"you and me together,nothing is better"-Adele
Orang sekarang berlagak.tak percaya hantu la itu la ini lah,
padahal benda tu semua memang wujud.sekadar nak lebih jelas kan, hantu jin
mahluk mahluk yang pelik semua tu jelmaan syaitan,syaitan dah berjanji akan
menyesatkan manusia selagi mampu selepas mereka di tendang dari syurga.so
obviously mereka akan menjelmakan diri dengan pelbagai bentuk dan rupa yang sometime
mengerikan ; ada yang cantik.itu pun luck masing masing ah, kalau time tu dia
benci kau.hodoh la rupanya kalau masa tu dia tengok kau tak busuk ke , dia
tukar ke wajah yang awww,kalau hantu perempuan memang cair la sebab cantik
sangat HIHI.
Info you must know,bila kita cakap pasal hantu
Tiba tiba satu malam dalam ruang yang sepi ; bawah pokok
gelap gelita, kau jalan sorang sorang ; hidung kau mula menusuk bau yang sangat
wangi.untuk tipikal Malaysian mereka akan sebut itu bau bunga melur ,mawar wat
vere the fuu, bila wangi itu akan menandakan yang mereka akan berada jauh dari
kau tapi sedang memerhatikan kau . pernah tiba tiba bau wangi? Tak logic bukan
kalau kau keseorangan jalan jalan tiba tiba kau bau perfume paris Hilton? Ajaib
bukan? Itu petanda dia.
Dan tiba tiba kau hidu bau busuk sangat.aku bandingkan
dengan bau loji ataupun kentut yang memang tengah sakit perut tu nak tercirit
tu busuk kan? Malah lagi busuk.aku pernah alami nya.Bila kau hidu macam tu, be
prepare.benda tu memang dah ada berhampiran dengan kau ,Cuma dia tak tunjukkan
diri lagi,dan sentuh. Pergh takutnya.
Aku baru tengok cerita ala seekers,nama dia WUJUD dengan
bermain taboo.keji gila cerita ni.panggil hantu.lagi seram.dia cakap , hantu
akan menjelmakan diri mengikut fasa
Fasa1 : bau,bunyi
Fasa2: penampakan
Fasa3:sentuhan
Fasa4:rasukan
Macam tu la teori diorang.aku pun dah lupa sebab seram
sangat mungkin (?) haha.
Sepanjang aku ikut family aku untuk buang saka seseorang
ni,aku dapati lebih elok kita panggil diorang ustaz la,sebab banyak yang aku
jumpa bergelar ustaz selain ada 2 3 dukun yang secara logikmacam tak boleh
pakai,hanya sekadar nak duit je lebih, propa cucuk limau semua tapi habuk pun
takda.Yang ustaz bagus.diorang gunakan ayat suci AlQuran,air yang dah dibacakan
doa doa dan macam biasa limau purut dan garam serta lada hitam,kain
putih/kuning. Semua semua ni memang diperlukan tak kira la kau berubat mana. Ada
yang guna batang pisang,buluh perindu atau atau macam stick kayu kulit bunga
lawang tu aku tak sure sangat.tapi semua semua ni aku pernah nampak.
The dukun yang tak boleh pakai memang macam fuu. Bukan taksub,
untuk buang saka ni,kita kena berusaha.sebab saka tu dah ada perjanjian dengan
manusia untuk mereka terus kekal dalam badan- owner dia dah bejanji.I don’t know
macamana someone ni boleh ada saka-dia tak ambil tapi diturunkan pada
dia.mungkin owner dia dah meninggal dunia.- ada yang aku tengok, dia bawak batu
besar datang rumah,pakai macam kita normal,seluar slack dan baju melayu but the
jampi dukun tu guna sumpah macam tak boleh pakai jauh menyimpang – dalam hati
aku mengucap panjang dan bersoal ; kenapa pilih dia? Mana jumpa dia? Ilmu apa
dia guna? Ah sesat.
Dia pun pemuja syaitan ada hati nak halau syaitan.mungkin
secara teorinya syaitan lawannya syaitan.tapi tak.-itu yang takut,last sekali
duku fake ni mahu duit je. Kerja tak jalan.- tapi Alhamdulillah ,saka tu dapat
dibuang dengan seorang bidan yang pandai juga ilmu ilmu ni,mengamalkan ayat
ayat suci al Quran, tapi sayang dia telah menghadap Ilahi dulu.
Kita tak boleh nafikan benda benda ni semua.sama ada kau
akan cakap tahyul,khuratfat itu bergantung pada ilmu masing masing.jangan goyah
sangat nak tentukan apa yang aku (akan kita) buat ni sebagai satu yang
tersimpang dari agama sebab kita Cuma bertawakal kepada-Nya dengan berusaha
mencari orang yang pandai berhubung dengan mahkluk yang lagi satu tu.
pernah tengok waris jari hantu? ala ala saka jugak la |
Pergi jumpa doctor,doctor akan cakap awak sihat-takde apa
apa penyakit dikesan walhal di rumah kita terseksa,perut sentiasa rasa
senak,dicucuk jarum,pening pening ,Nampak kelibat.itu bukan sakit sains,itu
sakit diluar batasan sains. Fikirkan.
Talking about hantu,aku nak cerita sikit secara ringkas apa
yang aku pernah Nampak dalam hidup ni.
-masa umur 5 tahun aku rasa,aku pernah nampak anak patung Barbie
yang baring tutup mata, bangun buka mata tu berjalan.mundar mandir.laju dia
lari.seram tak ingat baq hang.
-bila main badminton tengah malam,macam pukul1.30 pagi macam
tu,aku Nampak kelibat cahaya dekat hutan depan rumah aku.bila masuk rumah, bau
busuk mula menusuk hidung.,busuk nak mati.busuk macam air loji.aku rasa dia
ikut aku masuk rumah la takutnya kita HAHAH
-main badminton juga tengah malam pukul 12.30 pagi, aku
dengan kakak aku ternampak burung besar gila.10 kali saiz burung gagak – bunyi dia
tak hingat kuat gila .nyaring. terbang terbang atas kita orang 3 orang-terbang
buat bentuk pusingan. Apakah itu?
-I think masa rumah renovate dulu, dalam pukul 3 pagi,aku
lapar dan aku buat maggi.dengan kakakk aku tapi apa yang peliknya masa tu
suasana sunyi gila tiba tiba ada bunyi “bang” batu besar jatuh dari atas kea
tap dapur aku. Logic tak batu jatuh pukul 3pagi? Siapa yang baling batu pagi
pagi wei?
-ini masa dekat kampong, masa tengah cerita hantu dengan
saudara semua.sebut je pasal hantu “bewe”,(tak tahu aku apa hantu ni ) tapi
tiba tiba je elektrik semua termati sendiri.cuak la sekejap.lepas tu semua
tidor lepas ayah aku dah betulkan (switch on main switch) elktrik.
-pengalaman bila tiba tiba radio termati sendiri.memang seram.
-pernah Nampak jugak orang kena rasuk depan mata.sumpah tak
tahu nak buat apa.malah kena pegang dia sampai ustaz datang.mata dia tersembul
pandang pandang kita sambil meracau.masa tu tuhan je yang tahu
Dan ada banyak lagi.
Dah tugas diorang untuk menakut nakutkan kita.jangan la
senang sangat tunduk pada mereka dan jangan pulak taksub dekat mereka serta tak
payah la takbur sangat cakap dekat dunia ni tak ada hantu.Cuma bila kau kena
kacau gunakan dialog ni “pergi.aku tak kacau kau,kau jangan kacau aku” jerit
sama ada perlahan atau kuat ,diorang akan hilang. Oh takut la dah meremang
ni.kbye
No comments:
Post a Comment