Wednesday, June 6, 2012

Tipikaliti Kita

kenapakaubaca.[?]
"dah serik jadi perampas.aku bukan perampas lagi dah hihi "-H.A




ada beberapa persoalan yang berlegar dekat fikiran aku ni, yang aku malas nak bagi orang jawab - sebab aku tahu jawapan orang takkan sama dengan aku  


PMAM tu apa? PMAMpus ke? HAHA 
sebelum tu, PMAM tu Pendapat,Malu,Aib dan Marah


"kenapa orang susah sangat nak terima pendapat? dan marah bila kita bagi pendapat yang datang dari dalam diri kita (dengan ikhlas mungkin)?"


Orang yang melenting bila kita bagi pendapat memang haru hidup dia.Anggapan dia,mungkin dunia ni milik dia sorang je rasanya.Aku pun tak faham.mungkin dia tak faham pendapat atau kritikan atau komen itu merupakan satu pernyataan umum berbentuk bukan paksaan dan hanya sekadar ayat ayat yang kadang kadang menyakitkan hati atau mengembangkan hidung.Tapi puak puak jumud ni menyalah ertikan 
antara pendapat atau kerahan.


"Ali kau punya suara sedap.tapi sedap lagi kalau tak nyanyi"

tarik nafas .


"sial kau.kutuk kutuk pulak kan suara aku.sukati aku la nak nyanyi ke tak."


lepas tu Ali touching 100 tahun kah kah kah.


tak dapat terima hakikat atau salah erti?


"Bila situasi kita sendiri yang malu nak mintak duit kita dekat seseorang"
akibat label 'kawan baik', 'saudara rapat' ,'cousin' yang the one and only dekat dunia, label label macam tu mungkin menjadi penghalang untuk kita minta balik duit kita dekat mana mana label yang aku tulis tu. Kenapa ye? aku mengaku.aku jenis yang malu nak mintak balik hak aku kat orang lain.walaupun aku tahu itu hak aku, aku suka lagi diamkan.  aku anggarkan aku dah 'sedekah' kan lebih rm100 kepada kawan kawan sejak sekolah menengah (tanpa sengaja) atas alasan -"weh pinjam duit jap,hari ni aku tak bawak la duit" , kita bayarkan air tin,keropok what so ever (yang konon) dia kata nak bayar balik lepas tu tapi hampeh tak bayar,
Aku bukan lemah.Aku cuma malas. bagi aku, kau dah pinjam,kau pulangkan. kan senang macam tu?


ada sesiapa tak yang aku hutang? tolong komen. dan nyatakan berapa ringgit. (atau apa hutangnya)


"Bila ada keadaan yang memalukan - 'bila ada taik hidung (cair) terkeluar dari hidung melekat dekat sekitar hidung atau pipi', bila zip seluar tak tarik , bila rambut kusut masai macam tak mandi , bila keluar berpakaian selekeh"
Benda ni bukan main main,aku nyatakan based on pengalaman.ada banyak.cuma aku kepilkan sikit je sebab  semuanya berkisarkan atas satu alasan - malu.
Perkara perkara macam ni sememangnya mendatangkan malu kat kita - apa lagi berhadapan kawan yang suka menganjing atau buat kita jadi bahan lawak mereka


"weh zip seluar kau tak tarik!!"
lepas tu heboh dekat satu kelas.


malu si zip tak tarik tu.
itu dah kira pecahkan aib orang. berdosa tau 
aku tak tahu.mana yang betul. nak hebohkan atau pendamkan
heboh kan orang tu yang dapat malu 


atau ;
diamkan orang itu juga malu lama lama nanti sebab dapat tahu sendiri


bagi aku,
bisik ke telinga dia , kata ' weh zip seluar kau tak trik'
dan dia tersipu sipu lalu tarik dan dia pun tak malu, kalau la ada sejuta orang macam ni,kan seronok :')




 "nak marah tapi kerana terlalu hormat tak jadi marah ATAU takut putus persahabatan"
 krisis macam ni selalu jadi dekat bilik yang kita kongsi dengan kawan,atau kakak abang atau sesiapa saja yang kita kongsikan tu. Masalah timbul kalau seseorang tu buat hal.


Macam bukak radio kuat kuat, kita perlukan privasi untuk senyap. tapi takut nak marah. Si A mungkin terasa hati lepas si B marah dan mulalah putus kawan sebagainya.


Macam tak tutup lampu walaupun dah tengah lewat malam , macam bawak kawan kawan,macam hisap rokok dalam bilik dsb. ni semua mengundang celaka. siapa tak marah bro?


aku syorkan kita duduk bilik sewa sendiri atau duduk dengan orang yang sekepala dengan kita.
amacam?


banyak lagi.cuma malas.


//


Im being moody lately,dont know why , or what are the causes.cuma memohon pada Ilahi,tiada apa malapetaka yang ganggu gugat,


nah siapa tak gusar, 
memikirkan hati gusar
tengah malam


ahh mungkin itu perasaan je. Jiwa kacau sekarang. :|




hai budak KMK sem 3, teruskan hidup.cekalkan hati.anda selalu dlm ingatan jerin. :) 

No comments: