Friday, December 3, 2010

mis-understanding.




cuma apa aku ingin,
akan kefahaman engkau,
terhadap rasa cemburu
yang membuak ;

aku tak suka
untuk diperlakukan sedemikian,
ibarat melawan kuasa alam,
membatinkan nafsu serakah ;

nafsu pujuk rayu syaitan
memang meluap saat amarah,
tapi sekali ini aku minta,
tolong bantu diri kau tentang faham.

jika sekalipun mencemburui,
bukan begitu tempias dilepas,
ibarat air dicencang tidak putus ,
sejak berdekad lamanya
kau datang hanya menjadi
gunung berapi melimpahkan lahar ;

aku bersalah untuk hidup
untuk bermuka dengan dia
bermuka dengan awak.
bermuka dengan kamu ;

Saat ini opera bukan pentas
hidup,
bumi pentas hakiki
hingga ke hujung nafas ,
andai masa menoktahkan nafas,
tolong la ngerti akan 'faham' ;

dia bagi saya permata
sukar dicari ganti,
awak bagi saya berlian yang dicari.
saya temui ;
sudah pasti tidak mahu hilang
lagi.

No comments: