Tuesday, September 14, 2010

Berkampung di kampung vs trial -.-'






kenapakaubaca.[?]

"raya kali ni 5 hari wok!>kalau tak 2 3 hari dah calo bete berambus haha :D"-H.A



Bukan aku nak menulis huha huha sini sana tapi keadaan terpaksa suruh aku tulis sebab ni blog aku bukan blog kau muahaha. Alhamdulillah la :') sekali lagi aku dapat meraikan Aidilfitri mulia pada ketika aku 17 tahun ngeh ngeh alhamdulillah masih dapat duit raya walaupun dah tua bangka ,alhamdulillah masih dapat rasa baju baru wangi bau kedai alhamdulillah dapat saudara keluarga yang ramai ehem ehem faham faham la $$ banyak masuk haha dan alhamdulillah untuk itu ini semua nya.Entah kenapa tahun ni agak best tapi kurang best tapi masih best la. Balik pun sehari awal so macam macam yang perlu dibuat .macam macam ke jerin? Aku tengok kau tidor je membuta 24jam lucah anak ayam tak membantu langsung.so hari khamis last day puasa memang bercadang nak buat lemang and serunding [paklang aku panggil seruling -.- kelakar tak dia buat lawak? Tapi kita gelakkan je la nanti kecik hati]

OH malangnya si putera jelita lagi handsome ni bangun sampai tengahari buta pukul 1.10tghri macam tut tup tup tengok tengok lemang da siap dibakar belum siap dimakan -_- niat di hati baru nak tolong masukkan segalajadah beras santan semua tapi tak kesampaian.aku tolong jaga api je la gamaknya. Pergh panas dia nak mampus habis hitam melecut lecur kulit muka aku yang mulus ni haha-.-‘ Then panas nak mampus aku masuk tidor balik acah acah penat mengacau serunding rendang semua .”korang yang duduk kampung ni tak panas ke? Kenapa kat kd ni sejuk je?” [ada macam menghina tak? Tak la.memang panas pun.] sumpahsaxx panass macam nak sepuk lempang orang je.macam langit dengan bumi. Ceh. Malam tu perang mercun memang bingit gila telinga dengar orang main mercun bola ketupat meriam yang kuat kuat la ,sakit je hati [padahal jeles sebab dalam beg aku bawak mercun pop2 tu pun belas kasihan kakak aku yang ambikkan mercun tu,then ada la mercun roket yang bunyi menang lagi kentut aku.bunyi tak kuat langsung,then ada mercun mancis sekotak -.-‘ sedih kan and lagi satu ada la mercun yang berpusing pusing laju tu yang kaler kaler tu.tu je aku bawak ] padahal masa tu depan belakang kiri kanan pong pang pong pang apa lagi kita taknak kalah kan?? Lawan la jugak walaupun mercun kita tak dengar sampai se-ela mana pun cis.
Sedih/maklum la pembekal mercun kita takde tahun ni. “eh tak dengar ke polis kata jangan main mercun?” ecchehehc poyo pulak sejak bila ni dengar kata polis? Malam puasa eh silap malam raya la.orang dah nak raya esoknya. Datang pulak orang orang masjid untuk takbir rumah ke rumah. OH ada pulak tahun ni? Tahun lepas takde.  bagus laa. Lepas je bertakbir memang aktiviti klise la,tak sesia TV3 yang iluminati tu,yang ramai orang boikot tu ,kononnya freemanson tu apa tah tayangkan cerita cerita [ film sebenarnya] melayu awuwwu free of cas bagus. Terlayan la pulak haha..malam raya? Hambar tapi best.kita dah besar kan? Dah terlalu kufur masing masing. Heh.

“ketupat bukan iluminati meh?? Sebab ada kotak kotak punya corak? Hahaha” closed minded -.-


“Raya pertama ibarat raya ke-7 & raya ke dua ibarat raya ke -8.hambar gila. :/”

First raya soooo klise.tahun ni tak best .kakak pergi ikut suami kat johor ayah pulak kerja heh.sia sia je ada hari raya sedihnyaaa.tapi kira meriah jugak la sebab ada ramai sedara balik.keluarga paklang maklang anak dia makngah pakngah semua anak beranak datang campur pulak keluarga pakcik makcik aku ,keluarga aku jugak best la jugak :’) walaupun ada kekhilafan sikit.nak buat macamana kan? RAYA tetap raya bebeh siap siap then pergi semayang.uiyooo first time tahun ni aku dengar khutbah sampai habis wuutt wutt sebelum ni riak ujub takbur lepas je semayang 2 rakaat terus cekau selipar then balik rumah.best jugak la dengar.dia sama macam khutbah jumaat je hihih :D klise klise memang macam biasa la raya pertama memang kena duduk rumahh [kampong] sebab ramaiii gila nak mati orang datang .nak je buat sign board pacakkan depan pagar “MAAF ORANG RUMAH TAKDE.DAH MATI” nanti orang kata apa pulak .mana taknya.dari pukul 11.00 pagi sampai pukul 6ptg tu,orang berduyun duyun datang sampai 10 12 13 kereta masuk rumah macam wtf? Entah siapa siapa la tak kenal,yang kenal pun ada,yang pura pura kenal pun ada haha.Aku tak tau kenapa aku marah marah ni sedangkan bukan aku pun yang layan. Haha aku lari masuk bilik ngan sedara2 aku buat mesyuarat tingkap hohoh.perghh memang layan la.best best walaupun tak pergi mana mana .well orang datang nak tengok aku kot?? Hahahaahahahaha :D MALAM tu pun main mercun lagiiiiiii..mercun mana boleh miss.mengada jerin kat KD takmo main.kat kampong main pulak benda terlarang.aku bukan apa.takut putus tangan putus leher semua kalau main nanti macam mana nak SPM [?] SPM? Apa tu? Kuih raya kot.tak baulu kuih semprit.tak pun almend London -.-‘ Lupa pulak dah memang memang kupur nikmat hakikat semua pagi pagi raya main dota. Tak ke nak kena panah petir?? Haha nak buat macamana. Bila malam pulak satu serambi tu penuh dengan orang-orang sepupu sepapat ipar duai segala papat semua layan cerita cerita [film melayu yang kita jarang (jarang=tak pernah langsung) tengok kat wayang] best best bagus bagus tv3 astroriak tv1 tv2 teruskan tayang cerita cerita [film] bila hari raya tak pun hari hari biasa.jimat hihihih :D.AKU terlayan cerita pagi sabtu kot,cerita bas raya.kelakar gilaaaa haha. Bodoh bodoh je cerita dia tapi sumpah saxx ending dia macam pundek.membazair tengok.oh sebut pasal raya kedua, sama jugak kondisi nya macam raya pertama. Raya kedua lagi ramai makk datuk -___- tapi kali ni tak berduyun duyun serentak la.dia ikut time tapi mula orang datang dari pukul 12 sampai pukul 6 jugak penuh rumahhh :D best pulak orang datang sebab dorang [sedara sedara aku] masak dan aku pun boleh tumpang sekaki berkaki kaki makan tempoyak daun kayu manis dengan sambal tumis petai dengan telor dadar best best .ayam masak merah pun sama.rendang lemang? Takde mudd haih.sekali sekala boleh la hihi.hihi kuih raya jauh sekali -.-‘then bila dah 6 lebih tu barulah berpeluang turn kiteorangg pulak keluar menyundal kolek duit raya. :D

Malam tu ada mesyuarat tingkap ,masuk dapur sepupu sepapat yang umur dari 10 – 24 tahun ,14 orang masuk dapur buat kenduri kanak kanak sebab lapar nak mampuss.nostalgic :’).Maklumlah ni blog aku suka hati aku lah nak menaip pendek ke panjang ngahah . OH raya ke -3 pergi muar pulak sebab ada orang bertunang.baru la rasa keluar jenjalan luar dari nogori 9 ngeh ngeh -.-‘ ayah aku pun dah balik kampong .entah malapetaka apa tah aku curse johor darul takzim macamana tah kereta boleh rosak .nasib baik la rosak betul betul depan tol tangkak -.- tak pasal pasal tebal muka kena tolak kereta pukul 7.15 pagi macam tu lepas tu orang semua Nampak malunya..”bila orang lalu masa kiterg tengah tolak kan,aku dengan kakak aku pura pura buat muka selamba tak bersalah muka seposen minta tagih simpati.sedih gila la!” kereta pun ditunda sampai la nogori balik. malang johor haha.opss kepada johor-rians sekalian,maaf la der.haha. then nasib kakak aku dgn suami dia ada.boleh la tolong tolong apa yang patut hehe.raya ke tiga pun ok.layanzz je :’)

Layan sangatss sampai kepala pun pening berjalan jalan. Ceh .



***************************************************

Soksek soksek pak jerin:




  • Malam sebelum 30puasa, pagi 8/9/10 sempat jugak lah menyundal shoping last minute dekat ampangan,seremban perghh memang tiptop la kalah uptown KD yang ada apa je? pusing pusing baju+kasut+perfume+makanan+mainan budaks2 yang sama je etlis dekat ampangan ni ada macam macam tapi sayang tak berbumbung.bundle jangan cerita la banyak gila tapi sedih dan aku benci,sebab aku dah shopingss jadi duit dah habis terjoli dan aku pun kurang suka bila orang ramai ramai ni.riimas bebeh. ",jom pindah seremban jom ? ngaha ada uptown kalah KD hoho kufur nikmat kufur nikmat ^^," Dengan penat nagntuk tak tidor berjam jam sampai ke pagi aku sempat beli apa je? baju je selai.tu pun godekbodek mak aku & buat muka mintak pelempang then baru dapat muhehehe." itu nama dia rezeki ke mencari maut eh?"
  • Kalau korang nak buat lemang kan ghontikan la niat tu,payah nak mampuss.mana nak cari buluh dia lagi.mana nak carik pelepah pissang lagi mana nak parut santan semua.semuanya melibatkan kepenatan yang mengunung tinggi tak kuasa den doh.haha better kau beli lemang tepi jalam rm 10 sebatang tu tak pun beli je lemang segera dalam paket brand nona rogai tu senang tak perlu susah susah dok jo ontok ontok kat depan dapur gas sambil tunggu lemang masak *ontok ontok=duduk diam diam* kalau malas sangat pergi mati -.-‘ sebab kempunan tak makan lemang.
  • Excited gila pagi raya bangun se awal pukul 7 pagi.sebelum ni tak bangun awal pun lagi lagi cuti bangun sampai pukul 1 tengari.ni nak raya punya pasal terpaksa bersengkang berkorban tenaga masa segala kerah semua untuk bangun meraikan 1 syawal. Haha .semua orang siap siap kalah mak datin siap lama nak mampus then wangi wangi tunggu sampai 8.40 baru gerak ke masjid.
  • Sedara aku [masih kecik sekolah rendah] buat lawak klise setiap tahun bila sarapan.”eh hari ni puasa ke?” takpun “eeeee tengok puasa dah batal sebab kau minum -.-‘” agak agak nak kena curah air panas tahun depan sila la buat lawak macam tu lagi -.-‘ tapi layan je la .syiok jugakk kan bukan selalu dapat merasai suasana macam tu kan?? Kan? Hehe  Ada jugak buat lawak nak kena bunuh kata “eh hari ni raya ke?” -__- enoyinggggg. Hahahaahaha
  • Kadang kadang aku rasa kita perlu melupakan kejap segala benda benda yang ada dekat Bandar contohnya macam mekdi ke ,[mekdi takde la tapi kfc ada kat kampong aku.tu pun 10Km jauhnya :/ ] macam internet brodbend ke,macam ps ke astro ke macam leptop ke bukan nak kata life kat kampong susah,tapi Cuma nak menghayati ketradisionalanya.bukan senang nak kekalkan tradisioanal ni.kalau hilang ,hilang je la takkan berganti mungkin.aku suka bila time lepas kenduri orang datang ramai,berkepuk kepuk pinggan yang nak dibasuh,bukan takde sinki tapi lagi senang guna cara lama letak je pinggancawan dekat bawah lantai then basuh .[apa aku cakap ni?] lagi syiok bila ramai ramai sama sama basuh pinggan boleh menyelam sambil minum air main air sekali sampai basah baju hihihihi :D lagi lagi bila masak,alamak cili habis laa,limau kasturi habis la..”dah tu? Pergi la petik kat pokok” senang kan? :’)
  • Dah memang terlaluu lalu klisee bukan klise tahap 1 dah .bila nak raya,bukan nak raya je.ramadhan pun set ring tone lagu raya sms pun lagu raya :D “macam perli aku je?” hoho then mula la dekat henpon sms datang bertalu talu “aku mintak maaf .balablla Selamat hari raya balablbala” padahal setiap tahun berlaku.untuk tak kata kita ni lokek ke apa kita [perlu] balas la hahah :D tapi niat memang takde.nothing.colourless semua balbalab.. sekadar ucapan dimata bibir segalajadah dalam hati takde sapa tahu.same goes in facebook jugak.sama lagi teruk.kat FB semua Nampak kemunafikan lagi hipokrit kita minta maaf wall to wall. Macam aku tengok remaja tv3 hari tu, ustaz tu kata “ haram minta maaf kat FB MS semua? Then macamana?” o o.
  • Macam nak flashback balik je memori bersama sepupu sepapat yang memang terlalu jarang jumpa.kalau jumpa pun sombong ,setahun baru jumpa,time ada kenduri kawin baru jumpa.tapi kalau dah jumpa memang tak nak renggang .best gila .malam tu buat mesyuarat tingkap lebih 14 orang sepupu sepat dari umur 10thun -24thun berkumpul masak sama sama sebab memang dah lapar gila.konklusniya.lapar mengeratkan silauturahim ngeh ngeh. Bukan apa,semangat bermasak tu membuatkan hari itu indah [apa aku saiko meroyan pukul 2.30 pagi pagi buta ni?] then minum minum sambil main mercun :’) awww .
  • ,sebenarnya banyak lagi haha tapi oleh sebab aku dah mengantuk kekangan masa segala semua.aku tamatkan dekat sini jela ok :D Selamat hari raya ! salam.permisi.



No comments: