Sunday, May 6, 2012

sisihkan orang orang sekeliling.

kenapakaubaca.[?]
"Semoga aku akan sentiasa risau dan tidak berada dalam comfort zone"-TokKhairul


bila kita rasa gembira,pukul 4pagi pun inspirasi akan datang jugak.tak kira la kau ngantuk atau tak bila kau nak menulis, kau tak dapat nak deny it, kau pasti akan menulis jugak.oh propa je ni.
Lupakan kejap chelsea liverpool, lepas ni liverfool fans boleh la buat anti-ramires dan drogba kat facebook ,buat dengan headline 100juta fans anti ramires dan drogba HAHA.-oh aku atas pagar.tak sokong mana mana.tapi aku akan tekan like jika ada page facebook tu hihihi. no komen no komen.


asyik asyik cakap pasal cinta,boring tahu tak? oh lupa.ayat keramat,


"rimas tau tak?"  -_-


oh hari tu aku cakap nak tulis pasal "perlu ke kita sisihkan orang yang bersalah?orang yang betul betul bersalah dalam satu satu hal yang mampu mengeruhkan keadaan beberapa pihak?"


tak faham? i pun tak faham.- sebenarnya awak,tajuk tu senang gila nak faham.tapi bahasa melayu bahasa lingua franca ni memang banyak sintaksis nya.


aku bagi contoh.


contoh mudah dan jelas. 


pernah baca DCCK (di celah celah kehidupan) tak? ala yang dulu dekat pancaindera tu sekarang dah tukar kat sigap i think atau mega atau pancasihat? entah not very sure bout that tapi kalau kau baca panca indera setiap ahad mungkin kau tahu rasanya. cerita lepas kolumnis DCCK ada cerita yang ada sebuah family ni ada anak yang begar nak mati (begar dalam bahasa nogori = dogil = degil nak mati la) + nakal + ambik dadah. masuk U, habis kan PTPTN beli ganja semua dan menyusahkan parent. dan semestinya,mentaliti malaysian akan menyalahkan budak ni , tapi rasa rasanya kita pernah tak ada nawaitu nak tanya apa masalah budak tu sampai dia jadi macam tu? sampai ambil benda tu ? dan sampai berubah jadi macam tu.


kita dah dibrainwashkan kalau jumpa orang macam tu,kita salahkan dia.push push push salahkan lagi sampai dia jadi tiga suku , bengong separa gila dan mula untuk jadi ahli ahli juvana. tak fikir ke? bagi aku mereka perlukan ruang untuk bersuara ; nyatakan apa yang dia tak puas hati dan cari solusi bersama tangani drama tu, tapi kita tidak?


fikir jugak macamana Malaysia nak maju kalau macam ni? eh bukan malaysia,tapi malaysian.


kembali kepada cerita, apa yang aku suka pasal keluarga ni ialah walaupun seburuk mana anak diorang,keji keji mana pun - walau jiran sebelah kondem -kutuk sini sana jaja cerita bukan bukan, they still can accept their child.malah membantu lagi nak memulihkan anak dorang. aku baca lagi ,mereka hantar anak mereka ke pusat pemulihan, bayar seribu sebulan - dan alhamdulillah anak dia berubah ,sikit. HAHA kira ok la tu berubah sikit - lagi - anak dia buat jugak kerja lama -menganja- tapi dalam kuantiti yang berkurangan.but sampai sekarang, family dia kata perangai dia tak berubah, masih di takuk sama.


pendapat engkorang ? should this person be blamed atau keep supported?


dalam cerita ni,aku rasa tak patut kita sisihkan - sisihkan hanya membuatkan keadaan jadi keruh.keruh macam air teh o. cuba imagine, dia anak kita, kita sisihkan. dengan siapa dia nak bergantung? seburuk mana pun,sekeji mana pun , sejengkel mana pun dia tetap anak kita ; darah daging kita dan kita diwajibkan menjaga mereka,beri nafkah melainkan membelakangkan syarak.(sebagai contoh je- pura pura la yang korang tu bapak dorang HAHAH)


ada benarnya.orang macam ni patut kita ganyang,tak pun rejam.HAHA tak pun paling keji ikat dalam plastik sampah dan campak dalam tasik paling dalam. apa orang kata? kecik kecik taknak mati besar besar nyusahkan orang je gheti . Orang orang macam ni macam menyepoilkan keadaan ; kita nak ni tapi diorang buat tu.susah.tak kisah la orang nak asingkan atau pinggirkan ke apa. kita cuma lihat, mereka pun manusia,ada perasaan ada keinginan, mungkin cara diorang intrepritasikan perasaan diorang dengan mengunakan mekanisme yang salah.sebab tu jadi macam tu.


kesian kan? kesian sangat. otak geliga tapi bila salah pilih kawan.tak jadi apa juga.


entry kali ni bukan aku nak kondem orang orang yang macam ni.aku cuma nak kongsikan cerita je. dan aku rasa kita tak patut salahkan mereka sampai mereka rasa bersalah. bagi diorang peluang mungkin cara terbaik dan hukum jika diorang tak guna kan peluang tu sebaik mungkin. a bit boring kalau ulas isu ni.sensitif.


whatever i mengarut dekat atas ni takde kena mengena pasal hidup sesiapa,mungkin kebetulan je so persetankan je. HAHAHA.


kthnkbyenites.


-Al-Fatihah ; bob kuman :|-
i hate you too la bro HAHA

No comments:

There was an error in this gadget