Friday, February 17, 2012

Rasis ; siapa benar siapa salah.

kenapakaubaca.[?]
"mungkin tiada siapa boleh lawan ego aku"-H.A


satu penyataan.


"rasis penting bagi semua kaum"


akan ada perdebatan
debat sampai baling baling kerusi. nah kau
kepala berdarah  


tarik nafas kejap..


yang melayu akan terus dengan ketuanan melayu
yang cina akan terus dengan kepentingannya
dan yang india akan terus dengan sejarahnya.


baca dulu.jangan terus konklusikan


masing masing akan cakap.This country is not for malay only,this country belongs to us.kami yang majukan ekonomi di sini.kalau tak,takkan malaya maju dan blabalbla kami dibawak masuk secara pukal dengan sistem kontrak kangani whatsoever so kami pun ada hak jugak duduk di sini.biasalah.sejarah.yes,bagi aku rasis ni penting sangat.sangat penting dalam kaum.ingat.kaum.satu kaum kalau duduk dalam satu negara,memang penting.perlu ada misi dan visi negara berteraskan kaum tapi kita ni duduk secara harmonis,seraca bersama dan even secara sinikal pun ejaan MALAYsia,Tanah Melayu refers tu melayu yang punya,but everyone can be the warganegara.aku tak tahu apa puncanya peristiwa 13 mei ke  16 mei 1969 tah.(16 mei tu hari guru la ngoi) HAHA sebab aku ni bukan kaki sejarah.tapi kita tahu ada riot besar within these 3 kaum besar yang membawa kehancuran perpaduan.yang aku tahu lepas dari tu la ikrar yang kita dok sebut setiap pagi kat perhimpunan tu diwujudkan. baca no 2 ; kesetiaan kepada raja dan negara , no 3 ; keluhuran perlembahaan no4 ; kedaulatan undang undang no 5 ; kesopanan dan kesusilaan . 4 ikrar selain dari no 1 menunjukkan elemen elemen perpaduan yang perlu diserapkan oleh rakayat malaysia.
lawakan KL dulu dulu



see.sejarah mengajar kita. tak payah nak bongkak sangat tak baca kan.harap je google ada tapi tak pernah bukak topik 13 mei.



Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka.

-kopi paste : wikipedia.


cuba kau baca.teliti dan fahamkan.apa punca rosaknya perpaduan tu? hak bahasa melayu? bukan.hak melayu?bukan.PBB?bukan. yang sebenarnya adalah politik.politik is the shit ever ;yang pernah aku debatkan dalam kelas itu, which is mengundang perang mulut antara kami sekawan.itulah politik.berantakkan semua.
baru tahu yang politik itu rahsia


lagi mulia kalau kau tak endahkan tapi perlu tahu apa isu semasa yang dibawa
-lagi satu, kita ada kuasa 'pangkah' 


// "what the fuuuu,apa kene mengena semua ni dengan hidup aku? aku bangga jadi anak malaysia."


sebab kau bangga la kau kena tahu benda benda ni semua.yang mana rasis ni akan menjahanamkan kaum kau sendiri.puak kau,organisasi,dan masyarakat.aku tengok orang orang sekarang mana rasis pun.


kau tengok macam video kfc tu. itu mana rasis pun.yang menjadikan benda tu rasis bila ada orang yang merakam video tu muatnaik ke youtube.semua orang akan tengok sebab yang bergaduh tu antara melayu dengan cina, dan yang cina tu pergi mengadu ke sebuah parti politik. -nampak tak modus operandi murahan. aku tetap akan persalahkan selamanya si perakam video .bodoh.


walaupun itu bukti.bukti biarkan kat situ jela.setelkan kat sit maksud aku.shake hand,minta maaf dan berambus.kan senang ? sengaja sengaja sengajaaaa jew nak merosakkan perpaduan.
angkara siapa? i dont know HUERHUEHRE
 //


makin teruk aku tengok landskap politik ni ; makin terus tak berminat aku nak menafsir berbanding dulu.
kita pura pura je tak berlaku apa apa
kita assume je kita ni masih harmoni


sebab aku sukakan
kekeharmonian.unity


even aku dengan roomate aku yang cina pun boleh kautim lagi untuk revision,bukak lagu kuat kuat ke,tak tutup lampu ke ; ok je dia? ni kan orang malaysia
yang poyo tu semua politik
dusta
kotor
dan sial.


sial kepada siapa yang trouble maker ni.


kthnkbyenites.



13 mei

No comments: