Sunday, June 24, 2012

Taipo

kenapakaubaca.[?]
"kan best kalau kawan secrocs dulu kerja sama sama lagi :'|"-H.A


yaw what's up bro bri semua -.- 
ahh lama gila tak update.mesti korang tak rindu kan? tapi peduli apa aku HAHA alhamdulillah sekarang tengah berkerah keringat mebanting tulang mencari nafkah sesuap nasi , walaupun kerja tak keluar peluh, tak guna banyak tenaga tapi pekerjaan aku bermain dengan emosi. 
Bila customer ramai mula la tak senang duduk dalam hati nak je halau diorang.


"eh keluar la.pergi la masuk kedai lain" -kah kah kah jahat gila.
belum kerja seminggu aku dah jumpa satu customer yang paling kelakar lah.
post ni bukan aku nak cerita sgt pun bed time story jumpa dengan customer.aku dah bebel panjang dah tahun lepas - sila rujuk balik.


kelakar tahu tak, ada seorang makcik ni.tak tahu cakap melayu (obviously dia cina pekat ) - tunjuk kasut yang dia berkenan.sangat. harga dia rm229. aku pun layan la sebab 'customer is always right' (pftttt) , dia tunjuk tunjuk tapi tak cakap sebab tak gheti cakap ; dia tunjuk tag kasut tu '9' .oh aku pun keluarkan la saiz 9. dah senang hati dah dia. dia cakap hold on nanti dia dtg balik - hanya gunakan bahasa isyarat.
sampai sampai dia terus pergi dekat kaunter dan teraburkan duit syiling .memang banyak gila.tergelak gelak aku masa sampai masuk stor. ada kawan aku kirakan sekali, dia bawak tepat tepat rm9. aku dah tergelak besar ; tapi lama lama aku kesian.kesiannya sangat.nak bagi free kang gaji kena potong pulak KIHKIH tapi aku boleh simpati dalam hati je la. - muka dia sedih je sebab baru tahu itu saiz dia. '9' tu bukan rm9 tapi saiz 9. sigh * sedih .


satu je terlintas dalam kepala otak aku.
"mana anak dia?kenapa tak jaga mak ,bagi mak jalan jalan sorang dekat mall?"


#


persetankan.


pernah bahan orang pasal typo tak? aku suka bahan orang .siap menganjing nganjing lagi.
ada satu dekat twitter,konon kecoh pasal jerebu, konon nak aware sangat la pasal jerebu. sekali typo.aduhh pedihnya perasaan dikalbu HAHA.


siti nurhaliza pun typo tau. aku tak tahu tu typo ke apa. jerebu dipanggil jelebu
kawan aku panggil jerebu tu kerubu
dan berita harian tulis caption "jurubu"  siapa yang tak nak bahan? HAHA
tapi sesekali tak elok jugak bahan. 
tadi ada ustazah siti nor bahyah, kenal tak? tak kenal memang tak payah duduk malaysia la.tazkirah dia sedaap di dengar,masuk dihati keluar ditelinga hihi. oh 
mungkin sebab sibuk - sepatutnyan dia nak tulis ada seminar zakat tapi tertulis seminar zakar.
habis satu picture kena bahan . kadang kadang dibahan macam ni tak elok jugak.
terang terang faham lah kan? yang huruf T dengan R memang saling sebelah menyebelah . :D


aku? lagi banyak typo.tapi tak kisah pun kalau dibahan HAHA rasa comel.


tapi esok kerja la.kthnxbyenites.

No comments: