Monday, May 14, 2012

Haram sangat ke Hari Ibu ni?

kenapakaubaca.[?]
"they know my weaknesses."-H.A


kalau ini hari jadi,ada orang berkenan nak wish paling awal dan wish paling akhir. siapa la yang bertuah (lah sangat tu) yang dapat wish first and last kan? itu harijadi 


kali ni Hari Ibu.which means semalam hari ibu.aku kata aku tak nak jadi yang pertama dan terakhir dan percaya tak aku tak ucap apa apa pun kat ibu aku , melainkan dalam hati.bukan tak nak ucap,bukan lupa hari ibu tu bila.tapi cuma malu je.malu dengan untuk bercakap dengan ibu sendiri. hihi anak yang pelik kita
tapi itu tak bermakna aku tak sayang kan ibu aku tak pedulikan ibu aku .


aku rasa hari hari hari ibu. perlu ke nak buat baik kat ibu hari ni je (semalam) ? jangan jadi anak derhaka ,munafik segala dik non.kita nak buat baik,nak hulur $$,nak tolong ibu,nak tunjuk kasih sayang pada ibu bukan hari ibu je,hari hari kena tunjuk sampai ke mati.


tapi biasalah bila kita semua beriya nak ikut budaya belah sana,senang.apa je orang kita tak ikut ?semua ikut tapi agama sendiri tak ikut.pelik.tapi entahlah 


//


personally bagi aku hari ibu tak haram.kenapa baru nak haram kan? sedangkan dah berpuluh tahun sebelum ni sambut rilex je.apa la salah kita nak buat Mother's Day untuk sekali setahun bagi mereka yang bergelar ibu right? kalau hari pekerja ada,hari guru ada,hari Malaysia ada kenapa hari ibu tak boleh pulak? kenapa tak haramkan hari hari lain? lepas ni timbul pulak hari bapa pulak haram.fuuu semua tu fuuu. baik haramkan je terus hari isnin selasa rabu khamsi jumaat sabtu ahad. HARI jugak tu? pongeh la.


kalau berfikir gunakan kepala lutut memang macam tu.


apa yang kita dah buat sebagai anak untuk ibu kita? 
sayang?peluk?cium? wish? belanja makan? - rasanya lah.rasanya itu semua tak cukup -last wednesday rumah aku ada kenduri,time tu jugak la ada birthday party kawan aku.aku serba salah,nak tolong yang mana ni? dua dua penting.tapi - i decided yang aku akan tolong mak aku ; beli apa apa yang patut, prepare pinggan mangkuk semua dan sebagainya - bukan tak kisahkan kawan tapi ibu lagi penting. kan? jangan nafikan. - aku ambik masa jugak dalam pukul 5 - 7 macam tu untuk ke birthday party tu. simple. malam tu penuh pinggan mangkuk dekat sinki,so pukul 3 pagi tu jugak aku kemas kan.aku kesian tengok ibu aku , mesti penat kan layan kawan kawan dia ? yes aku ambik masa satu jam ,pukul 3 mula pukul 4 pagi baru habis basuh semua - oh rasanya basuh pinggan lagi penat daripada joging ? -_- hikhikhik


lagi - aku ambik angin,tukar angin.tak kisah la apa orang nak cakap. dalam dua hari lepas, aku cuba mengagahkan diri pergi mesin basuh, basuh baju semua.nak rasa macamana basuh baju bertan tan dalam washing machine tu - mak aku suka guna semi auto - masuk baju - masuk air- letak sabun - tunggu 15 minit - drain air keluar - letak air bilas - letak softlan- spin- ambik hanger gantung- ahh basuh baju kerja yang penat.walaupun ada mesin basuh penat jugak tangan ni -_- habis lencun kejap.tak lama lepas tu mak aku datang,tolong hangar jugak.berkali kali dia suruh aku masuk dalam.aku balas,takpe la.biarla sekali sekala nak tolong ni.bukan selalu.selalunya tidur je hihii.


pernah sekali tu masa beli barang kat speed mart,dia tiba tiba bagi aku rm50.aku cakap "untuk apa ni?" dia cakap "simpan je laa" -sambil gelak gelak. aku ambik duit tu letak balik dalam handbag dia.tak sampai hati la.lepas tu lari.dia kena angkat barang sorang sorang HAHA  


I do love mak aku.kalau anak dia ni nak apa,anak dia akan cakap dan mak aku akan cuba dapatkan. :') 
ada malam tu,aku nak seluar skinny sangat. aku ingat seluar skinny tu dalam rm 20 30 macam tu. bila dah sampai Uptown kD,carik punya carik seluar tu harga dia RM90 somthing. perghh aku cakap takpe la ,takya la beli tapi dia belikan jugak . :')


ada banyak cerita nak di kongsi tapi cukup la sikit tu.macam terasa bukak pekung la pulak -.-


untuk sekarang,hargai la ibu anda selagi ada.dia la permata no 1 yang tiada galang gantinya.
what ever dia garang,baik,keji,suka marah marah ke,dia tetap ibu yang dah melahirkan kita semua.


selamat hari ibu,kak bibah.


*how sweet ayah aku belikan mak aku tudung dengan blouse yang sama kaler.pandai jugak bapak aku matchingkan kaler.nak tergelak aku HAHAAHAHAH

No comments: