Monday, June 11, 2012

Kata kata orang lama memang berguna.



kenapakaubaca.[?]
"Bila dah jatuh baru rasa kelemahan kita.Kalau belum jatuh lagi,selagi tu la kita nak riak"-H.A


gmbr hiasan*


Fuh menghilang aku dua hari bukan sebab tiada akses internet.bukan sebab aku elope (kahwin lari) HAHA bukan aku merajuk dari dunia sosial bukan itu bukan ini. Mungkin itu dugaan Allah, Tuhan dekat atas sana.Dia bagi aku satu keluarga mungkin dugaan kecil - I have  rushed to the hospital these 2 days sebab ayah masuk hospital . terkejut,terkesima,ter ter ter semua ada lah.dalam hati 

"eh masa untuk dia 'pergi' ke kali ni?" 
bukan nak mendoakan

* kau tipu kalau tak pernah fikir pasal 'mati' bila ada someone masuk hospital.tipu tipu tipu.aku selalu fikir macam tu walaupun seseorang tu masuk sepital pasal kena gigit kuman pun -.-

bukan nak apa , sebab aku takut.aku takut sangat mati tu. 

mati.siapa  je la yang suka. kita yang takut mati,yang selalu ingat kat mati ni la orang orang yang baik baik.mudah mudahan.Tapi alhamdulillah semua baik.syukur.dan sekarang tunggu keluar wad je so tolong tolong doakan wahai pembaca semua. :')

//

dua hari jugak aku jumpa nenek aku.orang nismilan (nogori sembilan panggil nenek tu uwan).I dont know entah apa ribut entah apa hujan kemarau semua, boleh pulak aku borak borak dengan uwan aku dalam sejam setengah macam tu. seronok weh borak dengan orang tua. rasa cam diri ni muda je HAHAHAH. tengok uwan aku tak tahu pulak umur dia berapa ; mungkin dalam 70 an macam tu 80 an macam tu. -.- 
masih boleh berborak tanpa henti ,
cucu tak guna dia ni tahu cakap "ohhhh" "hmmmm" "aah" "betul laa tu" abalbalbalbalbalabl  sebab cucu comel dia ni malu la borak borak dengan perempuan HAHAHAHA. banyak betul dia bagi nasihat.mungkin dah setahun aku tak jumpa dia kot , last masa raya ke apa tah.

ekceli aku sendiri takut dengan nenek aku sebab muka dia cam nak makan orang padahal dalam hati baik gila weh.ada taman. 

tadi dia bagi tahu pasal kahwin.tetiba ja. -_-
dia kata 
"ekau sok sok jangan la dok kawin dongan laki bini orang."
"mulo suko dah lamo lamo sok morano,lopeh tu tinggalkan bini carik yang mudo laei"
"rosak hidup balbalbalalalabla" - macam tu la uwan aku bagi tahu.

dia bagi tahu sebab dalam keluarga besar dia ,dah ada yang berlaku.aku tutup sampai situ je la.tak nak pecah pekung kan? kalau ikutkan cakap orang tua tua memang betul.Kita ni je yang kuaja taknak terima apa tok tok kita cakap,sebab tu hidup selaliu diambang celaka je sentiasa.

she also said about dalam hidup ni jangan la berkira.aku lupa pulak diolog dia.
"den ni tak ponah bokiro doh ,den kirokan nyawo den yoo sobab harto dunia tak boleh masuk kubo.itu semua tuhan punyo."
"den kalau nak sonang den dah sonang dah ,den cuma taknak tunjuk orang jo"
"cukupla den dah porgi mokah,itu jolah harta den."
"den ado tanah,ado kobun,tu semua tuk anak anak den nanti"

betul sangat. betul.tapi dalam hidup kita.dalam modenisasi ni.dalam otak muda mudi sekarang 2012,penuh dengan kekayaan. kadang kadang aku takut jugak kawan kawan panggil aku tak up todate.
"lah kau need for speed pun tak tahu?" aku diamkan aja sebab malu kita ni tak tahu. - tapi aku selalu fikir.yang lama tu lagi baik dari yang baru.sebab yang baru kita tak tahu apa  yang berlaku nanti.
But sekarang,my uwan dah ajar aku macamana cara merendah diri yang betul.tak perlu menunjuk sangat.

dia bagi tahu gak, kot nak berhutang.elok elok
dia cerita,

 "dulu anak anak den hidup sonang.den bagi makan den bagi minam den jago sampai bosa ni pun dah syukur kek (kat) tuhan,dah bosa pandai pandai diorang jaga diri"
"....... dio pinjam dalam seribu dua ribu,dah habis guna bayar bulan bulan ,kok tak mampu bayar seratus sebulan pun jadi. ......."
"manusio ni hati hitam.nampak kek harto dunio sikit torus lupo diri tekau"
-sekarang anak anak dia pun hidup ok jugak.cuma ada segelintir anak anak dia yang gagal urus kewangan.
sebab tu dia cerita kat aku.siapa pesan lagi,"sok sok (esok esok) kau mal,elok elok hidup.jangan salah jalan"

but the memalukan thing bila dia suruh aku si comel yang tak guna cari daun nona sebab nak buat ubat.lama cari ni -.- pusing pusing kat baruh baru la jumpa. lepas petik 2 helai daun tu ,bagi la kat uwan aku.
lepas tunjuk je,mati aku kena maki HAHA salah daun,aku petik daun langsat  .rasa nak bunuh diri je masa tu sebab tak tahu apa apa.

hebatnya orang lama.tahu segala daun. aku pun tahu daun.daun terup MHRUEHRURHUERH


but it's so cool borak borak dengan nenek sendiri.rugi dulu sebab kecik kecik kami semua dok buli buli uwan kami HAHAH. maaf la yer.nanti raya mintak maaf mintak ampun.

dah aku penat.kbye hihi.
 



1 comment:

Muhammad Hofiz Achoson said...

untong laarrr ada tok wan agi :) pray for your dad, dude... everything gonna be fine...

There was an error in this gadget