Wednesday, April 10, 2013

S untuk Syaitonn @ Sahabat?

kenapakaubaca.[?]
"Rasa akward gila sekarang."-H.A


Sekarang baru mengerti. Talian persahabatan yang dibina 5 6 tahun dulu akhirnya boleh terputus macam tu je.Tanpa gunting atau gergaji atau mesin pengisar (tiba tiba aku lupa nak sebut dalam bahasa omputihnya) ; yang sahabat sebenarnya tak kekal lama.

"Dia (kawan) akan muncul tatkala memerlukan sesuatu, boleh jadi akan hilang apabila mahu meminta sesuatu dan samar samar bila mempunyai sesuatu yang baru"-H.A

Jika awak semua faham apa yang tersirat la.

Dan sudah pasti,lepas ni dalam biodata diri,mulai tahun 2013 ni (sepatutnya sejak azali lagi) ; jangan dah gedik gedik nak tulis 'kawan baik' atau ' kawan rapat' atau 'BFF forever' blabalbalbaal yang macam sakai tu.Serius shit dah tak ada makna.Tak ada value dah dalam dunia pascaglobal ni.

Dan aku masih ingat. masa aku darjah 5 ke 6. ada seorang member baik aku. nama dia A**al - beriya bagai nak duduk satu bilik (rumah sewa la ni) bila dah besarl bila dah tempuh alam U ; bila dah mula kerja. yang mana sekarangnya satu hapa , batang hidung dah tak nampak. Biarkan .itu cerita 8 9 tahun lepas.

Lihat sekarang ? ada kala memang tak logik langsung nak compare cerita 8 9 tahun lepas dengan tahun 2013 ni tapi itu lah aku cakap realitinya sekarang banyak berubah. Kawan  sekadar berdasarkan harta dan populariti.Nak cari kawan yang "eh eh muka kau comot la,kat tepi pipi bawah tu.lap sikit" memang payah. Nak jumpa member yang " alaa,aku lupa bawak duit la. pinjam rm10 esok aku ganti" (tapi tak ganti pun) memang banyak.Kalau nak jumpa kawan yang "eh nama kau siapa eh? aku ingat ingat lupa la" (padahal baru tak jumpa 2 tahun) lagi banyak

**
Aku masih tak faham apa takrif terbaru dalam berkawan.


Adakah mereka semua ni benar benar ikhlas,hanya sekadar cukup syarat nak penuhkan kuota kawan atau ?
Well said,aku berkali dah cakap pasal kawan.sebab aku sayang kawan kawan aku, baik yang sekolah menengah atau sekolah rendah.Kalau tak siapa yang nak datang wedding gua nanti ye tak? HAHA
Gua malas fikir.mak gua suruh jangan cari kawan lagi dah. Dia suruh cari girlfriend cepat cepat.tak sabar nak bermenantu lagi katanyaaa hiihi bye

No comments: