Monday, November 7, 2011

hukum.

kenapakaubaca.[?]
"akhirnya bebas :')"-H.A


anggap hidupmacam pusingan jam.sekejap atas sekejap bawah. mana mungkin jikabaterinya mati ,jarumnya di atas kau akan kekal atas selamanya.mana mungkin melainkan motornya rosak ;dan bisa mungkin juga jarumnya menghala kaku ke bawah kerana tuhan suka menduga hambaNya.


//
ahh lupakan itu seketika. ini pendapat umum ,aku tengah bercakap mengenai manusia.manusia yang punya berpuluh juta nafsu yang tidak dapat dirungkai mata kasar jauh sekali teleskop huble -.- manusia yang beriman kekal beriman , manusia beriman tapi asi , manusia beriman tetapi asi malah fasik , manusia beriman tetapi asi dan fasik malah munafik. dan yang terakhir tentulah kafir terus. bukan mahu menegak benang yang basah , hanya sekadar pedoman yang manusia sekali lagi tak pernah nak ikut pedoman ; malah makin suka langgar pedoman. paham kan apa yang aku nak cakap ni ? .


-jujur bertambah jujur , aku paling benci orang yang memperjudikan agama , biarlah aku jahil , biarlah aku asi fasik sekalipun tapi aku tak akan sesekali perjudikan agama untuk kepentingan sendiri. aku rela mengaku 'aku tak sembahyang subuh , memang. aku tak bangun solat sunat aidiladha , memang .' - memang itu akn termaktub dalam buku dosa di akhirat kelak. yang penting bila bercakap pasal agama ; aku akan terus bercakap benar dan bukan berpaling pada jawapan yang melibatkan unsur 'agama' . Janji aku tahu apa itu hidayah dan rahmat serta keberkatan yang tuhan aku bagi sendiri kepada aku.aku dapat rasa Yang Maha Kuasa dah banyak turunkan rahmat. itu lagi penting daripada mendengar hasutan mulut puaka sekeliling pinggan yang cakap terabur mengenai dosa pahala orang. tolong la tolong la tolong la. agama bukan untuk riak , agama itu bukan satu paksaan. kita dinilai persendirian kelak , biarlah. hidup perlu berdakwah. tapi kau jangan berdakwah secara aib , kau berdakwah memang nampak bagus, itu salah satu fardu kifayah.tapi jangan la pherak atau bangga ketika melakukan dakwah ; kopiah kain pelikat tak tunjuk apa apa , yang tunjuk itu adalah hati yang ikhlas. jangan jadi takbur ketika buat baik dan paling penting jangan tunjuk kehebatan beragama anda dalam setiap perlakuan yang menggunkan pertuturan. # aku malas nak buka isu ini ; disebabkan masih lagi manusia yang begitu 'bagus' kononnya dalam hal hal macam ni , aku terpaksa buka mulut ; biarpun hanya sekadar dalam blog. aku tahu semua tu ,jangan nilai orang tu tak solat , tak sentuh kitab Alquran, tak lakukan perkara sunat dan kau boleh jatuhkan hukum. // lebih baik kau jatuh hukum dekat sendiri. - mungkin orang tu nak rendah diri , dia tak tunjuk segala ibadah dia buat, dia mahu kongsikan dengan Tuhan sahaja. dia tak mahu orang puji akan dirinya. itu baru ikhlas. entahla dunia makin modenisasi. fikiran makin kedepan tapi akal masih kebelakangan.- 


"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya"  
#
lepas ni jangan sesuka jatuh hukum.salah tu.kau tu siapa?

Tambah kapsyen

No comments: