. Fikir elok elok apa yang korang nak jadi . Kalau nak buat asasi , pilih asasi , kalau nak cepat dan cita cita nak buat medik atau jadi engineer ,masuk matrik dan kalau nak terus kerja bila dapat sijil dengan bermacam bidang -masuk IPTA/IPTS. Itu jela yang boleh aku cakapkan.so pilih la yang terbaik -.- eh bye aku nak pergi tentukan cita cita aku ni. -.- dari dulu taktau cita cita na jadi apa dah besar nanti. pfftttt

*ada info yang salah dan tak cukup.mohon dipermaafin.

No comments: