Saturday, October 2, 2010

dari love ke heartless,jauh perjalanan.

kenapakaubaca.[?]
"nothing imposible"-H.A


sekali lagi jiwa merintih? kenapa aku jadi macam ni? kenapa kau ajak aku masuk dalam permainan cinta kau? lepas aku dah masuk dalam tu,kau pulak berdalih.tolong la jangan sekali lagi.aku rasa menyesal jadi peng-stoker hidup kau 24jam tanpa henti- atau ini rasa jeles dan sayang? to be continued bila da sampai arah tuju nanti.aku rasa ini mungkin post pertama dan terakhir aku mengenai hati aku la kot sebab lookkkk klise kalau post selalu .orang lain pun mungkin dah jelik pelik lagi jengkel bila baca tentang kegedikan kita,kita?kita manja la hahahaa.orang nak bercinta,dia pun nak bercinta.sekarang ni ambik kau,meruap ruap kau,melata lata kau nak carik ruang untuk bernafas lepas dah diselubungi oleh kata ‘CINTA’ tu la kau.gatal sangat ,miang gadang sangat tangan kau nak terjebak ke alam ni.rilex la.kau sekarang 17? “17 bukan masa sesuai ke? “ aww buat konklusi sendiri.bak kata orang,ikut hati mati.ikut rasa binasa. aku rasa ikut hati,ikut naluri ,ikut rasa bukan lagi binasa dah hati kita,lagi mati.mati terkojol sampai tak ingat dunia.begitu la impak cinta kat aku tapi aku muskil,sebelum ni kononnya aku pernah bercinta,tapi tak la sedalam,sekuat, segelisah ,sekarma ni oh.mungkin ini ke cinta pandang pertama? cinta sejati? apa? sebelum ni cinta palsu? hanya menurut nafsu memerintah?hana ikut peredaran zaman?orang bercinta kita pun mahu? orang menunjuk mereka bercinta kita pun mahu jugak? hati kosong?makna cinta dangkalsz. sebelum aku cakap lebih,better lepas ni aku carik kamus dewan edisi ke 50 dan lepas tu carik maksud cinta.mungkin maksud nya :CINTA: “cinta sesuatu yang buta,yang tak mengenal usia,pangkat,darjat,harta,cinta terjadi apabila kasih sayang bertaut di antara dua perasaan.” [jangan percaya sangat maksud ni,tipu semata]

dalam hati kekosongan,
dia datang meragut hati aku,
persoalan pertama bingkas muncul,
diakah?
persoalan kedua muncul,
benarkah?
persoalan ketiga muncul
bolehkah?
persoalan keempat muncul,
mampukah aku?
aku merengek terpinga
mengenang apa yang berlaku
mustahil mustahil sekali
aku tak boleh suka orang
apatah lagi,
jauh sekali orang suka aku
lantaran,
aku pedulisetankanzz,
namun dia tetap muncul dalam minda
dalam fikiran
dalam jiwa
dalam hati
24jam tiada henti.
aku pernah
dan sentiasa akan cuba untuk lupakan
tapi tak dapat.
naluri dia
aura dia
terlalu kuat.
Biarpun kita
berlainan jantina,
berlainan idealogi,
berlainan cabang,
berlainan umur,
berlainan jarak,
berlainan cara
berlainan pandangan,
tapi dalam cinta
itu bukan penghalang
itu bukang kekangan
yang sengaja di cari alasan
yang sengaja diperadu dombakan setiap pasangan.
Dalam melayani perasaan,
dalam menempuh dilema perasaan,
mungkin dia belum perasan lagi,
atau sudah perasan,tapi hanya menzahirkan
kepuraan dan membatinkan emosi yang gembira
atau duka.
Tolong la jangan berikan andaian
yang mengarut
yang bukan bukan
yang merapu.
lelaki perlukan masa.
maksud saya,
saya perlukan masa.
bukan meletak harga tinggi,
apatah lagi beremo sial kosong
terhadap emosi anda
saya perasan dan saya juga seorang perasan
mungkin saya hanya bertepuk sebelah tangan,
atau hanya syiok sendiri
tapi itulah bukanlah persoalannya,
sebab prinsip ‘belum mencuba belum tahu’
belum saya amalkan,
yang saya amalkan adalah
konsep “perigi mencari timba”

aku tak kisah ianya songsang
itu prinsip aku.kau ada?
Malangnya,dalam usaha aku memetik bunga
ada saja usaha yang sial
mahu merenggut balik
kecoh pengacau jahanam.
Kau salah.
kau memang salah
kau muncul bila aku kekosongan
kau bagi aku masuk jerat
hati kau,
aku pun terjebak serta,
ingat hanya teman tapi mesra,
kau boleh pula curinya,
Tapi apa yang pasti,
aku rasa
seakan
dah bertemu dengan cinta sebenar aku.
kononnya .sekali lagi aku ulang
kalau prinsip ‘bertepuk sebelah tangan’ masih berlaku,
aku cakap aku mengalah.
tapi kali ni,aku rasa
ada peluang
masih ada dan ada
selagi tiada yang menghalang,
segala jodoh pertemuan di tangan-Nya
segala ajal maut di tangan-Nya,
tapi kali ni,
berilah aku peluang
supaya dapat aku buktikan
yang aku ni juga insan,
Yang punyai hati dan perasaan,
melainkan kau sanggup lihat
aku terkapai melawan realiti.

cukup cukup la tu.muak jelik la aku dengar.lepas ni secara official kana jadi tiada-hati atau heart-less.nak elok ,tunggu la satu masa.bila semua kondisi dah stabil. persetanzzkan.
P/S: untuk awak dari hati saya.

*post ni memang geli geli.maaf la! :)

2 comments:

Leanna Scarlet said...

aku da agak dah mmg org tu,hihiihh.dahla jerin,contohilah aku,dah buang smua prasaan.dedicate je kt spm,then lps tu korek tong smph amik blikla emosi tu,hahah.

Dandelina said...

:)