Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya :')


kenapakaubaca.[?]

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"-H.A
sebelum engkorang semua away balik kampung ke atau aku ke yang balik kampung atau pergi beraya dekat rumah sepupu sepapat segalajadah semua baik aku postkan ni.mungkin ni post terakhir kot sebelum raya edisi ke -17 ni .-.- then lepas raya kita berblog lagi bebeh. masa trial nak ber-blog? kalau sempat aku blog la eh haha. "SAYA penyimpan mohor mohor KD ingan mengumumkan yang lusa/tulat adalah raya.Dengan ini kuncilah pintu anda semua letak la solex ke rantai 24inci ke paswed cctv litar tertutup ke apa ke sebab banyak [bukan ramai ke?] budak yang nak datang collect duit raya hoho " Ye betul .Raya lah satu satu harinya untuk kita berjumpa sedara sedara yang kita mungkin tak pernah jumpa sebelum ni.malah tak pernah kenal pun.apa punya kejam la hidup ni. RAYA menjadi satu adat atau tradisi untuk kita bermaafan kunjung sini sana dengan sedara semua,bagi duit raya,konvoi dengan sepupu pergi ke sini sana bagi eratkan silaturahim dsb. banyak sebenarnya tapi yang utama adalah sebab kita dah berjaya melawan nafsu makan di bulan RAMADHAN kan? hhihi so memang betul konklusinya lagi besar lagi kurang kemeriahan raya nya .sedih nya :'/ DULU masa kecikkecik [takla kecik sangat] ingat lagi masa balik kampung semua sedara turun kacau dodol satu kawah ,buat lemang dengan rendang sekali.semuanya bermuafakat .masa tu aku jahil aku kecik lagi darjah darjah kot, tak tau apa apa semua so kita enjoy je la sebagai anak kecik hihih.MAIN mercun jangan cerita la.tak lawan dengan orang sebelah tak sah.tapi itu dulu 3 4 5 6 dulu. tapi? Sekarang dah besar semua lain,semua nak ikut kepala sendiri hmmm memang hilang la kemeriahannya. Then malam terakhir puasa kira malam raya la,mesti ada orang masjid datang takbir kat kampung aku, aku pun join .pergi la rumah ke rumah yang penting dapat duit raya itu tak lupa tapi letih sikit la.sikit? banyak sebab letih makan perut kembung dan letih jalan. ESOKNYA hari raya semua pakai baju melayu baru tayang tayang butang berkilat tayang baju kurung kebaya semua warna warni saja lalu lalang semua,pakai samping gaya raihan gaya rabbani semua :') nostalgic sungguh . Walaupun aktiviti klise setiap tahun,tapi sememang nya lain secara kontra dan fizikalnya.LEPAS dah melaram then pergi masjid lepas sembahyang pergi ke kuburan dsb.Then barulah pergi ke kampung ayah [kebiasaannyalah] then mulala meronda ke sekitar rembau .MESTI kena balik kampung balik sebab orang ramai nak datang masa first raya.RAYA kedua mesti turn kitaorang pulak yang jenjalan keluar pergi konvoi tapi tahun lepas takda.tahun ni?:'( lagi sedih.! apa boleh buat? kuasa Allah kan? argh harap tahun ni ok ok je la.tak mengharap tinggi sangat pun. DAN aku pulak yang muskil dan terkilan dengan orang zaman sekarang. cakap taknak raya hari JUMAAT sebab nanti kena 2 kali sembahyang .aku macam wtfakk? ada jugak orang masyarakat melayu yang konOnya mindanya islam cakap macam ni.nauzubillah. ~~SO di kesempatan ini aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua umat islam expesially kat keluarga,kawansssss aww ,sanak sedara yang baca ni dan semua kaum muslimin dan muslimat.Maafkan segala salahsilap semua . :D semoga raya kali ni lebih diberkati dan sentiasa ceria . permisi. hati hati dijalan raya jangan sampai kena makan dek 'jalan'

No comments: