Friday, November 22, 2013

Simpati bukan hanya pada duit.

kenapakaubaca.[?]
"Lama benar tak menaip.kalau la masa dunia ni lebih dopopatjam, mustahil jugak aku kembali berblogging hahaha "-H.A

sekarang duit mengalir macam air. Kalau dulu air sungai,sekarang aku rasa macam air terjun dah.


*mood mengeluh on

Yes aku pernah dengar dalam ceramah mana tah even dalam hadis pun ada mention pasal duit cepat habis. either kau ni seorang yang boros atau duit tu yang tak berkat. kalau ikut kes aku , apa benda ye? HAHA ahhh aku ni boros pada benda yang tak pasti. atau suka membazir bazir.Yela bukan duit sendiri.duit orang.

Dan serius, baru aku faham kenapa ayah aku marah sangat masa aku kekecik dulu sebab main game sampai pagi buta, layan astro sampai pukul 4 5 pagi.-this is because sebab mereka la yang kena bayar letrik. yang awak ni tahu habiskan elektrik.(dan ) Mungkin sebab kita tak pernah rasa betapa payahnya untuk dapatkan duit. dan kita cuma tahu habiskan duit dengan memberlagakkkan diri menyatakan kita ni kaya walhal tak.Itu duit ayah,bukan duit awak.Ingat tu.

*statement di atas terbatal bila kau pernah merasai pengalaman kerja,mencari nafkah sebulan dengan berkerja.Perit mat! tapi tulah. pengalaman mengajar kita. Mematangkan kita.Pedulikan pasal duit.

*pause

Mungkin jiwa aku jiwa lemah kot,tak dapat nak tengok orang yang lagi susah dari aku,walaupun aku sedar im the salah sorang yang hidup susah jugak WAKAKA. Serius aku tak boleh tengok makcik makcik cleaner,atau makcik kutip pinggan mangkuk dekat uni aku ni.Semua orang tahu itu kerja dia dan probably mesti ada mulut puaka yang akan cakap "they're paid.itu kerja mereka" tapi tolong la kawan. Kerja itu kerja dan simpati itu simpati.Do not mixed it. Apa yang kau boleh buat sebenarnya? 

cukup la dengan meringankan kerja dia like bersihkan toilet lepas guna, jangan sepah sepahkan floor dan balbalablabla. -.- dah macam isi karangan spm la pulak haha.-
Ada satu part tu,lepas aku balik kayak 3 nov lepas,-lepas semua student balik kampung cuti midsem, ada makcik cleaner ni sapu floor.kesian.tua.muka dah kedut.*bukan nak kutuk. "yes,masa tu aku fikir.kenapa makcik ni kena kerja tua tua.Im rather to see the like kakak indon atau anyone (yang bukan makcik tua umur 50-an) buat kerja tu.Masa tu pulak lepas habis program,ada banyak baki beras,sos,sos tiram,perencah nasi goreng ada garam and gula kot.- Aku cepat cepat keluar,aku bagi dia -sebelum balik KL"

The most touching part is dia sangat terharu. :') aku still ingat dia cakap.
"Apa ni nak?" "terima kasih ye nakk,semoga anak murah rezeki" then tanya aku " tak balik kampung ke?" 

aku cakap aku nak balik la ni lepas aku terpaksa end of my conversation cepat cepat.kalau tak aku boleh menangis. Makcik tu cepat cepat masuk bilik dia.simpan barang.
Bukan nak riak-bukan nak menunjuk.. I just wanna show yang kita juga boleh bersimpati dekat seseorang tanpa hulurkan wang ringgit.

dan urusan dosa pahala definitely bukan urusan kau,aku dan sesiapa. itu urusan yang maha pencipta kan?

"Be the person that make another feel special.Be known for your sympathy and kindness."

#

Oh pertama kali berkancah dalam perniagaan online.Alhamdulillah dan Inalillah. Alhamdulillah biz masih bertahan sampai hari ni dan inalillah sebab kerana biz tempuh bermacam dugaan :) hee
Terima kasih tau customer.tak sangka dengan sambutan yang memberangsangkan ! :D
Kalau okay macam biasa, kenapa tak aku teruskan kan? Adat la dalam bisnes ada pasang surut.ada naik ada turun. Cuma aku akan pastikan aku tak cepat melatah .
Terus support shawlistaonline.Boleh rujuk FB : Shawlista Online atau instagram : shawlistaonline
kakak kakak semua boleh visit shawlistaonline kalau nak cari shawl tu :D

ohh kthnkbyenites .

Thursday, October 17, 2013

Diskriminasi Perangai.

Perangai.

manusia sekarang,kalau tak busuk hati,tak ego,tak bodoh sombong,tak berlagak,tak poyo,tak paksa memaksa,tak double meaning,tak selfish tak balabalabalabla lagi, memang ajaib kalau kita jumpa dan akan jadi clichey kalau tak jumpa.
dah banyak.

mereka akan berdiri di atas kapasiti status kawan ke,adik beradik ke,kawan jauh ke,sepuput sepapat,crush, ex ex girlfren boipren ke, bakal boipren ke, ex bakal boipren girlpren ke yang penting dorang dorang ni ada ciri ciri perangai yang macam kat atas tu.

kenapa?
why?
que?

kalau semua nak ikut kepala otak orang,sampai bila kepala otak kita nak berfungsi.

contohnya,
Ali nak siapkan assingment,group assingment. dan groupmate dia ada berderet belakang,tapi dia nak menangkan idea dia gak walhal idea mates dia lagi brilliant baq ang.At last idea dia dipilih secara veto.
ini cuma contoh tipikal nak bagi faham je.kot kot la pernah berlaku keww wakakak

Diskriminasi.

ini baru terjadi. someone added me in at fb, entah siapa tak kenal pun, nama ? toksah jadi jahat la sangat. ya, seorang yang agak chubby,more to gempal.(bukan niat nak menyindir) lepas aku approve, tetiba dia pm aku, hai, kita kenal ke?

apakah?
umor berapa?

apakah ? mungkin firasat aku cakap,wujud lagi ke dunia myspace tak pun dunia, taip 'ON LOVE' hantar ke 3293849 Zzz skrg zaman fb jai,zaman global. jodoh dekat muka buku possibility dia 0.1% je. hewhewhew

beralih ke cerita.
aku pun layan kan je, ckp tak pernah kenal la,kata umur baru 3 tahun la, ini la itu la ,borak borak sampai mcm dah kenal.
then gua lama tak reply sebab the annoyying moment have come.
selalu sgt pm,tanya itu ,buat ayat sedih balbalab notipekesen memekak lastly aku block dia.

ini bukan nak cakap aku diskriminasi golongan itu cuma aku terpaksa mendiskriminasikan orang yang annoying melampau lampau.

apa ? kau tak diskriminasikan orang lain?

jilat my tapak kaki.

orang sekarang kalau tak diskriminasikan
yang kaya , yang miskin, yang kurus,yang gemmss, yang mengada,yang menggedik,yang kulit hitam, kulit putih, yang hensem, yang buruk, yang tak cantik, yang tak berharta, yang ada muka,ada pakej.

memang tak sah.benda tu berlaku, cuma kita tak nampak sebab kita tak berada di tempat kejadian.Barangkali ianya abstract, ianya terjadi cuma kita tak boleh rasa. atau
kita pun mendiskriminasikan orang tu sendiri.

melayan perasaan di dalam train menuju ke tbs,
aku tengah sedih sebenarnya ni.bye

*baling tisu.

Monday, August 19, 2013

Elephant in front your eye,you pura pura tak nampak eh.

kenapakaubaca.[?]
"kambek ! (comeback!)"-H.A


Eh lama tak menaip tapi kadar taip-an masih laju kakakak. (sempat berlagak) . Been busy cari rezeki cari nafkah, habiskan letrik kat rumah,habiskan boreh,habiskan segala makanan kat rumah sebelum ke oversea september ni. Ahhh indah nya hidup (sambil jeling jeling dekat budak asrama,uitm dan budak sekolah yang dah masuk belajar tu)

 Kita hidup ni bukan sekadar omong kosong - kau bangun pagi gosok gigi dan tak mandi. oh ya lupa, lepas gosok gigi tak mandi, terus log in fb twitter , lepas tu update "hari ni air sejuk cangat cangat"

well,im describing for me self recently - after my resignation kah kah kah tapi siapa kisah,aku tahu hidup korang lagi ohsem kan. 
*iklan : tak terlalu lewat lagi kan untuk wish selamat hari raya aidilfitri mulia ? 

#
jap,gua ada satu soalan(s).

Adakah ia normal bagi seseorang untuk terus memendam perasaan jika dia suka kan seseorang tu?Adakah seseorang tu dibayangi perasaan takut atau malu atau tak kisah selepas luahkan perasaan kat seseorang tu ? Adakah si dia akan terima kita punya kenyataan " i like you so much" - lepas tu apa? *krik krik krik* Apakah langkah pertama yang patut kita lakukan bila kita suka someone? Adakah dia terima kita seadanya? Siapakah yang kita suka sebenarnya? Bila masa yang sesuai kita nak confess ni ? Dekat mana? Macamana cara nak confess dengan cara yang romantis? adakah adakah adakah ? bila bagaimana mengapa zzzzzzzz.

Ianya sesuatu yang amat bosan bila asyik asyik kita debatkan benda yang sama.
Lelaki mahukan macam ni,perempuan nakkan ini.
Magazine semua tipu.Tips2 "elakkan hubungan jadi hangit" dalam kolumnis semua menipu - erti lain nak naikkan sale.

"when you like someone,you will do whatever you can" - itu sekadar teori jelah.
disebalik teori tu,kita kena make some efforts to touch someone's heart. kan.
Simple je sebenarnya. Kalau kau suka dia,dia suka kau. syukur Alhamdulillah.
Kalau kau suka dia,dia tak suka kau. dan sebaliknya. itu masalah.
either kau kena cari lain atau lupakan dia atau pura pura nak move on. kih kih
tercakap depan cermin pulak.

Dan kita akan menjadi lebih fake kalau terus menerus tulis quote quote yang lembik dekat status, contohnya
" you smile like sunshine,but it faded when rain come" blabalaalbala
sampai bila nak lemah macam tu ? ha ? tell me wakaka.
Atleast kalau kau memang lemah pun,tunjukkan la kuat sikit dengan tak post status status macam tu. 
Ya. perasaan. semua orang tahu tu.
Takkan kalau dia dah tak suka kau keep forcing them . tak tergamaknya hidup.
Konklusi.

Bila dah ditolak,hidup macam biasa. HAHA ayat pasrah gila. tapi last but not least
me already fall for you. but cam biasa, why no you notice me.
*baca balik post untuk ke #78283683 kali.

kthnkbyenites.


tertarik dengan ayat ni

Sab's Openhouse.
"You've lost a diamond while you were too busy colecting stones"- rembat dari twitter fasha.

Wednesday, July 10, 2013

'Jangan pikirin abang'

kenapakaubaca.[?]
"sedih bila org buat kita macam ni "-H.A

Aku dah memang macam orang bodoh.
Kalau kau dah malas,cakap je. So dengan secara bermaruahnya aku tak akan jadi orang bodoh
menunggu kau untuk menjawab 'YA'.

Serius shit aku tak sangka. Selama ni,untuk sejukkan hati sendiri , untuk tak fikir bukan bukan.
I will assume that you'll pretty sure busy nak mati untuk teruskan hal hal dunia.Dengan noobnya,aku bagi kau peluang.

Mention each other dalam so-sial network does not means anything.Dua dua ,kau aku akan bermuka muka.

Alasan "busy" "banyak kerja" dan sama waktu dengannya.
Aku rasa semua tu tak boleh pakai.
serius.

Menyesal tahap kura kura dah ni.

ah baik layan lagu 

'Jangan pikirin abang' lagi layan.

*pause*




Thursday, June 13, 2013

GNATUH.

kenapakaubaca.[?]
"-"-H.A

 hahhh! aku dah figure out. aku dah jumpa satu konklusi.
Hipotesis (boleh lagi ) diterima
Bukan isu perkauman je yang jadi isu sensitif,bukan isu agama,bukan parti A bukan Parti B.
ada lagi yang sensitip sebenarnya.

Hutang,peminjam dan pemberi hutang.
Sensitif bukan?

aku beri situasi .
Si A datang kepada Si B. cerita segala permasalahan.akhirnya...
"boleh pinjam duit sikit tak weh?"
"sikit ? berapa ribu ?"

*krik krik krik* sebetulnya si A dapat apa yang dia mahu tadi. Yang muskilnya,
bila tiba 3 bulan selepas tu. Si A tiba tiba lupa apa yang dipinjam.
Ribu ke? bukan ratus ke?

to not to make the stroy become long long.

apa kata,dengan kata mudahnya.

U pay what U borrow.
pinjam apa yang awak hutang,
Jangan purapura lupa.
Buat orang akan menyampah.

serius !

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

Tuesday, June 11, 2013

Seeking Life @bazaar karat

kenapakaubaca.[?]
"barangkali kau akan tahu kehidupan,bila kau jalan sikit,sikit je wa kata untuk kedepan."-H.A

Ini kali ketiga aku ke bazaar karat,JB.Kali pertama member bawak.
not to be so jakun.tapi impress sebenarnya.
Impress dengan kehidupan JB ,seerti dengan KL
malamnya hidup di bandar.
Maksiat jangan cerita.Itu semua cerita akhir zaman.Mohon jangan nafikan.
Kali ke tiga jejak,baru tangan nak cerita,baru mata nampak jelas,baru hati nak bercekerama.

//

aku teruja sebenarnya.To gain some money,untuk mencari sesuap rezeki,untuk menampung kehidupan yang akan datang,untuk sara diri sebenarnya (yang lagi jelas).
Bagi aku mereka kuat,gigih.
dalam lewat 12,mungkin atas 1
masih duduk di bangku menunggu customer.

"belek punya belek,aku nampak diorang jual,dari pelbagai jenis charger charger henpon,skru skru,the antik thingy,wisel,lampusuluh,beg hiking,baju baju jangan cakap,berlambak gila,kompas,pen,mainan kucing parsi,ular dan blabalballa "

ya sama,sama macam uptown lain.uptown KD,Danau kota, segalanya.
ada satu yang lain.

dekat bazaar karat, ( i tought i was in singapore)
aku boleh nampak sekumpulan warga tua menari,yang orang akan karoeke,
menari dia,perghhh- liuk liuk gila.kalah mariah carey.
aku boleh lihat, golongan ibu yang sepatutnya berada di rumah,
masih menjual pelbagai barangan.
"tersentak kejap.berhentikan pandangan."
-ah apa makcik tua ni buat kat sini ?

engkorang tahu fountain coklat yang kita celup celup mashemelo tu ?
jam pukul 1.00 aku rasa.
Ada dua orang budak ,umur 5 tahun dan 4 tahun aku rasa
tolong sama bersihkan fountain tu,guna sudu.
I wonder mungkin tiap tiap hari dia buat macam tu.
aahh,bertuahnya pada insan yang tengah tidur dekat tilam empuk malam tu.
tak sebertuah dua orang budak tadi.
Atleast untuk 30 tahun akan datang, dia boleh cerita dekat anak dia nanti,
"mak tolong ayah niaga jual coklat dulu masa kecik kecik"
:')

Masih berjalan.
Bertempuh dengan pakcik berserban jual minyak
minyak attar atau urut,aku tak pasti.
Yang pasti,tak ada orang beli kat gerai dia.
Sekali lagi aku tertanya,
berapa income semalamam dia ?
Bukan urusan aku yang pasti.

#
sempat jugak meyinggah ke "Susur" (orang JB mungkin tahu)
nak cari 'awek' katanya. hihi kelakarlah.!

#
Ini malam aku. 
Yang pasti ,benda yang aku kongsikan ni boleh jadi pengajaran untuk kita semua ; yang sudah dewasa dalam menentukan kehidupan masing masing. wallahualam.

Inilah JB.bukan justin bieber.

They got several reasons why they have to do that.Maksud aku,
pernah tengok cerita antara garisan ?
dia jadi pelacur sebab hanya untuk menampung keluarga dia,untuk sara keluarga.
Boleh jadi tiada pekerjaan lain yang terima dia atau itu lah jalan termudah.
Jangan jadi bodoh untuk terus melulu menuduh perkara yang belum pasti.

Kuatkan semangat ye bazaar-ian karat. Aku suka bazaar ni,jual barang barang yang rare !
awesomeness tahap dewa

rare-ness dia bazaar karat

penuhkan hobi dengan menari






Saturday, June 1, 2013

Sinikal II

kenapakaubaca.[?]
"Senyum ikhlas,tapi plastik"-H.A

kau perlu tahu,di sebalik senyum tu ada apa?
apa yang tersirat sebenarnya
kadang orang senyum sindir
kadang senyum tulus
dan 
kadang I cant even see the smile.

#
dua kondisi,tapi serupa.
Meh aku bagi contoh.
Ya,memang kau nampak dia senyum.dia semacam gembira,gembira tanpa kata.
Etlis kau boleh tahu,
"Agaknya dia sedang gembira ni, biarlah"

atau sebaliknya.

// Lumrah manusia.Tuhan dah tetapkan.Kita tak boleh (dan tak akan boleh tahu) perasaan dalaman someone tu.Fitrah.

Jadi bila kita nampak orang senyum, don't ever judge too quickly.
dia mungkin memang betul gembira,senang hati
atau sekadar menunjukkan dia suka tapi dalamannya sangat gelisah
atau dia seorang yang plastik.

Betul jugak,
Tak semua masalah kita dapat kongsi dengan semua orang,lebih lebih lagi kawan.
Biarkan urusan peribadi jadi urusan peribadi.Sulit dan ketat.
Jika itu yang membuatkan kita
lebih baik,
dan tidak terseksa. 

Tapi selalunya,
"bila masalah aku hilang,then the another masalah akan muncul tanpa aku undang.,kau agak agak,senyum aku tu senyum betul tak?" -H.A
agak agak engkorang,kalau senyum macam ni ada ura ura nak kena tibai tak?

Thursday, May 30, 2013

Jika diberi pilihan.

kenapakaubaca.[?]
"fasa baru"-H.A


Selalunya ,problem mesti muncul bila kita nak decide untuk pilih yang mana satu.Nak pilih untuk kahwin dengan anak raja ke anak dato’? You choose. Aku mesti la nak pilih anak raja,mana la tahu kot kot satu hari nanti boleh jadi waris raja ke waakaka. Raja kapur. -_- zzz
Menjak menjak ni humour gland aku semakin menipis,maaf la.mana taknya duduk sini boleh jadi gila,hari hari nak mengadap buku dopopatjam lecturer lecturer sini nak buat test.dia ingat otak aku kita ni apa? Mesin? Robot ? wakaka.kepala jubbb dia.
Dah.persetankan semua tu.


#throwback #flashback #rewind
&^%#$%@#%^&*(*()( <- bunyi="" p="" rewind="">

“awak,jika diberi pilihan lagi,mungkin saya tak akan buat benda sebodoh yang saya buat sekarang ni.Oh sebab tu saya tak dapat second chance kan? Sebab kita ni bodoohh”  HEURHREUREU

Jika diberi pilihan lagi ( bukan peluang),aku mungkin akan perbetulkan silap aku.To accept or not to accept.Kalau accept sakit hati,kalau tak accept pun panas hati.Acano ni ? Better kita tak payah kenal kan dulu dulu , kalau tak kenal takde la hati aku sakit sebab asyik teringatkan kau sampai laa ni baq ang. Semua salah siapa?salah awak jugak.Muncul pada masa yang tak kena haha
Anyway,aku rindu kau tahu ?
Some of my friend mesti anggap aku ni manusia yang tak ada perasaan,tak tahu nak bernafsu,tak tahu nak melayan perempuan. Wei,gua tak nak tunjuk je jiwang karat gua,kang korang geli pulak. Wahaha.

//
Lately,i used to be perli-ed by my friend. Hal apa aku tak tahu.Aku rasa aku tak kacau hidup diorang rasanya.Tak pernah tegor pun rasa rasanya.Al maklum la masing masing busy dengan uni masing masing,dengan life masing masing –konon dah berjaya.Serius shit aku pun tak ada masa nak layan semua tu.sekarang dah 20.dah besar.bukan zaman belasan tahun kay? Kalau kau professional,kau akan asingkan soal kawan baik (masa sekolah) dan kehidupan sekarang.Totally different my friend.Sekarang bukan zaman “eh movie rabu depan,jom?” atau “ lepak mekdi jom?” atau barangkali sekarang bukan zaman , “ehh,mana nak ajak dahhh”. Sekarang zaman kau pilih masa depan kau – to move foward or backward.Untuk jadi independent.Bukan dependent to kemaruk segala shit semua tu.

Ah,lagi satu.Betul ke still ingat kan member lama ni? *krik krik krik*

//
Program seterusnya, ayuh ke banjaran titiwangsa. 8 hari matt! Aku akan daki antara 7 gunung tertinggi dekat semenanjung. Hopefully everything will be okay la gamaknya.
Nak buat apa atas gunung pun gua tak tahu.
Tambah kapsyen

Tuesday, May 28, 2013

Betrayed

kenapakaubaca.[?]
M.O.G.O.K


"When someone have betrayed my trust,so then they wouldn't have my trust again."-H.A

Terlalu perit.




Hati masih kosong.teringatkan awak.Dengan harapan dia (hati) akan penuh.



Saturday, May 11, 2013

Yang Tersayang : Kronologi sepi

kenapakaubaca.[?]
"aku syak,untuk menulis blog,memerlukan mood yang baik.Haha.Kalau aku tak tulis blog tu,maknanya mood aku tak ok lettew keh keh "-H.A

Tajuk posting bunyi macam jiwang karat je.Apa ni? hew hew dah 20 tahun kan? Jerin dah besar kan? HAHA

Bila sentuh pasal orang yang pernah aku sayang which means erti lain 'suka','jatuh cinta' 'tersuka' 'terjatuh hati' dan ter ter ter, ada banyak cerita di sebalik yang tersayang aku tu. Sejak dari darjah 4 woo aku dah terkecimpung dalam pencarian yang tersayang ni dan misi seterusnya saya terus bergiat aktif dalam mencari yang tersayang sampai la tingkatan 5, tidak di matrik dan universitas..But unfortunately nasib tak menyebelahi aku bila semua yang tersayang yang aku cuba untuk nak sayang,semua pura pura tak sayang pulak. Aisehmen.Leceh la kalau cenggini haha.

#
Aku masih tuntut kata kata cikgu add math aku dulu.Masa tingkatan 5 tu dia cakap,

"kamu semua tak payah la nak couple couple bagai nak rak dekat sekolah ni,tunggu je masuk U nanti.sure ada ,siap kahwin lagi tu "

Baik cikgu,saya dah masuk tahun 1,umur dah 20,semester kedua dan saya masih menanti your words cikgu haha.Mungkin ini bala bila aku menyertai kelab 3S (Single Single Sedunia) kot atau diri sendiri bajet nilai juta juta; jual mahal nak mampos.

Kronologi pertama bermula darjah 4.
Dia cantik, ayu, manis,bertudung (cewahhh) haha tapi tapi tapi yang paling gua panas hati ni bila ada orang lain suka dia. bukan sorang,bukan duaorang tapi 3 orang serentak suka dia. Wa dah la takde muka,nafsu pun tak tinggi lagi masa tu. Perempuan tu sampai pening kepala nak pilih mana satu laki dia suka.
The story end bila perempuan tu pindah haha
3 orang lelaki tadi termasuk aku melopong tak tentu hala.Cuma aku tak meroyan lebih la,yang lain meroyan.
Darjah 4 ni woi. Gatal piangnyaaa.Baru sekolah rendah.

Kronologi kedua seterusnya di tingkatan 3.
Eh maklum la,pengerusi Pengawas pusat sumber (jeling jeling diri) ni hot la jugak walaupun hakikatnya buruk tapi peduli apa.Atleast ada orang minat tau. Kau ada? HAHA joke.Mula mula main jeling jeling mata masa dalam meeting,tak sangka cayaqqqq (cair) pulak baq angg. Tak sangka aku.baru kenyit mata,belum sepak lagi wakaka.So drama berlaku,borak borak.kacau kacau masa dekat kaunter.Ada satu hari aku terkejut sebab dia mintak cou... ? coupun? -_- Gua reject. Maaf la,aku ada prinsip jugak walaupun aku junjung prinsip bagai perigi mencari timba.Adakah aku sedang mempermainkan emosi perempuan?Tidak kan? hihi

Kronologi ketiga di tingkatan 4
Haahh! budak kelas aliran Arab jadi pilihan.Selalu lalu depan kelas dia bila time tengahari nak masuk kelas,dengan harapan dia jeling i balik you haha. Memang harapan terkena. dah selalu sangat buat macam tu sampai mual,kitaorang pun tegur tegur dan borak borak biasa.
Aku ni pelik,habit aku pelik sangat.Aku suka bagi orang harapan, dan bila harapan muncul depan mata,aku akan rosakkan harapan tu. Faham tak maksud aku?
ala kira heartbreaker la ni. Senang cerita haha. Melepas lagi.Bodoh piang punya jerin.

Kronologi keempat di tingkatan 5
Siapa cakap umur jadi penghalang? tak kisah la you nak bercinta dengan umur angka berapa pun.
Tingkatan 5 punya cinta monyet pun tak jadi. Semuanya ada drama. HAHA Kelakar bila ingat balik. :'P
Akan aku simpan semua kisah ini.

Tutup ketat ketat,jangan bagi masuk angin.

#
sial

Lepas 4 tragedi tu,aku berhenti berharap.Dei bukan aku dah tak suka perempuan,berhenti berharap untuk taknak sakitkan hati sendiri.I've move on,masuk alam matrikulasi jadi forever alone, dan sampai sekarang.
Well,lebih baik jaga hati korang daripada sakitkan hati sendiri ye tak? Atleast kau gembira sensorang walaupun menderita bila tengok kawan engkorang dah couple kan? HAHA.

the cliche words ever ;
"mungkin jodoh dan takdir kita belum sampai"

eh aku ada jugak try test menackle nackle awek awek sini,cuma tak nak teruskan,takut jadi heartbreaker buat kali ke 5 lagi.

Betul,aku takut berpijak bumi nyata. Sifat malu aku masih menguasai diri aku.
Oh shit.
Oh bye la.Gua nak pergi usyar usyar awek jap malam malam ni .

#


Persetankan tu semua.Bila aku sedih,aku suka tengok video ni
buat korang lupa semua sedih korang. HAHA try tengok.

Friday, May 10, 2013

Nostalgik

kenapakaubaca.[?]
"mula berblog jom?"-H.A

#np sekadar di pinggiran.

This song reminds me of the past.Masa zaman form form lagi.gua tak ingat, rasanya dalam zaman form 3 4 kot.

&^$%^$%^*( << bunyi rewind

ah.
nostalgik.

Saturday, April 27, 2013

POLITIK: Antara Fakta & Fitnah #2

kenapakaubaca.[?]
"Kena bahagi bahagikan masa dengan baik lepas ni"-H.A

Ada yang butthurt ke pasal post semalam? rilek la.Itu cuma tulisan tak rasmi dari aku je,nak tahu betul ke tak tanya la pembuat isu wakakaa. Fot those who are missed untuk baca post sebelum ni,klik sini .
Actually aku nak cakap pasal 'macai' malam ni.Tapi malas pulak haha
yela,diri sendiri dah dicop macai kan? what the heck is macai sebenarnya ? aku pun tak tahu (sebenarnya tahu,cuma malas nak debatkan) ,pergi mam dengan semua tu, aku cuma nak sambung beberapa fakta yang terus difikirkan auta oleh sesetengah pihak.



7.Shahrizat Jalil dan 'Lembu'nya


Pernah dengar pasal NFC ? amendatah maksud panjang dia. National Fidlot C tu stand untuk apa tah, yang aku tahu syarikat tu pasal lembu atau daging daging yang dijual ke dalam atau luar negara.Tak pasti pasal tu.
Aku sebenarnya kesian dekat kak ijat kita ni.Dia yang tak ada kena mengena dengan lembu tu,terpaksa dilembukan oleh sesetengah penyokong pakatan rakyat.
Dia bukan pengerusi NFC,tapi dia Menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat .Tak pasal pasal letak jawatan walhal bukan dia yang buat tapi suami dia.
habis Lembu 250juta,kondo kat singapura dijadikan bahan politik sampai tersungkur dia tak bertanding PRU 13 bagi nak bersihkan nama.


Well played Rafizi Ramli.Kalau nak tahu rafizi ramli la yang dedahkan isu ni,Tahniah rafizi ramli.atleast boleh bukak mata rakyat sikit kan?.Takziah jugak rafizi,sebab gian sangat nak dedahkan isu tu,dia telah melanggar perjanjian BAFIA yang mana rafizi telah mengpergunakan seorang pegawai bank untuk mengorek rahsia puak puak NFC.

Kalau dari segi undang undang,salah tetap salah.
yang penting, kak ijat punya suami ,rafizi ramli - perlu dihadapkan ke mahkamah untuk tujuan keadilan.
Kak ijat ? hihi no komen.Aku respek dia sebab letak jawatan walaupun bukan dia yang salah.

8.Gambar ORI vs FAKE.

Yang banyak memulakan istilah istilah photoshop ni aku rasa dari sebelah pakatan.Eh jangan la marah dulu hihi. Belah BN pun ada jugak. So dua dua belah macam tak boleh pakai jugak la. 2x5 je sama dengan je wakakak.


8.1 Bersih
Ini semasa 28 april 2012 tak salah aku.
Percaya ke? padahal masa tu DBKL elok elok kepung dataran.memang tak ada seorang pun lepas masuk tup tup ada gambar penuh dengan crowd. hihi Ini bukan fitnah kot.cuma mahu menguji kepakaran si editor gambar mungkin wakakak :D
Kenapa aku kaitkan bersih?
dah terang terang bersih = NGO = yang berpaksikan pakatan rakyat.

8.2 Tak ikhlas ?
calon BN pru13 , Dr Rozaidah
Ini aku lagi sedih.Orang mati,orang eksiden,orang cabut kaki,orang terlanggar-mereka akan kata fake.berlakon. "Berapa budak ni kena bayar?"

kemon la guys. sekarang dah 2013,mana pergi nilai budaya hormat menghormati?
Padahal calon tu, Dr,mungkin berkemampuan nak bg pertolongan awal walaupun tak ada first aid what so ever.
satu je nak tanya. kenapa double standard?
ceh

8.3 HKR#13
Yang ni aku rasa tak edit.
sebab aku percaya mostly yang datang ni memang bertujuan untuk buat kebangkitan.well done HKR. :)  Aku tabik mereka sebab boleh kumpulkan penyokong dengan ramai - walaupun tiada upah,makanan atau tshirt free (siapa percaya aku rasa kena hantuk kepala kat dinding kot) wkakaka

8.4 Perhimpunan Raksasa
P.R.Umno
Ramai jugak kata yang datang dekat Perhimpunan Raksasa UMNO ni semuanya berbayar,kena upah.
UMNO je la yang kena upah.bagi tshirt free,makanan free,kalau tak ahli takmau join. hihi
nak gelak rasanya.
tapi bila PAS bayar ahli untuk ke besih, dikira apa ? sedekah ?

"Elaun perjalanan ini bukan perkara baru yang perlu dijadikan isu, dalam Bersih 3.0 yang lepas pun setiap peserta mendapat elaun perjalanan, malah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri mengakui membiayai duit poket peserta himpunan dari Kelantan."-Sumber


9. KAPAL SELAM KD tun razak

Aku tak tertarik nak ulas isu scorpene.Pasal berapa budget kapal selam yang kerajaan beli.
Aku tertarik nak ulas kenyataan 

LIM guan Eng yang kata Kapal selam negara tak boleh menyelam? kih kih kih

"Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Lim Guan Eng hari ini diberi peluang untuk menaiki Kapal Selam Scorpene di sini hari ini. Turut serta bersama Lim termasuklah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri beliau iaitu YB. Dr. Mansor Othman dan YB. P.Ramasamy."

Dan dia mengaku kapal selam tu boleh menyelam walaupun dekat belakang still bercakap mengenai kos pembelian 2 kapal selam,komponen yang rosak dan kenapa mengambil masa yang lama untuk bagi dia masuk kapal selam tu.

Untuk makluman,harga kapal selam tu rm3.5 billion (lebih kurang). phewww banyak tu.

Malaysia ada kapal selam? bangganya. !





10. KRONI,NEPOTISME


mereka berkata pasal kroni .
Pakatan Rakyat seringkali menuduh BN ada banyak kroni.
masih tak nampak ? siapa yang ada kroni lagi banyak daripada yang dituduh?
isk isk isk isk isk.

Ada anak Najib Razak ? Isteri? anak buah? sepupu sepapat ? 
Mungkin dalam parti tiada kroni, tapi dalam ekonomi ada kan? siapa tahu .
wallahualam.

##
Aku akan berhenti kat sini. 
Akan cakap mengenai isu lain pulak untuk kita sama sama bukak mata dan minda.
 hihi 
kthnkbyenites :)

Friday, April 26, 2013

POLITIK :Antara fakta dan fitnah

kenapakaubaca.[?]
"wa hanya akan pos pasal politik sampai hari mengundi.Tak suka?Jangan baca hihi.joke joke."-H.A

Korang mesti annoying kan,menjak menjak nak PRU mesti wall home FB engkorang penuh dengan politik saiko kedua dua belah pihak.

Yang pihak belah sini keluarkan cerita ni,cerita khurafat sana,fitnah sini,photoshop sini sana,video ceramah,video kebenaran. Yang pihak belah sana pun hantar benda yang sama.well said,TL twitter aku,home FB aku penuh dengan semua tu,sebab tak sangka rupanya kawan kawan aku minat nak tahu politik semasa dengan meng-like semua cerita parti mereka ,termasuk aku haha
Tapi bagus jugak, engkorang boleh nilai cerita dua dua belah pihak. BN atau PR.

yang mana satu fakta,yang mana satu auta ? hihi.
tapi ada ke orang sekarang percaya fakta ?
#aku dah ulang benda ni untuk kali kedua 

Oh harini jari terasa nak tengok sejauh mana fakta yang memungkinkan orang orang gila internet ni boleh percaya.


1.Flyer : Pakatan Rakyat
admin ni kata dia dapat flyer ni drpd petugas DAP itu sendiri di skudai.
Kalau engkorang yang bukan partisan - which mean atas pagar,yang tak fanatik, korang akan baca,fikir dan gelak dan buangkan flyer tu Kalau engko penyokong BN, kau akan hentam sampai mati. Kalau engko penyokong PR, mostly korang akan kata "ni la dia fitnah jahat Be End"

cuba fikir.

Memang Dap pernah kata " langkah mayat dulu kalau PAS nak jadikan negara ni negara Islam"
Pas pernah kata nak buat hudud,bila DAP marah.PAS membisu.atau menarik balik. Well say ada pulak orang kata ini hasil kerja tangan orang BN, nak sabotaj PR katanya.
Boleh jadi fakta , atau fitnah ? agaknya. hihi
Tapi kalau nak diikutkan,ada suara suara nak bubarkan PDRM,dengan ATM dengan kurangkan pekerja awam.
Benarkah?

2. Tulisan JAWI : Benar atau Di'edit'?



Yang ni aku yakin sangat banner ni dah di-edit.
maksud banner sebenar
"Undilah barisan Nasional, Rakyat didahulukan"
selepas diedit ;
"Undurlah barisan nasional,rakyat dihulukan"
Kalau sekali tengok pun dah tau.Tulisan dalam kotak merah lagi nipis berbanding tulisan biasa tu. hihi kantoi.
aku tak nak menuduh tapi bila fikir dengan waras akal,for sure BN tak akan edit benda benda cenggini atau pihak kilang typo sewaktu membuat banting hihi
Gambar ni telah pun tersebar meluas (dishare) di pihak pakatan rakyat.


3. JustUndi:Poll
hihi
Wuiyoo,Tahniah pakatan atas kemenangan. HAHA tapi aku nak tergelak.maaf cakap.walaupun ada pihak belah sana dengan bangga menayang nayang benda ni,tapi aku rasa ini la undi paling berat sebelah. Tak semua ada smartphone,internet,iphone dan sebagainya. dan tak cecah 3 juta pun. hihi ini bukan fitnah,bukan fakta tapi cuma gambar hihi


4.Cincin 24 Juta Rosmah.

pernah dengar cerita ni ?
Cerita rosmah menabung sejak kecil sampai nak beli cincin RM24juta?
Kesian rosmah.walaupun aku tak suka jugak rosmah,tapi kalau dah fitnah tu,fitnah juga.
Jadi,apa cerita sebenarnya ni ?
Terpulang nak percaya atau tak. Aku cuma ingin mengongsi fakta.
Utusan saman fitnah
ori vs fake
Isu menabung sejak kecil di buat oleh pihak pakatan sendiri dah pakatan sendiri yang mainkan isu tu.Tak semua orang tau sebab mereka akan percaya bulat bulat apa yang media mereka kata.
So betul ke rosmah guna duit rakyat beli cincin rm24juta?
No.
cincin tu hanya untuk pameran je dekat malaysia.Guna atas nama dia

dari RBF online.

"Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM. Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya. Tiada siapa yang tahu. Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar. Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi. 

Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan."

http://www.rbfonline.net/2013/04/cincin-rm-24-juta-menjawab-fitnah.html
cerita selanjutnya disini.Komplete set dengan surat surat penghantaran lagi.
This is baru fakta.
No rakyat money being used.

5.Video Seks Anwar Ibrahim dan Mustapha Ali

Siapa yang dah pernah tengok video video yang aku sebutkan ni?

http://www.youtube.com/watch?v=XC1TYCbnuzM (anwar ibrahim dan mahasiswa)
http://www.youtube.com/watch?v=NUafscn_1UU (Mustapha Ali Setiausaha Agung PAS)

Ramai yang tak percaya.Ramai yang percaya.
kata mereka, ini semua edit,semua boleh buat dan macam macam.
azhar sulaiman kata
"orang orang penerbitan,krew krew media yang berkecimpung dalam arena media dekat dunia penyiaran kata imposible video video tu dibuat sendiri."

ada ke orang buat video?
Selagi tak menafikan dan bersumpah, ramai majoriti rakyat malaysia tak akan percaya.
Aku tak dedahkan aib,cuba berkongsi je hihi.
Hadi presiden PAS lagi cakap boleh dedahkan aib pemimpin kalau dia ada buat salah.
Siapa kita nak sanggah haji Hadi ? kih kih kih



Last but not least.
6. Hukum Hudud dan Solat dikafirkan.

Kalau rajin, klik sini untuk mengetahui apa yang nik aziz kata pasal solat orang selain PAS dapat dosa. Bukan fitnah,tiada dubbing,hanya terkeluar dari multu Dato Nik Aziz sendiri,Mursyidul Am pas.

http://www.facebook.com/photo.php?v=471309506271981


Im never ever heard yang solat selain daripada orang orang PAS akan dapat dosa.
Apa ni?
kerana ada yang berbeza parti politik,semua sewenang wenang boleh keluarkan fatwa. 
Hanya Allah S.w.t je yang boleh tentukan solat kita sah atau tak dan sebagainya.
Patutla ulama sekarang dicerca,maaf la,bukan ulama sejati. tapi ulamak politik.
lain ye.kena ingat.ada beza antara sejati dan politik.

##
aku sedar,akan ada orang yang akan condemn aku lepas ni hanya kerana aku merungkaikan fakta fakta ni satu persatu.Ada banyak lagi isu yang aku nak ulas ,tapi serius ly aku tak larat nak tulis wakakaka. Next time pulak kita berkempen.
Tak salah kan student nak bagi pendapat politik?
AUKU kan dah dipinda. terima kasih Pakatan sebab berjaya push kerajaan masa tu untuk pinda AUKU.
keh keh keh :)

salam dan selamat malam.
kthnkbyenites :)

Wednesday, April 24, 2013

Mahasiswa,PTPTN dan politik.

kenapakaubaca.[?]
"Jangan bermain dengan hak.Padah nanti"-H.A

Well,kita dah memang sememangnya tahu dah, bila cakap pasal politik, semua tak percaya cakap orang ni,cakap orang tu, "eh politik tu kotor,kalah kotor dekat baju aku ni".
Mula la keluar fitnah sini sana,photoshop gambar itu ini, cakap orang ni 'macai' cakap orang tu macai. Apa nak jadi la dengan politik zaman sekarang.Mana minda 2013 weh?
 #

Aku suka fakta.tapi sekarang ramai yang suka auta daripada fakta.Kata mereka,yang auta itulah bukti.
Sejak PRU ke 11 - masa tu tahun 2004, lepas tu PRU12 2008 , dan sekarang PRU13 2013.semua isu yang diorang mainkan baik belah kiri atau kanan,semuanya sama.populis semata.

#
Untuk pru 13 kali ni,aku tertarik nak ulas satu janji Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN jika mereka mendapat mandat PRU 13 kali ni.(selain hapus kan TOL,turunkan harga minyak,dan lelain)



  • Aku pernah guna PTPTN,pernah pakai PTPTN dan Alhamdulillah,sebab PTPTN jugak aku boleh bayar yuran Uni selain daripada duit PaMA haha.Nak mansuhkan PTPTN ? huerheruhre.nak tergelak kejap. Aku assume Pakatan Rakyat mahu menggantikan PTPTN dengan biasiswa sara diri yang mana ianya sama seperti PTPTN, tapi yang lainnya kita tak perlu bayar balik. Macam ni boleh ? atau Pakatan Rakyat nak mansuhkan PTPTN terus dari hidup pelajar dan pelajar guna dana sendiri ? tak mungkin la kot sebab aku ada terbaca dalam satu blog,Pakatan Rakyat akan sara pelajar dari masuk Uni sehingga keluar Uni.Itu fahaman aku.Ok la,aku assume yang pertama tadi.
  • Malas nak cerita pasal penubuhan PTPTN ,siapa yang terlibat dan bila semua tu diwujudkan. cliche nak dibincangkan.Hope korang tahu la.Mansuhkan PTPTN. ok.aku suka,for sure semua suka.Tapi apa yang bakal berlaku di sebalik pemansuhan PTPTN tu?
  • Ikut fakta,kita ada dekat lebih kurang 800000 pelajar IPTA/IPTS ambilan setiap tahun untuk diploma dengan degree dan mungkin 500000  atau 300000 daripada ni peminjam PT atau mungkin lagi kurang (sekadar bagi contoh).Kalau buat perkiraan, (aku ambik 300000 students yang pinjam PT setahun/ambilan baru) 300000 orang x rm3000 (per sem) (amaun sara diri + yuran) = total RM900,000,000 Per sem. x 2 (setahun = 2sem) = RM 1,800,000,000 yang perlu government tanggung.kalau student tu belajar 3 tahun ? kalau 4 tahun ? Mungkin aku ni bukan pakar ekonomi macam Rafizi Ramli tapi bilangan pelajar tentu makin lama makin meningkat, tahun makin meningkat, kos sara hidup for sure meningkat. Itu baru untuk 300000 pelajar. belum 500k studeng lagi. Dan duit apa yang kerajaan nak tanggung ?PETRONAS?TOL PLUS?
  • Baik guna duit tu bayar hutang negara dekat bank dunia ke apa ke dulu.Dan setahu aku,hutang kerajaan kepada bank negara pun baru 500 juta. yang berbilion bilion ringgit tu hutang luar,hutang pihak swasta dan sebagainya.


ini adalah carta hutang luar negara kerajaan persekutuan. saya buat secara ringkas. untuk lebih details nanti saya letak dekat note. mengikut carta ini kita tak pernah pinjam daripada IMF dan hutang luar negara kerajaan persekutuan bawah 20 billion. pada tahun 2012, hutang luar negara kita hanya RM16848 juta..@ 16.8 billion(bundaran paling hampir) sahaja. apa yang ingin saya tunjukkan ialah, malaysia tak pernah meminjam dengan IMF dan hutang luar negara kerajaan persekutuan kecil sahaja. selebihnya adalah hutang sektor swasta. kerajaan persekutuan hanya bayar hutang dia saja dan hutang sektor swasta, mereka yang bayar sendiri. bukan kerajaan tolong bayar. dan kerajaan pinjam bukan untuk suka-suka tetapi untuk membina dan membangunkan ekonomi negara

-Addin-


  • Eh tapi kan, kalau dah hapuskan TOL,dah turunkan harga minyak nanti.Mana Pakatan Rakyat nak dapatkan dana untuk tampung biasiswa sara diri ni semua? Someone boleh tolong jawabkan ? Of course dari cukai cukai yang tinggi. Ye.ada yang akan cakap pakatan rakyat tak akan naik kan cukai balbalablabalab segalanya. Tapi siapa tahu kan? engko tahu ke apa akan jadi masa depan ? whatever cukai,pintu ke ,cukai jalan ke, cukai pendapatan serius shit akan naik untuk cover balik perbelanjaan lepas Pakatan Rakyat turunkan harga minyak dan hapus kan TOL (KALAU terlaksana lah )
  • Pakar-pakar Institut kajian yang dijalankan bersama-sama dengan
    Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD ) , antara 30 negara anggota
    organisasi. Kajian ini dijalankan berdasarkan data dari Bank Dunia
    dan OBSR . Pakar memberi perhatian kepada tiga kriteria : aktiviti cukai
    kawalan sosial , kewangan dan privasi , menulis Puls Biznesu .
    Senarai negara dengan cukai yang paling tinggi adalah seperti berikut:
    1. Itali - 6, 0 mata 2 Turki - . 6, 0 mata 3 Poland - . 5, 9
    perenggan 4 Mexico - . 5, 9 mata 5 Jerman - . 5, 9 mata 6 Belanda.
    - 5, 8 mata 7 Belgium - . 5, 6 mata 8 Hungary - . 5, 6 mata 9.
    Perancis - . 5, 6 mata 10 Greece - 5 , 5 mata adalah yang paling mudah
    cukai tekanan , negara-negara seperti Itali, Turki dan Poland. kurangnya
    dibebankan dengan cukai di Switzerland , Luxembourg, Austria dan Kanada. negara-negara
    dengan indeks yang lebih tinggi dari 5 , 4 ​​mata dianggap sangat mudah untuk cukai
    tekanan.
  • Brazil,Fuji,Greece,Turki  menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar negara dia.Arab pun, tapi tengok la keadaan politik,suasana geografi dan cukai dia.tinggi melangit. Orang malaysia minyak naik doposen pun dah melangok memekak je,boikot itu ini. ini bila cukai naik ? zzzz
  • Pernah tengok slogan "Education is Not For sale", "Hapuskan PTPTN" im sure kerja kerja ni didalangi oleh nama nama dari yahudi.Kalau korang berkesempatan,boleh tonton video ni.Ada tangan yahudi yang digerakkan ke seluruh negara,mostly diwakili pembangkang untuk menyebarkan fahaman menghasut rakyat menumbangkan kerajaan sedia ada. Pernah tengok logo Parti Sosialis Malaysia? Pernah tengok DEMO BERSIH yang guna logo tangan Genggam tu ? itu semua dijadikan proksi oleh yahudi,bagi menguasa negara yang ada hari ni.Dan  yang paling kesian,budak budak IPTA IPTS yang terpancing dengan Slogan ,propaganda ni. Dah lupa masa kita belaja rsejarah tingkatan 3 dulu ? macamana jepun menggunakan propaganda nak bodoh bodohkan rakyat tanah melayu?
Logo tangan PSM
Logo tangan Bersih
http://www.facebook.com/photo.php?v=636991476318192&set=vb.100000220357952&type=3&theater
Dan ini link video 16min, bagaimana yahudi menghantar agen agen mereka masuk ke Malaysia.
  • Oh aku mengaku segala angka2 yang dikongsi tak setepat mana.Cuma sekadar nak kongsi dan anggaran je.Tapi aku teringin nak rasa Pakatan Rakyat jadi kerajaan lepas pru 13 ni. Nak rasa PTPTN mansuh,TOL mansuh, dan minyak turun. Dengan harapan ianya bukan hanya sekadar janji janji populis yang dah pun berlaku kat selangor sepanjang 5 tahun lepas.*tangan di bahu mata ke atas kihkihkih
Oh betul Mr.K kata,orang sekarang akan undi ikut perasaan.Mana yang paling dibenci,itu tetap akan jadi sesuatu yang tersangat mereka benci.
-Pandangan peribadi penulis.
kthnkbyenites.
InsyaAllah akan ulas lagi topik berkaitan. :)