"Kena bahagi bahagikan masa dengan baik lepas ni"-H.A
Ada yang butthurt ke pasal post semalam? rilek la.Itu cuma tulisan tak rasmi dari aku je,nak tahu betul ke tak tanya la pembuat isu wakakaa. Fot those who are missed untuk baca post sebelum ni,klik sini .
Actually aku nak cakap pasal 'macai' malam ni.Tapi malas pulak haha
yela,diri sendiri dah dicop macai kan? what the heck is macai sebenarnya ? aku pun tak tahu (sebenarnya tahu,cuma malas nak debatkan) ,pergi mam dengan semua tu, aku cuma nak sambung beberapa fakta yang terus difikirkan auta oleh sesetengah pihak.
7.Shahrizat Jalil dan 'Lembu'nya
Pernah dengar pasal NFC ? amendatah maksud panjang dia. National Fidlot C tu stand untuk apa tah, yang aku tahu syarikat tu pasal lembu atau daging daging yang dijual ke dalam atau luar negara.Tak pasti pasal tu.
Aku sebenarnya kesian dekat kak ijat kita ni.Dia yang tak ada kena mengena dengan lembu tu,terpaksa dilembukan oleh sesetengah penyokong pakatan rakyat.
Dia bukan pengerusi NFC,tapi dia Menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat .Tak pasal pasal letak jawatan walhal bukan dia yang buat tapi suami dia.
habis Lembu 250juta,kondo kat singapura dijadikan bahan politik sampai tersungkur dia tak bertanding PRU 13 bagi nak bersihkan nama.
Kalau dari segi undang undang,salah tetap salah.
yang penting, kak ijat punya suami ,rafizi ramli - perlu dihadapkan ke mahkamah untuk tujuan keadilan.
Kak ijat ? hihi no komen.Aku respek dia sebab letak jawatan walaupun bukan dia yang salah.
8.Gambar ORI vs FAKE.
Yang banyak memulakan istilah istilah photoshop ni aku rasa dari sebelah pakatan.Eh jangan la marah dulu hihi. Belah BN pun ada jugak. So dua dua belah macam tak boleh pakai jugak la. 2x5 je sama dengan je wakakak.
8.1 Bersih
Ini semasa 28 april 2012 tak salah aku. |
Kenapa aku kaitkan bersih?
dah terang terang bersih = NGO = yang berpaksikan pakatan rakyat.
8.2 Tak ikhlas ?
calon BN pru13 , Dr Rozaidah |
kemon la guys. sekarang dah 2013,mana pergi nilai budaya hormat menghormati?
Padahal calon tu, Dr,mungkin berkemampuan nak bg pertolongan awal walaupun tak ada first aid what so ever.
satu je nak tanya. kenapa double standard?
ceh
8.3 HKR#13
Yang ni aku rasa tak edit. |
8.4 Perhimpunan Raksasa
P.R.Umno |
UMNO je la yang kena upah.bagi tshirt free,makanan free,kalau tak ahli takmau join. hihi
nak gelak rasanya.
tapi bila PAS bayar ahli untuk ke besih, dikira apa ? sedekah ?
"Elaun perjalanan ini bukan perkara baru yang perlu dijadikan isu, dalam Bersih 3.0 yang lepas pun setiap peserta mendapat elaun perjalanan, malah Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri mengakui membiayai duit poket peserta himpunan dari Kelantan."-Sumber
9. KAPAL SELAM KD tun razak
Aku tak tertarik nak ulas isu scorpene.Pasal berapa budget kapal selam yang kerajaan beli.
Aku tertarik nak ulas kenyataan
LIM guan Eng yang kata Kapal selam negara tak boleh menyelam? kih kih kih
"Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Lim Guan Eng hari ini diberi peluang untuk menaiki Kapal Selam Scorpene di sini hari ini. Turut serta bersama Lim termasuklah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri beliau iaitu YB. Dr. Mansor Othman dan YB. P.Ramasamy."
Dan dia mengaku kapal selam tu boleh menyelam walaupun dekat belakang still bercakap mengenai kos pembelian 2 kapal selam,komponen yang rosak dan kenapa mengambil masa yang lama untuk bagi dia masuk kapal selam tu.
Untuk makluman,harga kapal selam tu rm3.5 billion (lebih kurang). phewww banyak tu.
Untuk makluman,harga kapal selam tu rm3.5 billion (lebih kurang). phewww banyak tu.
Malaysia ada kapal selam? bangganya. !
10. KRONI,NEPOTISME
mereka berkata pasal kroni . |
masih tak nampak ? siapa yang ada kroni lagi banyak daripada yang dituduh?
isk isk isk isk isk.
Ada anak Najib Razak ? Isteri? anak buah? sepupu sepapat ?
Mungkin dalam parti tiada kroni, tapi dalam ekonomi ada kan? siapa tahu .
wallahualam.
##
Aku akan berhenti kat sini.
Akan cakap mengenai isu lain pulak untuk kita sama sama bukak mata dan minda.
hihi
kthnkbyenites :)
No comments:
Post a Comment