Saturday, June 30, 2012

Perlu hantuk baru terngadah

kenapakaubaca.[?]
"memori kad hati lama,diganti baru "-H.A 


Betul jugak orang kata, konon la. Bila kita balik kerja lewat , orang tak perasan dan bila kita balik kerja awal je,satu ofis memekak ;
"eh kau ni joyah,tahu balik awal je.curi tulang ke?"


tapi tapi tapi dia tak bising pulak bila joyah tu buat overtime. jahat kan manusia?


macam benda baik la. 
Bila masanya kita derma-derma seikhlas hati , orang boleh pulak andaikan bukan bukan."Eleh dia derma tak ikhlas tu.setakat nak menjobo boleh la. nak bagi orang tengok dia derma padahal bukan apa pun.balbalalablabalalba."  sampai macam tu sekali orang punya anggapan?


lagi contoh;


anak lelaki pak daud duduk borak borak dengan anak perempuan si timah dekat sungai kampung bala.
habis satu kampung riuh.kata tak senonoh la duduk berdua duaan la
sekejap.
bukan fahaman yahudi aku nak buat. benar dalam fikiran aku,apatah lagi kita ; bila duduk berdua je dilabel 'khalwat' tapi betul ke?


kenapa la cakap macam tu?


 sampai sekarang,kita dimomok dalam tivi yang selalu buat benda hodoh ni orang orang kampung.Orang orang kampung suka mengata ke?atau itu hanya sekadar fiksyen semata ? orang orang bandar tak mengata?


Aku tak rasa ini soal bandar atau kampung ; the thing is perangai seseorang tu yang terlalu nosy atau busy body atau suka terlebih ambik berat atau dalam pepatah melayu nya jaga tepi kain orang
Jaga tepi kain orang sampai terkutip dosa percuma - dosa fitnah.


Tukar lah melayu.tukarlah perangai jijik kita ni.Patut la ada yang bangga ; dia orang melayu tapi tak mengaku melayu sebab malu dengan perangai cam ni.


siapa bangkang? dia bangan*


tapi aku bangga, aku seorang melayu.


//


Tapi percayalah.kita semua takkan berganjak untuk berubah.Kita kena belajar dari kesilapan barulah terhegeh terngadah nak injak satu langkah. 


'seorang isteri maut dibaham buaya'

lepas dah maut kena baham.barulah nak ambil langkah keselamatan diri. sebelum ni tak fikir keselamatan semua? kan?


'pelajar dirotan insaf kerana merokok'


lihat? kita perlu diturunkan bala. bala yang menjadi petunjuk untuk kita berubah.




aku sebenar jiwa kacau ni.lain nak tulis  lain ditulis.
bye.


:|

1 comment:

Hopeless said...

bukan senang nak ubah mentaliti orang lain, apatah lagi masyarakat, kan2?? in this case, nothing we can do, masyarakat kita memang TER-didik macam tu, tak kira kampung atau bandar, dengan pemikiran kolot ni lah kita membesar, so, just take the positive side on, kita mungkin tak boleh ubah orang lain, so kita ubah diri sendiri first :) PEACE OUT ..\/,